Dokumentasi Hari Guru Peringkat Daerah

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

DOKUMENTASI

Sambutan Hari Guru


Peringkat Daerah Hulu Selangor
2022
ISI KANDUNGAN
BIL PERKARA HALAMAN
1.0 Banner 1
2.0 Laporan program 2
3.0 Ucapan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi 4
4.0 Ucapan Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah 5
5.0 Ucapan Pengerusi PIBKS Hulu Selangor 6
6.0 Logo Hari Guru 2022 7
7.0 Jawatankuasa Induk & Pelaksana 8
8.0 Senarai Anugerah Khas 13
9.0 Anugerah Tokoh Guru 14
10.0 Anugerah Tokoh Kepimpinan 14
11.0 Aturcara Majlis 15
12.0 Ikrar Guru 16
13.0 Senikata Lagu Guru Malaysia 17
14.0 Galeri Gambar 18
15.0 Lampiran 34
a. Surat panggilan mesyuarat
b. Surat panggilan
c. Gambar semasa raptai & mesyuarat
d. Buku program
LAPORAN SAMBUTAN HARI GURU TAHUN 2022

PERINGKAT DAERAH HULU SELANGOR

Tajuk : Sambutan Hari Guru


Anjuran : Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Selangor
MGB Daerah Hulu Selangor
PIBKS Daerah Hulu Selangor
Tarikh : 21 Jun 2022
Masa : 2.30 petang
Tempat : Dewan SJKC Serendah
Tetamu Kehormat : YB Senator Dato’ Dr.Ahmad Masrizal Bin Muhammad
Sumber kewangan : MGB Hulu Selangor
Kehadiran :
Objektif :

1. Menitikberatkan peranan guru dalam pembinaan kebangsaan (termasuk perpaduan dan


integrasi), pembangunan negara dan perkhidmatan kepada masyarakat.
2. Memupuk perasaan perpaduan ikhtisas dan muhibah di antara guru.
3. Meninggikan martabat dan taraf guru dalam masyarakat.

Aktiviti :

Hari Guru di Malaysia telah ditetapkan pada tarikh 16 Mei setiap tahun. Pada tahun ini,
Guru Tunjang Sekolah Sejahtera merupakan tema yang dipilih untuk sambutan Hari Guru
Peringkat Daerah 2022. Sehubungan dengan itu, majlis sambutan Hari Guru Daerah Hulu
Selangor telah diadakan pada 21 Jun 2022 bersamaan dengan Hari Selasa.

Sambutan Hari Guru peringkat Daerah Hulu Selangor telah diadakan di Dewan S.J.K.
(C) Serendah. Pada pukul 1.00 petang, para tetamu telah mula hadir ke dewan untuk meraikan
sambutan hari guru ini. Tetamu Kehormat iaitu Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Dato’
Dr.Ahmad Masrizal Bin Muhammad telah tiba ke majlis tersebut pada pukul 3.00 petang.

Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan pengerusi majlis dan seterusnya diteruskan
dengan nyanyian Lagu Negaraku dan Lagu Negeri Selangor. Acara seterusnya adalah bacaan doa
yang dipimpin oleh Encik Ariffin bin Haji Aban, Guru Besar SK Ulu Yam Bharu.
Selepas bacaan doa, Dato’ Hj. Ruslee Bin Haji Hashim sebagai wakil Focal Person
KPPIBKS, telah memberi ucapan alu-aluan dan seterusnya ucapan wakil Pegawai Pendidikan
Daerah Hulu Selangor iaitu Encik Rozman Bin Baharuddin, Timbalan Pegawai Pendidikan
Daerah memberikan ucapan.

Majlis ini dimeriahkan lagi apabila Timbalan Menteri Pengajian Tinggi telah merasmikan
dan menyempurnakan ucapan perasmian hari guru. Montaj mengenai hari guru telah
ditayangkan.

Setelah selesai acara perasmian majlis diteruskan dengan acara melafazkan ikrar hari
guru, nyanyian lagu Guru Malaysia dan lagu Sekolahku Sejahtera. Selepas persembahan koir,
acara penyampaian anugerah khas, anugerah tokoh guru dan anugerah tokoh kepimpinan.
Anugerah khas telah diberikan kepada 16 guru di Daerah Hulu Selangor. Encik Abdul Karim Bin
Ikhwan telah menerima Anugerah Tokoh Guru 2022 dan Puan Rozlina Binti Abdul Ghani telah
menerima Anugerah Tokoh Kepimpinan.

Majlis disempurnakan ucapan penutupan pengacara majlis. Jamuan minum petang dijalankan
dan majlis sambutan hari guru peringkat Daerah Hulu Selangor berakhir pada jam 7.00 petang
GA
LER
I
GA
MB
AR
SJK (T) LADANG CHANGKAT ASA
AJK DOKUMENTASI
Sambutan Hari Guru
Peringkat Daerah Hulu Selangor
Tahun 2022

1. Encik K.Kalayvanan (Guru Besar)


2. Puan M.Punitha (Guru ICT)
3. Puan S.Mohanambikai (Guru Data)
4. Puan L.Yogeeswary (Guru Media)

You might also like