Penyelidikan APJ 1987

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 1

1.

Tajuk Penyelidikan

Penyelidikan terhadap penguatkuasaan Akta Pengangkutan Jalan 1987.

2. Kenyataan Masalah

Adakah dengan pindaan Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) (APJ 1987) selepas pindaan
yang terakhir dilakukan pada tahun 2018 mampu mengurangkan masalah kecuaian pemandu
seperti mabuk ketika memandu dan adakah hukuman setimpal dikenakan?

3. Objektif Penyelidikan

• Memastikan pindaan ini dapat menghukum pesalah dengan hukuman setimpal.


• Meningkatkan kesedaran terhadap masyarakat agar tidak cuai ketika memandu.
• Mampu mengurangkan kemalangan jalan raya.
• Meningkatkan kuasa bagi pihak berkuasa untuk menahan mereka yang didapati
memandu secara berbahaya atau di bawah pengaruh alkohol.

4. Hipotesis/soalan kajian

Hipotesis: Semakin diperkuat sesuatu undang-undang maka semakin meningkat kesedaran


masyarakat agar lebih cakna dan berhati-hati ketika memandu kenderaan.

5. Kesignifikanan kajian

Melalui kajian ini kita mampu menilai adakah dengan pindaan Akta Pengangkutan Jalan 1987
yang terbaru ini memberi impak positif kepada masyarakat Malaysia.

6. Metodologi atau Kaedah

• Jenis maklumat data yang akan dikumpulkan adalah secara kualitatif.


• Data akan dikumpulkan melalui sumber utama dan juga sumber sekunder dimana
menggunakan survey, sesi temu bual dan juga merujuk kepada sumber bahan bacaan
yang berkaitan.
• Kawasan Batu Pahat ke Kluang dijadikan tempat kajian untuk penyelidikan ini kerana
mempunyai rekod kemalangan jalan raya Malaysia yang tinggi di Malaysia.
• Setiap data yang dikumpul akan dianalisis melalui bahan bacaan dan dirujuk
berdasarkan kehidupan seharian.
• Perbandingan sebelum dan selepas pindaan Akta Pengangkutan Jalan Raya 1987 akan
turut dijadikan data untuk melihat keberkesanan.

You might also like