Asignment Law

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 13

COMMERCIAL LAW

(LAW 243)

FEBRUARY SESSION 2024

(COURTS IN MALAYSIA)

Name (s) : Mohamad haziq luqman bin mohd rashid


Muhammad khair amsyar bin Khairul azam
Muhammad syarul hilmi bin roslim
Mohamad arif daniel bin mat yusoff
Mohamad atieq bin mohd khaidin
Matrix Number (s) : (DMM20230711762)
(DMM20230711720)
(DMM20230711728)
(DMM20230711719)
(DMM20230711723)
Course : DIPLOMA IN MARITIME MANAGEMENT
Lecturer’s Name : Miss Nur Malisa Binti Ahmad Tulus
Submission Date : 25 MARCH 2024

1
ISI KANDUNGAN :
1.0 PENDAHULUAN
2.0 JENIS – JENIS MAHKAMAH
2.1 MAHKAMAH PERSEKUTUAN
2.2 MAHKAMAH RAYUAN
2.3 MAHKAMAH TINGGI
2.4 MAHKAMAH SEKSYEN
2.5 MAHKAMAH MAJISTRET
3.0 PENUTUP
4.0 RUJUKAN

2
1.0 PENDAHULUAN MAHKAMAH
Mahkamah di Malaysia memainkan peranan penting dalam sistem kehakiman
negara untuk menjamin keadilan, menegakkan undang-undang, dan
menyelesaikan pertikaian. Sistem kehakiman Malaysia terdiri daripada beberapa
peringkat mahkamah yang berfungsi secara bertingkat dan mempunyai bidang
kuasa yang berbeza untuk menangani pelbagai jenis kes.

Peringkat tertinggi dalam hierarki mahkamah Malaysia adalah Mahkamah Agung.


Mahkamah ini terletak di Putrajaya dan mempunyai tanggungjawab yang luas
dalam memberi interpretasi undang-undang, mendengar rayuan terhadap
keputusan mahkamah di bawahnya, dan memastikan kestabilan serta integriti
sistem kehakiman negara.

Di bawah Mahkamah Agung, terdapat Mahkamah Rayuan yang merupakan


mahkamah rayuan terakhir bagi kebanyakan kes di Malaysia. Mahkamah Rayuan
memainkan peranan penting dalam memastikan keputusan yang adil dan memberi
panduan undang-undang yang relevan dalam pelbagai bidang.

Selain itu, terdapat juga Mahkamah Tinggi yang terbahagi kepada beberapa bidang
khusus seperti Mahkamah Tinggi Sivil, Mahkamah Tinggi Jenayah, dan
Mahkamah Tinggi Keluarga. Mahkamah Tinggi mempunyai bidang kuasa yang
meluas dalam menangani kes-kes yang kompleks dan penting dalam menjamin
keadilan bagi pihak-pihak yang terlibat.

Mahkamah Majistret pula adalah mahkamah di peringkat bawah Mahkamah


Tinggi yang mempunyai bidang kuasa dalam menangani kes-kes yang lebih ringan
dan sederhana. Mahkamah ini berperanan dalam menyelesaikan pertikaian-
pertikaian kecil dan memberi keputusan berdasarkan undang-undang yang relevan.

Kesimpulannya, sistem mahkamah di Malaysia adalah asas kepada kedaulatan


undang-undang, penyelenggaraan keadilan, dan penyelesaian pertikaian dalam
masyarakat. Mahkamah-mahkamah ini berfungsi secara efisien dan profesional
untuk memastikan perlaksanaan undang-undang yang adil dan setara bagi semua
warganegara.
3
2.0 JENIS JENIS MAHKAMAH DI MALAYSIA
2.1 MAHKAMAH PERSEKUTUAN
Mahkamah Persekutun Malaysia adalah mahkamah tertinggi dan mahkamah rayuan
terakhir di Malaysia. Ia ditempatkan di Istana Kehakiman di Putrajaya. Mahkamah ini
ditubuhkan semasa kemerdekaan Tanah Melayu pada tahun 1957 dan menerima nama
semasa pada tahun 1994. Mahkamah Persekutuan merupakan mahkamah tertinggi di
Malaysia yang mempunyai bidang kuasa dalam bidang undang-undang, termasuk
perkara-perkara perlembagaan dan perundangan. Ia bertanggungjawab untuk
mendengar rayuan dari Mahkamah Rayuan dan memutuskan isu-isu yang mempunyai
implikasi penting dari segi undang-undang dan perlembagaan.
Bidang Kuasa Mahkamah Persekutuan
1) Mendegar rayuan
a) Kes Jenayah
• Rayuan Jenayah (P121(2) PP).
• Mendengar dan menentukan rayuan terhadap
keputusan Mahkamah Rayuan dalam kes-kes jenayah yang diputuskan oleh
Mahkamah Tinggi di dalam bidang kuasa asalnya.
b) Kes Sivil
• Rayuan Sivil (P121(2) PP)
• Rayuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan boleh
dibuat ke Mahkamah Persekutuan dengan kebenaran jika :
(a) keputusan yang dibuat memberi kesan terhadap PP termasuk keesahan suatu
undang-undang yang dibuat.
(b) kes rayuan dari Mahkamah Tinggi.
• Rayuan dibuat dalam tempoh sebulan selepas tarikh
keputusan dibuat..
2) BIdang Kuasa Ekslusif
• Untuk menentukan kesahihan dan kesahan undang-
undang yang dibuat oleh Parlimen atau Dewan Negeri.
• Menyelesaikan pertikaian yang wujud atas apa-apa
persoalan lain antara Negeri dengan Negeri atau antara Persekutuan dengan mana
mana Negeri.
• Membatalkan undang-undang yang bercanggah
dengan Perlembagaan Persekutuan atau undang-undang yang berada di luar bidang
4
kuasa Badan Perundangan.
3) Memberi nasihat
• Yang di-Pertuan Agong boleh merujuk kepada
Mahkamah Persekutuan untuk pendapatnya tentang kesan mana-mana peruntukan
Perlembagaan ini yang telah berbangkit atau yang akan berbangkit.
• Mahkamah Persekutuan hendaklah mengumumkan
pendapatnya tentang apa-apa soal yang dirujukkan sedemikian kepadanya itu di dalam
mahkamah terbuka.
Contoh kes yang dibicarakan di Mahkamah Persekutuan

PUTRAJAYA: Kematian menyayat hati 23 penghuni Darul Quran Ittifaqiyah dalam


kebakaran, tujuh tahun lalu, akhirnya terbela apabila Mahkamah Persekutuan di sini
pada Khamis, mengekalkan hukuman dan sabitan terhadap seorang pemuda berusia 23
tahun atas kesalahan membunuh. Susulan itu, pemuda berusia 23 tahun ini akan
dipenjara selama diperkenankan Yang di-Pertuan Agong. Dalam kejadian 14
September 2017, seramai 21 pelajar dan dua guru pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah
terkorban selepas terperangkap di tingkat tiga asrama pusat tahfiz yang marak dijilat
api. Pada 11 September tahun lalu, Mahkamah Rayuan mengekalkan hukuman penjara
terhadap pemuda itu selepas tiga panel hakim mendapati, tiada sebab untuk mengusik
keputusan hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang mendapati dia bersalah atas
23 pertuduhan berkenaan. Sementara, seorang lagi rakannya yang juga berusia 22
tahun, kekal dilepas dan dibebaskan atas tuduhan sama. Mengikut pertuduhan, dua

5
pemuda (ketika kejadian berusia 16 tahun), didakwa bersama-sama membunuh dan
menyebabkan kematian 23 penghuni pusat tahfiz di Jalan Keramat Hujung, Kampung
Datuk Keramat, Wangsa Maju, antara jam 4.15 hingga 6.45 pagi, 14 September 2017.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen
34 kanun sama, yang memperuntukkan hukuman mati. Pada 28 Januari 2020, Hakim
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Azman Abdullah (kini Hakim Mahkamah
Rayuan) memerintahkan pemuda pertama itu membela diri.Sebaliknya, mahkamah
melepas dan membebaskan pemuda kedua tanpa dipanggil membela diri terhadap
pertuduhan sama. Pada 17 Ogos 2020, hakim sama mendapati pemuda pertama
bersalah dan mengenakan hukuman penjara selama diperkenankan Agong kerana dia
merupakan pesalah kanak-kanak.

6
2.2 MAHKAMAH RAYUAN
Mahkamah Rayuan ditubuhkan pada 24 Jun 1994 bagi mengendalikan kes-kes rayuan
yang dibuat selepas keputusan dan perbicaraan kes rayuan yang dibuat selepas
keputusan perbicaraan Mahkamah Tinggi. Mahkamah Rayuan menjadi perantaraan
antara Mahkamah Persekutuan dengan Mahkamah Tinggi. Mahkamah Rayuan
memutuskan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi bagi kes sivil dan kes
jenayah.. Bagi rayuan kes sivil, jumlah atau nilai perkara yang terlibat mestilah tidak
kurang daripada RM250,000. Mahkamah Rayuan tidak mempunyai sebarang
bidangkuasa asal. Setiap rayuan didengar oleh panel hakim yang terdiri daripada tiga
atau lebih hakim yang berkelayakan. Panel hakim ini mempertimbangkan hujahan-
hujahan dari kedua belah pihak sebelum membuat Keputusan. Keputusan Mahkamah
Rayuan sering menjadi panduan undang-undang yang penting bagi mahkamah-
mahkamah lain di Malaysia. Ia membantu menyediakan interpretasi undang-undang
yang tepat dan mengembangkan prinsip-prinsip hukum yang relevan. Dengan peranan
dan tanggungjawabnya yang penting dalam menyelesaikan rayuan-rayuan dari
mahkamah di bawahnya, Mahkamah Rayuan adalah institusi yang memainkan
peranan sentral dalam memastikan keselamatan undang-undang dan perlindungan hak-
hak individu di Malaysia. Seperti contoh kes yang terdapat di Malaysia

7
2.3 MAHKAMAH TINGGI

Mahkamah tinggi Malaysia ialah mahkamah tertinggi ketiga dalam hierarki


mahkamah,selepas Mahmakah Persekutuan dan Mahkamah Rayuan.Perkara 121
Perlembagaan Malaysia memperuntukkan bahawa terdapat dua mahkamah tinggi
bidang kuasa menyelaras-Mahkamah Tinggi Tanah Melayudan Mahkamah Tinggi di
Sabah dan Sarawak ( sebelum 1994,mahkamah tinggi di Bornoe).Sebelum tahun
1969,mahkamah tinggi di Singapura juga merupakan sebahagian daripada sistem
mahkamah Malaysia.
Mahkamah Tinggi di Malaya mempunyai pendaftar utama di Kuala Lumpur,dengan
pendaftar lainboleh didapati di semua negeri di Semenanjung Malaysia,manakala
Mahkamah tinggi Sabah dan Sarawak mempunyai pendaftar utama di Kuching,dengan
pendaftaran lain di Sabah dan Sarawak.Terdapat 22 pendaftar mahkamah tinggi di
seluruh 13 negeri di Malaysia.Mahkamah tinggi juga bergerak di litar ke bandar-bandar
lain yang lebih kecil.
Secara umumnya mahkamah tinggi Malaya dan mahkamah tinggi Sabah dan Sarawak
mempunyai peranan dan fungsi yang sama iaitu;
• Mendengar atau membicarakan kes-kes jenayah yang
melibatkan hukuman mati
• Mendengar dan memutuskan kes-kes sivil yang
melebihi bidang kuasa Mahkamah Sesyen dan Majistret Dimana jumlah tuntutan yang
terlibat melebihi RM1,000,000,00.

8
2.4 MAHKAMAH SEKSYEN
Mahkamah Sesyen adalah mahkamah tertinggi di kalangan mahkamah rendah.
Mahkamah Sesyen mempunyai bidang kuasa pengadilan jenayah bagi semua
kesalahan, kecuali kesalahan yangmembawa hukuman mati.
Sesyen mempunyai kuasa untuk menjatuhkan apa-apa hukuman yang dibenarkan oleh
undang-undang selain hukuman mati.
Bagi kes sivil, jumlah nilai yang dituntut tidak boleh melebihi RM250,000
Mahkamah Sesyen mempunyai kuasa menjalankan siasatan permulaan bagi kes-kes
yang boleh dibicarakan oleh Mahkamah Tinggi.
Mahkamah Sesyen mempunyai kuasa yang tidak terhad untuk mendengar dan
memutuskan sebarang tindakan.
Pelatikan hakim ialah dilantik oleh YDPA atas nasihat Hakim Besar Mahkamah
Tinggi.

BIDANG KUASA MAHKAMAH SESYEN

• Mendapatkan semula harta tak alih

• Mengeluarkan perintah kepada pegawai mahkamah


untuk mengembalikan atau merampas harta daripada pemilik

• Membicarakan kemalangan kenderaan bermotor

• Tuan tanah dan penyewa tanah

• Mengeluarkan writ atau waran dan saman

9
KUALA LUMPUR: Dua rakan mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Sepang di
sini hari ini atas dua pertuduhan menyimpan 50 unit sumbu badak sumbu, hidupan liar
yang dilindungi tanpa permit khas, tiga tahun lepas.

Mohamad Sukry Wahab, 29, dan Muhammad Hafiszan Naser, 29, selaku Orang Kena
Saman (OKS) membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan
Hakim Ahmad Fuad Othman.

Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, mereka didakwa bersama-sama menyimpan


tanpa permit khas 49 unit sumbu square-lipped rhinoceros (Ceratotherium simum) dan
satu unit sumbu black rhinoceros (Diceros bicornis) iaitu hidupan liar yang dilindungi
sepenuhnya di bawah Jadual Kedua, Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta
716).

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di dalam lori di tepi jalan, bulatan masjid
Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang pada 9.15 malam, 9
Sept 2021.

Pertuduhan mengikut Seksyen 68(1)(b) Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 yang
boleh dihukum di bawah Seksyen 68(1) akta sama dan dibaca bersama Seksyen 34
Kanun Keseksaan yang membawa hukuman denda maksimum RM100,000 atau
penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya.

Mahkamah menetapkan 24 April ini untuk fakta kes dan jatuh hukum.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya dari Jabatan Perhilitan Cheras
Wan Nur Muhammad Ehsan manakala kedua-dua OKS diwakili peguam Aqeeb
Lizalman dan Abdul Aziz Hamzah.
10
2.5 MAHKAMAH MAJISTRET
Mahkamah Majistret berkuasa mengendalikan kes jenayah dan
sivil,termasuk kesalahan yang membawa hukuman mati tetapi tidak
berkuasa untuk menjatuhkan mati.Mahkamah ini membicarakan kesalahan
yang hukumannya tidak melebihi 10 tahun penjara atau denda.Mahkamah
ini mempunyai kuasa untuk menyelenggarakan siasatan permulaan atas
tuduhan-tuduhan yang berat sebelum dibawa ke Mahkamah Tinggi dari
Mahkamah Majistret dan Mahkamah Seksyen.Bagi kes kes sivil nilai
jumlah pertikaian tidak melebihi RM25,000.00.Mahkamah ini berkuasa
untuk mendengar dan memutuskan rayuan daripada Mahkamah Penghulu.

SHAH ALAM: Pemandu lori yang ditahan kerana dipercayai menolak kekasihnya dari
tingkat 23 sebuah kondominium didakwa di Mahkamah Majistret, di sini pada Jumaat
atas satu pertuduhan membunuh wanita warga Thailand berusia 32 tahun itu, minggu
lalu.Tertuduh, V Nathan, 37, hanya mengangguk faham selepas pertuduhan dibaca di
hadapan Majistret, Sasha Diana Sabtu.Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan
daripada tertuduh kerana kes bunuh berada bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
Semasa prosiding, Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Farah Sofea Norazman tidak
mencadangkan sebarang jaminan kepada tertuduh, yang diwakili peguam, T P Aravind
Raj.Sasha Diana kemudiannya tidak membenarkan tertuduh ikat jamin sebelum
menetapkan 7 Jun ini untuk sebutan semula kes.Pada Rabu, seorang wanita warga
Thailand maut dipercayai ditolak kekasihnya dari tingkat 23 sebuah kondominium di
sini.Suspek terlibat yang merupakan lelaki warga tempatan itu diberkas selepas
kejadian berkenaan.Menurut saksi, semasa kejadian terdengar pergaduhan sebelum
mendakwa melihat mangsa ditolak dari tingkat 23 dan jatuh ke tingkat tujuh
11
kondominium tersebut.
3.0 PENUTUP
Mahkamah di Malaysia adalah pilar utama dalam menegakkan keadilan, melindungi
hak asasi manusia, dan menjaga kedaulatan undang-undang. Sebagai institusi yang
independen, mahkamah memainkan peranan penting dalam menyelesaikan pertikaian
secara adil dan menguatkuasakan undang-undang untuk kestabilan dan keadilan sosial.

Melalui hierarki yang teratur, mulai dari Mahkamah Agung sebagai peringkat tertinggi
hingga Mahkamah Majistret sebagai peringkat yang lebih rendah, sistem kehakiman
Malaysia memastikan akses kepada keadilan bagi semua warganya. Mahkamah
Syariah juga memberikan penyelesaian untuk perkara-perkara berkaitan agama Islam,
sementara Mahkamah Perusahaan dan Mahkamah Pengguna menangani isu-isu
khusus dalam bidang perniagaan dan perlindungan pengguna.

Dengan wujudnya institusi mahkamah yang teguh dan profesional, Malaysia dapat
menjamin kestabilan perundangan, keadilan dalam keputusan hukum, dan
perlindungan hak-hak individu. Semua ini membantu memupuk kepercayaan
masyarakat terhadap sistem kehakiman negara dan mendorong pembangunan yang
berterusan dalam suasana yang adil dan setara bagi semua.

12
4.0 RUJUKAN
 https://www.bharian.com.my/amp/berita/kes/2023/06/1116772/mahkamah-
rayuan-lepaskan-bekas-penuntut-kolej-dari-tali-gantung
 https://www.sinarharian.com.my/ampArticle/655773
 https://www.astroawani.com/berita-malaysia/tolak-kekasih-dari-tingkat-23-
pemandu-lori-didakwa-membunuh-461425
 https://www.sinarharian.com.my/ampArticle/655846
 https://www.remaja.my/ini-8-kes-dera-kanak-kanak-paling-tragis-di-malaysia-
ada-mangsa-koyak-organ-dalaman-2/

13

You might also like