Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 9

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

[PROGRAM GENETIK]
[GENETICS COURSE]

Komnunikasi Saintifik STBG3442


Scientific Communication STBG3442

PROPOSAL FORM
[CADANGAN PENYELIDIKAN]

TITLE OF PROPOSED RESEARCH:

Kesan Probiotik Terhadap Profil Mikrobiom Usus Dalam Wanita Pasca Kehamilan Normal

DETAILS OF STUDENT / MAKLUMAT PELAJAR

Name : Fajriyah Nur Binti Natashah Matrix No: A177419

E-mail Address: a177419@siswa.ukm.edu.my


Alamat e-mel:

Supervisor name : Dr. Shairah Abdul Razak


Nama Penyelia yang terlibat :

Executive Summary of Research Proposal (maximum 300 words)


(Please include the background of research, literature reviews, objectives, research methodology and expected
outcomes from the research project)

Mikrobiom usus memainkan peranan penting dalam menjamin kesihatan tubuh badan. Sebarang gangguan dalam
keseimbangan ekosistem mikrobiom usus (disbiosis) ini akan menjejaskan fungsi serta kesihatan usus yang boleh
mendatangkan pelbagai implikasi seperti penyakit radang usus dan obesiti. Keseimbangan serta kesihatan mikrobiom usus
yang baik juga penting dalam wanita hamil yang mana profilnya bergantung kepada peringkat kehamilan yang berbeza
bagi menyokong perkembangan bayi dalam kandungan. Faktor luaran seperti diet pemakanan juga mempengaruhi
keseimbangan mikrobiom usus dan pengamalan diet tidak sihat boleh mendatangkan kesan buruk seperti kekurangan
mikrobiom baik berbanding mikrobiom patogen dalam usus manusia. Juga, profil mikrobiom usus didapati berkait rapat
dengan kesihatan seseorang individu yang mana profil mikrobiom usus bagi individu yang menghidap penyakit seperti
obesiti dan kencing manis mempunyai perbezaan jika dibandingkan dengan profil mikrobiom usus individu normal. Oleh
itu, profil mikrobiom usus ini boleh digunakan sebagai penanda bio bagi mengenalpasti risiko kesihatan bagi seseorang
individu seterusnya membantu dalam pengambilan langkah pencegahan atau pengurangan risiko bagi sesuatu penyakit.
Pengamalan diet yang sihat serta probiotik juga dapat membantu dalam kesihatan usus dengan meningkatkan populasi
mikrobiom baik dan menjamin keseimbangan mikrobiom usus yang dinamik. Oleh itu, objektif kajian ini adalah untuk
menganalisis profil mikrobiom usus dalam wanita pasca kehamilan normal serta membuat perbandingan sebelum dan
selepas pengambilan probiotik. Kajian ini dijalankan dengan menganalisis profil mikrobiom usus melalui data jujukan
amplikon gen rRNA 16S yang diamplifikasi daripada kumpulan wanita pasca kehamilan normal sebelum dan selepas
pengambilan probiotik. Kajian ini menjangkakan profil mikrobiom usus bagi kumpulan wanita pasca kehamilan normal
menunjukkan profil mikrobiom yang berdiversiti tinggi serta kurang kehadiran mikrob patogen yang memudaratkan. Profil
mikrobiom usus bagi sebelum dan selepas pengambilan probiotik juga dijangkakan berbeza yang mana profil bagi selepas
pengambilan probiotik adalah semakin baik iaitu berlaku peningkatan atau kestabilan diversiti mikrobiom usus selain
meningkatkan kehadiran mikrobiom baik yang membantu meningkatkan kesihatan usus manusia.

Detailed proposal of research project:


Cadangan maklumat penyelidikan secara terperinci:

(a) Research background including Problem Statement, Hypothesis, Research Questions and Literature Reviews.
/ Latar Belakang Kajian Termasuk Kenyataan Masalah, Hipotesis, Persoalan penyelidikan dan Kajian literatur

i. Problem Statement /Kenyataan Masalah:

Statistik Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) 2019 menunjukkan bahawa kesihatan rakyat di Malaysia
adalah amat membimbangkan. Kebanyakan penduduk menghidapi penyakit tiga serangkai iaitu diabetes,
hipertensi dan kolesterol tinggi yang menyumbang kepada penyakit kardiovaskular seterusnya menjadi penyebab
utama bagi kematian di Malaysia. Risiko untuk mendapat penyakit-penyakit ini sebahagian besarnya dipengaruhi
oleh faktor pemakanan dan gaya hidup yang tidak sihat seperti kurangnya aktiviti fizikal, kurang pengambilan
vitamin dan probiotik sebagai makanan tambahan. Lebih membimbangkan apabila pengamalan diet yang tidak
sihat boleh mempengaruhi keseimbangan ekosistem mikrobiom usus terutama sekali bagi wanita hamil kerana
kesihatan mikrobiom usus yang kurang baik boleh menjejaskan kesihatan kedua-dua ibu dan bayi dalam
kandungan. Pengaruh diet pemakanan individu terhadap mikrobiom usus penting, dalam memastikan ekosistem
mikrobiom usus yang dinamik dan ianya berpotensi dijadikan sebagai penanda bio bagi risiko penyakit yang
mungkin dihadapi oleh seseorang individu. Oleh itu, timbul persoalan sekiranya perubahan diet dibuat, seperti
pengambilan probiotik; bagaimana profil mikrobiom usus boleh dipengaruhi dalam menjamin kesihatan usus serta
keseluruhan tubuh badan manusia.

ii. Hyphotesis / Hipotesis Kajian:

1. Profil mikrobiom usus bagi wanita pasca kehamilan normal menunjukkan keseimbangan yang baik (indeks
kepelbagaian).
2. Profil mikrobiom usus bagi wanita pasca kehamilan normal mempunyai perbezaan sebelum dan selepas
pengambilan probiotik yang mana ianya mempengaruhi keseimbangan mikrobiom usus dan memberikan kesan
yang baik dalam kesihatan individu.
3. Pengambilan probiotik membantu dalam keseimbangan mikrobium usus dengan meningkatkan kehadiran
kumpulan kumpulan mikrob baik berbanding mikrob patogen.

iii. Research Questions / Persoalan penyelidikan:

1. Apakah profil mikrobiom usus dalam wanita pasca kehamilan normal di Malaysia?
2. Apakah perbezaan profil mikrobiom usus dalam wanita pasca kehamilan normal sebelum dan selepas
pengambilan probiotik?
3. Bagaimanakah pengambilan probiotik mempengaruhi profil mikrobiom usus dalam wanita pasca kehamilan
normal?

iv. Literature review / Kajian literatur:


Mikrobiom dalam tubuh badan manusia memainkan peranan besar dalam memastikan kesihatan yang baik dan
mikrobiom usus merupakan antara mikrobiom yang penting dalam sistem gastrousus manusia (Krajmalnik-Brown
et al., 2012). Bilangan bakteria yang hadir dalam mikrobiom usus adalah amat besar (Sender et al., 2016) dan
majoriti daripadanya adalah bakteria di bawah filum Bacteriodetes dan Firmicutes (Mahowald et al., 2009).
Sebarang perubahan atau gangguan (disbiosis) terhadap keseimbangan mikrobium usus ini boleh menyebabkan
pelbagai implikasi terhadap kesihatan manusia (Kennedy et al., 2014; Rehman et al., 2016; Abreu et al., 2014;
Ames et al., 2017; Hasain et al., 2020) dan ianya dipengaruhi oleh pelbagai faktor luaran terutama sekali faktor diet
pemakanan (Lazar et al., 2019). Di samping itu, dengan adanya kaedah penjujukan gen rRNA 16S, pencirian profil
mikrobiom usus ini dapat dilakukan dan membolehkan para saintis untuk menganalisis komuniti mikrobiom yang
hadir (Jovel et al., 2016). Sehubungan itu, terdapat kajian-kajian yang mendapati bahawa profil mikrobiom usus
dalam individu seperti wanita yang mempunyai penyakit kencing manis semasa kehamilan (GDM) dan obesiti
menunjukkan perbezaan dengan wanita normal (Mokkala et al., 2017; Kuang et al., 2017; Karlsson et al., 2013;
Ames et al., 2017). Begitu juga dengan wanita yang hamil yang mana profil mikrobiom ususnya bergantung kepada
peringkat kehamilan bagi menyokong perkembangan bayi dalam kandungan (Edwards et al., 2017). Oleh itu, profil
mikrobiom usus ini berpotensi dijadikan sebagai penanda bio dan memerlukan kajian yang selanjutnya untuk
digunakan dalam pengesanan risiko kesihatan bagi seseorang individu (Ames et al., 2017).

Juga, menurut kajian-kajian lepas, kesihatan usus manusia yang melibatkan ekosistem mikrobiom dalam usus ini
dipengaruhi oleh faktor luaran seperti diet pemakanan (Lazar et al., 2019; Edwards et al., 2017) dan ianya boleh
dikawal untuk memberikan kesan yang baik kepada kesihatan individu (Singh et al., 2017; Makki et al., 2018).
Selain itu, pengambilan probiotik juga didapati memberi kesan kepada kestabilan ekosistem mikrobiom usus yang
mana ianya membantu dalam membaiki atau menambah baik kesihatan usus serta melindungi daripada patogen
yang boleh menyebabkan penyakit (Gagliardi et al., 2018; Markowiak et al., 2017; Bäumler et al., 2016; Gensollen
et al., 2016; Natividad et al., 2013; George Kerry et al., 2018; Wierzbicka et al., 2021). Terdapat juga kajian yang
menunjukkan bahawa pengambilan probiotik tidak mendatangkan sebarang kemudaratan terhadap wanita hamil
dan bayi dalam kandungan (Jarde et al., 2018; Chen et al., 2019). Justeru, dalam konteks kesihatan rakyat
Malaysia, sebanyak 1.7 juta orang di Malaysia mempunyai ketiga-tiga faktor risiko utama iaitu diabetes, hipertensi
dan kolesterol tinggi yang menyumbang kepada penyakit kardiovaskular dalam kalangan rakyat Malaysia (Institut
Kesihatan Umum 2020). Oleh itu, amalan diet pemakanan yang sihat seperti pengambilan probiotik adalah penting
dan mempunyai kesan yang baik ke atas kesihatan mikrobiom usus kerana ianya berpotensi membantu
mengurangkan risiko penyakit serta menambahbaik keseimbangan mikrobiom usus manusia. Dengan itu, kajian
ini bertujuan untuk mengkaji kesan pengambilan probiotik terhadap profil mikrobiom usus dalam wanita pasca
kehamilan normal dalam usaha meningkatkan kesihatan usus serta menggalakkan diet pemakanan dan gaya hidup
yang sihat dalam kalangan rakyat Malaysia.

References/ rujukan:

Abreu MT, Peek RM Jr. 2014. Gastrointestinal malignancy and the microbiome. Gastroenterology, 146:1534–1546e3.
Ames, N. J., Ranucci, A., Moriyama, B., & Wallen, G. R. 2017. The human microbiome and understanding the 16S rRNA
gene in translational nursing science. Nursing Research, 66(2), 184–197.
Bäumler, A. J., & Sperandio, V. 2016. Interactions between the microbiota and pathogenic bacteria in the
gut. Nature, 535(7610), 85–93.
Chen, Y., Li, Z., Tye, K. D., Luo, H., Tang, X., Liao, Y., Wang, D., Zhou, J., Yang, P., Li, Y., Su, Y., & Xiao, X. 2019. Probiotic
supplementation during human pregnancy affects the gut microbiota and immune status. Frontiers in Cellular and
Infection Microbiology, 9.
Edwards, S. M., Cunningham, S. A., Dunlop, A. L., & Corwin, E. J. 2017. The maternal gut microbiome during pregnancy.
MCN: The American Journal of Maternal/Child Nursing, 42(6), 310–317.
Gagliardi, A.; Totino, V.; Cacciotti, F.; Iebba, V.; Neroni, B.; Bonfiglio, G.; Trancassini, M.; Passariello, C.; Pantanella, F.;
Schippa, S. 2018. Rebuilding the gut microbiota ecosystem. Int. J. Environ. Res. Public Health, 15, 1679.
Gensollen, T.; Iyer, S.S.; Kasper, D.L.; Blumberg, R.S. 2016. How colonization by microbiota in early life shapes the immune
system. Science, 352, 539–544.
George Kerry, R., Patra, J. K., Gouda, S., Park, Y., Shin, H. S., & Das, G. 2018. Benefaction of probiotics for human health:
a review. Journal of Food and Drug Analysis, 26(3), 927–939.
Hasain, Z., Mokhtar, N. M., Kamaruddin, N. A., Mohamed Ismail, N. A., Razalli, N. H., Gnanou, J. V., et al. 2020. Gut
microbiota and gestational diabetes mellitus: a review of host-gut microbiota interactions and their therapeutic
potential. Front. Cell. Infect. Microbiol. 10:188
Hasain, Z., Raja Ali, R. A., Abdul Razak, S., Azizan, K. A., El-Omar, E., Razalli, N. H., & Mokhtar, N. M. 2021. Gut microbiota
signature among Asian post-gestational diabetes women linked to macronutrient intakes and metabolic
phenotypes. Frontiers in Microbiology, 12.
Institut Kesihatan Umum 2020. Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2019: Penyakit Tidak Berjangkit,
Permintaan Jagaan Kesihatan, dan Literasi Kesihatan: Penemuan Utama.
Jarde, A., Lewis-Mikhael, A. M., Moayyedi, P., Stearns, J. C., Collins, S. M., Beyene, J., et al. 2018. Pregnancy outcomes
in women taking probiotics or prebiotics: a systematic review and meta-analysis. BMC Pregnancy Childbirth 18:14.
Jovel, J., Patterson, J., Wang, W., Hotte, N., O’Keefe, S., Mitchel, T., Perry, T., Kao, D., Mason, A. L., Madsen, K. L., &
Wong, G. K. S. 2016. Characterization of the gut microbiome using 16S or shotgun metagenomics. Frontiers in
Microbiology, 7.
Karlsson, F. H., Tremaroli, V., Nookaew, I., Bergström, G., Behre, C. J., Fagerberg, B., Nielsen, J., & Bäckhed, F. 2013.
Gut metagenome in European women with normal, impaired and diabetic glucose control. Nature, 498(7452), 99–
103.
Kennedy PJ, Cryan JF, Dinan TG, Clarke G. 2014. Irritable bowel syndrome: a microbiome-gut-brain axis disorder? World
Journal of Gastroenterology, 20:14105–14125.
Krajmalnik-Brown R, Ilhan ZE, Kang DW, DiBaise JK. 2012. Effects of gut microbes on nutrient absorption and energy
regulation. Nutrition in Clinical Practice, 27:201–214.
Kuang, Y. S., Lu, J. H., Li, S. H., Li, J. H., Yuan, M. Y., He, J. R., Chen, N. N., Xiao, W. Q., Shen, S. Y., Qiu, L., Wu, Y. F.,
Hu, C. Y., Wu, Y. Y., Li, W. D., Chen, Q. Z., Deng, H. W., Papasian, C. J., Xia, H. M., & Qiu, X. 2017. Connections
between the human gut microbiome and gestational diabetes mellitus. GigaScience, 6(8).
Lazar, V., Ditu, L. M., Pircalabioru, G. G., Picu, A., Petcu, L., Cucu, N., et al. 2019. Gut microbiota, host organism, and diet
trialogue in diabetes and obesity. Front. Nutr. 6:21.
Li, W. Z., Stirling, K., Yang, J. J., & Zhang, L. 2020. Gut microbiota and diabetes: From correlation to causality and
mechanism. World Journal of Diabetes, 11(7), 293–308.
Mahowald MA, Rey FE, Seedorf H, Turnbaugh PJ, Fulton RS, Wollam A, … Gordon JI. 2009. Characterizing a model
human gut microbiota composed of members of its two dominant bacterial phyla. Proceedings of the National
Academy of Sciences of the United States of America, 106:5859–5864.
Makki K, Deehan EC, Walter J, Bäckhed F. 2018. The impact of dietary fiber on gut microbiota in host health and disease.
Cell Host Microbe, 23: 705-715.
Markowiak, P.; S´liz˙ ewska, K. 2017. Effects of probiotics, prebiotics, and synbiotics on human health. Nutrients, 9, 1021.
Mokkala, K., Houttu, N., Vahlberg, T., Munukka, E., Rönnemaa, T., and Laitinen, K. 2017. Gut microbiota aberrations
precede diagnosis of gestational diabetes mellitus. Acta Diabetol. 54, 1147–1149.
Natividad, J.M.M.; Verdu, E.F. 2013. Modulation of intestinal barrier by intestinal microbiota: pathological and therapeutic
implications. Pharmacol. Res., 69, 42–51.
Panwar, H.; Rashmi, H.M.; Batish, V.K.; Grover, S. 2013. Probiotics as potential biotherapeutics in the management of type
2 diabetes—Prospects and perspectives. Diabetes/Metab. Res. Rev., 29, 103–112.
Rehman A, Rausch P, Wang J, Skieceviciene J, Kiudelis G, Bhagalia K, … Ott S. 2016. Geographical patterns of the
standing and active human gut microbiome in health and IBD. Gut, 65:238–248.
Sender R, Fuchs S, Milo R. 2016. Are we really vastly outnumbered? Revisiting the ratio of bacterial to host cells in humans.
Cell., 164:337–340.
Singh RK, Chang HW, Yan D, Lee KM, Ucmak D, Wong K, Abrouk M, Farahnik B, Nakamura M, Zhu TH, Bhutani T, Liao
W. 2017. Influence of diet on the gut microbiome and implications for human health. J Transl Med, 15: 73
Wierzbicka, A., Mańkowska-Wierzbicka, D., Mardas, M., & Stelmach-Mardas, M. 2021. Role of probiotics in modulating
human gut microbiota populations and activities in patients with colorectal cancer—a systematic review of clinical
trials. Nutrients, 13(4), 1160.
Yoo, J., & Kim, S. 2016. Probiotics and prebiotics: present status and future perspectives on metabolic disorders. Nutrients,
8(3), 173.

(b) Objective (s) of the Research/ Objektif Penyelidikan

1. Menganalisis data jujukan amplikon gen rRNA 16S bagi mikrobiom menggunakan pelantar bioinformatik
bersesuaian.
2. Mencirikan profil mikrobiom usus daripada kumpulan kajian wanita pasca kehamilan normal.
3. Membandingkan profil mikrobiom usus kumpulan kajian sebelum dan selepas pengambilan probiotik.

(c) Methodology (please provide a clearly defined research approach)


Kaedah penyelidikan (sila nyatakan pendekatan kajian yang akan diambil secara terperinci)
Populasi sasaran bagi kajian ini adalah kumpulan wanita dalam tempoh 3 hingga 6 bulan pasca kehamilan normal di
Malaysia (sekitar Kuala Lumpur, Cheras, Kajang, Shah Alam dan kawasan berdekatan). DNA bakteria akan diekstrak
daripada sampel tinja kumpulan wanita pasca kehamilan normal sebelum dan selepas tempoh tiga bulan pengambilan
probiotik. Kemudian, DNA ini akan dijujuk melalui penjujukan generasi terkehadapan (NGS) berdasarkan amplikon gen
rRNA 16S bagi mendapatkan profil mikrobiom usus. Pemprosesan data jujukan amplikon tersebut akan dijalankan dan
profil akan dicirikan menggunakan pelantar bioinformatik yang bersesuaian. Melalui beberapa siri analisis, seterusnya
perbandingan profil mikrobiom usus bagi sebelum dan selepas pengambilan probiotik akan dilakukan. Akhir sekali,
hasil analisis diteruskan dengan pelaporan data.

Please state in the form / Sila nyatakan di borang ini

1. Flow Chart of Research Activities (Please enclose as Appendix I)


Carta alir Aktiviti Penyelidikan

2. Gantt Chart of Research Activities (Please enclose as Appendix II)


Carta Gantt Aktiviti Penyelidikan

3. Milestones and Dates (Please enclose as Appendix III)


Jejak kekunci dan tarikh pencapaian

(d) Expected Results/Benefit


Jangkaan Hasil Penyelidikan

1. Novel theories/New findings/Knowledge


Teori/Penemuan/Pengetahuan baru

Hasil yang dijangka dalam kajian ini ialah profil mikrobiom usus dalam wanita pasca kehamilan normal
menunjukkan ekosistem mikrobiom yang seimbang (berdasarkan indeks kepelbagaian seperti kepelbagaian alfa
dan beta). Profil mikrobiom usus ini juga dijangka menunjukkan penambahbaikan atau perubahan yang baik
selepas pengambilan probiotik yang mana ekosistem mikrobiom usus ini menjadi lebih stabil dan mengurangkan
patogen usus yang boleh menjejaskan kesihatan individu.

2. Specific or Potential Applications


Kegunaan spesifik atau potensi penyelidikan

Profil mikrobiom usus ini berpotensi untuk dijadikan sebagai penanda bio kerana hasil kajian menjangkakan
terdapat perbezaan profil mikrobiom usus dalam wanita pasca kehamilan normal jika dibandingkan dengan profil
mikrobiom usus bagi individu yang berpenyakit (melalui data sedia ada). Selain itu juga, perubahan diet pemakanan
seperti pengambilan probiotik mempunyai potensi untuk meningkatkan kesihatan serta keseimbangan mikrobiom
usus dan seterusnya membantu mengurangkan risiko penyakit seperti kencing manis dan obesiti.

3. Impact on Society, Economy and Nation


Impak kepada masyarakat, ekonomi dan negara

Dalam konteks kesihatan masyarakat dan penduduk tempatan di Malaysia, risiko untuk mendapat sesuatu penyakit
dalam seseorang individu itu terutama sekali bagi wanita yang hamil dapat dikenal pasti dengan lebih awal
sekiranya profil mikrobiom usus ini dapat digunakan sebagai penanda bio. Justeru, pengenalpastian risiko ini
membolehkan individu tersebut mengambil langkah untuk mengurangkan risiko menghidap penyakit dengan
mengamalkan diet pemakanan dan gaya hidup yang sihat. Melalui kajian ini juga, kesihatan usus dapat ditingkatkan
dengan pengambilan probiotik yang berupaya untuk membantu menambah baik serta mengekalkan keseimbangan
ekosistem mikrobiom usus dalam manusia. Akhir sekali, dengan adanya kajian analisis kesan probiotik terhadap
profil mikrobiom usus dalam wanita pasca kehamilan normal ini, ianya boleh digunakan untuk membuat
perbandingan dengan profil mikrobiom usus bagi individu yang berpenyakit seperti wanita yang mempunyai sejarah
kencing manis semasa kehamilan (GDM). Melalui perbandingan tersebut, hasil kajian dapat memperlihatkan
sekiranya perubahan diet seperti pengambilan probiotik dalam kalangan wanita GDM ini akan turut memberi kesan
yang positif terhadap kesihatan mikrobiom usus mereka dan seterusnya mengukuhkan lagi keperluan atau
kewajaran untuk mengamalkan gaya pemakanan dan hidup yang sihat dalam kalangan rakyat Malaysia.
Appendix I Flow Chart of Research Activities
(Lampiran 1 Carta Alir Aktiviti Penyelidikan)

Kajian Literatur

Penjujukan Generasi Terkehadapan (NGS) Amplikon Gen rRNA 16S


Mikrobiom Usus Wanita Pasca Kehamilan Normal Sebelum Pengambilan
Probiotik

Analisis Profil Mikrobiom Usus Wanita Pasca Kehamilan


Normal (Pencirian Profil dan Kepelbagaian Alfa & Beta)

Penjujukan Generasi Terkehadapan (NGS) Amplikon Gen rRNA 16S


Mikrobiom Usus Kumpulan Wanita Pasca Kehamilan Normal Selepas
Pengambilan Probiotik (Selama 3 Bulan)

Analisis Profil Mikrobiom Usus Kumpulan Wanita Pasca Kehamilan


Normal Selepas Pengambilan Probiotik

Analisis Perbandingan Profil Mikrobiom Usus Wanita Pasca


Kehamilan Normal Sebelum & Selepas Pengambilan Probiotik

Penulisan Laporan Akhir


Appendix IIGantt Chart of Research Activities
(Lampiran II Carta Gantt Aktiviti Penyelidikan)

Aktiviti Kajian 2021 2022 2023

Dis Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Og Sep Okt Nov Dis Jan Feb

Kajian literatur

Penulisan deraf proposal

Penjujukan DNA daripada sampel tinja


(dijalankan oleh pembekal)

Analisis data jujukan amplikon gen rRNA 16S


mikrobiom usus (sebelum pengambilan
probiotik)

Pencirian profil mikrobiom usus wanita pasca


kehamilan normal (sebelum pengambilan
probiotik)

Analisis data jujukan amplikon gen rRNA 16S


mikrobiom usus yang dibekalkan dan pencirian
profil (selepas pengambilan probiotik)

Perbandingan profil mikrobiom usus wanita


pasca kehamilan normal sebelum & selepas
pengambilan probiotik

Penulisan laporan akhir


Appendix III Milestones and Dates
(Lampiran III Jejak kekunci dan Tarikh Pencapaian)

Jejak kekunci Butiran Tarikh


Penjujukan DNA sampel Kerja pengekstrakan & penjujukan DNA ~ Februari 2022 -
tinja daripada sampel tinja dilakukan oleh Mac 2022
pembekal
Analisis data jujukan Analisis data bagi kumpulan wanita pasca
amplikon gen rRNA 16S kehamilan normal sebelum pengambilan
mikrobiom usus probiotik menggunakan pelantar ~ Mac 2022 - Jun
bioinformatik bersesuaian 2022
Pencirian profil mikrobiom Analisis profil dan indeks kepelbagaian
usus seperti alfa & beta menggunakan pelantar
bioinformatik bersesuaian
Pemberian probiotik dan Kerja pemberian probiotik selama 3 bulan,
penjujukan DNA sampel pengekstrakan dan penjujukan DNA
tinja daripada sampel tinja dijalankan oleh
pembekal ~Julai 2022 -
Analisis data jujukan dan Analisis dan perbandingan data dilakukan September 2022
perbandingan profil menggunakan pelantar bioinformatik
mikrobiom usus wanita bersesuaian
pasca kehamilan normal
sebelum & selepas
pengambilan probiotik

You might also like