Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 10

GARIS PANDUAN

SAFE WORK METHOD


STATEMENT (SWMS)
RANHILL SAJ
151KANDUNGAN

BIL. PERKARA MUKASURAT


1.0 PENGENALAN 1
1.1 OBJEKTIF 1
1.2 SKOP 1-2
1.3 TUJUAN 2

2.0 KEPERLUAN AM
2.1 CARTA ALiR 3
2.2 PENERANGAN CARTA ALiR 4

3.0 FORMATSWMS 5
3.1 SPESIFIKASIFORMAT SWMS 5
3.2 BAHAGIAN I (PERMULAAN) 5
3.3 BAHAGIAN II (SAFE OPERATING PROCEDURE) 5-6
3.4 BAHAGIAN III (EMERGENCY RESPONSEPLAN) 7
3.5 BAHAGIAN IV (LAMPIRAN KOMPETENSI & CERTIFICATION) 7
3.6 BAHAGIAN V (LAMPIRAN TAM BAHAN) 8

4.0 SENARAI SEMAK SWMS 8

5.0 LAMPIRAN
5.1 LAMPIRAN A - FORMAT MUKA HADAPAN
5.2 LAMPIRAN B - CONTOH POLISI LENGKAP
5.3 LAMPI RAN C - CONTOH CARTA ALiR KERJA
5.4 LAMPI RAN D - BORANG HIRARC KOSONG
5.5 LAMPI RAN E - PENERANGAN PENGISIAN BORANG HIRARC
5.6 LAMPI RAN F - FORMAT SENARAI NAMA PEKERJA& KOMPETENSI
5.7 LAMPIRAN G - FORMAT SENARAI JENTERA, PERALATAN KERJA, PPE &
PERALATAN KESELAMATAN
5.8 LAMPIRAN H - BORANG-BORANG PERMIT KERJA
5.9 LAMPIRAN 1- BORANG KEHADIRAN TOOLBOX BRIEFING
5.10 LAMPI RAN J - BORANG PENERANGAN SWMS
5.11 LAMPI RAN K - SENARAI SEMAK SWMS
GARISPANDUAN SAFE WORK METHOD STATEMENT (SWMS) RANHILL SAJ

1.0 PENGENALAN

Ranhill SAJ Sdn Bhd (SAJ) merupakan sebuah syarikat utiliti air yang beroperasi di seluruh negeri
Johor. SAJ juga bertanggungjawab ke atas perancangan, pembangunan, penyelenggaraan dan
pengoperasian yang berkaitan dengan bekalan sumber air bersih. SAJ komited dalam memenuhi
kehendak perundangan yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Malaysia.

1.1 OBJEKTIF

Garispanduan ini diwujudkan sebagai panduan penyediaan dokumen Safe Work Method
Statement (SWMS) bagi semua pihak yang melaksanakan kerja-kerja pembinaan,
penyelenggaraan dan perkhidmatan yang berisiko tinggi untuk SAJ supaya dapat meminimakan
dan mencegah pendedahan terhadap hazard yang mungkin dihadapi semasa bekerja.

"Safe Work Method Statement (SWMS)" merupakan dokumentasi yang dibangunkan sebelum
sesuatu aktiviti kerja dilaksanakan yang menerangkan tentang Safe Operating Procedure (SOP)
secara terperinci berdasarkan Hazard Identification Risk Assessment & Risk Control (HIRARC),
dibangunkan merangkumi prosedur kecemasan / kemalangan (Emergency Response PIan),
salinan kompetensi yang sah, lakaran kerja dan lain-lain lampiran yang berkaitan.

1.2 SKOP

1.2.1 Garispanduan ini terpakai kepada semua kerja pembinaan, penyelenggaraan dan perkhidmatan
sebagaimana yang tersenarai di dalam Lampiran A.

1. Kerja-kerja mengangkat & menyusun menggunakan peralatan atau jentera (lifting)


2. Kerja-kerja melibatkan bahaya panas (Hot work)
3. Kerja-kerja di dalam ruang terkurung
4. Kerja-kerja menyelam
5. Kerja-kerja melibatkan bahaya tempat tinggi (Working at Height)
6. Kerja-kerja di kawasan air dalam (di atas atau di tebing)
7. Kerja-kerja melibatkan pemotongan mengunakan peralatan tajam
8. Kerja-kerja melibatkan bahaya elektrikal
9. Kerja-kerja mekanikal, pembinaan atau penyelenggaraan;
a. Melibatkan bahaya peralatan atau jentera berputar
b. Melibatkan bahaya peralatan atau jentera pemotong
c. Melibatkan bahaya tersepit atau terhimpit atau terpukul oleh jentera
d. Melibatkan bahaya sistem, peralatan atau jentera bertekanan
e. melibatkan pengurusan trafik
f. melibatkan perancah
g. melibatkan pemotongan jalan
h. melibatkan pengorekan tanah menggunakan jentera
i. melibatkan kerja letupan

1
j. melibatkan Horizontal Direct Drilling (HDD)
k. melibatkan pipe jacking
I. melibatkan hot tapping
m. melibatkan sistem paip
n. melibatkan kerja pembinaan, pengubahan atau perobohan struktur I bangunan
o. Kerja-kerja melibatkan gabungan pelbagai aktiviti atau shutdown
10. Kerja-kerja melibatkan sistem pencegahan kebakaran
11. Kerja-kerja melibatkan pengendalian & pelupusan bahan kimia atau racun
12. Kerja-kerja perkhidmatan;
a. Melibatkan pest control
b. Melibatkan pemotongan rumput
c. Melibatkan sistem kumbahan
d. Melibatkan Pengawal Keselamatan

1.2.2 Garispanduan ini tidak terpakai sekiranya kerja tersebut merupakan kerja pembekalan atau
perkhidmatan jururunding yang tidak disebut dalam Lampiran A.

1.3 TUJUAN

Garispanduan SWMS yang dibangunkan adalah bertujuan untuk membantu pihak Jabatan
Pelaksana (Wakil Superintending Officer (SO)), juruaudit, kontraktor, supervisor, pekerja dan
orang yang terlibat di tapak kerja untuk memahami keperluan dan kaedah penyediaan SWMS
mengikut format SAJ supaya aktiviti kerja dapat dijalankan dalam keadaan selamat, sihat dan
tanpa risiko.

Secara umumnya, SWMS yang dibangunkan oleh pihak kontraktor perlu mengandungi elemen
utama seperti berikut;
1. Penerangan secara ringkas bagi setiap aktiviti kerja dari mula hingga tamat (aliran kerja)
2. Pengenalpastian sumber, tenaga kerja dan kepakaran yang berkaitan dengan aktiviti kerja
3. Pengenalpastian hazard, penilaian risiko dan langkah kawalan yang dicadangkan
(HIRARC)
4. Penerangan secara jelas prosedur kerja selamat (Safe Operating Procedure) berdasarkan
aliran dan HIRARC yang telah dibangunkan,
5. Penerangan secara jelas berkaitan Emergency Response Plan (ERP)
6. Lain-lain maklumat sokongan (seperti: lakaran kawasan kerja, sijil kompetensi, dll)

SMWS yang dibangunkan hendaklah mudah difahami oleh mereka yang terlibat dengan
perlaksanaan aktiviti kerja. seperti;
1. Supervisor yang memantau aktiviti kerja,
2. Pekerja yang menjalankan aktiviti kerja,
3. Pihak wakil SO (yang meluluskan permit kerja & memantau aktiviti); dan
4. Mana-mana pihak yang berkaitan dengan aktiviti kerja tersebut.

2
2.0 KEPERLUAN AM

2.1 CARTA ALiR

CARTA ALiR SAFE WORK METHOD STATEMENT (SWMS)

KICK OFF MEETING

l
PENYEDIAAN SWMS I
L..__.. ---.-- ____j4-111! -----,

SEMAKAN SWMS OLEH JABATAN


TIDAK DILULUSKAN
PELAKSANA III!

l
L- ~------------~

DILULUSKAN

SEMAKAN PENGESAHAN SWMS OLEH


TIDAK DILULUSKAN
JABATAN HSE

DILULUSKAN ~

PENERANGAN SWMS OLEH KONTRAKTOR


KEPADA SEMUA PEKERJA

PERLAKSANAAN KERJA MENGIKUT SWMS PERUBAHAN KERJA I


YANG TELAH DILULUSKAN ~ SWMS

..
KERJA SELESAI

+
PENYEDIAAN LAPORAN KESELAMATAN
OLEH SHO / SSS

~
SERAHAN LAPORAN KESELAMATAN ~ TIDAK LENGKAP -i

1
TAMAT

Nota: SHO = Safety & Health Officer


SSS = Site Safety Supervisor

3
2.2 PENERANGAN CARTA ALiR

2.2.1 Wakil Superintending Officer (SO) hendaklah memastikan kontraktor atau pembekal yang dilantik
oleh SAJ menyediakan SWMS sebagaimana kehendak format Jabatan HSE.

2.2.2 SWMS tersebut hendaklah disemak dan ditandatangan terlebih dahulu oleh wakil Superintending
Officer (SO) sebelum dimajukan kepada Jabatan HSE bagi tindakan kelulusan.

2.2.3 SWMS yang dimajukan ke Jabatan HSE akan disemak dan disahkan dalam tempoh kurang dari
empat belas (14) hari bekerja.

2.2.4 SWMS yang tidak diluluskan perlu dikemaskini semula dan dimajukan kepada Jabatan HSE.

2.2.5 SWMS perlu diterangkan dan dimaklumkan kepada semua pekerja yang terlibat sebelum aktiviti
kerja serta rekod kehadiran & pengesahan penerangan tersebut perlu sentiasa tersedia apabila
diminta oleh pihak SAJ atau JKKP.

2.2.6 Empat (4) salinan SWMS dalam bentuk hardcopy yang telah diluluskan hendaklah disediakan oleh
pihak kontraktor atau pembekal sebelum kerja-kerja dijalankan dan salinan tersebut perlu
diserahkan kepada;
1) Satu (1) salinan hendaklah sentiasa berada di tapak.
2) Satu (1) salinan hendaklah diserahkan kepada Jabatan HSE
3) Satu (1) salinan hendaklah diserahkan kepada Jabatan Pelaksana
4) Satu (1) salinan hendaklah diserahkan kepada Jabatan Kontrak & Perolehan

2.2.7 SWMS yang telah diluluskan hendaklah ditukar ke dalam bentuk softcopy (pdf file) dan dimajukan
kepada Jabatan HSE.

2.2.8 Sekiranya terdapat perubahan maklumat di dalam SWMS yang telah diluluskan, satu dokumen
terkini berserta surat pemberitahuan perubahan maklumat hendaklah dimajukan ke Jabatan
Pelaksana bagi tujuan semakan dan hendaklah mendapat pengesahan dari Jabatan HSE sebelum
kerja diteruskan.

2.2.9 Pihak SAJ boleh memberhentikan sebarang aktiviti kerja di tapak secara serta-merta sekiranya
aktiviti kerja tersebut dijalankan tanpa mengikut SWMS yang telah diluluskan atau terdapat unsur-
unsur keadaan atau tindakan yang tidak selamat semasa aktiviti dijalankan.

2.2.10 Laporan Keselamatan kerja perlu dimajukan selepas kerja siap dilaksanakan. Laporan tersebut
perlu mempunyai bukti-bukti tugas yang dilakukan oleh SHO / SSS. Antara contoh bukti yang perlu
disediakan di dalam laporan tersebut (dan tidak terhad kepada senarai di bawah) adalah seperti
berikut;
i. Salinan sijil pendaftaran SHO / SSS / AGTES
ii. Rekod kehadiran SHO / SSS di tapak yang disahkan oleh pihak Supervising Officer
iii. Dokumen kompetensi anggota (CIDB, AESP, First Aider, Welder dll)
iv. Rekod-rekod pemeriksaan yang dijalankan berserta gambar
v. Rekod-rekod taklimat keselamatan yang dijalankan berserta gambar
vi. Rekod-rekod kemalangan (jika berkaitan)
vii. Lain-lain dokumen yang menyokong aktiviti SHO / SSS di tapak.

4
3.0 FORMAT SWMS

SMWS yang dibuat perlu mengikut format yang telah dikeluarkan oleh SAJ sebagaimana yang
dinyatakan di bawah.

3.1 SPESIFIKASI FORMAT SWMS

Bagi mendapatkan keseragaman dokumentasi, penulisan SWMS perlu mengikut format yang
dinyatakan dibawah:

1) Font yang perlu digunakan adalah jenis Arial dan bersaiz 10.
2) Line Spacing yang digunakan adalah 1.15.
3) Margin yang perlu digunakan adalah margin normal.
4) Orientation yang perlu digunakan adalah jenis Portrait, hanya borang HIRARC sahaja yang
dibenarkan menggunakan orientation jenis Landscape.

3.2 BAHAGIAN I (PERMULAAN)

1) MUKA HAOAPAN
Muka hadapan SWMS perlu mengikut format yang telah diberikan oleh SAJ.
(Format Muka Hadapan perlu di rujuk pada Lampiran A)

2) lSI KANOUNGAN
lsi kandungan perlu dinyatakan muka surat untuk semua perkara yang ditulis di dalam SWMS.

3) PENGENALAN
Menerangkan secara ringkas maklumat berkenaan aktiviti kerja yang bakal dijalankan.
- Tajuk kerja, tempoh kontrak, lokasi, harga kontrak dll.

4) OBJEKTIF
Menerangkan objektif pembangunan SWMS.

5) POLISI KESELAMATAN & KESIHATAN SYARIKAT


Melampirkan Polisi KKP Syarikat yang lengkap bertarikh & ditandatangani oleh pemilik
syarikat. (Contoh polisi yang lengkap seperti Lampiran B)

6) CARTA ORGANISASI SYARIKAT


Melampirkan Carta Organisasi Syarikat berserta dengan Nombor Telefon.

3.3 BAHAGIAN II (SAFE OPERATING PROCEDURE)

1) CARTA ORGANISASI TAPAK BINA


Melampirkan Carta Organisasi Oi Tapak Bina berserta dengan Nombor Telefon Pegawai I
Penguasa I Supervisor I Pegawai Keselamatan & Kesihatan (SHO / SSS) I Pegawai
Pengurusan Trafik (TMO) dll.

2) SENARAI AKTIVITI KERJA


Menyenaraikan semua aktiviti kerja yang dikenalpasti sepanjang aktiviti kerja yang bakal
dijalankan bermula daripada Lawatan Tapak sehingga aktiviti kerja selesai.

5
3) CARTA ALiR AKTIVITI KERJA
Carta Alir Aktiviti Kerja perlu dilampirkan untuk setiap aktiviti kerja yang menerangkan secara
ringkas perjalanan aktiviti kerja yang bakal dilaksanakan.
(Contoh carta allr yang lengkap seperti pada Lampiran C)

4) HAZARD !DENTIFICA TlON, RISK ANAL YS/S AND RISK CONTROL (HIRARC)
HIRARC perlu dibangunkan untuk setiap aktiviti kerja dengan berpandukan format daripada
SAJ. (No Borang : SAJ-HSE-FM-01). HIRARC yang dibuat perlulah lengkap berserta dengan
tandatangan ahli kumpulan yang membangunkan HIRARC tersebut.
Borang HIRARC boleh di rujuk pada Lampiran D.
Penerangan bagi kaedah pengisian HIRARC boleh di rujuk pada Lampiran E.

5) PROSEDUR KERJA SELAMAT (SOP)


Prosedur Kerja Selamat perlu ditulis dengan berdasarkan HIRARC yang telah dikenalpasti dan
dinyatakan secara terperinci mengenai kaedah perlaksanaan kerja selamat bagi setiap aktiviti
kerja yang bakal dijalankan. Penerangan perlu mengambilkira proses bagi setiap aktiviti yang
dijalankan untuk tempoh sebelum, semasa dan selepas aktiviti kerja.

6) PROSEDUR ALTERNATIF (Sekiranya ada)


Perlu menyatakan secara terperinci mengenai kaedah lain yang akan dilakukan di tapak
sekiranya kaedah asal tidak dapat dilaksanakan di tapak.

7) TUGAS & TANGGUNGJAWAB


Menerangkan dengan jelas peranan tugas & tanggungjawab setiap pekerja yang berada di
tapak.

8) SENARAI NAMA PEKERJA & KOMPETENSI


Perlu menyenaraikan senarai nama semua pekerja di dalam bentuk jadual berserta segala
kompetensi pekerja sebagaimana format yang telah ditetapkan oleh SAJ. Format jadual bagi
senarai nama pekerja & kompetensi boleh di rujuk pada Lampiran F.

9) SENARAI JENTERA & PERALATAN KERJA


Perlu menyenaraikan segala jenis jentera & peralatan kerja yang bakal digunakan sepanjang
aktiviti kerja sebagaimana format yang telah ditetapkan oleh SAJ. Format jadual bagi senarai
jentera & peralatan kerja boleh di rujuk pada Lampiran G.

10) SENARAI PPE & PERALATAN KESELAMATAN


Perlu menyenaraikan semua jenis PPE & Peralatan Keselamatan (cth: Gas Detector,
papantanda keselamatan dll) berserta tempoh sah laku / kalibrasi / servicing peralatan
keselamatan tersebut yang digunakan sepanjang aktiviti kerja sebagaimana format yang telah
ditetapkan oleh SAJ. Format jadual senarai PPE & peralatan keselamatan boleh di rujuk pada
Lampiran G.

11) JADUAL PERANCANGAN KERJA


Perlu mengemukakan jadual perancangan aktiviti kerja bagi memudahkan proses pemantauan
kerja.

6
3.4 BAHAGIAN III (EMERGENCE RESPONSE PLAN)
1) CARTA ORGANISASI EMERGENCY RESPONSE TEAM (ERT)
Perlu melampirkan Carta Organisasi ERT berserta dengan Nombor Telefon.

2) CARTA ALiR KECEMASAN I KEMALANGAN


Carta Alir Kecemasan I Kemalangan perlu dilampirkan untuk setiap kecemasan I kemalangan
yang menerangkan secara ringkas perjalanan sesuatu insiden sekiranya kecemasan I
kemalangan berlaku di tapak.

3) PROSEDUR KECEMASAN I KEMALANGAN


Perlu ditulis secara terperinci berkenaan kaedah kecemasan yang akan dilaksanakan di tapak
sekira berlaku keadaan yang tidak diingini.

4) TUGAS & TANGGUNGJAWAB ERT


Peranan tugas dan tanggungjawab setiap ahli ERT perlu dinyatakan secara terperinci dan
jelas di bahagian ini.

3.5 BAHAGIAN IV (LAMPIRAN KOMPETENSI & CERTIFICA TION)


Perlu melampirkan segala kompetensi anggota yang masih sah yang berkaitan dengan aktiviti
kerja di tapak. Lampiran yang dilampirkan perlulah jelas dan mudah dibaca oleh semua pihak.
a. Kompetensi SHO I SSS yang berdaftar dengan JKKP dan masih sah tempohnya
b. Kompetensi CIBD yang masih sah tempohnya
c. Kompetensi Ruang Terkurung yang masih sah tempohnya;
i. Kompetensi AGT/ES yang berdaftar dengan JKKP
ii. Kompetensi AESP
iii. Fitness certificate ruang terkurung yang disahkan oleh Occupational Health
Doctor (OHD)
iv. Perakuan kesihatan harian anggota (diisi sebelum memasuki ruang terkurung)
d. Kompetensi Penyelam yang masih sah tempohnya;
i. Diving Supervisor
ii. Diver
iii. Dive Medical Tech
iv. Dive Technician
v. Fitness Certificate menyelam yang disahkan oleh Occupational Dive Doctor
(ODD)
e. Kompetensi Scaffold yang masih sah tempohnya
f. Kompetensi Elektrikal (Chargeman, dll)
g. Lain-lain kompetensi yang berkaitan dengan aktiviti kerja, contoh;
i. Crane Operator
ii. Doktor Kesihatan Pekerjaan (OHD)
iii. Pengapit
iv. Juruternik Higien
h. Sijil Kaliberasi I surat beranak ;
i. Gas Detector
ii. SCBA
iii. Peralatan Menyelam
iv. PMT, PMA, PMD
v. Lain-lain peralatan yang mempunyai sijil kaliberasi

7
3.6 BAHAGIAN V (LAMPIRAN TAMBAHAN)

Perlu melampirkan lampiran-Iampiran tambahan seperti di bawah;


a. Lakaran Kawasan Kerja pandangan sisi dan pandangan atas (working platform)
b. Kerja melibatkan ruang terkurung:
i. Lakaran bagi point pengujian gas & pengudaraan (Kerja di Ruang Terkurung)
ii. Pengiraan pengudaraan
c. Kerja melibatkan penyelaman;
i. Dive plan yang terperinci
d. Kerja melibatkan bahu jalan I jalan raya;
i. Lakaran Traffic Management Plan (TMP) yang disahkan
ii. Carta organisasi bagi pengurusan trafik
e. Kerja melibatkan tempat tinggi;
i. Lifting plan yang terperinci
f. Permit-permit kerja yang bersesuaian dengan aktiviti kerja yang dijalankan;
(Rujuk Lampiran H untuk semua borang permit yang dinyatakan di bawah)
i. Permit Memasuki Premis (No Borang : SAJ-HSE-FM-58)
ii. Permit Kerja Umum (No Borang : SAJ-HSE-FM-20)
iii. Permit Kerja Tempat Tinggi (No Borang : SAJ-HSE-FM-18)
iv. Permit Kerja Di Ruang Terkurung (No Borang : SAJ-HSE-FM-14)
v. Permit Kerja Menyelam (No Borang : SAJ-HSE-FM-57)
vi. Permit Kerja Panas (No Borang : SAJ-HSE-FM-17)
vii. Permit Kerja Pengorekan Tanah (No Borang : SAJ-HSE-FM-68)
g. Borang kehadiran & kefahaman toolbox (No Borang : SAJ-HSE-FM-69)
(Rujuk Lampiran I)
h. Borang kehadiran & kefahaman SWMS (No Borang : SAJ-HSE-FM-70)
(Rujuk Lampiran J)

4.0 SENARAI SEMAK SWMS

Bagi memudahkan proses pengisian SWMS oleh pihak kontraktor atau proses semakan oleh wakil
SO, satu Senarai Semak SWMS (Lampiran K) telah diwujudkan. Penyediaan senarai semak
SWMS ini juga akan digunapakai oleh Jabatan HSE di dalam membuat semakan dan pengesahan
SMWS yang dimajukan.

You might also like