Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 13

PENGENALAN

Seperti yang telah diterangkan di dalam sejarah futsal dunia,Sukan Futsal mula dipertandingkan

di peringkat antarabangsa pada tahun 1989 di dalam Piala Dunia Futsal FIFA di

Rosterdam,Belanda yang telah dimenangi oleh Brazil 1. Selepas kejohanan ini, sukan Futsal mula

mendapat perhatian yang meluas dari pelbagai pihak diseluruh dunia. Namun begitu,sukan ini

hanya bermula bertapak di Malaysia sekitar akhir tahun 1990 -an. Hal ini kerana masih kurang

orang yang berminat dengan sukan ini kerana pengaruh sukan bola sepak dan badminton lebih

kuat di Malaysia pada ketika itu. selain itu, Sukan Futsal kurang mendapat pendedahan yang

meluas daripada pihak media di Malaysia. Walaupun begitu,pada tahun 2000,Sukan Futsal mula

menjadi sukan yang terkenal di Malaysia. Hal ini demikian kerana,hamper setiap golongan umur

meminati sukan bola sepak,tetapi sukan ini memerlukan stamina yang tinggi,padang yang luas

dan pemain yang ramai. Oleh itu, ramai yang mula berminat dengan sukan futsal kerana ia lebih

mudah dimainkan , tidak memerlukan memrlukan pemain yang ramai dan padang yang luas . Ia

juga mendapat sambutan yang menggalakkan daripada golongan Wanita. Selain itu, sambutan

daripada golongan kanak-kanak dan golongan tua juga sangat menggalakkan berbanding dengan

sukan bola sepak. Sukan Futsal menjadi lebih terkenal apabila krew produksi program siaran TV

inovatif 3R telah bekerjasama dengan Red Films telah menerbitkan sebuah filem berkisarkan

Sukan Futsal iaitu filem “Gol & Gincu”. File mini telah berjaya membuka mata rakyat Malaysia

tentang sukan futsal. Melihatkan kejayaan filem mini, drama rentetan filem mini iaitu gol &

gincu The Series telah ditayangkan di TV8 pada tahun 2006. Pertandingan ini telah mendapat
sambutan yang amat menggalakkan daripada berbagai pihak dan turut mendapatkan sokongan

daripada artis setempat. Setelah kejayaan filem, drama dan pertandingan ini , pusat-pusat futsal

telah tumbuh seperti cendawan selepas hujan di seluruh Malaysia sama ada pengusaha ataupun

dibina oleh exco negeri setempat . Berbagai usaha telah dilakukan oleh berbagai pihak bagi

mengembangkan lagi sukan ini, contohnya memasukkan sukan ini ke dalam Kejohanan Sukan

Universiti, Liga Super Futsal KBS-Putrajaya 2011, kejohanan Rentap Futsal Putrajaya 2 Kosmo!

2011 dan lain-lain. Kejohanan Rentap Futsal Putrajaya 2 Kosmo! 2011 telah mencatatkan acara

futsal paling besar yang pernah diadakan di negara ini dan telah dimasukkan ke dalam Malaysia

Book Of Records (MBOR). Selain itu, golongan penggiat seni juga turut memberikan Kerjasama

dan galakkan kepada sukan ini. Contohnya, pada tahun 2010, ramai artis terkenal seperti

Hattan,Tomok,Zahid ,Rabecca Nur Al-Islam dan ramai lagi serta penyampai-penyampai radio

Hot FM telah menggegarkan lapangan futsal di Sport Planet Subang Grand sempena kejohanan

EPLx Kosmo! Football Fever 2010.2


LATAR BELAKANG DAN SEJARAH PENUBUHAN SUKAN FUTSAL DI KAMPUNG

FELDA MENGKAWANG.

Kampung Felda Mengkawang pada awalnya hutan belantara yang bentuk muka buminya

berbukit bukau dan tanah rata. Terdapat juga anak-anak sungai yang begitu Panjang, pokok-

pokok mengkuang dan hutan yang begitu luas . Pada akhir 60-an yang mana penduduk Kawasan

Hulu Berang terutama penduduk tempatan telah mengadakan satu perjumpaan khas dengan YB

Menteri Besar Terengganu. Pada masa itu, YAB. Dato Seri Haji Wan Mokhtar Bin Wan Ahmad

bertempat di kampung Menerong. Dengan rayuan masyarakat setempat yang mana Menteri

Besar bersetuju menganugerahkan satu Kawasan tanah dan diserahkan kepada pihak FELDA

bagi membangunkan dan menjayakan tanah tersebut bagi mengangat taraf ekonomi masyarakat

setempat. Maka dengan itu wujud rancangan FELDA MENGKAWANG pada 1973. Nama

Mengkawang diambil daripada 3 gabungan nama iaitu Pokok Mengkuang yang begitu

banyak ,pokok balak yang besar bernama Tengkawang dan sungai yang Panjang yang diberi

nama Sungai Cuang. Daripada tiga nama tersebut melahirkan sebuah nama iaitu

MENGKAWANG. Jumlah penduduk dikampung tersebut ialah kira-kira seramai 2375 orang dan

terbahagi kepada 360 keluarga. Majoriti penduduk kampung Felda Mengkawang tersebut ialah

kaum melayu dan terdapat sebilangan kecil penduduk daripada pendatang asing dari Indonesia

dan Bangladesh yang datang sebagai pekerja bagi pembantu kepada pengusaha-pengusaha

ladang kelapa sawit dibawah tadbiran organisasi Felda. Berdasarkan penelitian daripada

seorang penduduk kampung felda mengkawang iaitu Mohd Rizuan bin Mat Tazam . Beliau

mengatakan bahawa sukan futsal di Malaysia mula aktif pada tahun 1985 apabila liga Malaysia

mula diperkenalkan di negara Malaysia. Hal ini telah menyebabkan tertubuhnya pasukan bola
futsal Negeri Terengganu pada tahun 1988 yang menjadi titik permulaan bagi sukan futsal di

Negeri Terengganu3. Kemudian , pada tahun 1990-1991, liga bagi setiap daerah di negeri

Terengganu mula ditubuhkan di setiap daerah bagi menaikkan semangat kesukanan serta

kerjasama daripada masyarakat di Negeri Terengganu.

Di samping itu, pelbagai pasukan di setiap daerah negeri Terengganu mula ditubuhkan. Hal ini

dikatakan demikian kerana, setiap pasukan daripada daerah Negeri Terengganu akan diserap ke

pasukan bola futsal negeri Terengganu melalui pemantauan yang dilakukan oleh pasukan bola

futsal negeri Terengganu. Pasukan bola futsal di Kampung Felda Mengkawang tidak terkecuali

dengan penubuhan pasukan bola futsal Kampung Felda Mengkawang yang mempunyai bakat

dalam sukan tersebut.

Pasukan bola futsal di Kampung Felda Mengkawang mula ditubuhkan pada tahun 1989.

Pasukan bola futsal kampung Felda Mengkawang ini terdiri daripada golongan muda ataupun

yang berusia hampir 30 tahun ke atas. Pasukan bola futsal telah menyertai pelbagai pertandingan

yang kompetitif . Pasukan bola futsal Kampung Felda Mengkawang telah terkenal di daerah

hulu Terengganu kerana permainan yang menarik dan semangat yang tinggi untuk memenangi

satu perlawanan dalam pertandingan yang dianjurkan sama ada peringkat daerah ataupun negeri

Terengganu.

Selain itu, setiap pasukan bola futsal di setiap kampung dan daerah dipilih melalui pencapaian

yang baik dalam pasukan bola futsal Kampung Felda Mengkawang . Kemudian setiap pemain

akan dipilih berdasarkan fizikal dan mental pemain sebelum diserapkan masuk ke dalam pasukan

bola futsal di setiap daerah. Setiap pasukan harus memenangi setiap pertandingan yang

dianjurkan oleh pihak belia di setiap daerah . Setiap Daerah Negeri Terengganu mempunyai liga

yang berperanan sebagai medium untuk para pemain melakukan yang terbaik serta dapat
melayakkan diri ke liga yang seterusnya. Setiap pertandingan mempunyai empat peringkat di

setiap daerah bagi memastikan kualiti serta kecergasan setiap pemain yang dipilih dapat

memberikan impak yang positif dalam pertandingan daerah dan Negeri Terengganu.

Terdapat percanggahan pendapat antara kedua pihak yang menyatakan bahawa penubuhan

pasukan Bola Futsal di Kampung Felda Mengkawang mula ditubuhkan pada tahun 1992.

Pasukan Bola Futsal Kampung Felda Mengkawang ditubuhkan melalui penduduk Kampung

Felda Mengkawang bermain Bola Futsal di padang terbuka Kampung Felda Mengkawang yang

terletak di belakang Klinik Kesihatan Lama Kampung Felda Mengkawang pada tahun 1992.

Objektif penubuhan pasukan Bola Futsal di Kampung Felda Mengkawang adalah untuk

mengeratkan hubungan antara penduduk Kampung Felda Mengkawang, saling hormat

menghormati antara satu sama lain dan menjaga Kesihatan sejagat. Menurut beliau, pasukan

Bola futsal di Kampung Felda Mengkawang dipilih berdasarkan prestasi dan kecergasan setiap

pemain. Beliau turut menyatakan bahawa antara 13 hingga 35 tahun dipilih bagi menyertai

Pasukan Bola Futsal Kampung Felda Mengkawang. Encik Wahab bin Awang menyatakan

bahawa semua golongan dipilih untuk menyertai Pasukan Bola Futsal Kampung Felda

Mengkawang . Akan tetapi, Pasukan ini dipilih berdasarkan prestasi dan kecergasan setiap

pemain. Jawatankuasa bagi pasukan Bola Futsal Kampung Felda Mengkawang terdiri daripada

pengerusi Kampung Felda Mengkawang dan penduduk Kampung Felda Mengkawang yang

dipilih melalui undian daripada penduduk Kampung Felda Mengkawang. Jawatankuasa ini

berperanan menguruskan pasukan Bola Futsal Kampung Felda Mengkawang serta memberi

dana kepada pasukan Bola Futsal Kampung Felda Mengkawang untuk menyertai pelbagai

pertandingan sama ada di peringkat daerah dan negeri Terengganu. Dari segi kejurulatihan,

Jurulatih bagi pasukan Bola Futsal Kampung Felda Mengkawang adalah penduduk Kampung itu
sendiri. Jurulatih ini mula dilantik sejak penubuhan pasukan Bola Futsal Kampung Felda

Mengkawang iaitu pada tahun 1992. Jurulatih ini berperanan untuk merancang strategi serta

teknik untuk mengekalkan kecergasan pemain-pemain Bola Futsal Kampung Felda Mengkawang

dalam memenangi pelbagai pertandingan yang disertai. Jurulatih pasukan Bola Futsal Kampung

Felda Mengkawang saling bertukar setiap tahun bagi membantu pasukan Bola Futsal Kampung

Felda Mengkwang memantapkan lagi cara dan teknik bermain supaya berpeluang memenangi

pelbagai pertandingan dan melahirkan pemain-pemain yang berkualiti.


USAHA-USAHA YANG DILAKUKAN OLEH PIHAK BELIA KAMPUNG FELDA

MENGKAWANG DALAM MENINGKATKAN SUKAN FUTSAL DI KAMPUNG

FELDA MENGKAWANG DARI TAHUN 2000 HINGGA TAHUN 2020.

Pihak belia Kampung Felda Mengkawang merupakan salah satu pengurusan dalam Pasukan

Bola Futsal Kampung Felda Mengkawang untuk menguruskan pasukan ini dan melahirkan

pemain-pemain yang berkualiti untuk menyertai pelbagai pertandingan sama ada di peringkat

daerah dan negeri Terengganu. Pihak belia Kampung Felda Mengkawang ditubuhkan pada tahun

1989. Pihak belia Kampung Felda Mengkawang berperanan membantu pengurusan kampung

dalam bidang sukan,inovasi dan keceriaan kampung. Pihak belia Kampung Felda Mengkawang

turut memberikan impak kepada pasukan Bola Futsal Kampung Felda Mengkawang dalam

membantu Pasukan Bola Futsal Kampung tersebut ke peringkat yang lebih tinggi sama ada di

peringkat daerah dan negeri Terengganu. Pihak belia Kampung Felda Mengkawang membantu

pasukan Bola Futsal Kampung Felda Mengkawang dari segi kewangan, kos pengangkutan,

tempat latihan dan sokongan moral kepada pasukan Bola Futsal tersebut untuk memenangi

pelbagai pertandingan yang disertai sama ada di peringkat daerah dan negeri Terengganu. Dari

segi kewangan, pihak belia Kampung Felda Mengkawang memberikan wang tunai kepada

jawatankuasa pasukan Bola Futsal Kampung Felda Mengkawang untuk membeli peralatan

sukan yang diperlukan seperti bola sepak, kasut bola sepak , sarung tangan pengjaga gol dan

jersey . Hal ini dapat memberikan sokongan moral bagi pasukan Bola Futsal Kampung Felda

Mengkawang dalam meningkatkan prestasi pasukan ini untuk menyertai dan memenangi

pertandingan bola futsal sama ada di peringkat daerah dan negeri Terengganu.
Selain itu, tempat latihan bagi pasukan Bola Futsal Kampung Felda Mengkawang terletak

di Padang Bola terbuka di kampung tersebut. Padang tersebut telah dijadikan tempat riadah dan

latihan pasukan Bola Sepak dan Bola Futsal Kampung Felda Mengkawang sejak tahun 50-an

sebelum Sekolah Rendah Kebangsaan Kampung Felda Mengkawang dibina. Sehingga hari ini,

padang tersebut dijadikan tempat riadah serta tempat latihan bagi pasukan Bola Futsal Kampung

Felda Mengkawang untuk meningkatkan kecergasan dari segi fizikal dan mental pemain. Padang

tersebut tidak mempunyai fasiliti yang mencukupi kerana padang tersebut adalah tempat yang

lapang yang terdedah dengan matahari. Padang ini juga dikongsi oleh penduduk Kampung Felda

Mengkawang untuk menganjurkan pelbagai pertandingan yang dianjurkan oleh penduduk

Kampung Felda Mengkawang. Pasukan Bola Futsal Kampung Felda Mengkawang mempunyai

beberapa peralatan yang digunakan di padang tersebut seperti kon, treadmill, bola khas futsal,

alatan perubatan dan dumbbell. Peralatan ini digunakan bagi meningkat kecergasan dari segi

fizikal dan mental pemain. Pasukan Bola Futsal Kampung Felda Mengkawang melakukan

aktiviti senaman ringan seperti berjoging sejauh 5km dari tempat latihan , melakukan rengangan

badan dan proses mengurut badan. Perkara ini dilakukan agar pemain Bola Futsal Kampung

tersebut tidak mengalami kecederaan dan bersedia untuk melakukan aktiviti yang lebih mencabar

untuk mengekalkan tahap kualiti pemain Bola Futsak Kampung Felda Mengkawang.

Di samping itu, salah satu usaha yang dilakukan oleh pasukan Bola Futsal Kampung

Felda Mengkawang adalah mengadakan perlawanan persahabatan antara kampung kampung di

hulu Terengganu. Pasukan Bola Sepak Kampung Felda Mengkawang mengadakan beberapa

perlawanan persahabatan antara kampung di Hulu Terengganu bagi menguji ketahanan dari segi

stamina, fizikal dan mental pemain Kampung Felda Mengkawang sebelum menghadapi liga-liga

yang diadakan sepanjang tahun. Pasukan Kampung Felda Mengkawang mula mengadakan
perlawanan persahabatan sejak tahun 1995. Pasukan Kampung Felda Mengkawang mengadakan

perlawanan persahabatan dengan kampung-kampung berdekatan oleh kerana kos pengangkutan

dan kewangan pada masa itu. Tradisi mengadakan perlawanan persahabatan menjadi satu

tradisi setiap kelab bola futsal yang ditubuhkan. Hal ini dikatakan demikian kerana, perlawanan

persahabatan menjadikan hubungan antara kelab Bola futsal menjadi lebih akrab dan lebih

kompetitif dalam sukan Bola Futsal. Pasukan Bola Futsal Kampung Felda mengkawang

mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan Bola Futsal Kampung lain seperti

Kampung menerong, Felda Tersat, Lubuk Periuk dan Kampung Peris. Perlawanan persahabatan

antara Kampung Felda Mengkawang dengan Kampung lain dapat mencari bakat- bakat muda di

Kampung yang lain bagi memajukan Pasukan Bola Futsal Kampung Felda Mengkawang di

peringkat yang lebih tinggi. Perlawanan persahabatan yang dilakukan oleh Pasukan Bola Futsal

Kampung Felda Mengkawang diadakan di Padang Bola Terbuka Kampung Felda Mengkawang

dan diadakan di gelanggang- gelanggang futsal kampung berhamoiran yang lain.


KEJAYAAN-KEJAYAAN YANG DICAPAI OLEH PASUKAN BOLA FUTSAL

KAMPUNG FELDA MENGKAWANG DALAM TEMPOH TAHUN 2000 HINGGA

TAHUN 2020.

Pasukan Bola Futsal Kampung Felda Mengkawang telah menyertai pelbagai pertandingan sama

ada di peringkat daerah dan negeri Terengganu dalam tempoh 40 tahun. Pasukan Bola Futsal

Kampung Felda Mengkawang telah memenangi beberapa pertandingan di peringkat daerah dan

negeri Terengganu. Kemenangan ini telah menaikkan namaKampung dalam tempoh 64 tahun

dalam sukan bola sepak di negeri Terengganu. Antara kejayaan yang tertinggi dalam pasukan

Bola Sepak Kampung Felda Mengkawang adalah menjadi juara dalam liga DUN di Hulu

Terengganu pada tahun 2018. Pasukan Bola Sepak Kampung Felda Mengkawang berjaya

mempertahankan kemenangan tanpa kalah dalam setiap perlawanan yang diadakan dalam Liga

Dun di Hulu Terengganu pada tahun tersebut. Kejayaan menjadi juara dalam Liga DUN di Hulu

Terengganu menyebabkan nama Kampung Felda Mengkawang dikenali di daerah Hulu

Terengganu. Berikut kejayaan tersebut, beberapa orang pemain daripada Kampung Felda

Mengkawang diserap masuk ke dalam pasukan daerah untuk mewakili Pasukan Bola Futsal Hulu

Terengganu di peringkat negeri Terengganu. Pemain muda pasukan Kampung Felda

Mengkawang juga diserap masuk dalam pasukan Bola Futsal Daerah Hulu Terengganu untuk

meningkatkan nama dan pengalaman pemain-pemain untuk membantu Kampung Felda

Mengkawang dalam peringkat tertinggi.

Selain itu, pasukan Bola Futsal Kampung Felda Mengkawang turut mewakili daerah

Hulu Terengganu dalam Kejohanan Bola Futsal 5 sebelah pada bulan Mac 2006 dalam Liga

Felda yang diadakan di gelanggang futsal kampung Tok Randok. Dalam kejohanan tersebut,
pasukan Bola Futsal Kampung Felda Mengkawang telah mendapat tempat keempat dalam

kejohanan tersebut. Kejayaan ini membawa nama Kampung Felda Mengkawang di peringkat

negeri Terengganu dalam sukan Bola Futsal di Terengganu. Kejayaan mendapat tempat kedua

iaitu naib johan dalam kejohanan tersebut menyebabkan Pasukan Bola Futsal Kampung Felda

Mengkawang dikenali kerana pasukan Bola Futsal Kampung Felda Mengkawang merupakan

satu-satunya pasukan yang mewakili Hulu Terengganu dalam kejohanan yang mempunyai

saingan yang sangat tinggi dalam perlawanan antara daerah di negeri Terengganu. Pasukan Bola

Futsal Kampung Felda Mengkawang kalah dalam separuh akhir pada tahun 2012 dalam

pertandingan Liga Felda dan seterusnya di bawa untuk berlawan antara daerah dan telah merebut

tempat ketiga dan keempat dalam kejohanan tersebut. Beberapa pemain daripada pasukan Bola

Futsal Kampung Felda Mengkawang telah dipilih untuk menyertai pemilihan bagi Pasukan Bola

Futsal Negeri Terengganu untuk diserap ke dalam pasukan Bola Sepak Negeri Terengganu.

Pencapaian ini merupakan pencapaian yang terbaik kepada pasukan Bola Futsal Kampung Felda

Mengkawang dalam sukan Bola Futsal di negeri Terengganu.


KESIMPULAN

Kesimpulannya, Persatuan Sukan Bola Futsal Kampung Felda Mengkawang merupakan

sebuah persatuan sukan yang banyak menyumbangkan bukti dan bakti kepada masyarakat di

Felda negeri Terengganu khususnya penduduk Felda daerah Hulu Terengganu. Kejayaan dan

pencapaian yang diraih oleh anggota persatuan ini bukan sahaja berjaya menaikkan imej Sukan

Bola Futsal di Kampung Felda Mengkawang tetapi juga membentuk anggotanya menjadi

seorang yang berdisiplin dan mempuyai keyakinan diri yang tinggi dalam melakukan sesuatu

perkara dalam kehidupan seharian. Berlaku juga perubahan demi perubahan dan perkembangan

dalam Sukan Bola Futsal dari tahun 1980 sehingga 2020. Persatuan Sukan Futsal di Kampung

Felda Mengkawang telah membuktikan kejayaan daripada para pemain yang dididik oleh

jurulatih Sukan Futsal untuk membawa nama Sukan Futsal Kampung Felda Mengkawang ke

peringkat daerah dan negeri untuk menaikkan nama Persatuan Sukan Futsal Daerah Hulu

Terengganu.

NOTA HUJUNG
1
Futsal https://ms.wikipedia.org/wiki/Futsal

3
Sukan warisan Felda https://vt.tiktok.com/ZSFugpXMr/

You might also like