Kerrtas Konsep Filpen Peringkat Negeri 2024

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 14

PERTANDINGAN FILEM PENDEK PERINGKAT NEGERI 2024

PERTANDINGAN FILEM PENDEK PERINGKAT NEGERI 2024

KELOLAAN
JABATAN PENDIDIKAN
NEGERI PAHANG
ANJURAN
KEMENTERIAN
1. MATLAMAT

Penganjuran festival ini melibatkan pertandingan-pertandingan yang merangkumi


semua aspek dalam seni persembahan dan pelbagai cabang bidang kesenian
seperti tari, penghasilan filem pendek dan pertandingan kombo. Penglibatan
murid-murid dalam festival dan pertandingan-pertandingan yang diselaraskan ini
memberi pendedahan dan memupuk penghargaan terhadap seni budaya dari
pelbagai bidang kesenian kepada murid peringkat sekolah rendah dan sekolah
menengah serta meningkatkan ilmu pengetahuan, peragaan bakat dan memupuk
penghargaan terhadap nilai-nilai kesenian bangsa sebagai teras pembentukan
masyarakat berbudaya.

2. RASIONAL

2.1 Mengembangkan bakat seni yang ada di dalam jiwa murid ke arah hobi
yang berfaedah;
2.2 Mempunyai pilihan kerjaya pada masa akan datang;
2.3 Memberi pendedahan kepada masyarakat tentang aktiviti seni dalam
memartabatkan kesenian yang dilaksanakan di pelbagai peringkat
pendidikan;
2.4 Sejajar dengan Pelan Pendidikan Seni Kebangsaan (PPSK) 2021-2030,
seni adalah pelengkap kepada hidup berkualiti seperti yang dinyatakan oleh
mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamed (2018), “Tidak ada
negara yang boleh mengaku sudah menjadi negara bertamadun tanpa ada
nilai seni tersendiri...”. Sehubungan dengan itu, PPSK dirancang untuk
memperbanyakkan program wajib di peringkat kebangsaan dan
antarabangsa seperti berikut:
TERAS 1: Seni Untuk Semua
1.0 (d) Menjalankan 18 program kesenian wajib Majlis
Anugerah Kesenian Sekolah (MAKES) di pelbagai
peringkat;
2.5 PPSK juga menyarankan bahawa setiap sekolah perlu mempunyai satu
kebitaraan seni bagi menyemarakkan seni di sekolah dan mencungkil bakat
dan potensi murid dalam bidang kesenian seperti berikut;
TERAS 1: Seni Untuk Semua
1.3.1(b) Setiap sekolah mempunyai satu (1) kebitaraan
seni dengan;
1.3.1(c) Pihak pentadbir sekolah boleh memilih
kebitaraan sekolah berpandukan modul
kesenian dan kekuatan serta minat murid dalam
program kesenian;

11
UNIT PEMBANGUNAN BAKAT MURID (KOKURIKULUM),
SEKTOR PEMBANGUNAN MURID,
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PAHANG
1.3.1(d) Mewajibkan penubuhan Kelab/Persatuan/Badan
Beruniform yang berasaskan seni persembahan;
dan
1.3.1(e) Mewajibkan satu (1) aktiviti kesenian dalam
program khas seperti pertandingan kesenian.

3. OBJEKTIF

3.1 Menyediakan platform pameran bakat yang lebih besar di peringkat


kebangsaan kepada murid-murid sekolah di setiap negeri untuk mengasah
dan serlahan bakat dalam pelbagai cabang seni persembahan;
3.2 Menggalakkan murid kekal berkarya dalam mendepani cabaran
pandemikCovid-19 sebagai usaha menyemarakkan aktiviti kokurikulum
dalam seni persembahan dalam kalangan murid Kementerian Pendidikan
Malaysia (KPM);
3.3 Meningkatkan kemahiran dan kreativiti dalam penggunaan teknologi bagi
menyediakan seni persembahan secara dalam talian; dan
3.4 Menyahut saranan Kementerian Pendidikan Malaysia terhadap elemen
Love, Respect, Happiness and Humanity (LR2H) dalam pendidikan dan
meningkatkan pembinaan jati diri dan kemenjadian murid.

PERTANDINGAN FILEM PENDEK SEKOLAH MENENGAH


PERINGKAT NEGERI PAHANG 2024
1. MOD PROGRAM

1.1 Pertandingan peringkat negeri ini menawarkan satu kategori penyertaan


sahaja.
1.2 Pertandingan dilaksanakan dan di juri secara dalam talian.
1.3 Penghantaran penyertaan filem di peringkat negeri adalah melalui pautan
Google Form yang disediakan oleh JPN Pahang.
2. KUMPULAN SASARAN PENYERTAAN

2.1 Pertandingan ini terbuka kepada semua murid sekolah menengah


(Tingkatan Peralihan hingga Tingkatan 5) sekolah kerajaan/bantuan
kerajaan dan Kolej Vokasional.
2.2 Jumlah penyertaan setiap penyertaan melibatkan 10 orang sahaja
termasuk pelakon dan kru produksi ditambah dengan 2 orang guru
pembimbing.
2.3 Anggota pasukan boleh terdiri daripada lelaki/perempuan sahaja atau
campuran; dan
2.4 Pasukan digalakkan mempunyai sekurangnya lebih dari 1 kaum.
2.5 Senarai nama peserta hendaklah mendapat pengesahan daripada sekolah
masing-masing.
12
UNIT PEMBANGUNAN BAKAT MURID (KOKURIKULUM),
SEKTOR PEMBANGUNAN MURID,
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PAHANG
2.6 Tiada had penyertaan bagi setiap daerah.

3. FORMAT RAKAMAN

3.1 Rakaman hendaklah dilakukan dalam format MP4 dengan minima 720
(HP) dan maksima 1080 (HP) dan view landscape.
3.2 Alat rakaman filem pendek adalah bebas mengikut dan tiad had.
3.3 Di akhir filem pendek wajib dipaparkan slogan #SeniUntukSemua bagi
menyemarakkan kesenian di kalangan murid, guru dan masyarakat;
3.4 TIDAK DIBENARKAN untuk meletakkan nama atau logo sekolah dalam
rakaman filem yang dihantar untuk tujuan pengenalan dan kredit.
3.5 Peserta wajib menggunakan Bahasa Melayu sahaja (dialek negeri dan
bahasa-bahasa lain dibenarkan dengan penggunaan yang minima dan
bukan sebagai bahasa utama untuk watak-watak utama).
3.6 Peserta mestilah menggunakan bahasa dan Istilah yang sopan
3.7 TIDAK DIBENARKAN menggunakan bahasa dan istilah yang kesat dan
menyentuh sensitiviti perkauman, keagamaan, unsur lucah, kekejaman,
politik dan pemimpin.
3.8 Markah akan ditolak sekiranya persembahan kurang atau melebihi had
masa yang telah ditetapkan.

4. FORMAT PENGHANTARAN

4.1 Peserta boleh memuat turun maklumat dan borang pertandingan


menggunakan pautan yang disediakan oleh JPN Pahang.
4.1.1 Borang Penyertaan
4.1.2 Borang Kebenaran Ibu Bapa
4.1.3 Borang Persetujuan Menggunakan Gambar / Imej Individu
4.1.4 Borang Sinopsis Filem Pendek
4.2 Peserta perlu memuat naik semua bahan berkaitan penyertaan yang
berikut ke Google Drive
4.3 Bahan yang perlu dimuat naik ke Folder Google Drive ialah:
4.3.1 Borang – borang dan maklumat asas yang lengkap (7.1.1 hingga
7.1.4)
4.3.2 Rakaman Filem Pendek
4.3.3 Skrip dalam bentuk PDF
4.3.4 Trailer (tidak melebihi 1 minit)
4.3.5 Poster (PDF)
4.4 Tarikh akhir penghantaran filem pendek dari peserta ke pengelola adalah
pada 5 June 2024 , Rabu, sebelum jam 5 petang.

5. TEMA DAN KONSEP

13
UNIT PEMBANGUNAN BAKAT MURID (KOKURIKULUM),
SEKTOR PEMBANGUNAN MURID,
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PAHANG
5.1 Tema dan tajuk konsep bagi Pertandingan Filem Pendek Peringkat
Kebangsaan bagi 2024 adalah seperti berikut :

“ Rumahku Impianku “

5.2 Genre yang ditetapkan adalah genre drama , komedi, dokumentari dan
lain-lain.

5.3 Isi kandungan Filem Pendek mestilah:


5.3.1 Menepati tema yang telah ditetapkan;
5.3.2 Menyampaikan mesej pengajaran kepada penonton;
5.3.3 Menonjolkan nilai-nilai murni, kesedaran sivik, jati diri dan semangat
patriotik yang boleh dicontohi;
5.3.4 Menyalurkan idea dalam bentuk positif dan kreatif tanpa
mengandungi unsur-unsur yang menyentuh sensitiviti perkauman,
keagamaan, unsur lucah, kekejaman, politik dan pemimpin.

6. TERMA DAN SYARAT

6.1 Setiap penyertaan filem pendek mestilah merupakan kerja asal/asli;


6.2 Penyertaan akan dibatalkan sekiranya didapati hasil karya yang
dikemukakan tidak asli/ diciplak;
6.3 Setiap hasil karya mestilah tidak pernah menyertai mana-mana
pertandingan penghasilan filem pendek;
6.4 Semua penyertaan tidak boleh dimuat naik ke mana-mana portal sebelum
mendapat kebenaran penganjur, sekiranya didapati berlaku, penyertaan
akan dibatalkan;
6.5 Pastikan semua muzik dan imej yang digunakan berstatus bebas royalti.
Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan
akibat
pelanggaran hasil hak cipta;
6.6 Pihak penganjur berhak menggunakan hasil karya yang dihantar untuk
tujuan promosi;
6.7 Pastikan semua gambar individu/imej yang akan digunakan perlu mendapat
persetujuan bertulis dengan melengkapkan Borang Persetujuan
Menggunakan Gambar/Imej Individu (Lampiran B);
6.8 Sebarang logo atau promosi daripada pihak tajaan (jika ada) adalah tidak
Dibenarkan untuk dipaparkan di dalam filem pendek;
6.9 Peserta hendaklah menyediakan sinopsis tidak lebih daripada 100 patah
perkataan dalam borang yang disediakan. Format sinopsis menggunakan
Font Arial, saiz tulisan 12 dan single spacing (Lampiran B);
6.10 Skrip dalam bentuk PDF hendaklah dihantar bersama-sama dengan filem
pendek;
6.11 Semua penyertaan hendaklah dihantar ke JPN Pahang
6.12 Sebarang pelanggaran syarat-syarat di atas akan membatalkan
penyertaan.

14
UNIT PEMBANGUNAN BAKAT MURID (KOKURIKULUM),
SEKTOR PEMBANGUNAN MURID,
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PAHANG
7. MASA PERSEMBAHAN

7.1 Masa diperuntukkan untuk setiap kumpulan ialah 3 ke 5 minit sahaja.


Tempoh ini termasuk montaj dan kredit.

8. PAKAIAN/ PROPS

8.1 Pakaian hendaklah bersesuaian dan sopan.


8.2 Props yang digunakan hendaklah bersesuaian dan tidak berbahaya.

9. TUNTUTAN HAKCIPTA

9.1 Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian, Kementerian Pendidikan


Malaysia memiliki hak cipta sepenuhnya terhadap hasil karya yang
dihasilkan.
10. PEMARKAHAN

PEMARKAHAN FILEM PENDEK


ISI KANDUNGAN
Ketepatan Tema 15 markah
Keaslian Karya 5 markah
Nilai dan Pengajaran 8 markah
KREATIVITI
Pengarahan 20 markah
Lakonan 20 markah
KUALITI
Sinematografi 10 markah
Suntingan 10 markah
Audio 10 markah
PERPADUAN KAUM
Lebih dari satu (1) kaum 2 markah
JUMLAH 100 markah

PEMARKAHAN TRAILER
ISI KANDUNGAN
Konsep 25 markah
Keaslian dan kreativiti 25 markah
Elemen muzik 25 markah
Impak visual 25 markah
JUMLAH 100 markah

PEMARKAHAN POSTER
ISI KANDUNGAN
Isi / Teks poster 25 markah
Gubahan/komposisi/olahan 25 markah
Ilustrasi 25 markah
Kemasan 25 markah
JUMLAH 100 markah

15
UNIT PEMBANGUNAN BAKAT MURID (KOKURIKULUM),
SEKTOR PEMBANGUNAN MURID,
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PAHANG
** Pemberatan peratus pemarkahanseperti berikut:

 Pemarkahan Filem Pendek - 90%


 Pemarkahan Trailer - 5%
 Pemarkahan Poster - 5%
JUMLAH = 100%

11. KAEDAH PENJURIAN PERINGKAT NEGERI


11.1 Pelarasan penjurian peringkat negeri akan dilaksanakan seperti berikut:
11.1.1 Secara dalam talian/Hibrid
Melibatkan penilaian atau penjurian video secara dalam talian bagi
semua penyertaan.

12. PENGHAKIMAN

12.1 Lantikan panel hakim di bawah penyelarasan JPN Pahang dengan


mendapatkan pandangan dan nasihat dari Bahagian Sukan, Kokurikulum
dan Kesenian.
12.2 Keputusan hakim adalah MUKTAMAD

13. GARIS MASA PELAKSANAAN

TARIKH PERKARA TINDAKAN

5 Jun 2024 Penghantaran filem pendek kepada JPN Pahang Sekolah


*Tertakluk kepada perubahan

14. HADIAH DAN SIJIL

14.1 Setiap penyertaan akan mendapat sijil penyertaan dan penghargaan

15. LAIN-LAIN

Untuk sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan:


a. PN. SITI NURLIDA BINTI ABD. KARIM
(PEGAWAI TEKNIKAL FILEM PENDEK JPN NEGERI PAHANG)
019-4455792

16
UNIT PEMBANGUNAN BAKAT MURID (KOKURIKULUM),
SEKTOR PEMBANGUNAN MURID,
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PAHANG
LAMPIRAN
DOKUMEN YANG PERLU DI
HANTAR / DI MUAT NAIK

17
UNIT PEMBANGUNAN BAKAT MURID (KOKURIKULUM),
SEKTOR PEMBANGUNAN MURID,
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PAHANG
BORANG SEMAKAN

FILEM PENDEK SEKOLAH MENENGAH PERINGKAT NEGERI PAHANG TAHUN 2024


FESTIVAL LAKON PENTAS & LAKON LAYAR 2024

BIL PERKARA TANDAKAN (/)

BORANG PENYERTAAN

1 Borang Penyertaan

2 Borang Kebenaran Ibu Bapa

3 Borang Persetujuan Menggunakan Gambar / Imej Individu

4 Borang Sinopsis Filem Pendek

KARYA MURID

a. Rakaman Filem Pendek


1 b. Teaser
c. Poster
2 Skrip Dalam Bentuk PDF

PENGHANTARAN

1 Surat iringan dari sekolah / daerah bagi sekolah-sekolah harian

Surat iringan dari Pengetua bagi Sekolah Seni Malaysia & Sekolah
2
Sukan Malaysia
Surat iringan dari Pengetua bagi Sekolah Seni Malaysia & Sekolah
3
Sukan Malaysia
Melengkapkan Google Form beserta semua bahan/dokumen yang
4
berkaitan. (muat naik/upload)
BORANG PENYERTAAN

PERTANDINGAN FILEM PENDEK SEKOLAH MENENGAH PERINGKAT NEGERI PAHANG TAHUN 2024
FESTIVAL LAKON PENTAS & LAKON LAYAR 2024

SEKOLAH / DAERAH :
TAJUK FILEMPENDEK :
KATEGORI :
PAUTAN YOUTUBE (UNLISTED) :

GURU PEMBIMBING/JURULATIH:
BIL NAMA NO. K/P JANTINA NO. H/P
1
2.

MAKLUMAT PENYERTAAN MURID


BIL NAMA NO. K/P JANTINA BANGSA
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10

Disahkan oleh: (Pengetua/PPD)

................................................................... CAP
SEKOLAH/
PPD
BORANG KEBENARAN IBU BAPA

PERTANDINGAN FILEM PENDEK SEKOLAH MENENGAH PERINGKAT NEGERI PAHANG


TAHUN 2024
FESTIVAL LAKON PENTAS & LAKON LAYAR 2024

Saya ______________________________________________________________
(Ibu/bapa/penjaga/waris)
No. Kad Pengenalan _____________________________ membenarkan anak/jagaan saya
______________________________________________________________________ No. Kad
Pengenalan ______________________ menyertai Pertandingan Filem Pendek Sekolah Menengah
Peringkat Negeri Pahang Tahun 2024.

Sekian, Terima Kasih.

Tandatangan :__________________________________
(Ibu/bapa/penjaga)

Tarikh : _______________________________________

*Diisi oleh setiap peserta (murid) yang mengambil bahagian


BORANG KEBENARAN MENGGUNAKAN GAMBAR/IMEJ INDIVIDU

PERTANDINGAN FILEM PENDEK SEKOLAH MENENGAH PERINGKAT NEGERI PAHANG


TAHUN 2024
FESTIVAL APRESIASI SENI UNTUK SEMUA (FASUS) 2023

Saya __________________________________________________________________
(Ibu/bapa/penjaga)
No. Kad Pengenalan _____________________________ bersetuju membenarkan penggunaan
gambar/imej anak/jagaan saya,
______________________________________________________________________ No. Kad
Pengenalan ______________________ untuk penerbitan klip video bagi Pertandingan Filem Pendek
Sekolah Menengah Peringkat Kebangsaan Tahun 2023.

Sekian, Terima Kasih.

Tandatangan :__________________________________
(Ibu/bapa/penjaga/waris)

Tarikh : _______________________________________

*Diisi oleh setiap peserta (murid) yang mengambil bahagian


PERTANDINGAN FILEM PENDEK SEKOLAH MENENGAH
PERINGKAT NEGERI PAHANG TAHUN 2024
FESTIVAL LAKON PENTAS & LAKON LAYAR 2024

SINOPSIS FILEM PENDEK

TAJUK :

DURASI :

FORMAT SINOPSIS /RINGKASAN ADALAH MENGGUNAKAN JENIS FONT ARIAL, SAIZ TULISAN 12
DAN SINGLE SPACING

PENGARAH : __________________________________________________

SEKOLAH / PPD : __________________________________________________


__________________________________________________
__________________________________________________

You might also like