Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 7

LAPORAN AKTIVITI

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE


ZOO TAIPING SEMPENA TAIPING
BIRD WEEK 2022 (3.0)

SEK KEB KAMPONG PERAK

2022
1.0 PENGENALAN
Pada 27 Oktober 2022 iaitu pada hari Khamis, Unit Ko-Kurikulum SK Kampong Perak dan
kelas Pendidikan khas pembelajaran SK Kampong Perak telah mengadakan lawatan
sambal belajar ke Zoo Taiping bersempena Taiping Bird Week 2022. Lawatan sambil
belajar ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada murid-
murid tentang dunia haiwan. Murid dapat melihat secara dekat habitat dan
kehidupan haiwan jinak dan haiwan liar.

Selain itu, program lawatan sambil belajar juga merupakan aktiviti pembelajaran
luar bilik darjah bagi murid – murid yang mana murid – murid ini akan didedahkan
dengan hidupan haiwan yang sebenar. Dengan itu, murid – murid lebih memahami
pembelajaran yang telah diajarkan dalam bilik darjah berkaitan tema haiwan.

Dalam skop pembelajaran untuk murid berkeperluan khas pula ianya merupakan
cabang pembelajaran yang melibatkan aspek terapi yang berkonsepkan alam sekitar.
Ianya penting bagi sesetengah murid untuk membantu perkembangan fizikal dan emosi
murid

2.0 LATAR BELAKANG PROGRAM

1. Tarikh : 27 / 10 / 2022
2. Hari : Khamis
3. Masa : 8:00 pagi – 2:00 petang
4. Penglibatan Murid : 41 Orang
5. Penglibatan Guru : 11 Orang
6. Penglibatan Akp : 2 Orang
7. Pengelola : Unit Ko-Kurikulum Sk Kampong Perak Dan Kelas
Pendidikan Khas Pembelajaran SK Kampong
Perak
8. Tempat : Zoo Taiping

3.0 TENTATIF PROGRAM


MASA AKTIVITI

7.30 pagi-8:00 pagi  Berkumpul di kantin dan sarapan


8:00 pagi  Bertolak ke zoo taiping
9.00 pagi – 11.00 pagi  Tiba di zoo
 Taklimat rigkas dari ketua rombongan
 Lawatan masuk ke pameran burung- burung
Taiping (perkongsian awam)
*Rujukan tentatif program taiping bird week

11:00 pagi – 1:00 petang  Berkumpul & taklimat dari ketua rombongan
 Pembahagian kumpulan
 Lawatan masuk ke Zoo Taiping
*Aktiviti tugasan kumpulan

1:00 petang – 2:00 petang  Rehat / makan tengah hari / solat


 Bertolak pulang ke sekolah

4.0 JAWATANKUASA PROGRAM

-RUJUK LAMPIRAN (BUKU PROGRAM, FLYER)

5.0 LAPORAN RINGKAS AKTIVITI

Aktiviti lawatan ke Lawatan Sambil Belajar Ke Zoo Taiping Sempena Taiping Bird Week 2022
(3.0) Pada 27 Oktober 2022 iaitu pada hari Khamis secara keseluruhan berjalan lancar dan tiada
perkara yang tidak di ingini berlaku. Semua pihak memberikan kerjasama yang amat baik untuk
melancarkan program pada hari tersebut.
Dari segi penglibatan murid dalam aktiviti berkumpulan murid dapat mengikuti dan
menyiapkan tugasan yang guru berikan.

6.0 LAPORAN BERGAMBAR AKTIVITI


i. TAKLIMAT RINGKAS SEBELUM PROGRAM BERJALAN

Laporan aktiviti

- Murid berkumpul di tempat perhimpunan.


- Penyelaras program memberi taklimat ringkas kepada murid, guru bertugas ajk yang lain
berkaitahn dengan perjalanan program dan tugasan masing-masing semasa program sedang
berjalan.
- Selepas sesi taklimat ringkas dari penyelaras program murid berkumpul dan bersedia untuk
bergerak menaiki bas

ii. MURID TIBA DAN BERKUMPUL DI PERKARANGAN DATARAN DALAM ZOO

Laporan aktiviti
- Perjalanan dari sk kampong perak ke Zoo Taiping mengambil masa lebih kurang 45 minit dan
tiada kejadian yng tidak di ingini semasa dalam perjalanan
- Tiba di Zoo Taiping pada pukul 8:45 pagi
- Murid berkumpul di dataran dalam zoo taiping dan taklimat ringkas di berikan kepada murid
berkaitan disiplin dan keselamatan semasa berada dalam zoo.
- Pembahagian kumpulan untuk aktiviti kumpulan juga di jalankan serentak bagi menjimatkan
masa

iii. AKTIVITI KUMPULAN SEBELUM MASUK KE ZOO

Laporan aktiviti

- Murid di bahagikan kepada beberapa kumpulan bagi menjalankan aktiviti kumpulan


- Aktiviti yang di jalankan melibatkan penglibatan semua ahli kumpulan di mana murid perlu
menyelesaikan tugasan yang berkaitan dengan dunia haiwan
- Setelah selesai tugasan setiap kumpulan akan di semak tugasan yang telah selesai mereka
jalankan

iv. PERGERAKAN MURID MASUK KE DALAM ZOO DAN SEKITAR LAWATAN MURID KE TEMPAT
TEMPAT HAIWAN
Laporan aktiviti

- Murid dan guru bergerak masuk ke dalam zoo


- Pergerakan murid dan guru kawal selia oleh Ranjer Zoo yang di lantik untuk mengiringi dan
memberi penerangan di setiap kandang atau sangkar haiwan yang di lawati yang merangkumi
semua aspek berkaitan haiwan tersebut
- Pergerakan semua murid semua terkawal dan tiada perkara yang tidak di ingini berlaku

v. PERGERAKAN MURID DALAM ACARA YANG DI ANJURKAN IAITU TAIPING BIRD WEEK
2022
Laporan aktiviti

- Penerangan yang terperinci telah di berikan kepada murid oleh Ranjer Zoo yang bertugas
- Dalam pameran tersebut murid dapat melihat pameran yang berkaitan gambar-gambar burung
yang berada di sekitar Taman Tasik Taiping, Bukit Larut Dan Kawasan Sekitar Taiping yg telah di
ambil oleh juru gambar

7.0 LAIN – LAIN (LAMPIRAN)


- Gambar keseluruhan program ( rujuk telegram rasmi unit kokurikulum sk kampong perak)
- Senarai ahli jawatan kuasa ( rujuk kertas kerja)
- Senarai nama murid ( rujuk kertas kerja )
- Senarai nama guru ( rujuk kertas kerja )

Disediakan oleh : Disemak oleh,

……………………………........ ................................................
(Encik Rizal Effendi Bin Mohd Lokman) (Puan Maizura Binti Khamis @ Kamaruddin)
Penyelaras Program Guru Besar
Sek Keb Kampong Perak Sek Keb Kampong Perak

You might also like