Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 3

MINIT MESYUARAT PANITIA BIOLOGI TAHUN 2020 BILANGAN 2

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SERI KANDI, TELUK INTAN

Tarikh : 7 Julai 2020


Hari : Selasa
Masa : 1.00 petang
Tempat : Bilik Persidangan

Kehadiran :

1. Pn. Rohayati binti Kusrin Guru Kanan Bidang Sains


2. Pn. Azmaniza binti Adnan Ketua Panitia Biologi
3. Pn. Nurul Aida binti Abdul Talib

1.0 Ucapan Pengerusi

1.1 Mesyuarat dipengerusikan oleh Pn. Rohayati binti Kusrin dan dimulakan dengan umul kitab Al-Fatihah.
Puan Rohayati menjelaskan bahawa SOP dan penjarakan perlu dilaksanakan di makmal. Perlu diletakkan nama
pelajar mengikut pelan yang telah dibuat. Guru perlu memastikan pintu masuk dan keluar adalah berlainan.
Selepas setiap kali kelas, makmal akan disanitasikan dan dibersihkan .

‘Hand sanitizier’ menggunakan kaki telah disediakan oleh pembantu makmal di setiap makmal Sains.

Perbelanjaan yang terkini bagi Biologi masih terdapat sejumlah RM182, dan semua pantia diminta untuk
membeli memandangkan kita sudah berada di bulan Julai. Pembelian barangan perlulah dibuat mengikut
prosedur dan memohon tandatangan Tuan Pengetua.

Puan Rohayati juga memaklumkan bahawa panitia boleh membeli modul menggunakan PCG.

Tindakan: Makluman

2.0 Pengesahan Minit Mesyuarat Panitia Biologi Bil 01/2020

Pn. Azmaniza bt Adnan mencadangkan minit mesyuarat disahkan dan disokong oleh Pn. Nurul Aida
Tindakan: Makluman
3.0 Perkara Berbangkit

3.1 Puan Rohayati memaklumkan bahawa RPT perlu dipinda mengikut minggu seperti yang diarahkan oleh
Pen Kanan Pentadbiran.
Penyelaras mata pelajaran mengikut tingkatan telah diselaraskan oleh Puan Rohayati selaku Ketua Bidang
yang melihat pada aspek majoriti tingkatan yang diajar oleh guru tersebut.
Matapelajaran Biologi Tingkatan 4 , Puan Nurul Aida bt Abdul Talib manakala, Tingkatan 5 pula
Puan Azmaniza bt Adnan.
3.2 Perkara 6.0 Headcount telah dipinda dari 5.7 kepada 5.1
3.3 Perkara 10.0 Agenda Peperiksaan Percubaan SPM Fasa 1 21-23hb Sept 2020 bagi subjek Bahasa
Tamil, PSV dan GKT
Percubaan SPM Fasa 2 iaitu pada 2 – 13 Nov 2020 dan SPM akan bermula pada 6 Januari 2020.
3.4 Peperiksaan dan Pernilaian, guru-guru mata pelajaran akan menjanakan soalan mengikut tajuk-tajuk yang
diajar.

Tindakan: Makluman
4.0 Pembelajaran Secara Maya( online )

Puan Rohayati menjelaskan bahawa pembelajaran secara ‘offline’ adalah menerusi ‘whatsapp’ dan online
menerusi ‘google classroom’.
Jadual akan diperolehi tidak lama lagi memandangkan waktu rehat akan menjadi 2 sesi.
Tindakan: Makluman

5.0 Analisis Ujian Penilaian 1 ( Mac 2020 )

Berdasarkan keputusan Ujian 1, keputusan yang kurang memberansangkan membuatkan Pen Kanan
Pentadbiran kurang berpuas hati dan inginkan Panitia mata pelajaran membuat pelan intervensi.Program ini
adalah untuk meningkatkan kecemerlangan murid-murid di kalangan tingkatan 1 dan 4.

Tindakan: Makluman
6.0 Analisis Peperiksaan SPM 2019

Puan Rohayati meminta agar analisis disimpan secara ‘hardcopy’ di dalam Fail Panitia.

7.0 Hal lain-lain

Fail Rekod Mengajar perlu dilengkapkan dan perlu dihantar seperti biasa. Format RPH adalah seperti yang
Tuan Pengetua berikan.

Tindakan: Makluman
Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru dan mengharapkan kecemerlangan dalam pencapaian
akademik tahun 2020. Pengerusi menangguhkan mesyuarat dengan surah Al-Asr.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2.20 petang.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

……………………………...................... ............................................
(PN. AZMANIZA BINTI ADNAN) ( PN ROHAYATI BINTI KUSRIN )
Ketua Panitia Biologi Ketua Bidang Sains dan Matematik
SMK Seri Kandi SMK Seri Kandi

You might also like