Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

SEKOLAH KEBANGSAAN GOPENG, TAMAN GOPENG BARU, 31600 GOPENG , PERAK.

MINIT MESYUARAT PENGURUSAN PEPERIKSAAN DAN PENILAIAN BIL 1/ 2023

Tarikh : 14 Mac 2023

Masa : 2:00 hingga 3:15 petang

Tempat : Bilik Gerakan SK Gopeng, Taman Gopeng Baru.

Pengerusi : Pn Erni Suzana binti Baharuddin

Kehadiran : Hadir – 50 orang

1. En Laidi bin Shara - Guru Besar


2. Pn Erni Suzana binti Baharuddin - PK Pentadbiran
3. En Abd ahab bin Man - PK HEM
4. Pn Rohana binti Mohamad - PK Kokurikulum
5. En Mohd Halimi bin Bidin - PK PPKI
6. ‘Ainin Sofia binti Ahmad Roslan
7. Ahmad Adib Aidil bin Azizi
8. Dalila Dayana binti Rozali
9. Farida binti Tajuddin @ Bakar
10. Firdaus bin Khairudin
11. Hasnah binti Abdullah
12. Hermalina binti Adnan
13. Khairyul Bariyyah binti Mohd Halim
14. Mohd Rizal bin Reduan
15. Maryam binti Md Yusof
16. Mior Mohd Syarizal bin Mohd Zaini
17. Mohd Iqbal bin Zoulkornain
18. Mohd Rafidi bin Mohd Marazi
19. Mohd Hafiz bin Abd Aziz
20. Muhammad Farhan Arif bin Mohamad
21. Nabila binti Ismail
22. Nalini a/p Shinnatamby
23. Nasihah binti yusoff
24. Nik Mastura binti Nik Hassan
25. Noor Ainun binti Hussin
26. Noor Fazilah binti Abd Rahman
27. Nor Azurawati binti Yusoff
28. Nor Halimatun Saadiah binti Abdul Karim
29. Nor’Asikein binti Jamil@A.Wahab
30. Noraini binti Zamri
31. Norazian binti Liman
32. Norhafizah binti Ali
33. Norhanita binti Saadudin
34. Norwati binti Yusof
35. Nur Fadhlina binti Khairuddin
36. Nurul A’shikin binti Mohamad Zamri
37. Nurul Nadwah binti Khalid
38. Rohani binti Mat jusoh
39. Roshidah binti Abd Karim
40. Rozilawati binti Nordin
41. Sakinah @ Sapinah binti Maamor
42. Shalini binti mohd Hashim
43. Sharifah binti Mat yusof
44. Suraya binti Harun
45. Syuhada binti Md Zain
46. Tuan Azah Azree binti Tuan Rosli
47. Tuan Siti Humaira binti Tuan Hashim
48. Wan Shariza binti Wan Zainal
49. Hanum binti Bani
50. Intan Sakinah binti Bakar

1 PERUTUSAN PENGERUSI

Puan Erni Suzana mengucapkan syabas kepada Unit Peperiksaan dan Penilaian kerana
berjaya mengadakan mesyuarat pada petang ini. Beliau juga mengucapkan terima kasih
kepada semua guru kerana berjaya menghadirkan diri ke mesyuarat Pengurusan
Peperiksaan dan Penilaian buat kali pertama tahun 2023. Beliau berharap segala program
yang telah disusun pada tahun 2023 akan berjalan lancar dan berjalan mengikut tarikh
yang telah ditetapkan dalam Buku Program Sekolah.

2 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU

Dicadang untuk disahkan oleh Puan Nurul Nadwah binti Khalid


Disokong untuk pengesahan oleh Puan Noraini binti Zamri

3 PEMBENTANGAN FOKUS MESYUARAT

3.1 UPSA dan UASA

3.1.1. Ujian pertengahan sesi akademik (UPSA) dan Ujian akhir sesi akademik (UPSA)
ialah ujian peringkat sekolah dan dilaksanakan di pertengahan dan akhir kalender
akademik. Ujian akhir sesi akademik bukan pentaksiran pusat.

3.1.2. Ujian akhir sesi akademik dilaksanakan untuk menguji tahap kognitif murid dan
bukan membandingkan prestasi atau pencapaian antara murid, sekolah, daerah
dan negeri.

3.1.3. Ujian akhir akademik bertujuan mengumpul dan mendapat maklumat mengenai
tahap pencapaian akademik murid atau kandungan yang dipelajari murid
sepanjang sesi akademik. Seterusnya, ujian ini juga dapat memberi gambaran
tentang kemajuan , kebolehan dan pencapaian murid . Maklumat ini juga dapat
membantu guru merancang dan melaksanakan intervensi untuk membangunkan
potensi murid.
Makluman

3.2 Waktu Peperiksaan

3.2.1. Peperiksaan hanya akan dijalankan sebanyak dua kali untuk peperiksaan dalaman
iaitu pada bulan September 2023 dan Januari 2024. Cadangan Takwim
peperiksaan telah dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia.Setiausaha
Peperiksaan akan membina takwim peperiksaan berdasarkan takwim peperiksaan
tersebut.

Tindakan Setiausaha Peperiksaan Dalaman

3.2.2. Jadual Pengawasan Guru akan disediakan oleh Setiausaha Peperiksaan


berdasarkan Jadual Waktu Persendirian Guru. Ini bermakna guru akan mengawasi
peperiksaan mengikut jadual waktu persendirian masing-masing.

Tindakan : Semua guru

3.2.3. Tarikh yang dicadangkan untuk peperiksaan awal tahun ialah pada 11 September
hingga 15 September 2023.
Tindakan Setiausaha Peperiksaan Dalaman

3.3 Penyediaan Kertas Soalan, Pengambilan Kertas Soalan dan Penyerahan Skema
Jawapan

3.3.1 Soalan Peperiksaan Pertengahan Tahun dan Akhir Tahun terutamanya untuk mata
pelajaran teras akan disediakan oleh pihak Majlis Guru Besar dan KPM. Guru-guru
perlu membina sendiri soalan peperiksaan untuk mata pelajaran elektif.

Tindakan : Setiausaha Peperiksaan Dalaman dan semua guru

3.3.2. Guru-guru dikehendaki menyerahkan soalan yang telah dibina kepada Setiausaha
Peperiksaan seminggu sebelum peperiksaan berjalan. Ini adalah untuk
memudahkan Setiausaha Peperiksaan menyemak dan diserahkan kepada Tuan
Guru Besar untuk disahkan. Proses ini juga penting memandangkan soalan-soalan
yang disediakan perlu diperbanyakkan.

Tindakan : Setiausaha Peperiksaan Dalaman dan semua guru

3.3.3. Pada hari peperiksaan guru-guru dikehendaki mengambil sendiri soalan di Bilik
Peperiksaan dan menanda buku rekod yang telah disediakan. Guru-guru juga
dikehendaki memulangkan skema jawapan murid-murid ke Bilik PK Pentadbiran

Tindakan : Semua guru

3.4 PEREKODAN SKOR DAN PELAPORAN

3.4.1. Skor bagi ujian sesi akademik akad direkodkan oleh guru mata Pelajaran dalam
SPPB KPM (idMe KPM) melalui modul Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) dan modul
Pentaksiran Bilik Darjah Berkeperluan Khas (PBD MBPK)
Tindakan semua guru

3.4.2. Guru mata Pelajaran juga perlu memasukkan maklumat seperti usaha murid ,
ulasan guru dan cadangan intervensi dalam pelaporan ini. Ulasan keseluruhan
dimasukkan oleh guru kelas.

Tindakan: semua guru

4 Hal-hal lain

Tiada

PENUTUP

a. Pengerusi menangguhkan mesyuarat pada petang dengan mengucapkan terima kasih dan
tahniah kerana berjaya mengadakan mesyuarat kali pertama. Mesyuarat kali kedua akan
diadakan pada tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.

b. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.15 petang.

Disediakan oleh, Disemak Oleh,

..........................................……… ………...............................……….
(NORAZIAN BINTI LIMAN ) ( PUAN ERNI SUZANA BINTI BAHARUDDIN)
Setiausaha Peperiksaan Dalaman Pengerusi
Tarikh : 20 Mac 2023 Tarikh :

You might also like