Kertas Konsep E-Sport MLBB

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 15

KERTAS KONSEP PERTANDINGAN MLBB e-SPORT

1.0 PENGENALAN.

Pengenalan kepada e-sport mobile legend Bang Bang (MLBB). E-Sport Mobile Legend Bang-bang

(MLBB) adalah salah satu cabang sukan elektronik yang semakin popular. Permainan ini

merupakan permainan multiplayer online battle arena (MOBA) di mana pemain membentuk

pasukan dan saling bertarung untuk menguasai dan menghancurkan kubu lawan. Dengan

paparan yang menarik, gameplay yang mendebarkan, dan sistem pertahanan yang tersusun,

MLBB telah menarik minat banyak pemain dan menjadi salah satu permainan e-Sport yang

utama.

Pertandingan MLBB Online 64 ini menghimpunkan pasukan terbaik untuk bertanding dalam

permainan Mobile Legends: Bang Bang. Ia merupakan platform yang memberikan peluang

kepada pemain untuk menunjukkan bakat dan kemahiran mereka.

Pertandingan e-sport Mobile Legends: Bang-Bang ini diadakan untuk mempromosikan

perkembangan industri game di Malaysia. Acara ini melibatkan 64 pasukan yang akan bertanding

secara online untuk merebutkan gelar juara. Tujuan utama pertandingan ini adalah untuk

menyemarakkan minat masyarakat, khususnya golongan muda, terhadap e-sport sebagai suatu

cabang sukan elektronik yang semakin popular di seluruh dunia.

Pertandingan ini merupakan platform kepada murid sekolah menengah untuk menunjjukan

kreativiti serta percambahan minda dalam permainan yang dapat diaplikasikan dalam kehidupan
seharian. Kemahiran yang dapat dikembangkan melalui pertandingan ini meliputi penyelesaian

masalah, membuat penyelidikan, kreativiti, analisis kritis, kerja berpasukan, komunikasi, dan

literasi digital.

2.0 OBJEKTIF

Objektif utama kertas konsep ini adalah untuk menggariskan pelan tindakan bagi melaksanakan

liga e-sport untuk permainan mobile Legend Bang Bang. Matlamatnya adalah untuk

mempromosikan perkembangan industri e-sport di Malaysia, menggalakkan penyertaan belia,

dan mewujudkan platform yang membolehkan bakat tempatan bersaing di peringkat tertinggi

1. Melalui e-sport MLLB ini, kami berharap dapat menarik minat yang lebih luas dalam

kalangan rakyat Malaysia terhadap e-sport, seterusnya menyumbang kepada

pertumbuhan industri ini di negara kita.

2. Mencari Bakat Terbaik. Pertandingan ini bertujuan untuk mencari dan mengembangkan

bakat terbaik dalam permainan Mobile Legends: Bang Bang di seluruh Malaysia.

3. Mencungkil bakat anak muda yang menyertai pertandinga E-Sport

4. Menjalankan program yang mencabar kreativiti dan inovasi para peserta bagi memberi

pengalaman kepada mereka menyertai program E-Sport

5. Memberi peluang keapda peserta untuk mengenali dan menimba lebih banyak

pengalaman di dalam bidang sukan ini.

6. Mengeratkan lagi hubungan antara ahli-ahli kumpulan yang sedia ada bagi membina

semangat kerja berpasukan


7. Melahirkan perserta yang mempunyai kemahiran dalam mengatur dan merancang

sesuatu aktiviti

8. Membina ‘critical thinking’ di kalangan peserta.

9. Memberi peluang kepada ahli pasukan untuk mengunakan pengetahuan yang di pelajari

dari permainan

3.0 PERATURAN DAN SYARAT-SYARAT KHUSUS PENYERTAAN

1. Setiap pasukan mestilah terdiri daripada 5 orang pemain aktif yang layak untuk menyertai

pertandingan

2. Pasukan mesti mempunyai pengalaman bertanding dalam kejohanan MLBB sebelum ini.

3. Pertandingan akan menggunakan format sistem kalah mati, di mana pasukan akan

bertanding secara langsung hingga mencapai final.

4. Setiap perlawanan akan dijalankan dalam format bo1 pada pusingan pertama dan kedua,

di mana pasukan perlu menang 1 perlawanan untuk melepasi ke peringkat seterusnya.

5. Dan pada peringkat ke 3 dan seterusnya perlawanan akan dijalankan dalam format bo3.

6. Perlawanan akhir akan dijalankan dalam format bo5, di mana pasukan perlu menang 3

perlawanan untuk dinobatkan sebagai juara.

7. Kejohanan ini berasaskan undang-undang biasa permainan Pubg Mobile dan pusingan

permainan akan dijalankan berasasakan sistem penyingkiran yang terdiri dari 64

kumpulan.
8. Jawatankuasa pengelola pertandingan berhak mengubah dan menambah sebarang

peraturan sebelum dan semasa kejohanan berlangsung tanpa sebarang notis. Keputusan

uruscara semasa pertandingan adalah muktamad.

9. Kejohanan pertandingan PUBG Mobile ini akan dimain secara online sehingga akhir .

10. Pemain-pemain kejohanan ini adalah terdiri daripada semua masyarakat Malaysia dan

asia tenggara iaitu mereka yang berumur 13 -22 tahun.

11. Pendaftaran Rasmi dan penentuan pemain-pemain dalam kumpulan perlu dibuat

sebelum tarikh tutup penyertaan 20 Jul 2024. Pertukaran aturan tetap pemain-pemain

tidak di benarkan selepas pendaftaran rasmi dilakukan apabila pusingan pertama

dimulakan.

12. Setiap kumpulan perlu membayar yuran poendaftaran sebanayak RM Tiga Puluh Lima

Ringgit Malaysia. Kaedah pembayaran dan maklumat bank akan diberikan kepada

pasukan yang berdaftar melalui emel.

a. Sebarang pendaftaran atau penyertaan sila hubungi :

b. Pn.Norida Anis Bt Azahari – +60 10-469 3918

c. En Mohd Aris Shah Md Zaid – +60175254133

13. Setiap pemain hanya dibenarkan menyertai satu pasukan sahaja. Setiap pasukan juga

mesti mengemukakan bukti identiti dan dokumen sokongan yang lengkap semasa proses

pendaftaran.
4.0 MAKLUMAT PERTANDINGAN

Pertandingan e-sport Mobile Legends: Bang Bang ini dianjurkan secara dalam talian melibatkan

64 pasukan. Pertandingan ini terbuka kepada semua pemain aktif dan berdaftar di Malaysia.

Pasukan akan bersaing dalam perlawanan pusingan kalah-mati, dan final untuk memperebutkan

tempat-tempat utama serta memenangi hadiah-hadiah yang disediakan.

Peserta juga akan diberi maklumat terkini mengenai jadual perlawanan, lokasi perlawanan (sama

ada di laman sesawang atau platform penstriman secara langsung), dan sistem penghakiman

yang digunakan. Semua pasukan yang menyertai juga akan diberikan garis panduan lengkap

mengenai prosedur dan peraturan pertandingan.

5.0 FORMAT PERTANDINGAN

1. Pertandingan e-sport Mobile Legends: Bang Bang ini akan dijalankan secara online

melibatkan 64 pasukan peringkat kebangsaan yang telah lulus proses penyaringan.

Pasukan-pasukan ini akan bersaing dalam satu siri fasa kalah-mati (knock-out) Dalam fasa

ini, pasukan akan bertemu satu sama lain secara undian terbuka, dengan pasukan yang

kalah akan terus tersingkir. Fasa kalah-mati ini akan berjalan sehingga hanya tinggal 2

pasukan terakhir yang akan bertemu dalam perlawanan final. Pemenang final akan

diisytiharkan sebagai juara keseluruhan pertandingan.


2. Jadual keseluruhan pertandingan akan diumumkan selepas proses penyaringan pasukan

selesai. Perlawanan-perlawanan akan dijalankan secara berjadual sepanjang tempoh

pertandingan berlangsung.

3. Pertandingan ini telah dijalankan secara maya bagi pusingan awal, suku akhir dan separuh

akhir. Bagi pertandingan akhir, ia telah dijalankan secara maya atau bersemuka di Dewan

Serbaguna bergantung kepada pemenang.

4.
SISTEM PERMAINAN

SISTEM LIGA SEPANJANG PERMAINAN

LIGA KUMPULAN SUKU AKHIR

A B C D

16 KUMPULAN 16 16 16

KUMPULAN KUMPULAN KUMPULAN

A B C D

8 8 8 8

KUMPULAN KUMPULAN KUMPULAN KUMPULAN

A B C D

4 4 4 4

KUMPULAN KUMPULAN KUMPULAN KUMPULAN

A B C D

2 2 2 2

KUMPULAN KUMPULAN KUMPULAN KUMPULAN

LIGA KUMPULAN SEMI FINAL

A,B C,D

2 kumpulan terbaik dari LIGA A&B 2 kumpulan terbaik dari LIGA C&D

=4 KUMPULAN =4 KUMPULAN
LIGA KUMPULAN FINAL

4 yang terbaik dari liga kumpulan A&B dan liga kumpulan C&D

Iaitu sebanyak 8 kumpulan berentap dalam pusingan akhir melalui sistem liga

A,B C,D

2 kumpulan terbaik dari LIGA A&B 2 kumpulan terbaik dari LIGA C&D

=4 KUMPULAN =4 KUMPULAN

JOHAN A VS N.JOHAN B JOHAN C VS N.JOHAN D

JOHAN B VS N.JOHAN A JOHAN D VS N.JOHAN C

4 kumpulan terbaik dari LIGA A&B 4 kumpulan terbaik dari LIGA C&D

=4 KUMPULAN =4KUMPULAN

F1-WINNER 1 VS WINNER 2 F2-WINNER 3 VS WINNER 4

1 kumpulan terbaik dari LIGA A&B 1 kumpulan terbaik dari LIGA C&D

=2 KUMPULAN =2 KUMPULAN

JOHAN KE 3

WINNER F1 VS WINNER F2 2ND PLACE F1 VS 2ND PLACE F2


6.0 HADIAH DAN ANUGERAH

IMPLIKASI KEWANGAN PERTANDINGAN ESPORT PUBG MOBILE 2021

HARGA JUMLAH

BUTIRAN KUANTITI SEUNIT ANGGARAN

1 JUARA 1 RM 650 RM 650

2 NAIB JUARA 1 RM 250 RM 250

3 TEMPAT KETIGA 1 RM 200 RM 200

4 PERMAIN TERBAIK 1 RM 100 RM 100

ROOM ADVANCE

5 PUBG MOBILE 4 RM50 RM 200

JUMLAH RM1400

Semua pasukan yang berjaya dalam pertandingan akan menerima sijil dan medali penghargaan.

Ini bukan hanya sebagai tanda pencapaian mereka, tetapi juga akan menjadi kenangan berharga

yang boleh dibanggakan oleh pemain dan penyokong mereka. Pengiktirafan ini akan memberi

motivasi kepada pasukan-pasukan untuk terus berusaha keras dan berjuang untuk kemenangan

di masa depan.
7.0. CARTA ALIR PERTANDINGAN

• Pasukan mengisi borang pendaftaran online dan


Pendaftaran
pasukan
menghantar profil pemain

• Pasukan disaring berdasarkan kriteria kelayakan


Sesi
Penyaringan
yang ditentukan

• Pertandingan akan berlangsung secara kalah


Jadual
Pertandingan
mati berdasarkan jadual yang ditetapkan

• Pemain dinilai dan diberi skor berdasarkan


Penilaian
Pemain
prestasi dalam setiap perlawanan.

Secara keseluruhan, carta alir pertandingan ini memaparkan proses yang perlu dilalui oleh

pasukan peserta. Ia bermula dengan pendaftaran pasukan dan profil pemain, diikuti dengan sesi

penyaringan untuk menentukan pasukan layak. Kemudian, jadual pertandingan akan diatur

mengikut format liga liga untuk menentukan kedudukan pasukan. Sepanjang pertandingan,

pemain akan dinilai dan diberi skor berdasarkan prestasi mereka. Proses ini akan memastikan

pertandingan berjalan dengan adil dan teratur, serta mengenal pasti pasukan dan pemain yang

layak menerima hadiah dan insentif. Antara keperluan utama untuk pertandingan ini adalah

platform e-sukan yang dapat menampung penyertaan 64 pasukan, sistem pendaftaran online,

aplikasi penyiaran perlawanan secara langsung, dan aplikasi penilaian pemain. Pasukan

penganjur juga perlu menyediakan hadiah berharga untuk merangsang persaingan yang sengit di

kalangan pasukan peserta.


BORANG PENYERTAAN ISTEF MOBILE LEGENDS e-SPORT GAMES 2024

MAKLUMAT PESERTA:

Nama Pasukan :

Nama Sekolah/Agensi :

Alamat :

No. Telefon (Bimbit) :

NAMA AHLI PASUKAN:

Bil Role Nama Peserta Jawatan No Kad No Telefon ID Mobile


Pengenalan (Bimbit) Legends
1 Pengurus Pasukan

/ Pemain

4 Pemain

5
SYARAT DAN PERATURAN PERTANDINGAN:

PENDAFTARAN PEMAIN

1. Hanya enam puluh empat (64) Pasukan yang menghantar penyertaan awal akan DITERIMA untuk
menyertai pertandingan ini;

2. Setiap sekolah/jabatan dibenarkan menghantar lebih daripada (1) pasukan. Walaubagaimanapun,


pihak penganjur BERHAK MENGEHADKAN PENYERTAAN daripada mana-mana sekolah/ jabatan / agensi
yang menghantar lebih daripada (1) pasukan sekiranya perlu;

3. Setiap pasukan hendaklah mendaftar lima orang (5) pemain. Pengurus Pasukan juga termasuk
sebagai pemain;

4. Borang penyertaan dan yuran penyertaan hendaklah dihantar bersama-sama Logo dan Gambar
Berkumpulan (dalam bentuk softcopy) ke pihak Urusetia.

5. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 20 Julai 2024 (JUMAAT) jam 5.00 petang.

YURAN PENYERTAAN / SYARAT PENYERTAAN DAN KELAYAKAN PEMAIN

1. Yuran penyertaan adalah sebanyak RM35.00 bagi sebuah pasukan dan hendaklah dibayar secara
TUNAI atau online Bankin dan di buat semasa menghantar Borang Penyertaan.

2. Pemain-pemain yang didaftar di dalam sebuah pasukan hanya boleh bermain dalam SATU PASUKAN
SAHAJA.

SISTEM / FORMAT PERTANDINGAN

1. Perlawanan adalah dalam Custom Mode dan Draft Pick.

2. Sistem yang digunakan adalah sistem eliminasi/penyingkiran. Satu pertandingan akan menentukan
kumpulan yang berjaya ke peringkat seterusnya ataupun disingkirkan.

3. Semua ahli kumpulan harus menggunakan akaun asal milik mereka sendiri untuk menyertai
perlawanan.

4. Tidak ada larangan untuk Level Akaun, Hero dan Skin yang digunakan untuk perlawanan.

5. Kemudahan internet tidak disediakan oleh pihak penganjur. Semua pasukan yang bertanding
hendaklah menggunakan internet masing-masing.

6. ‘Cut-Off Time’ untuk satu perlawanan adalah selama tiga puluh (30) minit. Selepas tempoh
berkenaan, perlawanan akan dihentikan serta merta. Kemenangan akan ditentukan bergantung kepada
baki bilangan menara (dalam pemainan Mobile Legends tersebut) yang dipertahankan oleh pasukan
masing-masing. Sekiranya bilangan menara adalah seri, kemenangan akan ditentukan bergantung
kepada bilangan mata (point) pasukan masing-masing.

7. Juri hanya dibolehkan menekan butang ‘Pause’ sebanyak dua kali sahaja (atas sebab-sebab yang
munasabah). Tempoh butang ‘Pause’ yang ditekan tidak melebihi 2 minit setiap satu.

BANTAHAN

Sekiranya sesebuah pasukan tidak berpuas hati terhadap keputusan perlawanan, maka pasukan
tersebut boleh membuat bantahan serta-merta (sebaik sahaja perlawanan tamat) dengan menghantar
surat menyatakan bantahan serta bukti-bukti sekali beserta wang cagaran berjumlah RM300.00. Wang
tidak akan dikembalikan sekiranya bantahan diterima atau ditolak. Semua keputusan pihak penganjur
selepas bermesyuarat adalah MUKTAMAD.

DISIPLIN PASUKAN / PENANGGUHAN PERLAWANAN

Setiap Pengurus Pasukan adalah bertanggungjawab menjaga disiplin para pemain. Sekiranya terdapat
sebarang salah laku atau pelanggaran disiplin yang menyebabkan gangguan kelancaran perlawanan,
tindakan akan dikenakan kepada pasukan tersebut berpandukan kepada Laporan Pegawai Perlawanan
dan Pengadil Perlawanan. Ini termasuklah penghantaran mesej berunsur sensitif kepada pihak lawan,
dan membuat bising semasa perlawanan diadakan. Kebersihan kawasan permainan juga mesti dijaga.

HAL-HAL YANG TIDAK DIPERLUKAN

1. Segala hal dan perkara yang tidak diperuntukkan di bawah peraturan-peraturan ini akan
diputuskan oleh Jawatankuasa Penganjur dan keputusannya adalah MUKTAMAD.

2. Sebarang kecederaan dan keselamatan pemain semasa perlawanan atau semasa di kawasan
pertandingan adalah di bawah tanggungjawab pengurus pasukan masingmasing

UNTUK KEGUNAAN URUSETIA:

Tarikh Terima :

Pengesahan :
Nota: Setiap penyertaan perlu sampai kepada Urusetia Pertandingan SEBELUM atau PADA 20 JULAI 2024
sebelum /pada jam 5 petang. Penyertaan yang diterima selepas tarikh tutup penyertaan tidak akan
dilayan.

You might also like