Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

Minit Mesyuarat Jawatankuasa Pembukaan Sebut Harga Kantin Sekolah

Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur 2012

Tarikh : 17 September 2012 (Khamis)


Masa : 9.00 pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat,
SMK Taman Tun Dr. Ismail,
Kuala Lumpur

Kehadiran :
Puan Nor Lida Binti Semun - Penolong Kanan Pentadbiran
Puan Nurhana Bates binti Abdullah - Penolong Kanan Kokurikulum
Puan Wan Hanisah Binti Wan Hassan - Guru Kanan Bahasa

AGENDA

1. Ucapan Pengerusi
2. Pelantikan Ahli Jawatankuasa
2.1 Fungsi Jawatankuasa
3. Pembuka Peti Sebut Harga
4. Memindahkan maklumat ke dalam Borang Pemilihan Sebut Harga Kantin Sekolah
5. Hal-hal lain.

1. UCAPAN PENGERUSI

Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada Puan Nurhana Bates binti Abdullah, Penolong Kanan
Kokurikulum dan Puan Wan Hanisah Binti Wan Hassan, Guru Kanan Bahasa ke mesyuarat

2. PELANTIKAN AHLI JAWATANKUASA

Mesyuarat telah melantik Ahli Jawatankuasa untuk Pembukaan Sebut Harga Kantin Sekolah 2012
seperti berikut :-

Pengerusi : Puan Nor Lida Binti Semun


Ahli Jawatankuasa : Puan Nurhana Bates binti Abdullah
Ahli Jawatankuasa/ : Puan Wan Hanisah Binti Wan Hasaan
Setiausaha

2.1 Fungsi Jawatankuasa

2.1.1. Sebagai saksi membuka peti Sebut Harga.


2.1.2. Menulis Kording (code) 1/4, 2/4, 3/4, 4/4 (untuk 4 tender).
2.1.3. Menurunkan tandatangan pada bahagian-bahagian berikut :-
2.1.3.1. Sampul Sebut Harga
2.1.3.2. Lampiran 9
2.1.3.3 Sijil Pendaftaran (SSM)
2.1.3.4. Sijil Kewangan
2.1.3.5. Senarai Harga Makanan dan Minuman
3. MEMBUKA PETI SEBUT HARGA

Setelah pihak Ahli Jawatankuasa membuka Peti Sebut Harga, didapati ada 4 sebut harga di
dalamnya. Antara syarikat yang memasuki tender ini ialah seperti berikut :-

3.1. SEDAP SELALU CATERING


Lot 7, Lorong 24A,
Selayang Baru,
68100 Batu Caves
Selangor. ( CODE 1/4)

3.2. HIR SOLUTION


39 Pinggir Tiga Jaya
68000 Ampang
Selangor. ( CODE 2/4)

3.3 FPS BERJAYA ENTERPRISE


21, Jalan C10 Taman Melawati
50300 Kuala Lumpur. (CODE 3/4)

3.4 ZARA CATERING & EVENT


No.15 Jalan 27, Selayang Baru
68100 Batu Caves
Selangor. (CODE 4/4)

4. MEMINDAHKAN MAKLUMAT KE DALAM BORANG PEMILIHAN

Setelah semua laporan diberikan, Pengerusi mengarahkan supaya semua maklumat tentang
4 syarikat yang memohon dipindahkan ke dalam Borang Pemilihan Sebut Harga Kantin Sekolah.

5. HAL-HAL LAIN

Tiada hal lain yang dibincangkan.

PENUTUP

Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua ahli jawatankuasa yang telah memberi
kerjasama. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.00 petang.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

(Wan Hanisah Binti Wan Hassan) (Nor Lida Binti Semun)


Setiausaha Pengerusi
Jawatankuasa Jawatankuasa
Pembukaan Sebut Harga Pembukaan Sebut Harga
Kantin Sekolah 2015 Kantin Sekolah 2015

Minit Mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan Sebut Harga Kantin Sekolah


Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur 2012

Tarikh : 17 September 2015 (Khamis)


Masa : 9.00 pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat,
SMK Taman Tun Dr Ismail, kuala Lumpur

Kehadiran :
Puan Majidah Binti Hashim - Pengetua
Puan Zarina binti Zainudin - Penolong Kanan HEM
Puan Wan Hanisah binti Wan Hassan - Guru Kanan Bahasa

AGENDA

1. Ucapan Pengerusi
2. Pelantikan Ahli Jawatankuasa
2.1. Fungsi Jawatankuasa
3. Laporan Prestasi Semasa Kantin Sekolah
4. Pemilihan Sebut Harga
5. Membuat Pemilihan Sebut Harga
6. Keputusan Pemilihan Sebut Harga
7. Hal-hal lain.

1. UCAPAN PENGERUSI

Pengerusi Mengucapkan terima kasih kepada Puan Nor Lida binti Semun, Penolong Kanan HEM dan
Puan Rabiatul Adawaiah binti Abd. Aziz, Guru Kanan Bahasa ke mesyuarat.

2. PELANTIKAN AHLI JAWATANKUASA

Mesyuarat telah melantik Ahli Jawatankuasa untuk Pemilihan Sebut Harga Kantin Sekolah 2012
seperti berikut :-

Pengerusi : Datin Hajah Hasmah binti Abu, AMW


Ahli Jawatankuasa : Puan Nor Lida binti Semun
Ahli Jawatankuasa/ : Puan Rabiatul Adawiah binti Abd. Aziz
Setiausaha

2.1. Fungsi Jawatankuasa

2.1.1. Sebagai Jawatankuasa pemilihan sebut harga.


3. LAPORAN PRESTASI SEMASA KANTIN SEKOLAH

Pengerusi telah memaklumkan kepada Ahli Jawatankuasa bahawa syarikat yang memegang Kantin
Sekolah sekarang iaitu Sedap Selalu Catering. Sedap Selalu Catering menunjukkan kerjasama yang
bagus dan sudi memberi bantuan kepada pihak sekolah tetapi dari aspek kebersihan yang
ditunjukkan adalah kurang memuaskan dan banyak terima aduan daripada pelajar tentang layanan
kepada pelajar kurang memuaskan,tidak menerima teguran dan kuantiti makanan yang dijual terlalu
sedikit. Dari segi pembayaran sewa kepada sekolah Sedap Selalu Catering selalu membuat bayaran
lewat dan tidak mengikut seperti perjanjian.

4. PEMILIHAN SEBUT HARGA

1. SEDAP SELALU CATERING. (CODE 1/4)


Pengerusi memaklumkan bahawa syarikat ini memberi perkhidmatan di SMK Taman Tun Dr
Ismail, Kuala Lumpur selama 9 tahun dan berpengalaman dalam bidang berkenaan.
Perkhidmatan yang diberikan kurang memuaskan kepada pelajar dari segi kebersihan dan
kuantiti makanan yang terlalu sedikit. Untuk bayaran sewaan kantin kepada sekolah Sedap
Selalu Catering lambat membuat bayaran tidak mengikut perjanjian. Pihak sekolah bercadang
untuk tukar pengusaha baru (harga sewa RM 1650.00 sebulan).

2. HIR SOLUTION (CODE 2/4)


Pengerusi memberitahu bahawa syarikat ini menawarkan harga sewa yang lebih tinggi dan
disokong juga oleh ahli jawatankuasa yang lain. Harga yang ditawarkan oleh syarikat ini ialah
sebanyak RM 1,750 sebulan. Pengusaha ini juga berpengalan dalam mengendali makanan.
(harga sewa RM1,750 sebulan)

3. FPS BERJAYA ENTERPRISE (CODE 3/4)

Pengerusi memberitahu bahawa syarikat ini menawarkan harga sewa yang paling rendah dan
disokong juga oleh ahli jawatankuasa yang lain. Harga yang ditawarkan oleh syarikat ini adalah
sebanyak RM900 sebulan. (harga sewa RM900 sebulan).

4. ZARA CATERING & EVENT (CODE 4/4)

Pengerusi memberitahu bahawa syarikat ini kurang pengalaman dalam mengendalikan makanan
dan juga disokong oleh ahli jawatankuasa yang lain. Pengalaman yang dimiliki baru 4 tahun.
(harga sewa RM1500 sebulan).
5. KEPUTUSAN PEMILIHAN SEBUT HARGA

Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa telah sebulat suara untuk menukar pengusaha baru iaitu memilih
HIR SOLUTION (code 2/4) kerana harga ditawarkan lebih tinggi dan berpengalaman dalam
mengedalikan makanan dan mempunyai rekod yang baik. Ahli jawatankuasa bersetuju memilih
syarikat ini dengan bersyarat iaitu menyediakan makanan dengan kuantiti yang sesuai dan makanan
hendaklah berkualiti, membuat bayaran sewa kantin mengikut perjanjian dan sanggup bekerjasama
dengan pihak sekolah dalam sebarang urusan berkenaan makanan dan penggunaan kantin bagi
memudahkan urusan pihak sekolah. Jika pengusaha tidak sanggup pihak sekolah akan berbalik
kepada pengusaha yang lama.

Pada 18/9/2015 jam 10 pagi, ahli jawatankuasa berbincang dengan pengusaha tentang syarat-syarat
yang yang dikemukakan dan pengusaha bersetuju menerima semua syarat-syarat yang ditetapkan.

6. HAL-HAL LAIN

Tiada hal lain yang dibincangkan.

PENUTUP

Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua ahli jawatankuasa yang telah memberi
kerjasama.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

(Rabiatul Adawiah binti Abd. Aziz) (Datin Hajah Hasmah Binti Abu,AMW)
Setiausaha Pengerusi
Jawatankuasa Jawatankuasa
Pembukaan Sebut Harga Pembukaan Sebut Harga
Kantin Sekolah 2012 Kantin Sekolah 2012

You might also like