Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 7

BAHAGIAN A: SOALAN STRUKTUR (50%)

JAWAB SEMUA SOALAN DALAM BAHAGIAN A.


Soalan 1
Maklumat berikut berkaitan dengan situasi salah sebuah ahli keluarga yang suka memainkan muzik dengan
volum yang kuat.

(a) Kenal pasti norma masyarakat yang tidak diamalkan oleh keluarga berkenaan. Jelaskan.

[ 3 markah ]

(b) Jelaskan implikasi jiran yang suka membuka lagu dengan volum yang besar tanpa mengira masa terhadap
jiran -jirannya.

[ 4 markah ]
(c) Jika anda ialah salah seorang jirannya. Jelaskan cara anda mengatasi masalah ini dengan menggunakan
prinsip keprihatinan atau prinsip keadilan.

[ 3 markah ]

1
Soalan 2

Gambar menunjukkan trend perkhawinan campur yang sering dijumpai di Malaysia.

(a) Perkahwinan campur dianggap sebagai norma masyarakat. Jelaskan.

[ 3 markah ]

(b) Perkahwinan campur dikatakan dapat mengeratkan lagi hubungan masyarakat pelbagai kaum. Jelaskan.

[ 3 markah ]

(c) Jelaskan cabaran-cabaran yang perlu dihadapi oleh individu yang ingin mengadakan perkahwinan campur.

[ 4 markah ]

2
Soalan 3
Gambar di bawah ialah seorang tokoh terkenal dari negara China yang dianggap tinggi dari sifat
keperibadiannya.

(a) Nyatakan ciri - ciri keperibadian mulia yang dapat ditemui daripadanya.

[ 2 markah ]

(b) Jelaskan kepentingan seseorang yang mempunyai sifat berkeperibadian mulia.

[ 4 markah ]

(c) Sebagai anak, bagaimanakah anda mempraktikkan amalan daripada tokoh di atas dalam kehidupan
harian?

[ 4 markah ]

3
Soalan 4
Gambar menunjukkan kes langgar lari.

Kes langgar lari berlaku disebabkan seorang ibu tunggal yang gegas balik rumah. Akibat keadaan jalan
raya yang tergelincir menyebabkan ibu tunggal terlanggar kereta yang dipakir di tepi jalan raya. Namun,
ibu tunggal tetap meninggalkan notis kecil dengan menulis "sorry kak terlanggar kereta Ktk"..... bersama
dua keping RM 50.

(a) Andaikan anda ialah ibu tunggal yang cuai tersebut. Jelaskan tindakan yang akan diambil oleh anda.

[ 3 markah ]
(b) Andaikan anda berjaya mengesan ibu tunggal tersebut melalui CCTV yang dipasang oleh pemilik kedai
yang berdekatan di tempat kejadian tersebut. Jelaskan tindakan anda berdasarkan prinsip keprihatinan.

[ 4 markah ]
(c) Mengapakah dikatakan individu yang berkeperibadian mulia dapat mengurangkan bilangan kes langgar
lari yang berlaku di Malaysia?

[ 3 markah ]

4
Soalan 5
Kes Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) yang disalahgunakan dalam kalangan masyarakat semakin
menjadi - menjadi kebelakangan ini.

(a) Berikan maksud TMK.

[ 2 markah ]

(b) Apakah etika yang akan anda amalkan semasa menggunakan TMK?

[ 4 markah ]

(c) Sebagai seorang murid, bagaimanakah anda memanfaatkan TMK dalam kehidupan seharian?

[ 4 markah ]

5
BAHAGIAN B: SOALAN ESEI (20%)
Bahagian ini mengandungi dua soalan. Pilih SATU soalan dan jawab dalam kertas kajang.
Soalan 6
Gambar berikut berkaitan dengan mesej yang diterima oleh Eason.

Eason telah menerima email dari Bank Negara Malaysia yang memaklumkan kepadanya agar mengemas kini
maklumat peribadi melalui pautan yang diberi supaya akaun Eason dapat menerima sejumlah wang yang bernilai
USD 10,000 dari luar negara.
(a) Jika kamu ialah Eason, apakah tindakan anda?
[ 2 markah ]

(b) Bagaimanakah anda dapat memastikan diri tidak akan terpedaya dengan muslihat penjenayah siber.
[ 8 markah ]

Soalan 7

Gambar menunjukkan norma masyarakat yang diamalkan oleh rakyat Malaysia.

Rakyat Malaysia perlu berbangga kerana dapat hidup bersama dengan aman walalupun mempunyai budaya dan adat
yang berbeza antara kaum. Walaupun mempunyai latar belakang yang berbeza, agama yang berlainan, masyarakat
pelbagai kaum tetap dapat hidup dengan mesra malah merayai pelbagai perayaan bersama dengan gembira.

(a) Selain daripada aktiviti di atas, nyatakan contoh aktiviti lain yang dapat mengeratkan hubungan antara pelbagai
kaum.
[ 2 markah ]

(b) Ramalkan implikasi sekiranya rakyat Malaysia mengabaikan pengamalan norma masyarakat tersebut.

[ 8 markah ]

6
BAHAGIAN C: SOALAN ESEI PANJANG(40%)
Bahagian ini mempunyai dua soalan. Anda wajib jawab SEMUA soalan dalam kertas kajang anda.

Soalan 8
Gambar di bawah menunjukkan individu yang menikmati cara hidup hedonisme.

(a) Nyatakan contoh budaya hedonisme lain .


[ 4 markah ]
(b) Sejauh manakah budaya di atas akan menjadi penghalang kepada pembentukan sifat berkeperibadian mulia
dalam kalangan remaja?
[ 8 markah ]
(c) Revolusi perindustrian 5.0 meningkatkan lagi budaya tersebut diamalkan dalam kalangan generasi muda.
Jelaskan kesan budaya tersebut terhadap negara berdasarkan nilai universal yang telah anda pelajari.
[ 8 markah ]

Soalan 9
Gambar di bawah ialah norma masyarakat yang diamalkan dalam kalangan masyarakat.

(a) Nyatakan maksud norma masyarakat.


[ 4 markah ]
(b) Masyarakat sekarang suka berswafoto dan mengemas kini status terkininya dengan gambarnya melalui
laman sosial. Jelaskan kesan terhadap diri jika individu terlalu taksub akannya.

[ 8 markah ]
(c)
Generasi tua sukar menerima amalan di atas sebagai norma masyarakat. Berdasarkan nilai universal
yang dipelajari, mengapakah pentingnya kita menyesuaikan diri dengan trend norma masyarakat terkini?
[ 8 markah ]

You might also like