Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 9

Bab 4

KEPERLUAN KEPADA
UNDANG-UNDANG ISLAM
Dr. AZHAR ABDUL AZIZ
COURSE LEARNING OUTCOME (CLO)…..

Pelajar dapat menjelaskan keperluan manusia


kepada undang-undang Islam.

Pelajar dapat menghuraikan kedudukan


perundangan Islam dalam sistem
perundangan Malasia.

Pelajar dapat menjustifikasi kuasa


negeri-negeri mengenai hal ehwal Islam dan
undang-undang Islam.
KEPERLUAN MANUSIA KEPADA UNDANG-UNDANG ISLAM

Allah SWT mencipta manusia, maka Allah Maha


Mengetahui undang-undang dan peraturan untuk
mengatur hidup mereka.

Undang-undang Allah SWT bersifat Rabbani, Maha


Adil, Maha Sempurna,memenuhi fitrah penciptaan
dan sesuai sepanjang zaman sampai kiamat.

Bagi Muslim mentaati dan mengamalkan perintah


Alah SWT mempunyai kaitan dengan Iman dan
akidah.
KEDUDUKAN ISLAM DALAM PERLEMBAGAAN
Kedudukan dan keistimewaan ugama Islam- Perkara 3
Perkara 3(1)- Ugama Islam adalah ugama bagi Persekutuan;tetapi ugama –ugama
lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian
Persekutuan.
Perkara 3(3)- bagi Negeri-negeri Melaka,pulau Pinang,Sabah dan Sarawak
hendaklah masing-masing membuat peruntukan bagi memberi kepada Yang
di-Pertuan Agong kedudukan sebagai ketua agama Islam dalam Negeri itu.
Perkara 3(5)- walau apa-apa jua dalam Perlembagaan ini,Yang di-Pertuan Agong
hendaklah menjadi ketua ugama Islam dalam Wilayah-wilayah Persekutuan Kuala
Lumpur,Labuan dan Putrajaya;dan bagi maksud ini Parlimen boleh dengan
undang-undang membuat peruntukan-peruntukan bagi mengadakan peraturan
mengenai hal ehwal ugama Islam dan bagi menubuhkan suatu Majlis untuk
menasihatkan Yang di-Pertuan Agong mengenai perkara-perkara berhubung dengan
ugama Islam.
KEBEBASAN MENGAMALKAN AJARAN AGAMA
Kebebasan menganuti dan mengamalkan ugama- Perkara 11 dan 12
Perkara 11(1)- Tiap-tiap orang adalah berhak menganuti dan mengamalkan ugamanya
dan, tertakluk kepada fasal (4), mengembangkan ugamanya.
Perkara 11(4)-undang-undang Negeri dan mengenai Wilayah-Wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur,Labuan dan Putrajaya,undang-undang persekutuan boleh mengawal
atau menyekat pengembangan apa-apa iktikad yang menganuti ugama Islam.
Perkara 12(3)- Tiada siapa pun boleh diwajibkan menerima ajaran-ajaran mengenai
apa-apa ugama atau mengambil bahagian dalam apa-apa upacara atau sembahyang
sesuatu ugama yang lain daripada ugamanya sendiri.
Perkara 12(4)- Bagi maksud Fasal (3), ugama seseorang yang di bawah umur lapan
belas tahun hendaklah ditetapkan oleh ibu atau bapanya atau penjaganya.
KEDUDUKAN PERUNDANGAN ISLAM DALAM SISTEM
PERUNDANGAN MALAYSIA
1. Walaupun Perkara 3(1) dalam Perlembagaan Persekutuan memperuntukan bahawa
Islam adalah agama persekutuan, tetapi Perkara 160 tidak memasukkan dengan nyata
Undang-Undang Islam dalam definisi undang-undang.
2. Perkara 160 Tafsiran-Undang-undang termasuklah undang-undang bertulis, common law
setakat mana ianya berkuatkuasa dalam persekutuan atau mana-mana bahagiannya,dan
apa-apa adat atau kelaziman yang mempunyai kuatkuasa undang-undang dalam
persekutuan atau mana-mana bahagiannya.
3. Kuasa Badan Perundangan Negeri untuk menggubal perkara-perkara mengenai
undang-undang Islam termasuklah kuasa menubuhkan mahkamah yang mempunyai
bidangkuasa ke atas orang Islam; Tetapi diperuntukan juga bahawa
mahkamah-mahkamah tersebut tidak boleh mempunyai bidangkuasa mengenai
kesalahan-kesalahan kecuali setakat yang diberi oleh undang-undang Persekutuan
4. Walaupun peruntukan itu menyatakan bahawa perkara-perkara yang dibenarkan oleh
undang-undang Persekutuan telah dimasukkan dalam Senarai Negeri, ada banyak
undang-undang Persekutuan yang menghadkan bidang dan pemakaian undang-undang
Negeri. (Ahmad Ibrahim, 1999, h.5)
KUASA NEGERI MENGENAI UNDANG-UNDANG ISLAM
Dalam Senarai 2 (Senarai Negeri), Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan kuasa negeri-negeri
berhubung dengan Hukum Syarak dinyatakan seperti berikut:
1. Kecuali mengenai Wilayah-wilayah Persekutuan Kuala Lumpur,Labuan dan Putrajaya,Hukum Syarak
dan undang-undang diri dan keluarga bagi orang yang menganut Ugama Islam, termasuk Hukum
Syarak berhubung dengan mewarisi harta berwasiat dan tak
berwasiat,pertunangan,perkahwinan,perceraian, maskahwin,nafkah,pengambilan anak angkat,taraf
anak,penjagaan anak,pemberian,pembahagian harta dan amanah bukan khairat; wakaf Islam dan takrif
serta peraturan mengenai amanah khairat dan khairat ugama,perlantikan pemegang-pemegang
amanah dan perbadanan bagi orang-orang mengenai pemberian ugama Islam dan
khairat,yayasan,amanah,khairat dan yayasan khairat yang dijalankan,kesemuanya sekali dalam Negeri;
adat istiadat Melayu; zakat fitrah dan Baitul Mal atau hasil Ugama Islam yang seumpamanya; masjid
atau mana-mana tempat sembahyang awam untuk orang Islam; mengadakan dan menghukum
kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh orang-orang yang menganut ugama Islam terhadap
rukun-rukun Islam,kecuali mengenai perkara-perkara yang termasuk dalam senarai persekutuan;
keanggotaan,penyusunan dan acara bagi mahkamah-mahkamah Syariah yang akan mempunyai
bidangkuasa hanya ke atas orang-orang yang menganut Ugama Islam dan hanya mengenai mana-mana
perkara yang termasuk dalam perenggan ini, tetapi tidak mempunyai bidangkuasa mengenai
kesalahan-kesalahan kecuali setakat yang diberi oleh undang-undang Persekutuan; mengawal
pengembangan iktikad dan kepercayaan antara orang-orang yang menganut Ugama Islam;
menentukan perkara-perkara Hukum Syarak dan iktikad dan adat istiadat Melayu.
(Perlembagaan Persekutuan(Hingga 20hb Januari 2012), h. 315)
KUASA NEGERI MENGENAI HAL EHWAL ISLAM
1. Kuasa Badan Perundangan Negeri untuk menggubal perkara-perkara mengenai undang-undang Islam
termasuk kuasa menubuhkan mahkamah yang mempunyai bidangkuasa ke atas orang Islam, tetapi tidak
boleh mempunyai bidangkuasa mengenai kesalahan-kesalahan kecuali setakat yang diberi oleh Persekutuan.
2. Enakmen Pentadbiran Agama Islam- di setiap negeri di Malaysia telah diadakan enakmen-enakmen bagi
pentadbiran undang-undang Islam, namun enakmen-enakmen tersebut dari aspek kandungannya tidak
banyak berbeza antara satu sama lain, Contoh : Enakmen Pentadbiran Agama Islam-(Negeri Selangor)
Enakmen No.1 Tahun 2003:
3. Bahagian I- Permulaan (Sek 1-3), Bahagian Majlis Agama Islam Selangor (Sek 4-,43) Bahagian III- Pelantikan
Mufti,Kuasa Dalam Hal Ehwal Agama,Jawatankuasa Fatwa dan Fatwa yang Berhubung Dengan Kepentingan
Nasional (Sek. 44-54), Bahagian IV- Mahkamah Syariah (Sek. 55-77), Bahagian V- Pendakwaan dan Perwakilan
(Sek. 78-80), Bahagian VI- Kewangan (Sek. 81-95), Bahagian VII- Masjid (Sek. 96-105), Bahagian VIII-Pungutan
Khairat (Sek. 106), Bahagian IX- Memeluk Agama Islam (Sek. 107-117), Bahagian X- Pendidikan Agama Islam
(Sek. 118-121), Bahagian XI- Am (Sek. 122-124).
4. Eanakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Johor) Enakmen No. 16 Tahun 2003:Bahagian I- Permulaan (Sek.
1-3), BahagiaII-Majlis Agama Islam Johor (Sek 4-,43) Bahagian III- Pelantikan Mufti,Kuasa Dalam Hal Ehwal
Agama,Jawatankuasa Fatwa dan Fatwa yang Berhubung Dengan Kepentingan Nasional (Sek. 44-54), Bahagian
IV- Mahkamah Syariah (Sek. 55-77), Bahagian V- Pendakwaan dan Perwakilan (Sek. 78-80), Bahagian VI-
Kewangan (Sek. 81-95), Bahagian VII- Masjid (Sek. 96-105), Bahagian VIII-Pungutan Khairat (Sek. 106),
Bahagian IX- Memeluk Agama Islam (Sek. 107-117), Bahagian X- Pendidikan Agama Islam (Sek. 118-122),
Bahagian XI- Am (Sek. 123-125).
‫‪Sekian, Terima Kasih‬‬

‫وﺑﺎﻟﻠﮫ ﺗﻮﻓﯿﻖ واﻟﮭﺪاﯾﮫ‬


‫واﻟﺴﻼم ﻋﻠﯿﻜﻢ ورﺣﻤﺔ اﻟﻠﮫ وﺑﺮﻛﺎﺗﮫ‬

You might also like