Lampiran I - Anugerah Khas Pengarah (Individu)

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

LAMPIRAN I

PANDUAN PENCALONAN ANUGERAH KHAS PENGARAH


DI PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA (PPUM)

Objektif

1. Mengiktiraf dan menghargai pegawai dan staf PPUM yang telah mencapai tahap
kecemerlangan.Konteks kecemerlangan yang dimaksudkan adalah apabila seseorang
pekerja dapat menjalankan tugas dengan penuh komitmen, berdisiplin tinggi, sentiasa
bersikap positif dan mengamalkan semangat berpasukan serta menghasilkan kerja yang
berkualiti bagi meningkatkan imej Unit/ Jabatan seterusnya imej Pusat Perubatan Universiti
Malaya;
2. Menggalakkan persaingan sihat di kalangan warga kerja PPUM untuk meningkatkan
prestasi kerja dan disiplin; dan
3. Sebagai suntikan semangat kepada warga PPUM untuk terus berkhidmat dengan lebih baik
sekaligus membantu PPUM merealisasikan penyampaian Kerajaan yang lebih cemerlang.

Bentuk Pengiktirafan Anugerah

Penerima akan dianugerahkan:


i. Sijil Penghargaan; dan
ii. Penghargaan dalam bentuk wang tunai RM500.00.

Anugerah akan disampaikan pada Majlis Penghargaan Perkhidmatan (MPP) PPUM.

Kaedah Pencalonan:

i) Dicalonkan oleh Pengurusan Tertinggi PPUM; atau


ii) Dicalonkan oleh *Jabatan; atau
iii) Dicalonkan oleh rakan sekerja; atau
iv) Mencalonkan diri sendiri.

Bilangan Anugerah

Dipilih di kalangan staf yang mewakili kumpulan jawatan masing-masing iaitu:

Bil. Kumpulan Bilangan


Anugerah
1. Pengurusan Tertinggi PPUM 1
2. Pengurusan dan Profesional
a) Klinikal 1
b) Sokongan Klinikal dan Bukan Klinikal 1
3. Pelaksana
a) Pelaksana 1 1
b) Pelaksana 2 1
JUMLAH 5
Syarat-Syarat Penyertaan

i) Anugerah ini terbuka kepada semua warga PPUM lantikan tetap, sementara atau kontrak
yang telah berkhidmat sepuluh (10) tahun dan ke atas di PPUM;
ii) Calon hanya boleh menerima anugerah ini sekali sahaja sepanjang tempoh lima (5) tahun.

Kriteria Penilaian

Kriteria yang akan digunakan dalam menilai dan memilih pegawai yang menunjukkan prestasi
kerja yang cemerlang akan ditumpukan kepada ciri-ciri penting yang menjadi asas kepada
prestasi kerja pegawai berkenaan termasuklah:

1.1 Kriteria Asas:

i) Memperolehi markah LNPT 90% dan ke atas setiap tahun bagi tempoh tiga (3) tahun
terkini;
ii) Hendaklah mempunyai rekod perkhidmatan yang bersih. Bebas dari siasatan atau
tindakan disiplin dan rekod jenayah sepanjang tempoh perkhidmatan sehingga ke
tempoh pencalonan;
iii) Bebas daripada keberhutangan serius; dan
iv) Bebas daripada sebarang siasatan oleh pihak berkuasa samada di dalam atau
luar PPUM sepanjang tempoh perkhidmatan sehingga ke tempoh pencalonan

1.2 Kriteria Khusus:

Pegawai hendaklah memiliki sifat-sifat atau ciri-ciri peribadi utama berikut:

a) Jujur;
b) Amanah;
c) Sentiasa mengutamakan kepentingan organisasi daripada kepentingan sendiri;
d) Dedikasi terhadap tugas, sedia bekerja tanpa mengira masa;
e) Semangat kerja berpasukan yang tinggi;
f) Boleh dipercayai;
g) Disiplin diri yang tinggi. Ianya dinilai daripada segi keupayaan daya kawal diri,
mental dan fizikal, mempunyai integriti yang tinggi, mematuhi peraturan dan bersifat
sabar;
h) Bertanggungjawab;
i) Beretika dan berahlak mulia.

1.3 Kriteria Tambahan:

a) Mempunyai cita-cita, semangat dan wawasan yang jelas serta sentiasa berusaha ke
arah mencapai kejayaan cemerlang;
b) Mempunyai kualiti kepimpinan yang tinggi di mana mampu memujuk, mengarah atau
menggerakkan pasukan;
c) Pengetahuan, kebijaksanaan dan kemahiran yang tinggi;
d) Mempunyai daya tahan, daya saing yang tinggi dan berdikari serta mempunyai ciri-
ciri kemandirian dan kemahiran pengurusan yang tinggi;
e) Mempunyai daya kreativiti yang tinggi, inovatif dan analitikal;
f) Mempunyai pemikiran yang rasional, terbuka, berpandangan jauh, berketerampilan
dan yakin;
g) Mempunyai keterampilan diri yang dinilai daripada aspek penampilan pegawai iaitu
daripada segi cara berpakaian dan zahiran personaliiti yang merangkumi pemikiran
yang rasional, berpandangan jauh, bersifat terbuka dan yakin;
h) Mempunyai Sense of Belonging kepada organisasi;
i) Menjadi role model dan sebagai pakar rujuk (knowledge worker) kepada staf lain;
j) Mempunyai hubungan yang baik dengan pegawai atasan yang dinilai daripada segi
jalinan hubungan dengan pegawai atasan termasuk hormat-menghormati, boleh
diharap dan mesra; dan
k) Mempunyai hubungan mesra dengan rakan sekerja yang dinilai daripada segi jalinan
hubungan antara pegawai dengan rakan sekerja dan kakitangan bawahan dan
kebolehan pegawai mewujudkan suasana kerja yang harmoni dan selesa serta
menyesuaikan diri dalam semua keadaan.

Pemilihan Calon:

a) Pemilihan calon akan ditentukan oleh Panel Pembangunan Sumber Manusia (PPSM).
b) Keputusan akhir akan diumumkan pada Majlis Perkhidmatan

You might also like