Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 1

PERTUBUHAN IKRAM MALAYSIA (IKRAM) KUALA LUMPUR

No B-1-3, Setiawangsa Business Suite, Jalan Setiawangsa, Taman Setiawangsa, 54200 Kuala Lumpur
Telefon: 03-4252 3225 Faks: 03-4252 3225 Email: pjbtiwp@gmail.com

Ruj. Kami: IKRAMKL/ptd/PERAWI-2023/03/(4)


Tarikh: 3 April 2023 (12 Ramadan 1444 H)

Tuan Haji Badlishah Sham bin Baharin


Presiden, Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM),
No. 6, Jalan Dagang SB 4/1,
Taman Sungai Besi Indah,
43300 Seri Kembangan, Selangor

‫السالم عليكم ورحمة هللا وبركاته‬

Tuan,

UNDANGAN KE MAJLIS PERASMIAN PERHIMPUNAN RAMADAN 2023 IKRAM KUALA


LUMPUR (PERAWI 2023)

Merujuk kepada perkara di atas, dengan segala hormat dan sukacitanya dimaklumkan bahawa
pihak IKRAM Kuala Lumpur (IKRAM KL) akan menganjurkan PERAWI 2023 pada 15 - 16 April
2023, bertempat di Masjid Usamah bin Zaid, Wangsa Maju, Kuala Lumpur.

2. PERAWI adalah program tahunan dalam bulan Ramadan anjuran IKRAM KL (dulunya
IKRAM Wilayah Persekutuan). Kali terakhir ianya diadakan ialah pada tahun 2019 dan tertangguh
selama 3 tahun (2020-2022) kerana wabak pandemik COVID-19. Dengan perkembangan
keadaan COVID-19 yang kini telah terkawal, PERAWI dirancang untuk dianjurkan kembali pada
tahun 2023 ini.

3. Lanjutan daripada itu, IKRAM KL berbesar hati mengundang tuan untuk hadir ke majlis
perasmian PERAWI 2023 sehingga selesai program. Maklumat lanjut slot perasmian adalah:

Tarikh: 16 April 2023 (25 Ramadan 1444H) - Ahad


Waktu: 9.00 pagi – 9.45 pagi

4. Bersama surat ini kami sertakan kertas kerja ringkas PERAWI 2023 untuk rujukan tuan
selanjutnya. Jika pihak tuan memerlukan sebarang maklumat tambahan, silalah berhubung
dengan petugas kami, Hidayah (019-3993680) atau Raswan (013-3995579).

5. Pihak tuan boleh memberi maklumbalas kehadiran tuan kepada emel pjbtiwp@gmail.com
atau kepada penama di atas sebelum atau pada 8 April 2023. Kerjasama pihak tuan amat
diharapkan dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian. Terima kasih. Wassalam.

Zainal Adnan bin Abdul Halim


Yang Dipertua Negeri IKRAM Kuala Lumpur

You might also like