Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

SEKOLAH KEBANGSAAN PAYA DALAM


KM.14.5 PAYA DALAM, 75460 MELAKA
Tel/ faks: 06-2681021 E-mel: MBA2007@moe.edu.my Kod sekolah: MBA2007

_____________________________________________________________________________________________
Ruj. Kami : SKPDM.700-1/1/1( )
Tarikh : 1 Februari 2024

Ibu bapa/penjaga murid berkenaan,


SK Paya Dalam ,
Melaka.

Tuan/ puan,

TAWARAN PELANTIKAN PENGAWAS SPBT SEKOLAH BAGI SESI PERSEKOLAHAN


2023/2024 SEKOLAH KEBANGSAAN PAYA DALAM

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan anak tuan/puan yang bernama ……………………………………...,


telah dilantik sebagai pengawas SPBT sekolah. Sehubungan dengan itu, Jawatankuasa
Pengurusan Disiplin Sekolah, Unit SPBT ingin memohon kebenaran tuan/ puan atas pelantikan
tersebut.

3. Walau bagaimanapun, tuan diingatkan bahawa pelantikan ini adalah berdasarkan


kepada beberapa syarat iaitu:

a. Ibu bapa perlu memastikan bahawa murid ini hadir awal ke sekolah pada setiap hari,
iaitu selewat-lewatnya pada jam 7.10 pagi
b. Murid berpakaian seragam pengawas SPBT lengkap dan dapat menjalankan tugas-
tugas yang diamanahkan kepadanya dengan baik.
c. Murid tidak mengabaikan pelajarannya.
d. Lantikan adalah untuk tahun semasa dan murid akan dinilai prestasinya bagi
pelantikan tahun berikutnya.
e. Sekiranya murid ini melakukan sebarang salah laku dan tidak menjalankan tugas
seperti yang diharapkan, maka pihak Jawatankuasa Pengurusan Disiplin Sekolah
berhak menarik balik pelantikan jawatan tersebut (melucutkan jawatan) dengan serta
merta. Peletakan jawatan tanpa sebab yang munasabah adalah tidak dibenarkan.
f. Murid wajib menghadiri kursus serta aktiviti yang dianjurkan oleh Jawatankuasa
Pengurusan Disiplin Sekolah atau pihak sekolah seperti yang akan ditetapkan.
g. Bersedia untuk membeli pakaian / uniform dan semua kelengkapan seperti yang
diarahkan oleh pihak Jawatankuasa Pengurusan Disiplin Sekolah. Pakaian seragam
pengawas SPBT adalah seperti berikut:

BIL. PUSTAKAWAN LELAKI PUSTAKAWAN PEREMPUAN


1. Kemeja lengan panjang hijau Kemeja lengan panjang hijau
2. Songkok hitam Tudung sarung hijau (awning)
3. Seluar panjang biru tua Kain lipat belakang biru tua
4. Vest hijau Vest hijau
5. Kasut hitam Kasut hitam

“Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera”


#jpnmelakabitara
4. Dengan pelantikan sebagai pengawas SPBT, pihak sekolah berharap akan dapat
melatih dan melahirkan ramai bakal pemimpin pada masa yang akan datang.

5. Segala sokongan dan keprihatinan daripada pihak tuan amat kami hargai demi kebaikan
bersama.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

……………………………........…..
SHARUDIN BIN ASSAR
Guru Besar
SK Paya Dalam.

s.k. 1. Jawatankuasa Pengurusan Disiplin Sekolah


2. Unit Bimbingan dan Kaunseling
3. Unit SPBT

-----------------------------------------------potong dan serah keratan ini -----------------------------------------

Guru Besar
SK Paya Dalam,
Km 14.5 Kg. Paya Dalam, Melaka Tarikh : ………………

Tuan,

KEBENARAN DILANTIK SEBAGAI PENGAWAS SPBT SEKOLAH

Setelah membaca dan memahami syarat-syarat pelantikan, saya ……………………….............

……………………………………………………………………… ibu/ bapa/penjaga kepada murid

bernama ……………………………………………………………… dari tahun ……………………

*membenarkan / tidak membenarkan anak saya dilantik sebagai Pengawas SPBT Sekolah

(Nama Sekolah) ……………………………………………………………………………………….

Yang benar,

…………………………………………………………….
(Nama : )
No. Telefon: ……………………………….

“Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera”


#jpnmelakabitara

You might also like