Surat Tawaran Pelantikan PRS 2024-2025

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

SEKOLAH KEBANGSAAN PAYA DALAM


KM.14.5 PAYA DALAM, 75460 MELAKA
Tel/ faks: 06-2681021 E-mel: MBA2007@moe.edu.my Kod sekolah: MBA2007

_____________________________________________________________________________________________
Ruj. Kami : SKPDM.700-1/1/1( )
Tarikh : 1 Februari 2024

Ibu bapa/penjaga murid berkenaan,


SK Paya Dalam ,
Melaka.

Tuan/ puan,

TAWARAN PELANTIKAN PEMBIMBING RAKAN SEBAYA (PRS) SEKOLAH BAGI SESI


PERSEKOLAHAN 2023/2024 SEKOLAH KEBANGSAAN PAYA DALAM

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan anak tuan/puan yang bernama ……………………………………...,


telah dilantik sebagai PRS sekolah. Sehubungan dengan itu, Jawatankuasa Pengurusan
Disiplin Sekolah, Unit Bimbingan dan Kaunseling ingin memohon kebenaran tuan/ puan atas
pelantikan tersebut.

3. Walau bagaimanapun, tuan diingatkan bahawa pelantikan ini adalah berdasarkan


kepada beberapa syarat iaitu:

a. Ibu bapa perlu memastikan bahawa murid ini hadir awal ke sekolah pada setiap hari,
iaitu selewat-lewatnya pada jam 7.10 pagi
b. Murid berpakaian seragam PRS lengkap dan dapat menjalankan tugas-tugas yang
diamanahkan kepadanya dengan baik.
c. Murid tidak mengabaikan pelajarannya.
d. Lantikan adalah untuk tahun semasa dan murid akan dinilai prestasinya bagi
pelantikan tahun berikutnya.
e. Sekiranya murid ini melakukan sebarang salah laku dan tidak menjalankan tugas
seperti yang diharapkan, maka pihak Jawatankuasa Pengurusan Disiplin Sekolah
berhak menarik balik pelantikan jawatan tersebut (melucutkan jawatan) dengan serta
merta. Peletakan jawatan tanpa sebab yang munasabah adalah tidak dibenarkan.
f. Murid wajib menghadiri kursus serta aktiviti yang dianjurkan oleh Jawatankuasa
Pengurusan Disiplin Sekolah atau pihak sekolah seperti yang akan ditetapkan.
g. Bersedia untuk membeli pakaian / uniform dan semua kelengkapan seperti yang
diarahkan oleh pihak Jawatankuasa Pengurusan Disiplin Sekolah. Pakaian seragam
PRS adalah seperti berikut:

BIL. PUSTAKAWAN LELAKI PUSTAKAWAN PEREMPUAN


1. Kemeja lengan panjang ungu Kemeja lengan panjang ungu
2. Songkok hitam Tudung sarung biru tua (awning)
3. Seluar panjang biru tua Kain lipat belakang biru tua
4. Vest ungu Vest ungu
5. Kasut hitam Kasut hitam

“Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera”


#jpnmelakabitara
4. Dengan pelantikan sebagai PRS, pihak sekolah berharap akan dapat melatih dan
melahirkan ramai bakal pemimpin pada masa yang akan datang.

5. Segala sokongan dan keprihatinan daripada pihak tuan amat kami hargai demi kebaikan
bersama.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

……………………………........…..
SHARUDIN BIN ASSAR
Guru Besar
SK Paya Dalam.

s.k. 1. Jawatankuasa Pengurusan Disiplin Sekolah


2. Unit Bimbingan dan Kaunseling

-----------------------------------------------potong dan serah keratan ini -----------------------------------------

Guru Besar
SK Paya Dalam,
Km 14.5 Kg. Paya Dalam, Melaka Tarikh : ………………

Tuan,

KEBENARAN DILANTIK SEBAGAI PRS SEKOLAH

Setelah membaca dan memahami syarat-syarat pelantikan, saya ……………………….............

……………………………………………………………………… ibu/ bapa/penjaga kepada murid

bernama ……………………………………………………………… dari tahun ……………………

*membenarkan / tidak membenarkan anak saya dilantik sebagai PRS Sekolah

(Nama Sekolah) ……………………………………………………………………………………….

Yang benar,

…………………………………………………………….
(Nama : )
No. Telefon: ……………………………….

“Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera”


#jpnmelakabitara

You might also like