Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

A9 17 Jun 22

BOLA KERANJANG SUKAN PERPADUAN

Pada 10 Jun lalu, saya merasmikan pertandingan akhir Kejohanan Bola Keranjang
Piala Persatuan Bola Kerajang Malaysia (MABA)-MATRIX 2022 di Kompleks Sukan Balik
Pulau, Pulau Pinang. Negeri Sembilan muncul juara setelah mengalahkan Sabah.

Kompleks tersebut ialah dewan serbaguna. Bagi menyesuaikannya untuk kejohanan


kebangsaan, lantai bola keranjang dipasang di dalam dewan itu. Ia jenis interlocking yang
dibuat daripada plastik. Di Malaysia, gelanggang bola keranjang bertaraf antarabangsa
terdapat di Stadium MABA, Kuala Lumpur. Lantainya dibuat daripada kayu air thurst. Bagi
dunia bola keranjang, lantai terbaik, contohnya di NBA, dibuat daripada kayu maple.

Harga lantai bola keranjang tidak mahal. Dengan penyelenggaraan yang baik, ia tahan
lama.

Piala MABA-MATRIX ialah kejohanan bukan-Cina yang terpenting. Ia bertujuan


mengasah bakat pemain bukan-Cina, yang akhirnya diharap akan bermain dalam arus
perdana bola keranjang negara.

Bagi pasukan lelaki kebangsaan, bermula dengan Zabri Chik (1970-an), hampir setiap
pasukan mempunyai pemain bukan-Cina. Pasukan wanita kebangsaan yang memenangi
pingat emas Sukan SEA 2015 dan 2017 mempunyai dua orang pemain bukan-Cina, iaitu
Izzati (kapten) dan Kalai.

Pada 1974, Sekolah-sekolah Berasarama Penuh memulakan kejohanan Piala Hamdan


(lelaki) dan Piala Zainab (wanita). Bola keranjang turut diminati di Maktab-maktab Rendah
Sains MARA. Semakin ramai bukan-Cina bermain di sekolah-sekolah lain. Manakala
Universiti Teknologi MARA ialah antara pasukan universiti terhandal.

Kini, terdapat lebih setengah juta bukan-Cina yang bermain bola keranjang. Imej bola
keranjang sebagai ‘sukan Cina’ mula berkurang. Bagi meningkatkan perkembangannya,
Presiden MABA yang baru, Dato’ Seri Lee Tian Hock, telah menubuhkan Jawatankuasa
Pembangunan Bola Keranjang Bukan-Cina. Ia dipengerusikan Liew Yong Choon, pengurus
pasukan lelaki kebangsaan (pingat emas Sukan SEA 1989) dan jurulatih Kolej Melayu Kuala
Kangsar. Ia dianggotai jurulatih-jurulatih dan bekas-bekas pemain bukan-Cina yang komited.

Pencapaian pasukan-pasukan bola keranjang kebangsaan kita agak


memberangsangkan. Pasukan wanita lebih menyerlah. Dalam Sukan SEA, ia telah
memenangi pingat emas sebelas kali.

Peringkat Asia, pasukan lelaki kita di ranking 27, pasukan wanita 12, junior lelaki 13
dan junior wanita 8. Manakala peringkat dunia, pasukan lelaki 126, wanita 68, junior lelaki
68 dan junior wanita 48.

Selama ini, bola keranjang negara membangun, umumnya, secara berdikari.


Sekiranya memperolehi bantuan kewangan yang lebih besar daripada kerajaan, serta dengan
perancangan dan pelaksanaan pembangunan yang lebih sistematik, ia mampu melakukan
lompatan saujana.
Apa-apapun, bola keranjang telah berupaya menjadi sukan perpaduan.//

(Penulis ialah Pengasas Liga Bola Keranjang Wanita Malaysia dan bekas jurulatih)

You might also like