Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 12

MODUL PENDIDIKAN ISLAM

TAHUN 5
BIDANG IBADAH : SOLAT BERJEMAAH

Sasaran : Murid Tahun 5

Subjek : Pendidikan Islam (Bidang Ibadah)

Tajuk atau Tema : Solat Berjemaah

Nota Berkaitan : 1. PENGERTIAN SOLAT BERJEMAAH :


Tajuk / Tema Solat berjemaah bermaksud solat yang dilakukan lebih
daripada seorang, atau secara beramai-ramai, dengan
diketuai seorang imam. Ini berdasarkan Sabda Nabi SAW:
MODUL
"SolatPENDIDIKAN
berjemaah ISLAM
itu lebih afdhal (baik) daripada solat
BIDANG IBADAHdengan
bersendirian TAHUN275kali darjat" (Hadis Riwayat Bukhari
dan:Muslim)
TAJUK SOLAT BERJEMAAH
2. HUKUM SOLAT BERJEMAAH :
Solat secara berjemaah sangat dituntut dalam Islam.
i-DISEDIAKAN OLEH : Keatas orang lelaki disesuatu
Fardu Kifayah:
MOHD ZAKI BINbagi
tempat OMARsemua solat fardu kecuali solat
SK GASjumaat.
SANDAKAN
ii- Fardu A’in: Keatas setiap lelaki bagi solat Jumaat.
iii- Sunat: Bagi solat-solat sunat seperti Solat Hari
Raya.
3. NIAT Solat Fardhu sebagai Imam/Makmum
Lafaz-lafaz niat sembahyang fardhu adalah seperti berikut:
i- Niat solat subuh

‫ ِإَم اًم اِ ِهلل َتَع الَى‬/ ‫ُأَص ِّلى َفْر َض اْلُصْبِح َر ْك َع َتْيِن َأَداًء َم ْأُم ْو ًم ا‬
“Sahaja aku sembahyang fardhu subuh dua rakaat sebagai
(makmum/imam ) kerana Allah Taala.”
ii- Niat Solat Zuhur

‫ ِإَم اًم اِ ِهلل َتَع الَى‬/ ‫ُأَص ِّلى َفْر َض اْلُظْهِر َأْر َبَع َر ْك َع اٍت َأَداًء َم ْأُم ْو ًم ا‬
“Sahaja aku sembahyang fardhu zuhur empat rakaat sebagai
(makmum/imam)kerana Allah Taala,
Allahu akbar.”
iii- Niat Solat Asar
‫ ِإَم اًم اِ ِهلل َتَع الَى‬/ ‫ُأَص ِّلى َفْر َض اْلَع ْص ِر َأْر َبَع َر ْك َع اٍت َأَداًء َم ْأُم ْو ًم ا‬
“Sahaja aku sembahyang fardhu asar empar rakaat sebagai
(makmum/imam) kerana Allah Taala.”
iv- Niat solat Maghrib

‫ ِإَم اًم اِ ِهلل َتَع الَى‬/ ‫ُأَص ِّلى َفْر َض اْلَم ْغ ِر ِب َثَالَث َر ْك َع اٍت َأَداًء َم ْأُم ْو ًم ا‬
“Sahaja aku sembahyang fardhu maghrib tiga rakaat sebagai
(makmum/imam) kerana Allah taala,
Allah Akbar.”
v- Niat Solat Isya`

‫ ِإَم اًم اِ ِهلل َتَع الَى‬/ ‫ُأَص ِّلى َفْر َض اْلِع َش اِء َأْر َبَع َر ْك َع اٍت َأَداًء َم ْأُم ْو ًم ا‬
“Sahaja aku sembahyang fardhu isya` empat rakaat sebagai
(makmum/imam)kerana Allah taala

4. SYARAT-SYARAT SAH SOLAT BERJEMAAH. Syarat-syarat


sah solat berjemaah:
i- Berniat mengikut/menjadi imam.
ii- Mengetahui segala apa yang dikerjakan oleh imam.
iii- Tiada dinding yang menghalangi antara imam dan
makmum, kecuali bagi makmum perempuan di
masjid hendaklah dibataskan dengan kain.
iv- Tidak mendahului imam dalam takbir dan tidak
pula melambatkannya.
v- Tidak mendahului imam dalam rukun-rukun
sembahyang.
vi- Kedudukan imam ialah di hadapan makmum,
sekurang-kurangnya di takat tumit. Makmum tidak
boleh berada di hadapan atau sebaris dengan
imam.
vii- Solat makmum harus sama dengan solat imam,
misalnya sama-sama solat Zuhur, Jumaat, qasar,
jamak dan sebagainya.
viii- Makmum lelaki tidak mengikut imam perempuan.
i. KELEBIHAN SOLAT BERJEMAAH.
i- Mendapat pahala 27 kali ganda berbanding solat
bersendirian.
ii- Dapat mengukuhkan persaudaraan sesama umat
Islam.
iii- Membantu menambah khusyuk didalam solat.
iv- Hidup diberkati Allah S.W.T.
v- Berpeluang menambah Ilmu.
ii. PERBEZAAN ANTARA MAKMUM MUAFIQ DAN
MAKMUM MASBUQ
i- Makmum Muafiq : Makmum yang sempat
membaca surah Al-Fatihah bersama-sama imam
pada rakaat pertama.
ii- Makmum Masbuk: Makmum yang tidak sempat
membaca Al-Fatihah Bersama-sama imam pada
rakaat pertama dan tidak dikira rakaatnya.

Info Fekah :
i- Perempuan hanya boleh menjadi imam kepada
jemaah perempuan sahaja.
ii- Kanak-kanak yang sudah mumaiyiz boleh menjadi
imam solat.
Standard : Merumus konsep solat berjemaah dan mengamalkannya serta
Kandungan menghayatinya secara beradab dan istiqamah.

Standard : 4.2.1 Menyatakan maksud solat berjemaah


Pembelajaran
4.2.2 Menerangkan kelebihan dan kepentingan solat berjemaah

4.2.3 Menjelaskan syarat sah solat berjemaah

4.2.4 Menganalisis tatacara solat berjemaah

4.2.5 Mengamalkan solat berjemaah secara beradab dan


istiqomah

Objektif : Di akhir sesi pembelajaran murid dapat :


Pembelajaran

1. Menyatakan maksud solat berjemaah dengan betul.


2. Menyenaraikan kelebihan dan kepentingan solat
berjemaah dengan betul.
3. Menjelaskan syarat sah solat berjemaah dengan tepat.
4. Menganalisis tatacara berjemaah dengan melakarkan
lukisan kedudukan imam dan makmum dengan betul.
5. Membuat amali solat berjemaah secara rakaman video
secara beradab dan betul.

Tempoh : 1 minggu
pelaksanaan
Aktiviti 1 : 1 – 3 jam

Aktiviti 2 : 2 hari
Aktiviti 3 : 3 hari

Aktiviti : Aktiviti 1

Menjawab soalan-soalan yang diberikan di dalam modul ini.

Aktiviti 2

Menghasilkan gambar kedudukan imam dan makmum semasa


solat berjemaah.

Aktiviti 3

Menghasilkan video pembentangan untuk :

- Menerangkan tajuk solat berjemaah dengan lengkap


- Menunjuk cara dan kedudukan imam dan makmum
semasa solat berjemaah.

Pentaksiran : KAEDAH PENTAKSIRAN

1.Pentaksiran secara bertulis

Instrumen : Hasil kerja murid – latihan dan menghasilkan gambar


kedudukan imam dan makmum semasa solat berjemaah

2.Pentaksiran secara lisan

Instrumen : Video pembentangan

Panduan kerja : 1. Murid-murid boleh merujuk dan membaca Buku Teks


buat Pendidikan Islam tahun 5 muka surat 44 hingga 49
2. Murid perlu menyiapkan latihan yang diberikan
3. Rujuk cara menghasilkan gambar kedudukan imam dan
makmum pada buku teks pendidikan islam tahun 5 muka surat
45.
4. Hasilkan video pembentangan dengan bantuan ibu bapa dan
adik-beradik.
5. Dapatkan bantuan guru sekiranya tidak memahami tugasan
MODUL LATIHAN PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 5 BIDANG IBADAH
AKTIVITI 1 : SELESAIKAN SEMUA TUGASAN DAN LATIHAN BERIKUT

SET SOALAN OBJEKTIF

1. Solat berjemaah ertinya..........

A) Seorang diri B) beramai-ramai Dilakukan di masjid


B) beramai-ramai D) dilakukan di rumah

2. Pahala solat berjemaah adalah............


A) 10 kali ganda B) 17 kali ganda
B) 20 kali ganda D) 27 kali ganda

3. Imam ialah......
A) Orang yang mengikut imam B) orang yang mengetuai solat
B) Orang yang azan D) orang yang menjadi ketua negara

4. Lengkapkan. Sahaja aku solat fardhu Isya’.................. rakaat tunai imam


kerana Allah Taala.
A) 4 B) 3
B) 5 D) 2

5. Solat berjemaah boleh dilakukan sekurang-kurangnya 2 orang iaitu...........


A) Seorang menjadi imam dan seorang menjadi makmum
B) Kedua-dua menjadi imam
C) Kedua-dua menjadi makmum
D) Solat bersendirian

6. Apakah hukum solat berjemaah?


A) Fardhu Kifayah B) Harus
B) Wajib D) Sunat Muakkad

7. Hukum solat berjemaah menjadi fardhu kifayah ke atas:


A) Setiap lelaki disesuatu kawasan
B) Semua lelaki Islam termasuk kanak-kanak
C) Semua orang Islam termasuk wanita
D) Orang lelaki di sesuatu tempat
8. Berikut adalah kedudukan makmum dalam solat berjemah kecuali...
A) Dibelakang imam
B) Berbaris lurus dan rapat antara satu sama lain
C) Memenuhi barisan hadapan, jangan kosongkan saf
D) Dihadapan imam

9. Bolehkah seseorang perempuan menjadi imam?


A) Ya, untuk semua jemaah lelaki dan perempuan
B) Tidak, untuk jemaah perempuan sahaja
C) Ya, untuk jemaah perempuan sahaja.
D) Tidak, untuk jemaah kanak-kanak dan lelaki

10. Pilih susunan lafaz niat solat berjemaah yang betul


A) Sahaja aku solat fardhu Asar 4 rakaat tunai makmum kerana Allah taala
B) Aku solat kerana Allah Taala
C) 4 rakaat tunai kerana Allah Taala
D) Sahaja fardhu Asar kerana makmum

Soalan subjektif
1. Pengertian solat berjemaah ialah :

______________________________________________________________
______________________________________________________________
______________________________________________________________
______________________________________________________________

2. Hukum solat berjemaah ialah:

______________________________________________________________
______________________________________________________________
______________________________________________________________
______________________________________________________________
______________________________________________________________
_____________________________________________________________
3. Syarat sah solat berjemaah :

4. KELEBIHAN SOLAT BERJEMAAH.

_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
___________________________

5. PERBEZAAN ANTARA MAKMUM MUAFIQ DAN MAKMUM MASBUQ

Makmum Muafiq :

_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
__

Makmum Masbuk:

_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
__
AKTIVITI 2 : MENGHASILKAN GAMBAR KEDUDUKAN IMAN DAN MAKMUM
SEMASA SOLAT BERJEMAAH

Jom, hasilkan gambar kedudukan imam dan makmum yang semasa solat
berjemaah.

PANDUAN KERJA
1. Serlahkan kreativiti anda dengan menghasilkan gambar kedudukan imam dan
makmum yang semasa solat berjemaah:
i- Imam lelaki dengan seorang makmum lelaki
ii- Imam lelaki dengan beberapa orang makmum lelaki
iii- Imam lelaki dengan seorang makmum lelaki dewasa, dua orang
kanak-kanak lelaki, dan dua orang kanak-kanak perempuan.
iv- Imam lelaki dengan seorang makmum lelaki dewasa, dua orang
kanak-kanak lelaki, dua orang perempuan dewasa dan seorang kanak-
kanak perempuan.
v- Imam perempuan dengan seorang makmum perempuan.
vi- Imam perempuan dengan beberapa orang makmum perempuan.
2. Gambar boleh dilukis, ditekap atau digunting dari mana-mana sumber.
3. Hasilkan gambar yang lengkap dan sempurna.
AKTIVITI 3 : MENGHASILKAN VIDEO UNTUK MENERANGKAN TAJUK SOLAT
BERJEMAAH SECARA TERPERINCI.

Jom, tunjukkan bakat lakonan sebagi penceramah atau kebolehan menjadi


seorang daie cilik, imam muda. Persembahkan dengan gaya yang tersendiri kepada
rakan dan guru.

PANDUAN KERJA

1. Hasilkan video menggunakan telefon pintar.


2. Persembahkan ceramah seperti daie muda menerangkan tajuk solat
berjemaah secara lengkap :
1. Pengertian solat berjemaah
2. Hukum solat berjemaah
3. Kelebihan solat berjemaah
4. Syarat sah solat berjemaah
5. Bacaan niat solat berjemaah
i- Solat fardu Subuh
ii- Solat fardu Zuhur
iii- Solat fardu Asar
iv- Solat fardu Maghrib
v- Solat fardu Isyak
6. Perbezaan makmum Muafiq dan makmum Masbuq
7. Tunjukkan praktikal solat berjemaah yang lengkap.
3. Boleh minta bantuan ibu dan ayah serta adik-beradik untuk mencukupkan
bilangan jemaah untuk amali praktikal solat berjemaah.
4. Yakin dan berani semasa buat rakaman.
5. Hantarkan rakaman video kepada guru.
DISEDIAKAN OLEH :
MOHD ZAKI BIN OMAR
SK. GAS SANDAKAN

You might also like