Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 23

GGGE3403 FOTOGRAFI

BIOGRAFI TOKOH AKADEMIK


YBHG. PROF. DR. ZULKEFLY ABDUL KARIM

SESI :
2023/2024

PENSYARAH :
LEFT.KOL.PROF MADYA MOHD JASMY ABD RAHMAN

DISEDIAKAN OLEH :

BIL NAMA NO MATRIK

1. ASLINDA BINTI ISMAIL A204337

2. FATIHAH AISHAH BT SATA A203020

3. NOR AMALIA BINTI RAFIE A202239

4. ASVIND GUNASAGERAN A202877

5. IRMAYANTI BINTI MAHADI A204338


ISI KANDUNGAN

PRAKATA................................................................................................................................3
PENDAHULUAN.....................................................................................................................4
LATAR BELAKANG DIRI DAN KELUARGA.....................................................................6
LATAR BELAKANG PENDIDIKAN.....................................................................................7
PEMBINAAN KERJAYA........................................................................................................9
KEJAYAAN DAN SUMBANGAN.........................................................................................14
PERANCANGAN DAN HARAPAN.....................................................................................18
PENUTUP...............................................................................................................................19
RUJUKAN...............................................................................................................................19
LAMPIRAN.............................................................................................................................21

2
PRAKATA

Terlebih dahulu kami daripada Kumpulan 1 merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan


terima kasih atas peluang yang diberikan dalam melengkapkan tugasan Tokoh Akademik.
Sepanjang melaksanakan tugasan ini pelbagai ilmu, pengalaman dan kemahiran yang kami
perolehi.

Di kesempatan ini, kami juga ingin merekamkan ucapan terima kasih kepada Prof. Dr.
Zulkefly Abdul Karim kerana sudi meluangkan masa berkongsi ilmu dan pengalaman beliau.

(Semua ahli kumpulan berkumpul di bilik Dr. Zulkefly Abdul Karim)

3
1.0 PENDAHULUAN

Professor Dr. Zulkefly Abdul Karim

B. Econ. (Economics), 1996, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

M. Econ. (Economics), 1998, Universiti Putra Malaysia (UPM)

PhD (Economics), 2011, University of Southampton, U.

Kingdom

Tugasan ini berkaitan dengan biografi seorang tokoh akademi dan juga Timbalan Pengarah,
Pusat Idea- UKM dan Pensyarah Fakulti Ekonomi dan Pengurusan (FEP) di Universiti
Kebangsaan Malaysia iaitu Professor Dr. Zulkefly Abdul Karim. Beliau merupakan
Pensyarah di Pusat Pengajian Ekonomi, Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Universiti
Kebangsaan Malaysia dan Jawatan beliau sekarang adalah sebagai Profesor (sejak 21 Jun
2021): Gred VK7/JUSA C.

4
Biografi ini mengandungi 5 bab utama yang menceritakan tentang perihal tokoh akademik.
Bab pertama dalam biografi ini adalah berkaitan dengan latar belakang diri dan keluarga
tokoh akademik yang dipilih dan juga tentang kehidupan awal tokoh akademik berkenaan.
Melalui bab ini, kita kan mengetahui serta mendalalmi sedikit sebanyak latar belakang
berkaitan dengan asal usul, tempat lahir tokoh dan juga latar belakang keluarga beliau.

Seterusnya bab yang kedua bakal menceritakan tentang tahap Pendidikan beliau
bermula dari Pendidikan awal di sekolah rendah sehingga ke Menara gading. Namun begitu
beliau tidak menamatkan Pendidikan beliau dengan segulung ijazah Sahaja, bahkan beliau
bertekad untuk meneruskan penggajian beliau sehingga ke peringkat yang lebih tinggi iaitu
peringkat master dan seterusnya melanjutkan Pelajaran ke peringkat ijazah kedoktoran. Bab
ini turut menceritakan tentang anugerah dan jawatan yang pernah diterima oleh beliau semasa
berada di alam persekolahan lagi.

Bab ketiga biografi tokoh akademi ini akan menceritakan tentang kerjaya Professor
Dr. Zulkefly Abdul Karim setelah bergelar graduan universiti. Kita akan dapat melihat
kerjaya beliau yang hanya bermula dengan Tutor sehingga berjaya menjadi Professor Dr. dan
memegang jawatan Pengerusi Transformasi Sosial dan Ekonomi Kluster Penyelidikan

Bab keempat biografi akademi kini menceritakan tentang sumbangan dan kejayaan
Professor Dr. Zulkefly Abdul Karim sepanjang beliau berkhidmat. Selain itu, bab ini juga
menerangkan tentang sumbangan beliau yang bukan Sahaja disematkan di peringkat
kebangsaan malahan ada juga sumbangan diperingkat luar negara.Terdapat banyak
sumbangan beliau yang bakal dikupas dalam bab ini yang boleh menarik minat para pembaca
kerana beliau sememangnya wajar dijadikan role model bukan sahaja kepada barisan pelajar
dalam bidang Ekonomi dan Pengurusan.

Bab kelima biografi tokoh akademik ini akan menceritakan berkaitan perancangan
dan harapan Professor Dr. Zulkefly Abdul Karim pada masa akan datang dimana beliau ingin
menggunakan kepakaran beliau dengan membuat penyelidikan yang memberi berimpak
kepada negara dan membuat penyelidikan bagaimana untuk membantu komuniti yang
terkesan dari segi ekonomi iaitu kos sara hidup yang semakin meningkat

5
2.0 LATAR BELAKANG DIRI DAN KELUARGA

Prof. Dr. Zulkefly Abdul Karim dilahirkan pada 5 November 1972. Anak kelahiran Perak ini
merupakan anak keenam daripada sembilan orang adik beradik. Tiga orang adik beradik
beliau yang lain juga kini dalam bidang pendidikan di Universiti Malaysia Perlis, Universiti
Malaysia Sabah dan Universiti Malaysia Sarawak.

Berpegang kepada prinsip hidup iaitu tidak berputus asa dan sentiasa melakukakan sesuatu
dengan sebaik mungkin, Prof. Dr. Zulkefly Abdul Karim mempunyai jiwa yang mendalam
sebagai seorang pendidik. Sejak dari awal beliau bercita-cita untuk menjadi seorang Guru
Ekonomi. Beliau menjadikan sukan table tennis sebagai hobi di waktu lapang. Selain itu,
beliau juga gemar aktiviti lasak iaitu mendaki.

(Gambar Prof. Dr. Zulkefly Abdul Karim dalam pertandingan badminton)

Prof. Dr. Zulkefly Abdul Karim menamatkan zaman bujangnya pada 6 November 1998
dengan gadis pilihannya yang juga berasal dari Perak dan juga menuntut di Sekolah
Menengah Kebangsaan Iskandariah Shah serta kemudiannya sama-sama menuntut di
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Prof. Dr. Zulkefly Abdul Karim dan isteri
dikurniakan empat orang cahayamata iaitu dua orang lelaki dan dua orang perempuan.

6
(Prof. Dr. Zulkefly Abdul Karim dan isterinya)

3.0 LATAR BELAKANG PENDIDIKAN

Beliau telah mendapat Pendidikan awal pada tahun 1979-1984 di Sekolah Rendah
Kebangsaan Blanja Kiri, Parit, Perak. Pada Tahun 1985-1987, beliau mengambil Sijil Rendah
Pelajaran (SRP) di Sekolah Menengah Sultan Muhammad Shah, Parit, Perak. Pada Tahun
1988-1989, beliau mengambil Sijil Pelajaran (SPM) di Sekolah Menengah Sultan Iskandar
Shah, Parit, Perak. Pada 1990-1992, Beliau mengambil Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia di
Sekolah Menengah Sultan Iskandar Shah, Parit, Perak dengan keputusan yang cemerlang di
peringkat Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia,

7
Beliau menyambung pelajarannya ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Ekonomi pada tahun
1992 – 1996 di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Sepanjang tempoh pengajian nya di
peringkat Ijazah sarjana muda, Beliau telah menerima pengiktirafan sebagai Pelajar Terbaik
Anugerah PERNAS selama 4 tahun berturut-turut. Beliau juga sangat aktif di dalam
Persatuan dan memegang pelbagai jawatan diantaranya Pengarah Projek Expo Negeri Perak,
Pengarah bagi seminar Permaduri, Ahli jawatankuasa Expo Negeri Perak dan banyak lagi.

Penggajiannya tidak berhenti disitu, beliau turut diberikan tajaan biasiswa daripada Universiti
Kebangsaan Malaysia (UKM) bagi melanjutkan Pelajaran ke peringkat Sarjana dalam
Ekonomi pada tahun 1997-1998 di Universiti Putra Malaysia. Perjalanan beliau dalam
menuntut ilmu tidak terhenti di peringkat sarjana sahaja. Beliau sentiasa mempunyai tekad
yang sangat tinggi untuk memperoleh ilmu dimana, beliau turut menyambungkan
pelajarannya di peringkat Doktor Falsafah (Ekonomi) pada tahun 2007-2011, di University
of Southampton, United Kingdom dengan mendapat biasiswa penuh dari Universiti
Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

(Kenangan bersama arwah ibunda semasa di peringkat Ijazah Sarjana Muda Universiti
Kebangsaan Malaysia)

8
Peringkat Tahap Pendidikan Professor Dr. Zulkefly Abdul Karim

4.0 PEMBINAAN KERJAYA

Ybhg. Prof. Dr. Zulkefly Abdul Karim seorang yang sangat menghormati dan suka
berkongsi ilmu yang diperolehi dengan pelajarnya. Pembinaan kerjaya Prof. Dr. Zulkefly
Abdul Karim sangat menarik dan penuh dengan pelbagai ilmu pengetahuan. Beliau berasal
daripada di sebuah kampung di Parit, Perak, dan telah mencapai tahap kejayaan akademik
yang lebih tinggi melalui kerja kerasnya. Perjalanan itu tidak mudah, tetapi kisah hidupnya
menunjukkan bahawa tiada apa-apa yang mustahil jika seseorang mempunyai keinginan yang
kuat untuk mencapai matlamat mereka.

(Profil Prof. Dr. Zulkefly Abdul Karim di dalam laman web UKM)

9
Perjalanan ini bermula ketika beliau berada dalam tempoh SPM, dimana beliau berfikir untuk
menjadi guru sejarah kerana cintanya kepada subjek sejarah. Beliau biasa membaca topik
sejarah hanya kerana minat beliau. Walau bagaimanapun, pemikiran ini berubah selepas
mengambil subjek ekonomi kali pertama apabila beliau memasuki tingkatan 6 untuk
mengambil sijil STPM. Minat beliau berubah daripada subjek sejarah kepada subjek
ekonomi, dan beliau juga bermula belajar sebanyak yang mungkin. Oleh itu, beliau
bercita-cita untuk menjadi guru ekonomi kerana beliau teruja dengan konsep mengajar subjek
ekonomi. Menurut beliau, salah satu sebab beliau memilih kerjaya pengajaran ialah kerana
beliau berasal dari sebuah kampung, seperti yang disebutkan sebelum ini, dan mempunyai
pendedahan terhad kepada pilihan kerjaya lain, jadi menjadi seorang guru adalah pilihan
yang jelas pada masa itu. Sejak itu, beliau telah menentukan jalan kerjaya beliau. Apabila
beliau meminta bimbingan daripada guru beliau, guru beliau menyarankan beliau untuk
belajar lebih lanjut di sebuah universiti sains untuk menjadi guru ekonomi. Walau
bagaimanapun, ia bukan suatu perjalanan yang senang untuk mencapai impian beliau.

Beliau biasanya memberitahu anak-anaknya tentang kisah beliau dimana beliau


bersungguh-sungguhnya mencari dan mendapatkan pekerjaan pertama beliau selepas
menamatkan SPM. Beliau berasal daripada keluarga yang tidak begitu kaya dan beliau ingin
membantu mereka dan dirinya dari segi masalah kewangan. Beliau bekerja di sebuah kilang
berhampiran kampungnya. Ianya adalah kerja yang sangat fizikal dan memerlukan kekuatan
otot beliau dari pagi hingga shif beliau yang berakhir pada petang. Pada masa itu, beliau
berpendapat bahawa ia adalah kerja keras tetapi gajinya yang kecil. Walau bagaimanapun,
beliau mengambil ia sebagai motivasi untuk belajar lebih lanjut untuk mendapatkan
kedudukan yang lebih baik dalam kerjaya beliau. Beliau bekerja di sana sehingga beliau
mendapat keputusan SPM beliau, di mana beliau meninggalkan pekerjaannya untuk
mendapatkan sijil STPM. Selepas STPM pula, beliau dan rakan-rakan beliau bekerja bersama
di bawah suatu syarikat broker saham. Pengalaman ini melatih beliau dan memberinya
keyakinan untuk tidak lagi bergantung kepada ibu bapanya dan untuk menjaga dirinya
sendiri. Akhirnya, mereka semua menyewa sebuah rumah dan tinggal bersama. Semasa
berada di sana, beliau terpaksa melakukan segala-galanya sendiri, dari membersihkan rumah
hingga mencuci pakaian, dan memasak.

Selepas beberapa bulan, keputusan STPM beliau dikeluarkan, dan beliau meninggalkan
pekerjaan beliau dan memohon untuk menjadi guru sandaran di sekolahnya. Sekolah
beliau
10
menerima permohonan beliau, dan beliau ditugaskan untuk mengajar subjek mudah dan asas
yang bukan sebahagian daripada peperiksaan pelajar. Subjek-subjek ini termasuk alam dan
manusia dan sukan, dan beliau juga terpaksa menjadi guru ganti dari masa ke semasa. Beliau
mendapat banyak pengalaman, kerana ini adalah kali pertama beliau mengajar di dalam bilik
darjah dan mempunyai tugas-tugas seorang guru. Dari situ, beliau meninggalkan jawatan
guru dan meneruskan perjalanan akademik sekali lagi di UKM. Selepas mendapat ijazah
sarjana muda beliau, beliau menentukan bahawa laluan kerjaya beliau akan sentiasa berada
dalam bidang akademik dan bukannya bidang non-akademik.

(Tesis-tesis pelajar Prof. Dr. Zulkefly Abdul Karim)

Selepas mendapat ijazah sarjana muda kelas pertama beliau pada tahun 1996, beliau bekerja
sebagai tutor untuk pelajar-pelajar yang masih membuat ijazahnya di Fakulti Ekonomi,
UKM. Kemudian pada tahun 1998, beliau menyelesaikan ijazah sarjana di UPM dan menjadi
pensyarah ekonomi di Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, UKM. Selama beberapa tahun,
beliau mengekalkan jawatan itu sehingga 2006, apabila beliau dinaikkan pangkat sebagai

11
Pensyarah Kanan. Akhirnya, pada tahun 2007, beliau mendapat peluang untuk sambung
pengajian PhD dan dapat meneruskan perjalanan akademiknya itu di University of
Southampton, United Kingdom.

Apabila belajar di UK, beliau juga mempunyai peluang untuk bekerja sambilan sebagai guru
pembantu untuk pelajar sarjana muda dengan gaji yang baik. Pada masa itu, beliau
menguruskan masa untuk pengajian dan kerja sambilan beliau. Beliau menguruskan sesi
tutorial pelajar-pelajar tersebut dimana beliau mengajar mereka subjek ekonomi. Pengalaman
beliau dari zaman beliau sebagai guru dan pensyarah membantu beliau dengan baik dalam
menangani tugas ini. Beliau mempunyai 10 kelas seminggu untuk mengajar. Pendapatan juga
agak baik, dengan jam pertama diberi 60 pound sterling, jam kedua berikut ialah 30 pound
sterling dan yang seterusnya ialah 15 pound sterling. Jadi setiap bulan, beliau mendapat
kira-kira 1800 pound sterling, yang beliau gunakan untuk keperluan harian beliau. Beliau
mengekalkan jawatan ini sehingga beliau menyelesaikan PhD beliau.

(Buku-buku yang diterbitkan oleh Prof. Dr. Zulkefly Abdul Karim)

Pada tahun 2011, beliau berjaya menyelesaikan tesis PhD dan kembali ke Malaysia.
Kemudian beliau memohon untuk pangkat Profesor Madya di UKM dan beliau berjaya
mendapat gelaran sebagai Prof. Madya Dr. Zulkefly Abdul Karim pada tahun 2012. Beliau
bekerja dengan tekun selama 10 tahun, memenuhi kriteria-kriteria tertentu yang ditetapkan
oleh universiti, dan secara rasmi dinaikkan pangkat sebagai Profesor Ekonomi di UKM pada
tahun 2021. Pada masa ini, beliau seolah-olah berpuas hati dengan perjalanan yang telah

12
beliau ambil untuk mencapai matlamat beliau sekarang sebagai seorang profesor di UKM.
Sepanjang kerjaya akademik beliau, beliau membantu terlalu banyak pelajar dalam akademik
mereka, dan sesetengah daripada mereka telah mendapat kedudukan yang tinggi dalam
kerjaya masing-masing berkat bimbingan beliau sebagai mentor. Pangkat profesor adalah
salah satu kedudukan tertinggi dalam hierarki akademik, dan beliau terpaksa melalui banyak
perjuangan kerana keperluan dan kriteria yang ketat yang dikenakan untuk menjadi seorang
profesor. Walau bagaimanapun, tekad dan kerja kerasnya membolehkan beliau mencapai
status ini.

(Gambar Prof. Dr. Zulkefly Abdul Karim di Kilim Geoforest Park)

Prof. Dr. Zulkefly Abdul Karim ialah seseorang yang sentiasa mempunyai visi dan
mempunyai tekad dan keinginan yang kuat untuk mencapai cita-cita beliau. Beliau adalah
seseorang yang tidak pernah menyerah, tidak kira betapa sukar atau panjang perjalanan itu,
dan pengajaran ini harus diambil sebagai suatu contoh oleh semua pelajar. Beliau berkata
bahawa satu-satunya yang akan kekal dengan kita selepas kehidupan ini ialah ilmu yang
diperolehi, dan beliau berkata bahawa beliau ingin berkongsi ilmu itu dengan pelajar-pelajar
yang akan datang yang akan mendapat manfaat daripadanya untuk mempelajari lebih lanjut
atau untuk laluan kerjaya mereka sendiri. "Allah telah memberi kita masa dan kuasa untuk

13
mencapai apa-apa dalam hidup kita ini, selagi kita menguruskan masa kita dengan baik,
kerana ia merupakan elemen yang paling penting untuk kejayaan.", ujar beliau.

5.0 KEJAYAAN DAN SUMBANGAN

Banyak kejayaan dan sumbangan telah diberi sepanjang hidup beliau. Antara pencapaian
beliau semasa di UKM ialah Anugrah Perkhidmatan Cemerlang pada tahun 2004, 2012,
2015, 2017 dan 2019.

(Universiti Kebangsaan Malaysia ialah tempat beliau berkhidmat dan memberi banyak
sumbangan)

Pada tahun 2017, beliau telah dianugerahkan Anugerah Perkhidmatan 20 tahun oleh
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sebagai pengiktirafan terhadap sumbangan dan
dedikasi beliau selama dua dekad dalam bidang pendidikan dan penyelidikan. Pada tahun
yang sama, beliau juga pernah menerima Anugerah Guru Cemerlang 2017 daripada Fakulti
Ekonomi dan Pengurusan (FEP), UKM sebagai pengiktirafan atas kecemerlangan beliau
dalam pengajaran dan pembelajaran di fakuliti tersebut. Pada tahun 2019, beliau
dianugerahkan Anugerah Jurnal CRÈME oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) atas
sumbangan cemerlang dalam penulisan dan penerbitan jurnal yang berprestij dan diiktiraf di
peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Pada tahun 2019, tokoh ini sekali lagi diiktiraf
dengan Anugerah Penyelia Cemerlang daripada FEP, UKM sebagai penghargaan atas

14
sumbangan luar biasa dalam membimbing dan mengarahkan penyelidikan pelajar-pelajar di
fakulti. Selain itu, beliau juga berjaya membimbing siswazah PhD sehingga menamatkan
pengajian dalam tempoh yang ditetapkan, yang melayakkan beliau menerima Anugerah
Siswazah PhD on Time sebagai tanda pengiktirafan terhadap kebolehan beliau dalam
penyeliaan akademik. Beliau juga menerima Anugerah Insentif Penerbitan 2020 daripada
UKM sebagai tanda penghargaan atas penerbitan kajian-kajian berkualiti tinggi yang dapat
memberi impak besar kepada bidang ilmu yang diceburi.

Beliau telah banyak menghasilkan banyak kertas kerja yang baik dan telah dianugerahkan
Anugerah Kertas Terbaik sebagai pengiktirafan terhadap kualiti dan impak kajian yang
dibentangkan dalam persidangan atau jurnal akademik. Dr. Zulkefly Abdul Karim adalah
seorang akademik terkemuka dalam bidang ekonomi dan kewangan yang telah menyumbang
secara signifikan melalui penerbitan buku-buku penting. Antara karyanya termasuk buku
"Dasar Fiskal dan Kesan Asakan Keluar Terhadap Perbelanjaan Swasta" yang ditulis
bersama Iszan Hana Kaharudin pada tahun 2019 dan diterbitkan oleh UKM Press, buku ini
membincangkan impak dasar fiskal terhadap perbelanjaan swasta di Malaysia.

(Buku Dasar Fiskal dan Kesan Asakan Keluar Terhadap Perbelanjaan Swasta yang ditulis
oleh Dr. Zulkefly Abdul Karim)

15
Beliau juga bersama Wan Farissan Wan Ngah dan Norlin Khalid menulis "Fiscal Policy in
the Emerging Market Economies," yang telah diterbitkan oleh UKM Press pada tahun 2020,
memberikan analisis mendalam tentang dasar fiskal di negara-negara pasaran baru muncul.
Tambahan pula, Dr. Zulkefly berperanan sebagai penyunting bersama dalam buku
"Contemporary Issues in Finance, Investment and Banking in Malaysia," yang akan
diterbitkan oleh Springer pada tahun 2024, buku ini mengumpulkan kajian-kajian terbaru
mengenai isu kewangan dan perbankan di Malaysia. Buku-buku ini menunjukkan komitmen
beliau dalam memperkaya literatur ekonomi dan memberikan panduan berharga bagi
penyelidik, penggubal dasar, dan pengamal industri.

Bukan itu sahaja, Dr. Zulkefly Abdul Karim merupakan seorang akademik dan penceramah
yang aktif terlibat dalam pelbagai persidangan, bengkel, dan ceramah jemputan di peringkat
nasional dan antarabangsa. Pada tahun 2020, beliau berperanan sebagai penceramah dalam
“Workshop in Writing of Article and Quantitative Technique for MoF Officers” yang
dianjurkan oleh Jabatan Fiskal dan Ekonomi, Kementerian Kewangan Malaysia, di mana
beliau berkongsi teknik penulisan artikel dan teknik kuantitatif. Beliau juga dijemput sebagai
panel penceramah dalam “Workshop in Writing of Academic Article – From Thesis to
Publication” di Universitas Trunojoyo, Madura, Indonesia, untuk membimbing peserta dalam
menulis artikel akademik daripada tesis pada tahun 2020. Selain itu, Dr. Zulkefly turut
menjadi panel penceramah dalam “International Conference on Environment and Sustainable
Development” di Universias Sebelas Maret, Surakarta, Indonesia, di mana beliau
menyampaikan pandangan mengenai pembangunan lestari.

Pada tahun 2019 dan 2020, beliau juga turut terlibat sebagai penceramah dan jurulatih dalam
beberapa bengkel mengenai ekonomi kesihatan, seperti “Econometrics in Healthcare:
Applied Time Series Panel Data” yang diadakan di Institut Kesihatan Kebangsaan,
Kementerian Kesihatan Malaysia. Dalam bengkel tersebut, Dr. Zulkefly memberikan latihan
mengenai penggunaan data panel dan siri masa dalam konteks ekonometrik kesihatan. Selain
itu,, beliau dijemput sebagai penceramah dalam “Paper Coaching Clinic How to Conduct
Good Research?” sebagai Profesor Pelawat di FPEB UPI, Bandung, Indonesia, di mana
beliau memberikan panduan tentang penyelidikan berkualiti. Di Universiti Islam Indonesia
(UII), Jogjakarta, Dr. Zulkefly membimbing peserta bengkel penulisan akademik melalui dua
sesi berturut-turut tentang penulisan kertas kerja yang dapat diterbitkan dalam jurnal

16
antarabangsa yang bereputasi dan bagaimana menghasilkan metodologi serta analisis yang
baik.

Di samping itu, Dr. Zulkefly juga berkongsi pengalamannya dalam pengurusan jurnal indeks
Scopus melalui ceramah “Scopus Indexed Journal: Effective Journal Management” di UPI,
Bandung, Indonesia, dan di Universiti Multimedia Malaysia (MMU), Melaka, dengan
memberikan pandangan dari pengalamannya menguruskan Jurnal Ekonomi Malaysia dan
Jurnal Pengurusan (JP). Pelbagai aktiviti ini mencerminkan komitmen Dr. Zulkefly dalam
menyumbang kepada pembangunan ilmu pengetahuan dan penyelidikan melalui perkongsian
ilmu dan pengalaman di pelbagai platform.

(Dr. Zulkefly Abdul Karim sebagai penceramah di Universitas Sebelas Maret, Surakarta,
Indonesia)

17
6.0 PERANCANGAN DAN HARAPAN

Perancangan Prof pada masa akan datang adalah menggunakan kepakaran dengan membuat
penyelidikan yang berimpak kepada negara dan membuat penyelidikan untuk membantu
komuniti yang terkesan dari segi ekonomi iaitu kos sara hidup yang semakin meningkat.
Beliau juga ingin meningkat kursus – kursus pembelajaran dimana pelajar – pelajar
Universiti Kebangsaan Malaysia laris di pasaran. Beliau juga berharap dengan adanya
peningkatan kursus – kursus ini, graduan – graduan Universiti Kebangsaan Malaysia boleh
bersaing dan bekerja dalam bidang yang dipelajari serta mendapat gaji yang bersesuaian.

Prof juga ingin menjadi seorang motivator kepada pensyarah – pensyarah muda. Beliau
berharap agar pensyarah – pensyarah muda dapat menamatkan pembelajaran mereka
kepada Doktor Falsafah (Phd). Hal ini kerana, beliau berharap pensyarah - pensyarah muda
boleh menjadi matang dan mencapai kedudukan yang tinggi pada usia yang muda serta
mereka dapat memberikan sumbagan kepada generasi akan datang.

Akhir sekali, beliau telah memberi beberapa pesanan kepada para pelajar bahawa beliau
berharap agar mereka dapat mengoptimumkan masa di universiti dengan melakukan pelbagai
aktiviti riadah yang telah ataupun yang akan dianjurkan oleh pihak universiti serta pihak
fakulti agar mereka dapat membuktikan bahawa mereka mampu menjadi seorang yang aktif
tetapi pada masa yang sama mereka mampu mengekalkan prestasi akademik
mereka.Tambahan pula, dengan menyertai aktiviti luar ia mampu membantu mereka untuk
meningkatkan keyakinan dan menambahkan pengalaman mereka semasa belajar. Hal ini
akan membantu pelajar semasa berada di alam pekerjaan nanti.

Beliau berkata para pelajar perlu mengetahui kehendak pasaran. Bukan setakat sijil sahaja,
Pelajar juga perlu mempunyai kemahiran tertentu supaya mereka mudah untuk masuk
pasaran pekerjaan. Contoh, pelajar perniagaan dan pengurusan yang mempunyai kemahiran
data analitik akan mudah diterima kerja daripada pelajar tidak mempunyai kemahiran
tersebut. Oleh itu, Sebagai seorang pelajar, beliau mengalakkan para pelajar mempelajari
kemahiran dan membuat kolaborasi dengan agensi tertentu untuk perkongsian skop kerja
daripada bidang perniagaan dan pengurusan.

18
7.0 PENUTUP

Secara ringkasnya, kami dapat simpulkan bahawa Prof. Dr. Zulkefly Abdul Karim
merupakan seorang yang sangat tekun akan setiap pekerjaannya bukan setakat itu, beliau juga
seorang yang bersifat baik hati, rendah diri dan pandai menguruskan masa. Kesemua aspek
ini memberi dorongan kepada mahasiswa dan mahasiswi untuk mencapai impian mereka.

Hasil temuduga ini juga mendapati bahawa Prof. Dr. Zulkefly Abdul Karim menunjukkan
komitmen yang menyerlah dalam bidang kepakaran beliau. Beliau juga sangat komited
terhadap kerjaya beliau. Selain itu, sifat kepimpinan beliau amat dikagumi. Kami berharap
agar Prof. Dr. Zulkefly Abdul Karim akan terus mendidik dan menjadi inspirasi kepada
pelajar-pelajar beliau pada masa yang akan datang. Kami juga menyimpan hasrat untuk
mengikut jejak langkah beliau pada suatu hari nanti.

8.0 RUJUKAN

Zulkefly Abdul Karim (speaker). 2020. Workshop in Writing of Article and Quantitative
Technique for MoF Officers. Organized by the Fiscal and Economics Department (FED),
Ministry of Finance (MoF), Malaysia, 27/02/2020. [Notes in Powerpoint, 1-50 slides].

Zulkefly Abdul Karim (Invited Panel Speaker). 2020. Workshop in Writing of Academic
Article – From Thesis to Publication. Organized by Universitas Trunojoyo, Madura,
Indonesia. 23/09/2020. [Notes in Powerpoint, 1-30 slides]

Zulkefly Abdul Karim (Invited Panel Speaker).2020. International Conference on


Environment and Sustainable Development. Universitas Sebelas Maret (UNS), Surakarta,
Indonesia, 20/10/2020. [Notes in Powerpoint, 1-30 slides]

Zulkefly Abdul Karim (speaker and trainer). 2020. Econometrics in healthcare: applied time
series panel data - at National Institute of Health, Ministry of Health Malaysia. [Teaching
Package - Notes in Powerpoint, 1-50 slides].

Zulkefly Abdul Karim (speaker and trainer). 2019. Econometrics in healthcare: applied time
series panel data- at National Institute of Health, Ministry of Health Malaysia. [Teaching
Package - Notes in Powerpoint, 1-31 slides].

19
Zulkefly Abdul Karim (invited speaker). 2019. Paper coaching clinic how to conduct good
research? Visiting Professor at FPEB UPI, Bandung Indonesia [Teaching Package - Notes in
Powerpoint, 1-81 slides].

Zulkefly Abdul Karim (invited speaker). 2019. Part 1: Workshop on academic writing for
papers publishable in reputable international journal, FE UII, Jogjakarta, Indonesia (How to
conduct a good research). [Teaching Package - Notes in Powerpoint, 1-85 slides].
Zulkefly Abdul Karim (invited speaker). 2019. Part 2: Workshop on academic writing for
papers publishable in reputable international journal, FE UII, Jogjakarta, Indonesia how to
make a good methodology and analysis? [Teaching Package - Notes in Powerpoint, 1-49
slides].

Zulkefly Abdul Karim (speaker). 2019. Scopus indexed journal: effective journal
management (experiences from Jurnal Ekonomi Malaysia & Jurnal Pengurusan (JP) -
Visiting Professor at UPI, Bandung Indonesia [Teaching Package - Notes in Powerpoint, 1-
37 slides].

Zulkefly Abdul Karim (speaker and trainer). 2019. Scopus indexed journal: experiences from
Jurnal Ekonomi Malaysia (JEM) at Multimedia University of Melaka (MMU) [Teaching
Package - Notes in Powerpoint, 1-40 slides].

Iszan Hana Kaharudin, Zulkefly Abdul Karim. 2019. Dasar Fiskal dan Kesan Asakan
Keluar Terhadap Perbelanjaan Swasta (Book in Malay Language). UKM Press (Penerbit
UKM).

Wan Farissan Wan Ngah, Zulkefly Abdul Karim, Norlin Khalid. 2020. Fiscal Policy in the
Emerging Market Economies. UKM Press (Penerbit UKM) [Forthcoming].

Zulkefly Abdul Karim Ruzita Abdul Rahim Wai Yan Wong Siti Farah Dilla Zakaria (Editors).
2024.Contemporary Issues in Finance, Investment and Banking in Malaysia, Springer.

20
9.0 LAMPIRAN

(Pintu masuk bilik Prof, Dr. Zulkefly Abdul Karim)

(Semua ahli kumpulan berkumpul di bilik Dr. Zulkefly Abdul Karim)

21
(Dr. Zulkefly Abdul Karim menceritakan pengalaman beliau kepada salah seorang ahli
kumpulan)

(Antara sijil yang terdapat pada bilik Dr. Zulkefly Abdul Karim)

22
(Pingat-pingat yang terdapat di bilik Dr. Zulkefly Abdul Karim)

23

You might also like