Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

BANDINGKAN CIRI-CIRI MASYARAKAT FEUDALDI ENGLAND DAN

JEPUN PADA ABAD KE -16 MASIHI DAN 17 MASIHI

( jika soalan bandingkan, buat perbandingan terus antara 2 negara dalam satu Perenggan)

Pendahuluan
• Masyarakat Feudal merupakan masyarakat berhierarki yang mempunyai susun lapis
tersendiri. Dalam masyarakat feudal, kedudukan, kuasa dan status setiap lapisan
ditentukan melalui penguasaan terhadap tanah.
• Masyarakat feudal muncul di England pada zaman pertengahan manakala
masyarakat feudal di Jepun muncul pada zaman Kamakura. Masyarakat feudal yang
muncul di England dan Jepun mempunyai persamaan dan perbezaan.

Isi-isi penting

Isi 1: Kewajipan Peribadi

England
• Dalam masyarakat feudal wujud hubungan peribadi antara Lord (tuan tanah) dan
Vassal (penyewa tanah).
• Kedua-dua pihak saling bertanggungjawab antara satu sama lain demi kepentingan
bersama.
• Dalam konteks ini, golongan tuan tanah memberi perlindungan manakala golongan
penyewa tanah menawarkan perkhidmatan tentera.
• Menjelang abad ke-16 Masihi dan 17 Masihi, kedudukan raja di England menjadi
semakin kukuh. Perkembangan ini menyebabkan raja tidak bergantung kepada
golongan bangsawan bagi mendapatkan bantuan ketenteraan.

Jepun
• Dalam masyarakat feudal, wujud hubungan peribadi antara Shogun dan Daimyo.
• Shogun menyerahkan tanah kepada golongan Daimyo yang setia kepadanya.
Sebagai
balasan Daimyo akan membantu Shogun dalam pentadbiran dan ketenteraan. Dalam
hal ini, kedua-dua pihak saling bertanggungjawab kepada kepentingan bersama.
Golongan Shogun memberi perlindungan manakala Daimyo menawarkan
perkhidmatan dalam pentadbiran dan ketenteraan.

Isi 2 : Mobiliti Sosial

England
• Dalam masyarakat feudal pada zaman pertengahan, setiap lapisan masyarakat
mempunyai kedudukan ekonomi dan politik yang berlainan.
• Dalam masyarakat feudal, perubahan dan kedudukan sosial, politik dan ekonomi
menyebabkan berlakunya mobiliti sosial dalam masyarakat.
• Rakyat biasa dibenarkan menyandang jawatan-jawatan penting dalam kerajaan
yangdimonopoli oleh golongan bangsawan.

Jepun
• Masyarakat feudal di Jepun terdiri daripada beberapa lapisan masyarakat yang
mempunyai kedudukan sosial, ekonomi dan politik yang berlainan.
• Kedudukan dan status masyarakat feudal ditentukan berdasarkan keturunan dan
kelas.
• Dalam masyarakat feudal Jepun, perubahan status dan mobiliti sosial jarang berlaku.

Isi 3 : Perkongsian Kuasa

England
• Menjelang abad ke- 6 Masihi dan 17 Masihi, berlaku perubahan dalam kedudukan
dan kuasa raja sebagai pemerintah mutlak di England.
• Perselisihan antara raja dan parlimen bagi mengukuhkan kedudukan dan kuasa
bermula semasa pemerintahan Dinasti Stuarts
• Menjelang pemerintahan Raja Charles 1,kuasa mutlak yang dimiliki oleh raja
berakhir apabila Pengisytiharan Hak ditandatangani.
• Perkembangan ini menyebabkan raja perlu mendapat persetujuan daripada parlimen
dalam menjalankan pemerintahan.
• Perkembangan ini menyebabkan wujud perkongsian kuasa melibatkan raja dengan
parlimen.
Jepun
• Dalam sistem feudal, di Jepun tiada perkongsian kuasa antara pemerintah dengan
badan perwakilan.
• Shogun mempunyai kuasa mutlak dalam menjalankan pemerintahan dan pentadbiran
negara.
• Shogun mengambil langkah-langkah unutk mengukuhkan kedudukan pengaruhnya.
• Undang-undang dan peraturan diperkenalkan bagi mengurangkan pengaruh
maharaja dan golongan Daimyo.

Isi 4 : Pemilikan Tanah


England
• Pada zaman pertengahan masyarakat feudal di England bergantung kepada tanah
untuk menjalankan kegiatan ekonomi.
• Golongan pemerintah memberikan anugerah tanah kepada golongan bangsawan
• Sebagai balasan, golongan bangsawan menyediakan bantuan tentera kepada
pemerintah.
• Menjelang abad ke-16 Masihi dan 17 Masihi, perubahan dalam sistem ekonomi
menyebabkan masyarakat tidak bergantung kepada tanah.
• Masyarakat pada zaman ini melibatkan diri dalam kegiatan ekonomi pertanian
komersial dan perindustrian

Jepun
• Pada zaman Keshogunan Tokugawa, wilayah ditadbir oleh Vassal yang setia
kepada Shogun. Shogun mengurniakan tanah kepada golongan tuan tanah yang setia
kepadanya. Tuan tanah yang setia akan mengawasi gerak-geri Daimyo yang diragui
kesetiaannya.
• Shogun bertindak merampas tanah daripada Daimyo yang menentang
pemerintahannya.
• Tanah yang dirampas akan diserahkan kepada Daimyo yang setia kepadanya.
• Shogun melantik pegawai-pegawai untuk mentadbir dan menguruskan tanah
miliknya.
Kesimpulan
• Pada umumnya terdapat persamaan dalam sistem feudal yang diamalkan di England
dan Jepun. Antara persamaan yang ketara adalah dalam aspek pemilikan tanah,
mobiliti sosial dan kewajipan peribadi.
• Dari segi perbezaan jelas ketara masyarakat feudal Jepun tidak mengamalkan
perkongsian kuasa seperti yang terdapat dalam masyarakat feudal di England.
• Menjelang abad ke-16 Masihi dan 17 Masihi, wujud perubahan dalam struktur ,
peranan dan kedudukan Masyarakat feudal di England.

You might also like