Program Oa Tibi KG Rensong

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 11

PEJABAT KESIHATAN DAERAH RAUB

PAHANG DARUL MAKMUR

Kertas Kerja

PROGRAM “Hari Tibi Sedunia” DI KAMPUNG


ORANG ASLI RENSONG, RAUB PAHANG

TARIKH
1 – 2 JUN 2024

TEMPAT
KAMPUNG ORANG ASLI POS RENSONG, RAUB, PAHANG

DISEDIAKAN OLEH :
DR MUHAMMAD HANIFF BIN ISA

ANJURAN
PEJABAT KESIHATAN DAERAH RAUB, PAHANG

DENGAN KERJASAMA
JABATAN KEMAJUAN ORANG ASLI (JAKOA), RAUB, PAHANG

PAGE \* MERGEFORMAT 8
1. PENGENALAN

Orang Asli merupakan salah satu komponen dari pelbagai kaum di Malaysia
yang bercorak majmuk. Dari kacamata masyarakat moden, masyarakat Orang Asli
merupakan kaum yang terpisah dan terasing dari arus perkembangan dan kemajuan
pembangunan negara.

Secara umumnya, terdapat tiga kumpulan utama Orang Asli di Semenanjung


Malaysia iaitu Negrito,Senoi dan Melayu Asli yang dibezakan melalui bahasa,
kebudayaan, cara hidup serta ciri-ciri fizikal. Mengikut perangkaan Jabatan Hal Ehwal
Orang Asli Malaysia (JHEOA), setakat ini terdapat 141,230 Orang Asli di Semenanjung
Malaysia. Pahang mempunyai penduduk Orang Asli yang paling ramai 50,792 diikuti
Perak 40,856 orang dan Selangor 15,210 orang. Di Raub, kumpulan etnik utama Orang
Asli adalah suku Semai dan Temuan.

Kesihatan Orang Asli di Malaysia merujuk kepada tahap kesihatan kanak-kanak,


kekurangan zat makanan, ibu mengandung, penyakit berjangkit dan sebagainya. 80%
Orang Asli hidup di bawah garis kemiskinan. Orang Asli terancam akibat penempatan
semula, pembalakan, perlombongan, pembinaan empangan, pembangunan padang
golf, skim peladangan, pengumpulan semula dan asimilasi ke dalam masyarakat arus
perdana.

Peningkatan kes penyakit berjangkit terutama dalam kalangan Orang Asli


merupakan isu yang masih membelenggu pelbagai pihak yang bertanggungjawab.
Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia melalui Pejabat Kesihatan Daerah telah
merangka pelbagai program bagi memastikan golongan Orang Asli mendapat hak
kesihatan seperti kaum lain di Malaysia ini. Penularan Penyakit berjangkit dalam
kalangan Orang Asli seperti penyakit Malaria, Tibi, Demam Denggi semakin meruncing
saban tahun. Selain itu tidak ketinggalan juga isu penyakit tidak berjangkit (NCD) dan
masalah keracunan alkohol dalam kalangan orang asli juga agak membimbangkan.

PAGE \* MERGEFORMAT 8
1.1 PERKHIDMATAN KESIHATAN ORANG ASLI

Kemudahcapaian perkhidmatan kesihatan termasuk bagi komuniti Orang Asli di


luar bandar dan pendalaman telah diteruskan bagi tahun 2018. Ini selaras dengan
Teras Strategik ke Dua di bawah Rancangan Malaysia Ke 11: Meningkatkan
Kesejahteraan Rakyat dengan Petunjuk Prestasi Utama (PPU) yang mengukur
kekerapan lawatan Perkhidmatan Kesihatan ke kawasan Orang Asli pedalaman.
PPU yang telah ditetapkan adalah lawatan dilakukan setiap 4 minggu berbanding
dengan sasaran ditetapkan sebanyak 80 peratus. Pecapaian keseluruhan PPU bagi
tahun 2018 dengan pencapaian sebanyak 70 peratus. Antara punca kegagalan
pencapaian PPU adalah isu logistik seperti keadaan jalan yang rosak, cuaca yang tidak
mengizinkan dan kerosakan kenderaan Pasukan Bergerak Orang Asli (PBOA).
Perkhidmatan kesihatan Orang Asli di daerah Raub sebelum ini diuruskan oleh pasukan
dari Klinik Kesihatan yang berdekatan dengan lokaliti kelompok orang asli di daerah
Raub.
Pada tahun 2019, klinik bergerak Orang Asli Raub telah ditubuhkan khas untuk
perkhidmatan kesihatan penduduk ini. Pasukan bergerak ini akan masuk ke kawasan
kampung pendalaman terutama kawasan Orang Asli sebulan sekali untuk memberikan
khidmat kesihatan yang diperlukan oleh penduduk setempat.

1.2 PROGRAM PENCEGAHAN DAN MENGURANGKAN KEMUDARATAN


ALKOHOL

Latihan pencegahan dan mengurangkan kemudaratan alkohol untuk penjagaan


primer dan komuniti telah dilaksanakan di peringkat kebangsaan untuk anggota
kesihatan. Pada tahun 2018, 254 klinik kesihatan telah menjalankan saringan
pemeriksaan dan intervensi alkohol, manakala intervensi untuk program ini telah
dilaksanakan di 108 lokaliti komuniti.

PAGE \* MERGEFORMAT 8
Pada September 2018, terdapat kejadian keracunan metanol yang melibatkan 97
kes dengan 48 kematian. Majoriti (76 peratus) kes adalah warga asing. Keracunan
tersebut disebabkan oleh pengambilan arak tiruan yang mengandungi metanol.
Walaupun tiada keracunan ethanol dilaporkan di daerah Raub, golongan ini merupakan
golongan berisiko memandangkan alkohol sebahagian daripada hidup mereka.

1.3 PROGRAM ELIMINASI MALARIA

Majoriti kes malaria yang dilaporkan di Semenanjung Malaysia adalah bersifat


tempatan dan sebahagian besarnya tertumpu di kalangan Orang Asli pedalaman,
populasi minoriti pribumi Semenanjung Malaysia. Walaupun mereka kebanyakannya
telah ditempatkan semula di pinggir hutan, mereka masih bergantung sepenuhnya
kepada hutan untuk sara hidup dan sentiasa terdedah kepada penularan malaria sejak
kecil.
Walaupun terdapat banyak kajian tentang kelaziman malaria di kalangan Orang
Asli, jurang dalam memahami magnitud morbiditi klinikal malaria di kalangan komuniti
ini dan faktor-faktor yang berkaitan dengannya masih wujud. Kajian ini dijalankan untuk
menentukan magnitud morbiditi malaria dalam kalangan Orang Asli di Raub , Pahang,
Malaysia

Malaria adalah penyakit bawaan vektor yang memberi cabaran kepada manusia,
walaupun selepas 3,000 tahun bukti dokumentari terawal (Sandosham & Thomas,
1983). Pertubuhan Kesihatan Sedunia melaporkan malaria sebagai endemik di lebih
109 negara pada tahun 2008, dengan anggaran 247 juta kes dan hampir berjuta
kematian dalam kalangan 3.3 bilion orang yang berisiko pada tahun 2006 (Laporan
Malaria WHO, 2008). Ini adalah walaupun aktiviti kawalan malaria telah dijalankan
secara meluas, sejak program pembasmian malaria global pertama kali dimulakan pada
tahun 1955. Di Malaysia, terdapat penurunan keseluruhan dalam kejadian malaria
selama ini (Bahagian Penyakit Bawaan Vektor, Kementerian Kesihatan, 2007). Namun
begitu, trend peningkatan kes zoonotik malaria di seluruh negara semakin meningkat.

PAGE \* MERGEFORMAT 8
Pahang turut merekodkan peningkatan kes zoonotik malaria di daerah Raub.
Trend ini juga menunujukan peninggkatan sejak 2017. Kes tertinggi adalah pada tahun
2018 sebanyak 21 kes dan tahun 2022, daerah Raub telah mencatatkan sebanyak 4
kes setakat bulan Jun tahun 2022. Malangnya, pada tahun 2022 telah berlaku kematian
melibatkan kes malaria di daerah ini setelah sekian lama tidak dilaporkan. Kejadian ini
berlaku di kawasan Ruai, mukim Batu Talam.

1.4 PROGRAM PENCEGAHAN & KAWALAN TUBERKULOSIS

Penyakit Tuberkulosis (Tibi) masih merupakan masalah kesihatan awam di


peringkat global dan juga Malaysia. Jumlah notifikasi kes Tibi bagi tahun 2018 adalah
25,837 kes (Kadar Notifikasi 78.6 setiap 100,000 penduduk), peningkatan 1.3 peratus
berbanding 26,168 kes (Kadar Notifikasi 81.3 setiap 100,000 penduduk) pada tahun
2017. Jumlah kematian Tibi meningkat daripada 2,098 kematian (Kadar Kematian 6.5
setiap 100,000 penduduk) pada tahun 2017 kepada 2,184 kematian (Kadar Kematian
6.6 setiap 100,000 penduduk) pada tahun 2018.

Statistik dari KKM menunjukkan Pahang menduduki tempat ke 9 dari segi


bilangan kes Tibi dikesan di Malaysia pada penghujung tahun 2008. Bagi negeri
Pahang, Tibi merupakan penyakit berjangkit yang ke 3 tertinggi dilaporkan selepas
Keracunan Makanan dan Denggi. Sehingga 31 Disember 2008, sebanyak 779 kes Tibi
baru dikesan (Kadar Insiden 51.5/100,000) dengan 99 kematian berbanding dengan
730 kes (Kadar Insiden 49.2/100,000) dengan 118 kematian pada tahun 2007 di negeri
Pahang. Ini menunjukkan peningkatan kes Tibi sebanyak 6.3% dan penurunan kes
kematian sebanyak 16.1%.
2. OBJEKTIF

2.1 OBJEKTIF UMUM.

PAGE \* MERGEFORMAT 8
Mengukuhkan kerjasama antara Kementerian Kesihatan Malaysia melalui Pejabat
Kesihatan Daerah dengan komuniti orang asli dalam memperkasakan pengetahuan
kesihatan awam di daerah Raub amnya.

2.2 OBJEKTIF KHUSUS

2.2.1 Memberi pendedahan mengenai penyakit berjangkit malaria dan aktiviti


kawalan dan pengesanan kes
2.2.2 Memberi pendedahan mengenai penyakit berjangkit tibi dan menjalankan
Active Case Detection (ACD) dalam kalangan orang asli setempat
2.2.3 Memberi pendedahan mengenai pnyakit tidak berjangkit (NCD) seperti
diabetes & hipertensi
2.2.4 Menjalankan pemeriksaan kesihatan kepada penduduk orang asli setempat
2.2.5 Memberi pendedahan mengenai kemudaratan alkohol.
2.2.6 Memberi pendedahan dan perkhidmatan bagi Kesihatan Mulut dan Gigi
2.2.7 Memberi pendedahan mengenai kemudaratan dan bahaya merokok
2.2.8 Mendekati masyarakat orang asli melalui program yang telah dirancang
2.2.9 Mengukuhkan hubungan antara Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA)
dengan Pejabat Kesihatan Daerah dalam merancang program dalam
kalangan komuniti terutama golongan Orang Asli di Raub secara amnya

3. PERLAKSANAAN PROGRAM

3.1 TARIKH : 1 dan 2 JUN 2024 (SABTU DAN AHAD)

3.2 TEMPAT : KAMPUNG ORANG ASLI KAMPUNG RENSONG, RAUB,


PAHANG

PAGE \* MERGEFORMAT 8
4. BARISAN JAWATANKUASA INDUK

SENARAI AHLI JAWATANKUASA PERLAKSANAAN PROGRAM

PENGERUSI
DR CASSIDY A/L DEVARAJOOH
(Pegawai Kesihatan Daerah Raub)

TIMBALAN PENGERUSI
DR MUHAMMAD HANIFF BIN ISA
(Pegawai Perubatan KBOA, Pejabat Kesihatan Daerah Raub)

DR SITI FATIMAH BINTI ANUAR


(Pegawai Perubatan Tibi Daerah, Pejabat Kesihatan Daerah Raub)

PENYELIA AKTIVTI
EN WAN MOHAMAD SAFUAN BIN WAN KAMARUDDIN
(Ketua Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran U36)

TUAN HAJI AHMAD FAIZUN BIN YUNUS @ AZIZ


(Ketua Penolong Pegawai Perubatan U42)

PUAN MASNI BINTI BASIR


(Ketua Penyelia Jururawat Daerah U42)

AJK PROGRAM
Unit Promosi Kesihatan,
Unit Inspektorat
Unit Vektor
Unit TB
Unit Kesihatan Keluarga
Unit NCD
Pejabat Pergigian, PKD Raub

5. KUMPULAN SASARAN
 Penduduk Orang Asli di perkampungan Orang Asli Kg Rensong.

PAGE \* MERGEFORMAT 8
6. KOLABRASI DENGAN AGENSI LUAR
 Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), Raub, Pahang

7. CADANGAN TENTATIF PROGRAM

TARIKH: 1 JUN 2024 (ACD Tibi Kampung Orang Asli Rensong)

BIL MASA AKTIVITI


1. 1400 Petugas Kesihatan berkumpul di PKD Raub
2. 1500-2100 (Active Case Detection) pengesanan kes Tibi, saringan
NHSI dan Peka B40 di Kampung Orang Asli Rensong, Pos
Satak.

3. 2100-2200 Selesai ACD dan petugas kembali ke PKD Raub


`

TARIKH : 2 JUN 2024 (AHAD)

BIL MASA AKTIVITI


1. 0700 – 0830 Pendaftaran
2. 0830 – 0930 Senamrobik
3. 0930 - 1700 Zone Aktif Bermula:
Pertandingan Sukan Rakyat

Sudut Pembelajaran & Pameran Interaktif:


- Booth Pemakanan Sihat
- Booth NCD (Garam dan Gula)
- Booth Penjagaan Gigi
- Booth Alkohol dan Rokok
- Booth NHSI dan PekaB40
- Booth Tibi
- Booth Malaria dan Denggi
- Booth Penyakit Kulit (Scabies)

5. 0830 - 0915 Pocket Promo :

PAGE \* MERGEFORMAT 8
Penjagaan Gigi – Bahasa Semai
6. 0915 - 0930 Rileks Santai :
Interaktif Masyarakt OA (JAKOA)
7. 0930 - 1030 Pocket Promo :
Pemakanan Sihat- Bahasa Melayu
8. 1030 - 1045 Rileks Santai :
Persembahan Sewang– Masyarakat OA

9. Pocket Promo :
1045 - 1145
Penyakit TiBi – Tuberculin Skin Test.
10. Pocket Promo :
1145 - 1200
Penjagaan Ibu Hamil
11. Pocket Promo:
1430 - 1500
Vaksinasi
12. Pocket Promo:
1500 - 1515
Penyakit Malaria
13. Pocket Promo :
1515 - 1600
Penjagaan Diri – Bahasa Melayu
14. Rileks Santai :
1600 - 1730
Pertandingan Karaoke – Fitri Intertainment
15. 1730-1830 Perasmian Program Hari Tibi Sedunia oleh Pegawai
Kesihatan Daerah Raub

8. CADANGAN KOS

PERBELANJAAN ANGGARAN KUANTITI JUMLAH


SEUNIT (RM) (RM)
1. MAKAN MINUM PETUGAS 6.00 20 120.00
15.00 70 1050.00

2. MAKAN MINUM PESERTA


15.00 400 6000.00

3. PERALATAN SUKANEKA 300 1 300.00

4. HADIAH PERTANDINGAN

4.1 Pertandingan Sukan Rakyat 1000 1 1000.00

PAGE \* MERGEFORMAT 8
5. CENDERAHATI
5.1 Penjagaan Gigi 150 1 150.00

5.2 Pemakanan Sihat 500 1 400.00

5.3 Sudut Pembelajaran dan 500 1 500.00


Pameran Interaktif

5.4 Kesihatan Ibu & Anak 500 1 300.00

5.5 Perasmian 180 1 180.00

10,000.00
JUMLAH KOS

9. PENUTUP

Pihak Pejabat Kesihatan Daerah Raub berharap agar pogram ini dapat
mencapai semua objektif yang ditetapkan bagi memberi manfaat kepada komuniti
terutama golongan orang asli di daerah Raub secara amnya dan mengharapkan
program ini akan menjadi batu loncatan bagi lebih banyak program melibatkan komuniti
dianjurkan oleh pihak Pejabat Kesihatan selepas ini dalam mengekalkan kesejahteraan
rakyat pada masa hadapan.

DISEDIAKAN OLEH :

______________________
DR. MUHAMMAD HANIFF BIN ISA
PEGAWAI PERUBATAN UD48,
KLINIK BERGERAK ORANG ASLI,
PEJABAT KESIHATAN DAERAH RAUB.

DILULUSKAN OLEH :

PAGE \* MERGEFORMAT 8
_____________________________
DR. CASSIDY A/L DEVARAJOOH
PAKAR PERUBATAN KESIHATAN AWAM UD54,
PEGAWAI KESIHATAN DAERAH RAUB,
PEJABAT KESIHATAN DAERAH RAUB

PAGE \* MERGEFORMAT 8

You might also like