Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

MINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA KALI KEDUA 2023/24

TARIKH : 15 Jun 2023 (Isnin)


TEMPAT : Bilik Guru
MASA : 2.00 petang
KEHADIRAN :
1. Zulfikri bin Mat Hanif Guru Besar
2. Norsimah binti Mohamad Zain Soo GK Pentadbiran
3. Hj. Ahmad Faiz bin Ruslee GK Hal Ehwal Murid
4. Rafi’uddin bin Rosly GK Kokurikulum
5. Mohd Zairi bin Badry Ketua Panitia
6. Muhammed Azmie bin Zahis Setiausaha
7. Wan Rafiuddin bin Wan Ramli
8. Mohd Ridzuan bin Abdul Aziz
9. Muhammad Aliff bin Ali

AGENDA:
1.0 Ucapan pengerusi
2.0 Ucapan GK Pentadbiran
3.0 Pembentangan dan pengesahan minit mesyuarat yang lalu.
4.0 Perkara-perkara berbangkit
5.0 Penjaminan Kualiti PBD.
5.1 Perekodan PBD
6.0 Program Literasi dan Numerasi (PLaN)
6.1 Pencapaian PlaN
6.2 Program Intervensi PlaN
7.0 Program Peningkatan Akademik
8.0 Hal-hal Lain
9.0 Penutup
MINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA KALI KEDUA 2023/24

1.0 Ucapan pengerusi


- Mesyuarat dibuka dengan bacaan Al-Fatihah
- Ucapan terima kasih atas komitmen menghadiri mesyuarat kali kedua
Tindakan : Ketua Panitia

2.0 Ucapan GK Pentadbiran


- GK Pentadbiran mengucapkan tahniah atas pelaksanaan mesyuarat kali kedua bagi
sesi 2023/24
- Teruskan usaha agar kemenjadian murid lebih baik dan mencapai tahap
penguasaan yang lebih baik khususnya dalam Program Intervensi PlaN.
-
Tindakan : GK Pentadbiran

3.0 Pembentangan dan pengesahan minit mesyuarat yang lalu


- Cadangan pengesahan : Mohd Ridzuan bin Abdul Aziz
- Penyokong : Muhammad Alif bin Ali.

4.0 Perkara-perkara berbangkit


- Tiada perkara-perkara berbangkit

5.0 Penjaminan Kualiti PBD.

5.1 Perekodan PBD


- Mohon semua guru memastikan supaya rekod perkembangan murid (RPM)
sentiasa di kemaskini mengikut kaedah masing-masing.
- Fokus pentaksiran hanya melibatkan tiga kemahiran dalam Bahasa Melayu
iaitu Kemahiran Mendengar Bertutur, Kemahiran Membaca dan Kemahiran
menulis.
- Walau bagaimanapun seperti kita sedia maklum pentaksiran boleh dilakukan
menggunakan tiga kaedah iaitu lisan, bertulis dan pemerhatian.

Tindakan : Semua guru

5.2 Program Literasi dan Numerasi (PlaN)


5.2.1 Program Intervensi PlaN.
- Kita akan melaksanakan kedua-dua program berikut untuk membantu
meningkatkan pencapaian murid dalam program PlaN.

5.2.1.1 Pelancaran Program Cigu Tiliktau


- Program ini telah kita lancarkan pada mac yang lalu dan berjalan
mengikut keperluan dan berjadual.
- Guru-guru perlu beri bimbingan kepada mereka cara mengajar rakan.

5.2.1.2 Klinik PlaN Bahasa Melayu


- Tarikh program ialah pada 23 Jun 2023 dan 25 Jun 2023

Tindakan : Penyelaras dan Ketua Panitia


5.3 Program Peningkatan Akademik
5.3.1 Pelancaran Kempen Jom Membaca
- Program ini telah dilancarkan. Program ini melibatkan kerjasama
dengan PSS dan Nilam. Pengisian Program Bantu Baca dalam
kempen membaca ini perlu diperkemaskan lagi.

5.3.2 Seminggu Satu Kosa Kata/ One Word A Week


- Program ini telah dimulakan pada 3 Mei 2023, diharapkan program ini
boleh memberi impak yang baik kepada murid. Guru Bahasa Melayu
dan Bahasa Inggeris perlu memainkan peranan untuk mengisi
program ini dalam waktu kelas PdPc masing-masing.
-
5.3.3 Bulan Bahasa
- Bulan Bahasa ditunda pada bulan ogos.untuk memberi laluan kepada
program-program daerah dan program orang asli.

Tindakan : Penyelaras dan Ketua Panitia

6.0 Hal-hal Lain

- Tiada berkenaan.

7.0 Penutup

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.00 petang

Disediakan oleh :

MUHAMMED ‘AZMIE BIN ZAHIS


Setiausaha Panitia Bahasa

Disemak oleh

NORSIMAH BINTI MOHAMAD ZAIN SOO


Guru Kanan Pentadbiran

You might also like