Skrip Diorama

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

SKRIP DIORAMA PEREBUTAN TAKHTA

NARRATOR : Perak mengamalkan sistem penggiliran dalam


pewarisan takhta Kesultanan Perak yang diasaskan awal
tahun 1820-an. Berdasarkan sistem ini, bakal raja perlu
melalui 3 jawatan iaitu Raja Di Hilir, Raja Bendahara dan Raja
Muda. Pada abad ke-19, telah berlaku krisis dalam kalangan
kerabat diraja Perak selepas kemangkatan Sultan Ali.

Pembesar Melayu 1: Kemangkatan Sultan Ali merupakan satu


kehilangan besar buat rakyat Perak. Maka, sultan yang baru
harus ditabalkan secepat mungkin.

Pembesar Melayu 2: Mengikut sistem penggiliran sudah


masanya Raja Abdullah iaitu Raja Muda ditabalkan menjadi
Sultan Perak.

Pembesar Melayu 3: Raja Abdullah tidak layak menjadi sultan.


Baginda telah dijemput untuk menghadiri ke upacara
pemakaman Sultan Ali tetapi baginda tidak menunjukkan diri.
Apakah ini ciri-ciri Sultan yang baik untuk dicontohi?

Pembesar Melayu 4: Elok sahajalah, kita menyokong


pertabalan Raja Ismail iaitu Raja Bendahara sebagai Sultan
Perak. Malah, baginda juga telah memperoleh sokongan
besar daripada Ngah Ibrahim Menteri Larut.

Raja Ismail: Beta akan menjadi Sultan.. dengan sokongan


daripada kalian semua. Beta akan menjaga negeri Perak!

Ngah Ibrahim Menteri Larut: Kami menjunjung perintah, Daulat


Tuanku!!
Raja Yusuf: Cis!! Raja Ismail tidak layak..Beliau sahaja baru
mendahului menjadi Raja Bendahara mana mungkin layak
menjadi Sultan. Jika begitu beta juga layak untuk menjadi
Sultan!!

Pembesar Melayu 1 (Raja Abdullah) : Tuanku, pelabur Eropah


dan Cina telah membuat bising dan mereka menuntut wang
mereka kembali.

Raja Abdullah: Beta akan menuntut hak beta kembali sebagai


Sultan Perak. Beta ialah Raja Muda.. Beta yang lebih layak!
Jangan khianati pewarisan takhta Kesultanan Perak.

Dato Maharaja Lela: Ampun tuanku, patik akan memberi


sokongan kepada tuanku untuk menjadi seorang Sultan.

NARRATOR: Bagi menyelesaikan persengketaan ini. Wakil


British iaitu Andrew Clarke telah masuk campur dengan
membantu Raja Abdullah untuk mengesahkan haknya sebagai
Sultan dan menamatkan Perang Larut.
SKRIP DIORAMA PERANG LARUT
NARRATOR: Daerah Larut merupakan sebuah daerah yang
kaya dengan hasil bumi bijih timah. Keadaan ini telah
mendorong pemerintah Larut iaitu Tengku Menteri Ngah Ibrahim
membawa masuk ramai pelombong Cina untuk memajukan
daerah Larut

Ngah Ibrahim: Kemasukan beramai-ramai pelombong Cina ini


akan merancakkan lagi kemajuan Daerah Larut.

Pembesar Melayu: Tuan hamba setuju.. dengan kejayaan ini


akan menyebabkan permintaan terhadap bijih timah semakin
tinggi!

NARRATOR: Kemasukan pelombong Cina beramai-ramai telah


menyebabkan muncul puak kongsi gelap iaitu kumpulan Ghee
Sin dan Hai Sin.

Ghee Sin: Ini tempat gua! Gua yang majukan tempat ini! Lu
jangan langsi tempat gua!

Hai Sin: Lu manyak bising! Gua yang jaga tempat ini! Gua dapat
kebenaran dari Ngah Ibrahim tau!

Ghee Sin: Tak guna punya orang! Serang!


NARRATOR: Pergaduhan antara kumpulan Ghee Sin dan Hai
Sin telah mencetuskan Perang Larut. Keadaan ini menjejaskan
perdagangan bijih timah sekaligus memberikan kegusaran
kepada pelabur luar sehingga perkara ini telah mendorong
Campur tangan British dalam Perang Larut.
SKRIP DIORAMA PERANG KLANG
NARRATOR: Semasa pemerintahan Sultan Abdul Samad
berlakunya pertelingkahan antara kerabat diraja. Keadaan ini
telah mendorong British untuk masuk campur tangan.

Sultan Abdul Samad: Beta akan memberikan daerah Klang


kepada pemerintah yang baru untuk memajukan daerah
tersebut. Beta akan menyerahkan kepada Raja Abdullah bin
Raja Jaafar untuk memajukan daerah Klang

Raja Abdullah bin Raja Jaafar: Beta akan memajukan daerah ini
sehingga menjadi sebuah daerah yang maju di dalam Selangor
ini.
Kumpulan Hai San: Kami sokong!!!

NARRATOR: Kejayaan Raja Abdullah berjaya menjadikan


daerah Klang sebagai pusat pengumpulan bijih timah sehingga
pembukaan lombong baharu di Kuala Lumpur dan Ampang.
Namun begitu, usahanya tidak disenangi oleh Raja Mahadi.

Raja Mahadi: Cis!! Kawasan Klang itu sepatutnya milik beta!


Dulu daerah Klang baik baik sahaja di bawah kekuasaan
ayahanda beta. Beta juga boleh buktikan bahawa Beta juga
mampu memajukan daerah Klang!!

Kumpulan Ghee Sin: Kami akan menyokong Raja Mahadi!!!

NARRATOR: Kekacauan di Selangor memberi peluang kepada


British untuk campur tangan dalam hal ehwal pentadbiran
Selangor. British telah melantik Tunku Kudin bagi menamatkan
Perang Klang dengan memberikan bantuan ketenteraan.
SKRIP DIORAMA PERJANJIAN PANGKOR 1874
NARRATOR: Dengan ini Perjanjian Pangkor akan dimeterai
oleh pihak British iaitu Andrew Clarke dan Raja Abdullah bagi
menyelesaikan masalah pewarisan takhta dan perselisihan
faham antara kumpulan kongsi gelap Cina.

Wakil British: Ini adalah syarat-syarat yang perlu dipatuh setelah


Perjanjian Pangkor telah dimeterai. Antaranya, ialah

• Raja Abdullah diiktiraf sebagai sultan Perak


• Raja Ismail diakui sebagai Raja Muda
• sultan menerima seorang Residen British sebagai penasihat
dalam semua perkara kecuali hal-hal agama Islam dan adapt
istiadat Melayu
• Residen berkuasa penuh ke atas pungutan cukai di Perak
• Residen, Penolong Residen, Sultan dan pembesar dibayar gaji
daripada pungutan hasil mahsul Perak
• Ngah Ibrahim kekal sebagai Menteri Larut dan menerima
seorang Penolong Residen
• Menteri Larut bertanggungjawab membiayai segala usaha
mengembalikan keamanan di Perak

Raja Abdullah: Beta setuju dengan syarat syarat yang telah


dinyatakan.

NARRATOR: Justeru itu, Perjanjian Pangkor 1974 telah menjadi


tanda bermulanya kuasa British secara langsung dalam
pentadbiran dan ekonomi Perak.

You might also like