Let To SAM1 Rambut

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

MOHD ASHADI BIN SAIMAN

NO. 2, LORONG AZ-ZAHARAH 10/10,


SEKSYEN 10, BANDAR PUNCAK ALAM
42300, SELANGOR 20.11.2022

SEKOLAH AGAMA MENENGAH MUHAMMADIAH PEKAN SABAK


45200 Sabak Bernam
Selangor
[GPK HEM SAM Muhammadiah]

Assalamualaikum w.b.t

Ybg Tuan/Puan,

PER: SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL 1/1976-POTONGAN RAMBUT MURID-MURID

Saya merujuk perhatian Tuan kepada perkara di atas yang mana sesalinan surat pekeliling tersebut ada
dilampirkan di sini.

2. Berdasarkan Pekeliling yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran, istilah rambut Panjang bagi
murid lelaki ialah:

a) Di belakang – Rambut jatuh melebihi garisan tengah dahi;


b) Di depan - Rambut menutupi garisan tengah dahi
c) Di sebelah - Rambut menutupi kedua-dua telinga;
d) Di atas - Rambut lebih dari 6” Panjang.

3. Sehubungan perkara di atas saya bapa kepada AHNAF HADIF BIN MOHD ASHADI, pelajar Tingkatan
2 Ibnu Sina akan sentiasa memastikan rambut anak saya mematuhi Pekeliling Kementerian di atas.

4. Sekiranya rambut anak saya menyalahi peraturan yang ditetapkan di atas, SILA PIHAK TUAN
MEMAKLUMKAN SAYA TERLEBIH DAHULU SEBELUM MENGAMBIL APA-APA TINDAKAN MENGGUNTING
RAMBUT ANAK SAYA TANPA KEBENARAN SAYA MELALUI GURU BERKAITAN.

5. Saya juga amat memahami bahawa para pelajar perlu berambut pendek, walau bagaimanapun
tindakan sebahagian guru di sekolah Tuan memotong rambut anak saya sebelum ini sehingga hampir kepada
botak (skin head) dengan potongan ala mangkuk (gaya penan) dengan ukuran 2” atau 3” amat keterlaluan dan
bertentangan dengan pekeliling di atas. Secara tidak langsung telah menjejaskan psikologi dan tumpuan untuk
belajar dengan baik dan sempurna. Kesannya keputusan peperiksaan anak saya merosot baru-baru ini yang
mana pada sebelum ini anak saya mendapat tempat Pertama di dalam kelasnya.

Sebarang pertimbangan pihak Tuan saya ucapkan terima kasih.

Pihak saya boleh dihubungi di talian 0123751175 untuk sebarang pertanyaan.

Yang benar,

MOHD ASHADI BIN SAIMAN

You might also like