Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 53

2.

1 PEMBANGUNAN
ALGORITMA
Bahagian 1
Asas Sains Komputer T2 KSSM
Oleh Cikgu Norazila Khalid
Smk Ulu Tiram, Johor
Pembangunan
Algoritma
• Algoritma ialah satu siri
langkah untuk menyelesaikan
sesuatu masalah atau
melengkapkan sesuatu tugas.
• Oleh itu, algoritma terdiri
daripada satu siri prosedur
langkah demi langkah yang
tersusun untuk menghasilkan
output
Algoritma ialah
prosedur langkah
demi langkah
yang tersusun
untuk
menghasilkan
output
Pembangunan
Algoritma
• Dalam pengkomputeran, seorang
pengatur cara perlu membangunkan
algoritma untuk mengarahkan
komputer menyelesaikan suatu tugasan.
• Langkah ini dilakukan pada peringkat
awal sebelum pembangunan atur cara
yang menggunakan bahasa
pengaturcaraan.
• Dalam proses ini, pengatur cara tidak
perlu mengetahui tentang cara
komputer akan melaksanakan arahan-
arahan yang diberi.
Pembangunan Algoritma

• Semasa pembangunan
algoritma, aspek-aspek
penting bagi masalah atau
tugas yang perlu
diselesaikan harus dikenal
pasti dan
dipertimbangkan untuk
menghasilkan output yang
dikehendaki.
Struktur kawalan
pilihan bersarang
Struktur kawalan pilihan
bersarang
• Struktur kawalan pilihan bersarang terdiri
daripada satu struktur kawalan yang
terbenam dalam satu struktur kawalan yang
lain.
• Satu struktur kawalan pilihan bersarang
berlaku apabila kejadian satu struktur
kawalan diikuti dengan kejadian satu
struktur kawalan yang lain dengan serta-
merta
Struktur
kawalan
pilihan
bersarang
Struktur kawalan pilihan
bersarang
• Dalam satu struktur kawalan pilihan
bersarang, struktur kawalan pertama akan
menyebabkan struktur kawalan kedua yang
terbenam bermula.
• Dalam keadaan ini, struktur kawalan kedua
akan dilaksanakan sehingga tamat dahulu
baharu diikuti dengan perlaksanaan
struktur kawalan pertama sehingga tamat.
Pseudokod bagi algoritma mencari kek lapis Sarawak
Carta alir
bagi
algoritma
mencari kek
lapis Sarawak
Menyelesaikan masalah menggunakan
struktur kawalan pilihan bersarang

• Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Sri


Purnama ingin mempraktikkan dasar pembelian
tanpa tunai di kantin dan kedai koperasi
sekolah.
• Sistem yang digunakan disebut Point of Sale
(POS).
• Semua transaksi berlaku pada skrin sentuh atau
skrin komputer yang disebut sebagai terminal
bersama kad bayaran
Menyelesaikan masalah menggunakan
struktur kawalan pilihan bersarang
• Warga SMK Bandar Sri Purnama perlu
menggunakan kad bayaran elektronik untuk
setiap transaksi.
• Setiap kali kad bayaran ini dimasukkan ke
dalam sistem, pengesahan untuk dua syarat
dilakukan.
• Pertama, tempoh sah laku kad akan disemak.
• Kedua, nilai minimum kad, iaitu sekurang-
kurangnya RM5.00 akan disemak.
Menyelesaikan masalah menggunakan
struktur kawalan pilihan bersarang
• Apabila kedua-dua syarat itu dipenuhi,
pengesahan berjaya dan kad boleh
digunakan untuk transaksi.
• Jika salah satu syarat tidak dipenuhi,
pengesahan tidak berjaya.
• Mesej untuk pengesahan yang tidak
berjaya akan dipaparkan dan transaksi
diberhentikan.
Penyiasatan
• Mengenal pasti kad masih belum melebihi
tempoh sah laku.
• Mengenal pasti kad mempunyai nilai
minimum sebanyak RM5.00.
• Melaksanakan transaksi jika kedua-dua
syarat pertama dan kedua dipenuhi.
• Membatalkan transaksi jika satu syarat tidak
dipenuhi.
Mendraf algoritma dan
melakukan semakan semula
• Terminal membaca kad.
• Terminal mengesahkan kad masih sah digunakan.
• Jika kad sah digunakan, terminal akan memeriksa nilai
minimum.
• Jika kad mempunyai nilai bersamaan atau lebih daripada nilai
minimum, terminal akan memapar mesej “Jalankan urus niaga”
pada skrin.
• Jika kad mempunyai nilai bersamaan atau kurang daripada nilai
minimum, terminal akan memapar mesej “Tambah nilai” pada
skrin.
• Jika tidak terminal akan memaparkan mesej “Kad ditolak” pada
skrin
Memurnikan langkah-langkah algoritma
Struktur kawalan
ulangan
Struktur kawalan ulangan

• Struktur kawalan ulangan


terdiri daripada satu set
langkah atau arahan yang
sentiasa berulang sehingga
suatu syarat dipenuhi.
• Set langkah yang berulang
disebut gelung (loop) dan
setiap ulangan gelung
disebut lelaran (iteration).
Struktur kawalan
ulangan
• Banyak aktiviti harian
yang melibatkan ulangan
contohnya tarian dan
lampu isyarat.
• Gambar menunjukkan
tarian sumazau yang
merupakan tarian tradisi
suku kaum Kadazan
Dusun untuk meraikan
Tadau Kaamatan yang
bermaksud Pesta Menuai.
Algoritma
bagi tarian
sumazau
Pseudokod
bagi tarian
sumazau
Struktur kawalan
ulangan for
• Struktur kawalan
ulangan for melakukan
ulangan bagi sesuatu
pernyataan untuk
bilangan kali yang
tertentu.
• Bilangan ulangan
dikawal oleh suatu
nombor yang disebut
pembilang yang akan
berubah pada setiap
ulangan
Rangka
umum
struktur
kawalan for
Carta alir bagi
struktur
kawalan
ulangan for
Pseudokod
bagi struktur
kawalan
ulangan for
Struktur kawalan ulangan while
• Dalam struktur kawalan ulangan while, ulangan
dilaksanakan selagi syarat yang diuji adalah
benar. Ini serupa dengan struktur kawalan for,
yang mana pernyataan syarat diuji sebelum
pernyataan yang berulang dilaksanakan.
• Perbezaannya, bagi struktur kawalan for,
bilangan ulangan adalah ditetapkan manakala
bagi struktur kawalan while, bilangan ulangan
tidak diketahui dan ditentukan sama ada syarat
dipenuhi ataupun tidak.
Algoritma
bagi suatu
struktur
kawalan
ulangan while
Bersambung

You might also like