Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 7

SEKOLAH KEBANGSAAN TELOK KALONG

Sekolah Kluster Kecemerlangan


Sekolah Amanah Malaysia
24000 KEMAMAN
TERENGGANU DARUL IMAN

MINIT MESYUARAT PENGURUSAN PUSAT SUMBER SEKOLAH

Bil. Mesyuarat : 1 Tahun 2022/2023


Tarikh : 31 Mac 2022
Masa : 1.45 – 3.00 Petang
Tempat : Perpustakaan Pendeta Za’ba SK Telok Kalong

HADIR :

1. Guru Besar - Pengerusi


(Cikgu Sarina bt Mohamad)
2. Penolong Kanan Pentadbiran
(Cikgu Mohd Bustamam Alladdin bin Sulong)
3. Penolong Kanan HEM
(Cikgu Rukiah bt Rosemen)
4. Penolong Kanan Kokurikulum
(Cikgu Sayani bt Arsad)
5. Setiausaha/GPM
(Cikgu Rumaizah bt Ab Aziz)
6. Penyelaras Perpustakaan
(Cikgu Norshazlen binti Salleh)
7. Penyelaras Nilam
(Cikgu Nor Asmalizah bt Khalib@Ismail)
8. Penyelaras Bilik BBM/Bilik Tayang
(Cikgu Nur Amiza bt Yusof)
9. Penyelaras Goole Classroom
(Cikgu Omar bin A.Zamani)
10. Penyelaras ICT
(Cikgu Alimin bin Abu Bakar)
11. Penyelaras Kid’s TV
(Cikgu Ahmad Zulfadhli bin Taib)
12. Penyelaras Kid’s TV
(Cikgu Munirah bt Ismail)

TIDAK HADIR :

1. Cikgu Fadhlina binti Alias - Bersebab

I. PERUTUSAN PENGERUSI

1. Kata Alu-aluan

Pengerusi memulakan mesyuarat dengan bacaan Al-Fatihah serta mengucapkan terima kasih kepada
ahli mesyuarat yang hadir.

1
2. Ucapan Penghargaan

Pengerusi mengucapkan penghargaan yang setinggi-tingginya kepada semua guru-guru yang telah
menjayakan program dan aktiviti di bawah Pengurusan Pusat Sumber Sekolah (PSS).

3. Amanat Pengerusi

i) Pengerusi mengharapkan penyelaras dapat menjayakan program yang telah dirancang dan
menyediakan kertas kerja yang mengikut format yang betul.
ii) Semua maklumat dan evidens yang berkaitan dengan Unit Pusat Sumber Sekolah boleh disimpan
di dalam google drive sekolah.
iii) Kewangan untuk unit Pusat Sumber Sekolah hendaklah dirancang dengan baik dengan
melampirkan nota minta selepas membuat perbincangan.
iv) Setiap unit hendaklah menyediakan satu fail unit dan perlu membuat kemaskini bagi memastikan
maklumat di dalam fail adalah yang terkini.

II. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT

Minit Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Sumber Sekolah (PSS) kali 4 Tahun 2021/2022 pada 11 Januari
2022 disahkan.
.

III. PERKARA-PERKARA BERBANGKIT

Tiada perkara berbangkit

IV. PERKARA-PERKARA BAHARU

4.1 Laporan Program Aktiviti Pusat Sumber sesi 2021/2022

4.1.1 Beberapa program dan aktiviti yang telah dilaksanakan pada tahun 2021. Antaranya :
4.1.1.1 Program Orientasi Tahun 1 telah diadakan pada 9 Mac 2021 di Perpustakaan
Pendeta Za’ba.
4.1.1.2 Watikah Perlantikan Pengawas PSS pada 5 April 2021 di Dewan Pendeta Za’ba SK
Telok Kalong.
4.1.1.3 Program Nilam setiap hari isnin bermula jam 7.30 – 7.45 pagi yang dikendalikan oleh
Penyelaras Nilam
4.1.1.4 Pelancaran Nilam dan Perasmian Kempen Galakan Membaca pada 11 April 2021 di
Dewan Pendeta Za’ba SK Telok Kalong.
4.1.1.5 Jom Baca Bersama Untuk 10 minit pada 22 April 2021
4.1.1.6 Program Kempen Galakan Membaca bermula 22 April – 22 Mei 2021.
4.1.1.6.1 Pertandingan mewarna dan mereka cipta kulit buku pada 22 April 2021
4.1.1.6.2 Pertandingan mencipta penanda buku dan buku skrap pada 2 Mei 2021
4.1.1.6.3 Pertandingan mencipta kad hari raya digital pada 20 Mei 2021
4.1.1.7 Pertandingan Nilam peringkat Daerah telah dijalankan pada 11 dan 12 Ogos 2021
secara google meet dan mendapat tempat pertama.
4.1.1.8 Pertandingan Nilam peringkat Negeri dijalankan pada 13 Oktober 2021 secara google
meet dan mendapat tempat saguhati.
4.1.1.9 Satu lawatan penanda aras telah diadakan ke sekolah Sk Padang Mengkuang,
Marang bagi tujuan mendapatkan lebih maklumat berkaitan dengan Pusat Sumber di
sekolah berkenaan.

2
4.1.1.10 Program Pupuk Minat Membaca telah dijalankan selama 5 hari bermula 13 Februari
2022 hingga 17 Februari 2022.

Makluman
Tindakan : GPM dan penyelaras Unit

4.2 Jawatankuasa Pusat Sumber Sekolah sesi 2022/2023

4.2.1 Pembentangan Jawatankuasa Induk Pusat Sumber Sekolah bagi sesi 2022/2023. Terdapat
beberapa perubahan ahli jawatankuasa PSS pada tahun ini.
4.2.2 Ahli Jawatankuasa/ penyelaras unit yang masih dikekalkan adalah unit Perpustakaan Cikgu
Norshazlen bt Salleh dan Guru Bimbingan dan Penyelaras TV PSS dipegang Cikgu Fadhlina
bt Alias.
4.2.3 Terdapat beberapa Ahli Jawatankuasa/Penyelaras unit yang ditukarkan. Antaranya adalah.
a) Unit ICT dipegang oleh CIkgu Alimin bin Abu Bakar
b) Unit Nilam dipegang oleh Cikgu Nor Asmalizah bt Khalib@Ismail
c) Unit Bilik BBM dan Bilik Tayang dipegang oleh Cikgu Nur Amiza bt Yusof
d) Unit Bilik SAL dipegang oleh Cikgu Kartina bt Yusof,
e) Unit Google Classroom dipegang oleh Cikgu Omar bin A.Zamani
f) Unit TV PSS dipegang oleh Cikgu Ahmad Zulfadhli bin Taib dan Cikgu Munirah bt Ismail.

Makluman

4.3 Perancangan Program PSS dan Unit PSS Sesi 2022/2023

4.3.1 Terdapat beberapa perancangan telah dirancang untuk tahun 2022 ini.
4.3.2 Antara perancangan aktiviti di bawah program Pusat Sumber sekolah adalah seperti berikut:-

Bil Aktiviti Cadangan Tarikh


1. Orientasi Murid Tahun 1 April 2022
2. Watikah Pelantikan PPS 2022 April 2022
3. Kem Kepimpinan Muda Pengawas PSS April 2022
4. Program Galakan Peminjaman Buku Mac – Jun 2022
5. Program Pelancaran Nilam April 2022
6. Pemilihan Tokoh Nilam Jun – Ogos 2022
7. Program Pameran Bertema 2022 (Bersama Panitia) Mac – November 2022
8. Sudut Nilam Di Dalam Kelas Mac - Jun 2022
9. Kempen Galakan Membaca Peringkat Sekolah April 2022
10. Pencarian Wartawan TV PSS Mac – Jun 2022
11. Projek Keceriaan PSS Mac – Nov 2022
12 Program Bulan Kemerdekaan (Bersama Panitia Sejarah) Ogos 2022
4.3.3 Perancangan Unit ICT

3
4.3.3.1 Antara perancangan yang telah dirancang oleh unit ICT adalah khidmat bantu ICT
dimana guru-guru akan didedahkan dengan penyelenggaraan perisian dan perkakaksan
ICT. Program ini akan dijalankan sepanjang tahun.
4.3.3.2 Perancangan seterusnya adalah Servis Peranti cerdik dimana program ini dijalankan bagi
memastikan peranti sentiasa dalam keadaan yang baik dan boleh berfungsi.
4.3.3.3 Dua program akan dijalankan yang melibatkan semua murid tahap 2 iaitu pertandingan
ICT dan Mahir Robotik akan dijalankan pada bulan Jun hingga Ogos 2022.
4.3.3.4 Satu program untuk Pengawas ICT telah dirancang iaitu Celik ICT bagi mendedahkan
pengawas ICT kepada kemahiran ICT sepereti kemahiran asas penggunaan komputer
dan perisian.
4.3.3.5 Sekolah akan menerima 21 buah komputer riba bagi kegunaan guru-guru dalam
pengajaran dan pembelajaran.

Tindakan : Penyelaras Unit ICT

4.3.4 Perancangan Unit Perpustakaan


4.3.4.1 Unit Perpustakaan telah merancang beberapa aktiviti. Antaranya, mengadakan
gotong-royong bagi mengemaskini bilik perpustakaan dan menceriakannya. Dijangka
aktiviti ini diadakan pada bulan Mei.
4.3.4.2 Unit Perpustakaan juga merancang untuk mewujudkan Sudut Bacaan Bermaklumat di
dalam bilik perpustakaan. Di sudut itu akan diletakkan beberapa bahan-bahan yang
penting dab bermaklumat bagi menyebarkan ilmu kepada murid-murid.
4.3.4.3 Pendaftaran buku-buku baharu akan dijalankan selepas menerima buku-buku
tersebut di dalam stok pendaftaran dan seterusnya daftar buku tersebut dii dalam
sistem S-LIB.
4.3.4.4 Seterusnya Unit Perpustakaan akan menjalankan kempen galakan pinjaman buku
bagi murid-murid dan guru-guru.
4.3.4.5 Unit Perpustakaan boleh melatih beberapa pengawas pusat sumber bagi membantu
dalam peminjaman buku.
Tindakan : Penyelaras Unit Perpustakaan

4.3.5 Perancangan Unit Bilik BBM


4.3.5.1 Penyelaras bilik BBM merancang untuk membuat keceriaan di dalam bilik BBM
tersebut.
4.3.5.2 Buku rekod penggunaan bahan BBM juga akan disediakan dan diserahkan kepada
setiap panitia untuk mendapatkan maklumat BBM bagi setiap panitia.
4.3.5.3 Bahan-bahan yang terdapat di dalam bilik BBM kebanyakkannya dari panitia
sejarah. Untuk panitia lain, bahan-bahan BBM disimpan oleh panitia masing-masing.

Tindakan : Penyelaras Unit Bilik BBM

4.3.6 Perancangan Unit Bilik Tayang


4.3.6.1 Seperti tahun sebelum ini, penyelaras bilik tayang merancang untuk mengadakan
gotong royong bagi mengemaskini dan membuat keceriaan di dalam bilik tayang.
4.3.6.2 Sebuah LCD dan smartboard telah pasang di bilik tayang bagi kegunaan guru-guru
dalam menyampaikan pengajaran dan pembelajaran.
4.3.6.3 Televisyen dan Kampus Astro di dalam bilik tayang berfungsi dengan baik. Oleh itu
penyelaras bilik tayang merancang untuk membuat aktiviti yang boleh
menggalakkan penggunaan bilik tayang dalam pengajaran dan pembelajaran.

4
Tindakan : Penyelaras Unit Bilik Tayang

4.3.7 Perancangan Unit SAL


4.3.7.1 Bilik SAL telah dipindahkan ke bilik kecil di sebelah bilik tayang.
4.3.7.2 Bilik SAL tersebut akan diletakkan bahan-bahan panitia Bahasa Inggeris dan murid-
murid boleh menggunakan bilik tayang untuk sesi pengajaran dan pembelajaran.
4.3.7.3 Satu gotong-royong akan dijalankan bagi menceriakan bilik berkenaan dan
mengemaskini bahan-bahan yang terdapat di dalam bilik tersebut.

Tindakan : Penyelaras Unit Bilik SAL

4.3.8 Perancangan Unit Nilam


4.3.8.1 Antara perancangan yang telaqh dirancang oleh Unit NIlam adalah Pelancaran Nilam
yang akan dijalankan pada bulan Mei bersama dengan Pelancaran Program Kempen
Galakan Membaca.
4.3.8.2 Program seterusnya adalah Pemilihan Tokoh NIlam (BM dan BI) di kalangan semua
murid yang akan bermula pada bulan Mei dan seterusnya program Pemilihan
Program Tokoh Nilam 2022/2023 pada bulan Oktober 2022.
4.3.8.3 Satu taklimat berkaitan tentang Nilam akan dijalankan bagi menyampaikan maklumat
berkaitan dengan Nilam kepada semua murid dan guru.
4.3.8.4 Pada tahun ini, Program Bulan Membaca akan dijalankan pada bulan Jun yang
melibatkan semua warga sekolah bagi menarik minat membaca.
4.3.8.5 Bagi menarik minat membaca dan merekodkan bacaan Nilam, program pembaca
terbanyak bulanan akan dijalankan.
4.3.8.6 Unit Pusat Sumber akan menyediakan “Book Panda” dimana PSS akan memberikan
pinjaman buku-buku kepada kelas-kelas dan diletakkan di dalam bekas/kontena. Guru
kelas dipertanggungjawabkan dalam menjaga buku-buku berkenaan kerana buku-
buku ini akan dikumpul semula setiap 2 minggu.

Tindakan : Penyelaras Unit Nilam

4.3.9 Perancangan Unit Google Classroom


4.3.9.1 Antara aktiviti yang telah dirancang oleh unit Google Classroom adalah kursus
Delima siri 2 untuk guru-guru. Tarikh kursus ini masih belum ditetapkan dan akan
diberitahu selepas mendapatkan jemputan daripada Cikgu Riduan . Kursus ini
diadakan bagi memberikan penerangan yang lebih terperinci bagi penggunaan
google classroom atau akaun Delima. Kursus ini hendaklah dijalankan sebelum
bulan Jun 2022.
4.3.9.2 Satu bengkel google classroom juga akan dijalankan untuk murid-murid dalam
menggunakan akaun Delima di dalam pengajaran dan pembelajaran.
4.3.9.3 Cikgu Bustamam mencadangkan agar membuat latihan/kursus Delima kepada
guru-guru bagi memastikan guru sentiasa menggunakan akaun delima dalam
pengajaran mereka.

Tindakan : Penyelaras Unit Google Classroom

5
4.3.10 Perancangan Unit MBMMBI
4.3.10.1 Antara perancangan unit MBMMBI adalah program bersama panitia Bahasa Melayu
dan Bahasa Inggeris. Unit MBMMBI perlu melibatkan diri dalam aktiviti panitia
berkenaan.
4.3.10.2 Selain itu, penyelaras Unit MBMMBI akan memastikan sudut MBMMBI sentiasa dalam
keadaan kemas dan dikemaskini.
4.3.10.3 Rekod penggunaan MBMMBI juga hendaklah sentiasa dikemaskini dan direkodkan
sebarang bahan yang digunakan.

Tindakan : Penyelaras Unit MBMMBI

4.3.11 Perancangan Unit TV PSS


4.3.11.1 Perancangan Unit TV PSS adalah mencari pengacara atau wartawan dari kalangan
murid-murid.
4.3.11.2 Di dalam unit TV PSS terdiri daripada Unit SVG dan Unit Bimbingan dan Kaunseling.
Unit-unit ini boleh bergabung dalam membangunkan dan mengaktifkan unit TV PSS.
4.3.11.3 Unit ini juga diharapkan dapat mencungkil bakat murid dan dapat melahirkan murid
yang berpotensi seperti dapat menerangkan tentang sekolah kepada orang ramai.

Tindakan : Penyelaras Unit TV PSS

4.4 Kewangan PSS 2021

4.4.1 Peruntukan kewangan (PCG) pada tahun 2022 adalah sebanyak RM 5809.64.
4.4.2 Antara Anggaran Belanja Mengurus (ABM) bagi Pusat Sumber pada tahun 2022 adalah seperti
berikut :-
a) Pembelian buku - 70%
b) Penyelenggaraan dan alat tulis - 10%
c) Aktiviti/Program - 20%

4.4.3 Bagi unit-unit di bawah PSS bolehlah menyenaraikan bahan-bahan yang diperlukan bagi
melaksanakan aktiviti berkaitan dengan unit masing-masing.
Makluman
Tindakan : GPM dan Penyelaras Unit

4.5 Pengawas Pusat Sumber Sekolah Sesi 2022/2023

4.5.1 Pengawas Pusat Sumber Sekolah yang dilantik pada tahun 2022 adalah seramai 40 orang
yang terdiri daripada murid tahun 3 hingga tahun 6.
4.5.2 Pemilihan pengawas Pusat Sumber Sekolah pada tahun ini atas perbincangan bersama guru
kelas murid berkenaan dan membuat sesi temuramah.
4.5.3 Selain itu juga, pemilihan pengawas PSS ini dibuat berdasarkan beberapa kriteria seperti
personaliti penampilan, berdisiplin, sahsiah dan berkarisma.
4.5.4 Waktu bertugas bagi Pengawas Pusat Sumber sekolah adalah pada waktu rehat (9.45 – 10.45
pagi) secara bergilir-gilir.
4.5.5 Pengawas Pusat Sumber akan diberikan latihan untuk memproses buku-buku yang ada di
dalam Perpustakaan serta penggunaan S-LIB untuk proses peminjaman dan pemulangan
buku.
Makluman
Tindakan : GPM

6
5 HAL-HAL LAIN

5.1 Ucapan penangguhan.


Mesyuarat mengambil maklum :

5.1.1 Cikgu Bustamam memohon unit PSS untuk membantu Unit SPBT/BOSS dimana unit
SPBT dicalonkan dalam Pertandingan Bilik BOSS peringkat Kebangsaan yang mewakili
Negeri Terengganu.
5.1.2 Setiap unit di bawah pusat sumber hendaklah menyediakan sebuah fail bagi mengisi
segala maklumat berkaitan dengan unit masing-masing dan fail tersebut perlulah sentiasa
dikemaskini.
5.1.3 Setiap aktiviti yang dirancang hendaklah menyediakan kertas kerja dan selepas program
tersebut dijalankan, hendaklah menyediakan laporan aktiviti.
5.1.4 Panitia Bahasa Inggeris akan mengadakan Enlish Week pada 16 – 19 Mei 2022 dan akan
menggunakan pusat sumber bagi menjalankan aktiviti tersebut.

PENUTUP

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 3.30 Petang

Penyediaan oleh : Disemak oleh :

…………………………….... ………………………………………
(RUMAIZAH BT AB AZIZ) (MOHD BUSTAMAM ALLADDIN BIN SULONG
Setiausaha PK Pentadbiran
Sk Telok Kalong SK Telok Kalong

You might also like