Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 2

LAPORAN LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE KAMPUNG

BUDAYA KUCHING, SARAWAK 2023

Pada tanggal 25 September 2023 iaitu pada hari Rabu yang lalu, saya dan
rakan sekelas Persatuan Bahasa Melayu seramai 21 orang telah
mengadakan Lawatan Sambil Belajar ke Kampung Budaya Kuching,
Sarawak.

Kami terlebih dahulu telah mengadakan satu mesyuarat bagi melantik ahli
jawatankuasa untuk Lawatan Sambil Belajar ini bagi memudahkan perjalanan
kerja kami. Semasa perlantikan ahli jawatankuasa dilaksanakan, saya telah
diberi kepercayaan oleh rakan-rakan sekelas untuk menggalas
tanggungjawab sebagai AJK aktiviti bersama rakan yang lain iaitu Saudara
Muhammad Tajuddin bin Ja’afar Ali, Saudari Diana Lau Chung Ying dan
Saudari Blondigel Ansley. Semasa mesyuarat pemilihan tersebut diadakan
juga, kami telah membuat pembahagian tugas dan AJK aktiviti juga telah
menentukan aktiviti-aktiviti yang bakal dilaksanakan sepanjang lawatan
tersebut kelak. Di samping itu, kami juga telah berbincang tentang perihal
bajet yang ingin dikumpul untuk membayar yuran masuk ke Kampung
Budaya.

Semasa lawatan ke Kampung Budaya berlangsung, AJK aktiviti telah


membahagikan tugas kepada setiap kumpulan untuk melaksanakan aktiviti
yang sepatutnya dilakukan oleh ahli-ahli dalam kumpulan tersebut. AJK
aktiviti telah meminta setiap kumpulan melaksanakan aktiviti menangkap
gambar untuk dijadikan sebagai bahan dokumentari dalam kumpulan
masing-masing. Di samping itu, AJK aktiviti juga telah berurusan dengan
pihak Kampung Budaya untuk melihat persembahan yang diadakan di sana.

Setelah selesai program tersebut, AJK aktiviti telah meminta semua ahli
dalam setiap kumpulan untuk menghasilkan sebuah video berbentuk
dokumentari berkenaan dengan lawatan ke Kampung Budaya. Tujuan
menghasilkan video ini adalah untuk mengadakan aktiviti tayangan video
selepas lawatan ini dilaksanakan.Lawatan Sambil Belajar ini telah berakhir
pada jam 3.30 petang.
Disediakan oleh,
Pugalyaa
(PUGALYAA RAVICHANDRAN)
Setiausaha ,
Persatuan Bahasa Melayu,
Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Chan Wa.

You might also like