Hadi

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

LATIHAN PEMAHAMAN 2

Hadi : Selamat pagi.

En. Ali : Selamat pagi, sila duduk.

Hadi : Terima kasih. Jika tidak keberatan bolehkah saya menemu ramah Encik Ali?

En. Ali : Boleh, apa salahnya.

Hadi : Sebelum melanjutkan pertanyaan, saya ucapkan tahniah atas kejayaan Encik Ali mendapat tempat pertama dalam pertandingan perisian
komputer. Kejayaan tersebut telah menaikkan nama Malaysia di peringkat antarabangsa.

En. Ali : Terima kasih. Saya tidak menduga kejayaan saya itu telah mendapat liputan yang meluas oleh akhbar di Malaysia.

Hadi : Hal ini demikian kerana inilah kali pertama anak Malaysia berjaya dalam pertandingan perisian komputer yang dianjurkan oleh Micro
Software Inc yang terkenal itu. Saya difahamkan Encik Ali ialah pelajar tahun akhir dalam bidang perisian komputer di Universiti London. Sebelum itu
di manakah Encik Ali belajar?

En. Ali : Selepas SPM saya terus mendapat tempat di ITM, Shah Alam. Saya belajar sehingga mendapat diploma dalam bidang komputer. Selepas itu
baharulah saya melanjutkan pelajaran di luar negara.

Hadi : Berbalik kepada perisian yang direka cipta Encik Ali, apakah nama perisian itu dan tujuan perisian itu?

En. Ali : Perisian itu namanya Solve 2000 dan ia direka untuk mengatasi masalah pepijat tahun 2000. Pada tahun itu semua komputer dan alat-alat
seperti pemain VCD dan mesin basuh tidak dapat bekerja lagi kerana tidak dapat ‘membaca’. Hal ini berlaku kerana kebanyakan komputer
telah disetkan tarikh sehingga tahun 1999 sahaja.

Hadi : Setahu saya sudah terdapat banyak perisian di pasaran untuk mengatasi masalah pepijat tahun 2000 itu, jadi apakah kelebihan
perisian yang direka oleh Encik Ali ini?

En. Ali : Kebanyakan perisian itu mahal harganya sedangkan perisian ciptaan saya ini murah dan mudah digunakan. Perisian ini juga berupaya
mengenali komputer yang menghadapi masalah pepijat tahun 2000 dan mengubah tarikhnya supaya komputer dapat berfungsi. Walau
bagaimanapun perisian ini hanya untuk komputer sahaja bukan alat-alat elektrik yang lain.

Hadi : Bolehkah Encik Ali menerangkan kesan pepijat tahun 2000 itu terhadap kehidupan kita?

En. Ali : Sekarang ini kita banyak bergantung kepada komputer. Misalnya kita boleh mengambil wang di bank dengan menggunakan kad sahaja. Kita
menggunakan pelbagai perisian untuk menulis, membuat graf, membina data, melukis dan sebagainya. Kita juga boleh menghantar surat elektronik
atau berhubung dengan kawan menggunakan komputer. Semua hal itu dilakukan dengan menggunakan perisian-perisian tertentu. Seperti yang saya
katakan tadi, kebanyakan perisian itu boleh membaca hingga tahun 1999 sahaja, jadi pada 1 Januari 2000 komputer tidak dapat lagi berbuat
demikian kerana tarikh sudah berubah. Inilah yang dikatakan pepijat tahun 2000 itu. Jadi, apabila komputer tidak dapat berfungsi tentulah banyak
kesan buruknya.

Hadi : Sebelum saya berundur, pertanyaan saya yang akhir ialah adakah semua alat elektrik menghadapi masalah pepijat tahun 2000 ini?

En. Ali : Oh, tidak! Hanya alat elektrik yang boleh kita jangkakan masa ia akan berfungsi akan terlibat. Misalnya mesin perakam pita video, apabila
kita hendak merakamkan sesuatu program dari televisyen kita tentukan waktu dan tarikh mesin itu befungsi. Alat seperti ini dan keluaran yang lama
akan menghadapi masalah pepijat tahun 2000.

Hadi : Maksudnya, komputer dan perisian keluaran lama akan menghadapi masalah yang sama?

En. Ali : Ya, begitulah.

Hadi : Saya berundur dulu dan lagi sekali tahniah dan terima kasih.

En. Ali : Sama-sama.

1. Siapakah Hadi?

A Penemu ramah
B Pemberita
C Pelajar universiti
D Pelajar ITM

2. Perkataan ‘liputan’ dalam petikan di atas bermaksud

A laporan
B perbincangan
C perbahasan
D sanjungan

3. Berikut ialah maklumat yang salah tentang diri Encik Ali?

A Beliau bekas pelajar ITM


B Beliau kini belajar dalam negeri dalam bidang komputer
C Beliau telah mereka cipta perisian Solve 2000
D Beliau telah mengangkat nama Malaysia di mata dunia
LATIHAN PEMAHAMAN 2
4. Mengapakah komputer keluaran lama tidak dapat berfungsi pada 1 Januari 2000?

A Kerana komputer itu dijangka rosak secara tiba-tiba


B Kerana komputer itu tidak dapat membaca pada tarikh berkenaan
C Kerana komputer itu dapat membaca selepas tarikh 1999
D Kerana komputer itu tidak dipasang perisian rekaan Encik Ali

5. Masalah pepijat tahun 2000 akan berlaku kepada

A komputer dan alat-alat elektrik keluaran lama


B komputer, perisian lama serta beberapa alat elektrik
C perisian dan komputer yang baru dikeluarkan sahaja
D semua jenis komputer dan mesin perakam video

55, Jalan Ali 2/8,


Taman Dahlia,
83200 Kota Tinggi,
Johor.
18 Ogos 2006.
Menemui sahabatku, Hilmi. Semoga saudara berada dalam keadaan sihat walafiat.
Saudara,
Terima kasih kerana menceritakan pengalaman saudara tentang majlis perkahwinan abang saudara yang diadakan di Resort Ayer Keroh baru-baru
ini. Saya turut berasa bangga kerana Perbadanan Pelancongan Negeri Melaka memilih abang saudara dan pasangannya sebagai model adat
istiadat perkahwinan Melayu. Tentu ramai pelancong asing hadir untuk menyaksikan majlis yang penuh tradisi itu.
Saya juga ingin menceritakan pengalaman menarik saya. Seminggu yang lalu saya dan keluarga telah melawat rumah panjang suku kaum Iban di
Sarawak. Mereka tinggal di rumah panjang
sejak beratus-ratus tahun dahulu. Penghuni rumah panjang terdiri daripada beberapa keluarga
dan diketuai oleh Tuai Rumah.
Rumah panjang terbahagi kepada beberapa petak. Satu petak untuk sebuah keluarga. Di dalam petak pula terdapat beberapa buah bilik, dapur,
ruai dan tanju. Tanju digunakan untuk menjemur hasil tanaman seperti padi, lada hitam dan hasil hutan lain. Ruai pula ialah tempat
berlangsungnya upacara perkahwinan, kematian dan acara rasmi lain.
Pengalaman melawat rumah panjang tidak mungkin saya lupakan sepanjang hidup saya. Itu sajalah yang dapat saya coretkan buat kali ini. Semoga
berjumpa di lembaran lain.
Sekian wassalam.
Sahabatmu,
Mira
6. Di manakah Hilmi tinggal?
A Kota Tinggi, Johor
B Sarawak
C Melaka
D Resort Ayer Keroh

7. Pada pendapat kamu, mengapakah Resort Ayer Keroh dipilih untuk mengadakan majlis perkahwinan itu?
A Kerana abang Hilmi sukakan tempat itu.
B Kerana tempat itu menjadi tumpuan pelancong asing.
C Kerana tiada tempat lain lagi.
D Kerana tempat itu kediaman keluarga Hilmi.

8. Frasa “Semoga berjumpa di lembaran lain” menunjukkan


A Mira dan Hilmi sering berutus surat.
B Mira ialah bekas rakan sekolah Hilmi.
C Mira dan Hilmi mempunyai tali persaudaraan.
D Mira ialah bekas jiran Hilmi.

9. Apakah pekerjaan utama suku kaum Iban yang tinggal di rumah panjang itu?
A Nelayan
B Peneroka
C Pegawai Kerajaan
D Petani

10. Jika ada pelancong asing yang datang melawat rumah panjang, di manakah majlis sambutan pelancong itu akan diadakan?
A Di petak Tuai Rumah
B Di ruai
C Di tanju
D Di bilik tamu

You might also like