Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

TEMA

Novel yang saya pelajari ialah Destinasi Impian karya Mohd.Ismail Sarbini.
Tema yang telah ditetapkan dalam novel ialah kegigihan mengharungi cabaran.
Antara contohnya ialah, Firaus menghadapi cabaran mengayuh basikal
dalam keadaan penat . Semasa perjalanan, Firdaus berasa menyesal menyertai
rancangan Johari dan Azlina. Namun, apabila Firdaus teringat cabaran datuk
untuk berbasikal dari bandar Klang ke Pantai Morib, Firdaus yakin mampu
melakukan kayuhan sejauh 50 kilometer.
Selain itu, Johari menghadapi cabaran apabila terpaksa menyelesaikan
perbalahan antara Firdaus dan Azlina. Konflik antara mereka berdua telah
menimbulkan perasaan marah serta suasana sindir-menyindir dan tengking-
menengking. Bagaimanapun, Johari sebagai sepupunya yang lebih matang
sentiasa sabar dan bijak menghadapi kerenah adik sepupunya itu.
Akhir sekali, Azlina menghadapi cabaran sikap abangnya yang suka mengeluh
dan selalu meyalahkan Azlina. Tetapi bagi Azlina dan Johari pula, ekspidisi ini
adalah untuk mengubah Firdaus supaya menjadi seorang lelaki yang sejati kerana
dia bersifat. Peristiwa tersebut telah berjaya mematangkan Firdaus setelah dia
memperoleh pengajaran yang banyak sepanjang ekspidisi menuju ke
destinasi impian mereka

PERSOALAN
Novel yang saya pelajari ialah Novel Destinasi Impian katya Mohd Ismail
Sarbini. Persoalan yang telah ditetapkan ialah kegigihan dalam menghadapi
dugaan dan cabaran yang mendatang. Contohnya, Johari, Firdaus dan Azlina
berdepan pelbagai dugaan sepanjang ekspedisi mengayuh basikal.
Selain itu, ekspedisi berbasikal yang penuh dengan cabaran pelbagai
merupakan analogi terhadap kehidupan kita yang sebenar. Contohnya, melalui
ekspedisi berbasikal itu, Azlina, Johari dan Firdaus terpaksa menenpuh pelbagai
cabaran sehingga menimbulkan pelbagai konflik.
Akhir sekali, kepentingan memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa
kebangsaan. Contohnya, Azlina bersungut sambil mengambil gambar papa tanda
yang salah pengunaan bahasa Melayunya
LATAR MASYARAKAT
Novel yang saya pelajari ialah Destinasi Impian karya Mohd Ismail Sarbini.
Terdapat beberapa latar masyarakat yang telah ditetapkan dalam novel tersebut.
Antaranya ialah masyarakat yang aktif bersukan. Contohnya, Azlina suka
mengajak Firdaus iaitu abangnya berjoging. Manakala Johari sering suka
berbasikal dengan kawan-kawannya.
Selain itu, terdapat masyarakat yang penyabar dalam novel tersebut. Johari
bersabar melayan kerenah Firdaus yang tidak henti-henti ingin membatalkan
ekspedisi berbasikal yang disertainya. Bahkan sepanjang ekspedisi tersebut, Johari
bersabar dengan Firdaus yang sering bergaduh dengan adik perempuann Azlina.
Di samping itu ialah masyarakat yang berani menyahut cabaran demi
mempetingkatkan keupayaan diri. Contohnya, Johari, Azlina dan Firdaus berani
menyahut cabaran datuk mereka untuk berbasikal dari Bandar Klang ke Pantai
Morib.
WATAK DAN PERWATAKAN
JOHARI
Novel yang saya pelajari ialah Destinasi Impian karya Mohd Ismail Sarbini. Terdapat
beberapa perwatakan watak utama iaitu Johari dalam novel ini. Perwatakan bagi watak utama
Johari yang telah ditetapkan ialah Penyabar. Perwatakan ini dapat dilihat apabila Johari
menggunakan bahasa yang sopan ketika bercakap dengan sesiapa sahaja. Selain itu, Johari juga
seorang yang setia kawan. Contohnya, Johari sering berbasikal dengan kawan-kawan
sekampusnya.Akhir sekali, Johari seorang yang bertanggungjawab. Contohnya, Johari
membantu Azlina yang terjatuh dan terluka kerana terbabs ke bahu jalan.
FIRDAUS
Novel yang saya pelajari ialah Destinasi Impian karya Mohd Ismail Sarbini. Terdapat
beberapa perwatakan watak utama iaitu Firdaus dalam novel ini. Perwatakan bagi watak utama
Firdaus yang telah ditetapkan ialah keperempuanan. Perwatakan ini dapat dilihat apabila
Firdaus lelaki yang pandai menjahit, menyulam dan memasak. Selain itu, Firdaus juga seorang
yang cepat marah. Contohnya, Firdaus cepat marah apabila penat dan tertekan. Akhir sekali,
Firdaus seorang yang bangga diri. Contohnya, Firdaus berbangga dengan kejayaannya
mengayuh basikal dari Bandar Klang ke Pantai Morib,malah menyalahkan Azlina sebagai punca
mereka lewat tiba.

AZLINA
Novel yang saya pelajari ialah Destinasi Impian karya Mohd Ismail Sarbini. Terdapat
beberapa perwatakan watak utama iaitu Azlina dalam novel ini. Perwatakan bagi watak utama
Azlina yang telah ditetapkan ialah lasak dan aktif. Perwatakan ini dapat dilihat apabila Azlina
seorang olahragawati Sekolah Menengah Kapar. Selain itu, Azlina juga seorang yang pandai
berkata-kata. Contohnya, Azlina pandai mematahkan hujah atau kata-kata Firdaus. Akhir sekali,
Azlina seorang yang berani. Contohnya, Azlina menyahut cabaran datuknya untuk berbasikal
dari bandar Klang ke Pantai Morib.

MAZLINDA
Novel yang saya pelajari ialah Destinasi Impian karya Mohd Ismail Sarbini. Terdapat
beberapa perwatakan watak utama iaitu Mazlinda dalam novel ini. Perwatakan bagi watak
utama Mazlina yang telah ditetapkan ialah setia kawan. Perwatakan ini dapat dilihat apabila
Mazlinda menyertai rakan-rakannya menunggu ketibaan Firdaus di Pantai Morib. Selain itu,
Mazlinda juga seorang yang baik hati. Contohnya Mazlinda membelanja Firdaus minuman tin
sebagai hadiah atas kejayaannya. Akhir sekali, Mazlinda seorang yang berfikaran positif.
Contohnya Mazlinda kagum melihat Firdaus yang berperwatakan lembut mampu mengayuh
basikal sejauh 50 kilometer.

You might also like