Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 9

SOALAN PYP 2019 (SYARIAH 1)

Bahagian A (MUAMALAT)

1. Antara hikmah diharuskan Khiyar ialah member peluang dan masa kepada kedua
belah pihak untuk membuat pilihan dan berfikir lebih mendalam.

i. Sebutkan hadis berkenaan tempo Khiyar serta huraikan perselisihan


pendapat ulama tentang masa dan jumlah hari dalam konteks Khiyar syarat.

ii. Jumhur ulama berpendapat bahawa Khiyar 'Aib adalah harus. Nyatakan lima
syarat Khiyar 'Aib.

Jawapan:
1.
i. Dalil tempoh khiyar syarat, berdasarkan hadith Rasulullah 9Shall ahura ‘alaihi
wasallam”

Maksudnya: “Engkau berhak khiyar pada semua barang yang telah dibeli
selama tiga hari tiga malam”

(Riwayat Al Bahaiqi dan Ibu Majah)

Perselisihan ulama tentang penetuan masa khiyar:


1. Menurut pendapat Imam Hanafi, sekiranya akad jual beli dengan khiyar
syarat tidak dinyatakan lama masa atau tidak ditentukan masa tertentu
oleh penjual dan pembeli , maka akad jual beli mereka itu adalah fasid.
2. Menurut pendapat Imam Syafi’ie dan Hanbali, sekiranya akad jual beli
dengan khiyar syarat tersebut tidak ditentukan masa atau tidak ada jarak
masa tertentu antara penjual dan pembeli, maka jual beli khiyar syarat
tersebut adalah batal.
3. Menurut pendapat Imam Malik pula, jual beli dengan khiyar syarat tidak
perlu kepada penentuan masa tertentu walau bagaimana pun, menurut
pendapat Imam Maliki lagi, kadar dan lama masa khiyar syarat tersebut
mestilah dinilai dengan kebiasaan dan adat yang dilakukan dalam
masyarakat. (Mengikut kebiasaan)

Perselisihan Ulama Tentang jumlah hari:


1. Menurut pendapat Imam Hanafi dan sebahagian daripada pengikut
Syafi’ie lama masa khiyar tidak lebih daripada tiga hari.
2. Mengikut pendapat Hanbali dan sebahagian lagi Syafi’ie lama masa khiyar
syarat tersebut adalah mengikut persetujuan pembeli dan penjual,
walaupun lebih daripada tiga hari.
3. Mengikut pendapat Imam Malik, harus melakukan khiyar syarat dimana
jumlah hari mengikut keperluan antara penjual dan pembeli serta menilai
keadaan dan adat kebiasaan masyarakat serta berbeza mengikut jenis
barang. Contohnya buah tidak lebih sehari,pakaian dalam masa tiga hari,
jika ia besar seperti tanah, memerlukan masa khiyar lama sedikit iaitu 2
minggu atau sebulan dan seterusnya.

1.
ii. Syarat-syarat khiyar Aib
1. Khiyar aib adalah menjadi hak pembeli sekiranya jual beli itu bersifat
mutlaq yang mana penjual tidak mensyaratkan untuk bertangguhng
jawab ke atas kecacatan yang terdapat pada barangan yang dijual semasa
akad.
2. Mengembalikan barangan yang cacat hendaklah dengan segera menurut
adat kebiasaan, ini bererti kalau pembeli melambatakan barangan
tersebut pembeli tidak lagi berhak khiyar aib.
3. Kecacatan yang wujud pada barangan jualan sememangnya sedia ada
iaitu Aib Qadim.
4. Kecacatan pada barangan itu dianggap sebagai yang boleh menjejaskan
nilai barangan.
5. Mengikut adat, kecactan tidak sepatutnya wujud.
2. Jualan bertangguh atau berhutang (‫ )بيع االجل‬ada dua jenis iaitu jualan bertangguh harga (
‫)بثمن االجل البيع‬
dan Jualan bertangguh barangan (‫)البيع السالم‬.

i. Nyatakan definisi jualan Salam dan sebutkan tiga sahaja hikmah diharuskan jualan
Salam.

ii. Syarat sah pada akad jualan Salam kebanyakannya sama seperti jual beli biasa.
Namun begitu terdapatnya penambahan beberapa syarat lagi bagi mengelakkan
berlakunya penipuan dalam jualan tersebut. Berikan enam sahaja syarat tambahan
di dalam akad jualan Salam.

Jawapan:

2.
i. Dari segi bahasa
Menyerahkan harga bayaran terlebih dahulu.

Dari segi istilah


Menjual sesuatu barangan yang tidak dapat dilihat barangan tersebut semasa akad
jualan, barangan tesebut menjadi tangguhan penjual (Hutang Penjual)

Contoh
Ali membayar almari yang di tempah itu, Ali membayar secara tunai akan tetapi
almari itu tidak akan diberikan semasa akad dan ia akan ditangguhkan hari
pemberian almari tersebut.

Hikmah yang diharuskan jual beli ialah:


1. Pembeli akan mendapatkan barangan yang lebih sesuai mengikut kemahuan dan
kehendaknya.
2. Memberi kepuasan pada pelanggan (pembeli)
3. Meningkatkan daya kreativiti penjual dalam menyediakan barangan.
2.
ii. Syarat-syarat tambahan jualan salam ialah:
1. Hendaklah diterangkan dalam akad jualan salam,jenis,sifat-sifat khusus
(spesifikasi) barangan yang ditempoh.
2. Disebut dan dimaklumkan harga oleh penjual dan pembeli.
3. Ditentukan dengan jelas dalam akad kontrak. Salam waktu penyerahan barangan
tempahan.
4. Disebutkan dalam akad jualan salam tempat penyerahan barangan tempahan.
5. Harga pada urus niaga jualan salam hendaklah dibayar tunai kepada penjual
dalam majlis akad jual beli.
6. Akad jualan salam tidak ada padanya khiyar syarat.
4. Syarikat adalah satu bentuk kerjasama di antara dua orang atau lebih
dalam mengeluarkan modal bagi tujuan perniagaan.

i. Berikan maksud Syarikat 'Inan (‫ )عنان‬dan huraikan syarat-syarat bagi


ahli Syarikat dan modal Syarikat.

ii. Ulama berselisih pendapat tentang hukum jenis Syarikat Wujuh.


Nyatakan apakah yang dikatakan sebagai Syarikat Wujuh dan ulama
mazhab yang mengharuskan dan membatalkannya.

Jawapan:
4.
i. Syarikat Al’inan ialah Suatu akad di antara dua individu atau leboh berakad untuk
berkongsi dengan mereka sama-sama mengeluarkan modal untuk tujuan perniagaan
atau perusahan tertentu, keuntungan dan juga kerugian dari perniagaan tersebut
dibahagikan diantara ahli-ahli syarikat mengikut kadar modal (saham) masing-
masing.

Syarat-syarat ahli syarikat ialah:


4. Ahli syarikat hendaklah orang yang layak mentadbir atau mengurus harta, iaitu
berakal, baligh dan dengan kemahuanya tanpa paksaan. Tidak sah bersyarikat
bagi orang gila,bodoh,kanak-kanak dan orang yang dipaksa.
5. Ahli-ahli syarikat hendaklah terdiri daripada orang Islam,tidak sah bersyarikat
dengan orang yang bukan Islam kerana tidak dapat dipastikan bahawa mereka
tidak terlibat dengan aktiviti dan urusan pernigaan secara haram seperti adanya
unsur-unsur riba,judi atau gharar.

Syarat-syarat modal syarikat:


a. Modal dalam bentuk mata wang seperti wang,emas,perak,ringgit,rupiah dan
lain-lain mata wang yang diguna pakai.
b. Modal semua ahli syarikat hendaklah disatukan dicampur sebelum akad.

4.
ii. Syarikat Al Wujuh ialah satu akad di antara dua induvidu atau lebih yang mana salah
seorang daripada mereka merupakan orang yang terminal dan ternama (mashur dan
berpengaruh) dan dia menggunakan kedudukannya untuk memperolehi barangan
jualan secara berhutang daripada pihak pengeluar dan pembekal barangan
tertentu,kemudian barangan tersebut diurusniaga dan diperdagangakan oleh pihak
lain dan keuntungganya yang diperolehi dari barangan tersebut dibahagi antara
mereka.

Pendapat ulama dan hukumnya:


1. Menurut Mazhab Syafi’ie dan Maliki, cata syarikat Al Wujuh adalah tidak
diharuskan dan batal kerana ketiadaan modal yang dikeluarkan disamping
terdapat unsur gharar kerana tidak ada kerja yang tertentu yang ditetapkan
antara rakan kongsi.
2. Menurut Mazhab Hanafi dan Ahmad Hanbali, Syarikat Al Wujuh adalah harus
(sah).
Bahagian B: (MUNAKAHAT)

6. Wali merupakan salah satu rukun nikah. Dalam beberapa keadaan, hakim
diharuskan menjadi Wali perkanwinan.

a. Jelaskan keadaan yang mengharuskan hakim menjadi wali.


b. Sebutkan perempuan-perempuan yang haram dikahwini selama-lamanya
dengan sebab persemendaan dengan menyatakan dalil pengharamannya dari
al-Qur'an.

Jawapan:
6.
i. Hakim boleh menjadi wali dalam sesuatu keadaan yang
mengharuskan iaitu:
1. Wali di dalam tahanan dan tidak boleh dibuhungi sama
sekali.
2. Wali bersembunyi.
3. Wali ghaib dan tidak diketahui hidup atau mati atau di
mana ia tinggal.
4. Wali sedang dalam ihram dan tidak ada wali yang lain yang
sedarjat yang tidak di dalam ihram.
5. Wali berada di tempat yang jauh sekadar perjalanan yang
mengharuskan qasar sembahyang iaitu kira-kira enam
puluh batu dan tidak ada pula wali yang sedarjay dengan
wali yang jauh itu di tempat perempuan yang akan
dikahwini itu.

6.
ii. Perempuan yang haram dikahwini selama-lamanya dengan
sebab persemendaan ialah: -Ibu mentua sama ada dari
keturunan atau penyusuan.
1. Ibu tiri.
2. Menantu perempuan (ister anak), isteri cucu hingga ke
bawah.
3. Anak tiri dengan syarat sudah disetubuhi ibunya, jika
haram mengkahwinkan anak tiri itu, sama ada anak tiri
itu daru keturunan atau penyusuannya.
4. Pengharaman ke empat orang ini berdasarkan fireman
Allah Subhanahu wa ta’ala falam surah an insane ayat 23
yang

tafsirnya:
“Dan ibu-ibu kamu yang menyusukan kamy (Ibu susuan)
dan adik-beradik perempuan kamu yang susuan
termasuk anak-anak perempuan bagi adik-beradik lelaki
dan adik beradik perempuan daripada ibu susuan.
7. Salah satu rukun 'ila (‫ )إيالء‬ialah isteri yang disumpah.

i. Sebutkan dalil la dari hadis dan apakah langkah atau tindakan


isteri kepada suami yang meng'ilanya?

ii. Huraikan masalah di bawah ini;


1. Isteri yang dila itu sedang mengerjakan haji yang wajib.
2. Fatah meng'ila isterinya yang sedang dalam 'iddah rajiyyah.
3. Suami mengulang sumpah 'la beberapa kali dengan nit
menguatkan lagi sumpah yang pertama.

Jawapan:

7.
i. Sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam:

“Rasullullah shallallahu ‘alaihi wasallam telah bersumpah tidak mahu bersetubuh


dengan isterinya dan ia mengharamkan, ia jadikan yang haram itu halal dan ia
jadikan kifarat pada sumpahnya itu”

(Riwayat ibnu Majah)

Tindakan isteri kepada suami yang meng’ilanya:


i. Isteri hendaklah menunggu hingga empat bulan
ii. Jika suami yang meng’ila isterinya itu tidak juga menyetubuhinya semula
dalam empat bulan itu, maka isteri boleh membuat aduan kepada kadhi
meminta, supaya suami menyetubuhinya serta membayar kifarah
sumpahnya.
iii. Jika suami tidak juga mengendahkan tuntutan tersebut pihak isteri boleh
menuntut supaya suaminya mengugurkan talaq.
iv. Jika suami berdegil juga, tidak mahu menunaikan salah satu dari perkara
tersebut pihak qadhi berhak menggurkan talaq satu.

7.
ii.
1. Jika isteri itu di’ila ketika sedang mengerjkan haji yang wajib maka masa empat
bulan itu akan terputus dan masa ila itu akan dikira semula setelah isteri yang
di’ila itu telah selesai mengerjakan haji tersebut.

2. Fatah meng’ila isterinya yang sedang iddah raji’yeah maka masa empat bulan itu
akan dikira dari masa suami rujuk semula.

3. Sekiranya suami bermaksud dengan sumpah yang diulang-ulang itu hanya untuk
menguatkan lagi sumpah yang pertama kata-kata itu diakui dan diterima dengan
syarat ia mesti bersumpah, yang ia bermaksud seperti di atas, sekalipun diulang
sumpah itu pada tempat berlainan dan lama perantraan masa antar sumpah
pertama dan sumpah kedua yang berikutnya.
9. Salah satu perkara yang wajib dalam pernikahan ialah pemberian mahar atau mas
kahwin.

i. Fuqaha membahagikan mas kahwin kepada dua bahagian, jelaskan secara


terperinci.

ii. Bilakah mas kahwin itu wajib dibayar?

Jawapan:

9.
i. Fuqaha membahagikan mas kahwin kepada dua:
1. Mahar Mithil.
Mahar Mithil ialah mahar yang dinilai mengikut mas kahwin saudara-saudata
perempuan yang telah berkahwin lebih dahulu dan hendaklah dinilai sama
dengan mas kahwin keluarga yang paling dekat sekali, seperti
kakak,emak,saudara dan seterusnya di samping menilai keadaan peremluan
itu sendiri dari segi kecantikan,kekayaan,pelajaran dan sebagainya.

2. Mahar Mussama.
Mahar Musamma ialah mahar yang telah ditetapkan dan telah dipersetujui
oleh kedua-kedua belah pihak dengan tidak memandang kepada nilai mas
kahwin saudara-saudara perempuan itu.

9.
ii. Mas kahwin menjadi wajib atas suami sebaik sahaja akad nikah berlaku sama ada
mas kahwin disebut dalam akad dengan kadar tertentu atau sebaliknya. Jika
mereka bersepakat untuk menafikannya atau tidak menyebutkannya maka
persepakatan tersebut batal dan hukum mas kahwin tetap wajib.

You might also like