Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 23

PENYAKIT TUBERKULOSIS (TIBI)

DR MUHAMMAD SHAFIQ BIN SULAIMAN


UNIT TIBI/KUSTA, SEKSYEN KAWALAN PENYAKIT,
BAHAGIAN KESIHATAN AWAM
JABATAN KESIHATAN WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN
OUTLINE

• Pengenalan
• Cara Merebak
• Tanda & Gejala
• Langkah Pencegahan
• Rawatan
PENGENALAN | Apakah Tibi ?

➢ Penyakit Tibi adalah salah satu daripada penyakit berjangkit bawaan udara.

➢ Ia disebabkan oleh sejenis kuman yang dikenali sebagai Mycobacterium tuberculosis.

➢ Ianya boleh membawa maut jika tidak dikesan & tidak diubati.

➢ Penyakit Tibi boleh dirawat dengan rawatan anti-Tibi.

➢ Kebiasaannya menjangkiti paru-paru, tetapi ianya boleh juga menjangkiti mana-


mana bahagian tubuh badan yang lain.
SEJARAH PENYAKIT TIBI

 Penyakit yang tertua di dunia


 Serpihan tulang belakang mumia
di Mesir
 Wujud di Malaysia sejak tahun
1940-an lagi
Cara Merebak

▪ Kuman Tibi merebak melalui udara.

▪ Seseorang yang dijangkiti Tibi akan mengeluarkan berjuta-juta kuman Tibi


semasa batuk atau bersin.

▪ Kuman ini sangat ringan dan boleh terapung-apung di udara.

▪ Sesiapa yang berada dalam kawasan kuman terapung-apung ini


terdedah untuk dijangkiti Tibi.
Tanda & Gejala Penyakit Tibi

➢ Peringkat awal : Tidak bergejala (Tempoh pengeraman : 3 bulan – 2 tahun) Tibi Pendam
(Latent TB)
➢ Apabila gejala muncul :
➢ Batuk melebihi 2 minggu
➢ Batuk berdarah
➢ Kurang selera makan
➢ Susut berat badan Tibi Aktif
➢ Demam (Active TB)

➢ Berpeluh di waktu malam


➢ Bengkak kelenjar
➢ Susah bernafas
Langkah-Langkah Pencegahan Tibi

Individu

Persekitaran
Langkah-Langkah Pencegahan Tibi

PERSEKITARAN:

➢ Tempat kediaman & pekerjaan hendaklah dijaga dengan bersih.

➢ Mewujudkan pengudaraan yang baik.

➢ Buka semua tingkap di siang hari supaya terdapat pengaliran udara yang baik.

➢ Gunakan penapis udara HEPA (High-Efficiency Particulate Air).

➢ Elakkan tempat sesak.


Langkah-Langkah Pencegahan Tibi

INDIVIDU:

➢ Dapatkan pemeriksaan dan pengesahan Doktor sekiranya bergejala.

➢ Pesakit yang disahkan Tibi perlu melengkapkan rawatan Tibi sehingga sempurna
dan diisytihar sembuh oleh Pegawai Perubatan.

➢ Ahli-ahli keluarga dan sesiapa yang berdampingan dengan pesakit Tibi perlu
menjalani pemeriksaan lanjut.

➢ Amalkan etika batuk & guna pelitup muka sekiranya bergejala.

➢ Hindari aktiviti berisiko seperti merokok.


Langkah-Langkah Pencegahan Tibi
Langkah-Langkah Pencegahan Tibi
KAEDAH PENGESANAN TIBI

Pemeriksaan
kahak X-ray dada
KAEDAH PENGESANAN TIBI

- atau -
(bagi mengesan
TB pendam)
Mantoux test
IGRA test
RAWATAN TIBI

Rawatan Tibi Aktif (Active TB)

Rawatan Tibi Pendam


RAWATAN TIBI AKTIF (ACTIVE TB)

➢ WAJIB diambil oleh pesakit Tibi dibawah Akta Pencegahan & Kawalan Penyakit
Berjangkit 1988.
➢ Tempoh Rawatan : 6 bulan (minimum) meliputi dua fasa rawatan :
➢ Fasa Intensif (2 bulan)
➢ Fasa Sambungan (Maintenance) (4 bulan)
➢ Kunci kepada pemulihan daripada Tibi adalah dengan mematuhi rawatan yang
telah ditetapkan
RAWATAN TIBI AKTIF (ACTIVE TB)

DOTs – Directly Observed Therapy


➢ Pengambilan ubat anti-Tibi dengan disaksikan di hadapan penyelia.
➢ Bagi memastikan ubat diambil dengan betul setiap hari sehingga pesakit sempurna rawatan.
RAWATAN TIBI PENDAM

➢ Tujuan Rawatan :
Untuk mencegah TB pendam daripada bertukar menjadi TB aktif di kemudian hari.
➢ Tempoh rawatan : 3 bulan
PENGURUSAN KONTAK

▪ Penyebaran Tibi boleh berlaku dengan mudah apabila individu tinggal bersama dalam
tempoh masa yang lama di tempat tertentu seperti rumah, tempat kerja, atau asrama.
TERIMA KASIH

You might also like