Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

BENGKEL PEMERKASAAN FASILITATOR KURSUS KOKURIKULUM

BERKREDIT 2024
UPMKB – Pejabat Pengurusan Pelajar (PPL) Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu,
Sarawak telah berjaya menganjurkan Bengkel Pemerkasaan Fasilitator Kursus Kokurikulum
Berkredit pada selama 2 hari iaitu pada 11 & 12 Mei 2024. Bengkel ini telah dihadiri seramai
11 fasilitator dan 5 orang staf Pejabat Pengurusan Pelajar, UPMKB.

Bengkel yang berlangsung dari jam 8 pagi hingga 5 petang ini diadakan bertujuan untuk
meningkatkan lagi kemahiran fasilitator dalam mengendalikan kursus kokurikulum berkredit
di UPMKB serta memantapkan kemahiran Insaniah dalam diri pelajar.

Antara aktiviti yang dijalankan termasuk sesi ice breaking, pendedahan mengenai Prosedur
Pengurusan Kursus Kokurikulum Berkredit, Penulisan Surat Rasmi dan juga pendedahan
mengenai Protokol & Majlis Rasmi. Fasilitator yang terlibat juga diberikan demonstrasi bagi
mengatur Majlis Penutupan Bengkel. Peserta bengkel telah dipupuk untuk memahami konsep
kokurikulum berkredit serta mengembangkan teknik-teknik yang berkesan dalam
penyampaian maklumat kepada pelajar.

Bengkel ini merupakan langkah positif dalam meningkatkan kualiti pengajaran dan
pembelajaran di peringkat Universiti, serta menunjukkan komitmen UPMKB dalam
memperkasakan fasilitator untuk menyokong pelaksanaan kursus kokurikulum berkredit di
UPMKB dengan lebih efektif.

You might also like