Set 3

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

Modul Sentuhan Akhir - MUAR S2 2022

SET 3 (PECUTAN)
Bahagian A [15 markah]
Jawab semua soalan. Tulis jawapan dalam ruang yang disediakan.
1. Nyatakan empat pemangkin bagi memastikan matlamat teras strategik Wawasan
Kemakmuran Bersama 2030 dicapai. [4]
(a) ……………………………………………………………………………............................
(b) …………………………………………………………………………............................…
(c) ………………………………………………………………………….....................….......
(d) ………………………………………………………………………................................…

2. Berikan tiga agensi pembangunan wilayah yang ditubuhkan dalam Dasar Ekonomi Baru.
[3]
(a) …………………………………………………………………..…………………………
(b) ………………………………………………………………..……………………………
(c) ………………………………………………………………..……………………………

3. Nyatakan empat langkah diambil kerajaan Malaysia dalam mengoptimumkan sumbangan


sektor pertanian kepada ekonomi negara. [4]
(a) ……………………………………………………………………………............................
(b) …………………………………………………………………………............................…
(c) ………………………………………………………………………….....................….......
(d) ………………………………………………………………………................................…

4. Jelaskan dua tindakan yang diambil oleh Kerajaan Malaysia supaya kekal berdaya saing
di peringkat antarabangsa. [4]
(a) ……………………………………………………………………………............................
…………………………………………………………………………............................…
…………………………………………………………………………............................…
(b) ………………………………………………………………………….....................….......
………………………………………………………………………................................…
…………………………………………………………………………............................…

PAGE \* MERGEFORMAT 1
Modul Sentuhan Akhir - MUAR S2 2022

Bahagian B [20 markah]

Jawab satu soalan sahaja dalam bahagian ini. Jawapan hendaklah dibuat pada kertas graf.

5. Berdasarkan maklumat yang diberikan, sediakan carta yang sesuai untuk menunjukkan
jumlah kes ragut di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan negeri Selangor mengikut IPD
terpilih pada tahun 2009 dan 2011.

Jumlah kes ragut yang dilaporkan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) terpilih di
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan negeri Selangor semakin meningkat. Pelbagai usaha
dilakukan untuk membanteras jenayah dan mewujudkan persekitaran kehidupan yang
selamat.
IPD Dang Wangi di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mencatatkan jumlah kes
ragut sebanyak 99 kes pada tahun 2009 dan meningkat sebanyak 170 kes pada tahun 2011.
Sebanyak 432 jumlah kes ragut dilaporkan di IPD Brickfields pada kedua-dua tahun.
Daripada jumlah tersebut sebanyak 322 kes ragut dilaporkan pada tahun 2011.
Pada tahun 2009, insiden ragut di IPD Cheras mencatatkan sebanyak 80 kes dan
meningkat dengan ketara kepada 324 kes pada tahun 2011. Peningkatan kes ragut yang
drastik di IPD Brickfields dan IPD Cheras adalah kerana orang ramai kurang memberi
perhatian tentang peringatan dan Arahan pihak polis. Jumlah keseluruhan kes ragut pada
tahun 2009 adalah sebanyak 804 kes , dan daripada jumlah ini 21.90% adalah kes ragut
yang dilaporkan di IPD Sentul. Jumlah ini telah meningkat kepada 239 kes pada tahun 2011.
Sebanyak 224 kes ragut dikesan berlaku dan dicatatkan di IPD Shah Alam pada tahun
2011 dan telah meningkat sebanyak 25 kes berbanding tahun 2009. Pada tahun 2012, kes
ragut di Shah Alam, Selangor berkurang sebanyak 32 kes berbanding tahun 2011. Sebanyak
12.95% daripada jumlah keseluruhan 1583 kes ragut telah dikesan berlaku dalam kawasan
IPD Petaling Jaya, Selangor pada tahun 2011. Pada tahun 2009, kes yang direkodkan di IPD
Petaling Jaya ialah sebanyak 140 kes.
Kerjasama semua pihak amat diharapkan bagi mengatasi masalah jenayah jalanan di
negara kita. Suasana yang selamat demi kesejahteraan hidup rakyat perlu dipertingkatkan
seiring dengan hasrat menjadi sebuah negara maju.

(Sumber: Diubahsuai daripada Laporan Jenayah Ragut,


Jabatan Statistik PDRM 2011)

PAGE \* MERGEFORMAT 1
Modul Sentuhan Akhir - MUAR S2 2022

6. Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan graf yang
sesuai untuk menunjukkan kadar perubahan keluasan hutan terpilih pada tahun-tahun yang
dinyatakan.
Semenanjung Malaysia memang terkenal dengan pelbagai hutan yang terpelihara.
Walaupun pembangunan pesat berlaku, masih ada akta yang menghalang hutan daripada
terus diteroka. Hal demikian kerana hutan dipelihara dengan pelbagai tujuan seperti untuk
kesimbangan iklim dan untuk industri pelancongan.
Pada tahun 2012, keluasan hutan darat adalah sebanyak 4.35 juta hektar. Jumlah
keluasannya berkurangan sebanyak 0.19 juta hektar pada tahun 2016. Namun demikian
jumlah keluasannya mencatat 4.34 juta hektar pada tahun 2020.
Hutan paya gambut mencatat keluasan sebanyak 0.25 juta hektar pada tahun 2020.
Jumlah keluasan ni mencatat bacaan yang sama dengan tahun 2016. Namun demikian jumlah
ini berkurangan 0.01 juta hektar pada tahun 2012. Hutan paya gambut masih tidak mengalami
perubahan keluasan yang mendadak disebabkan faktor keselamatan untuk alam sekitar.
Keluasan hutan paya laut memang terbatas. Pada tahun 2012 keluasan yang dicatat
sebanyak 0.10 juta hektar. Keluasannya menokok sebanyak 0.01 juta hektar menjadi 0.11 juta
hektar pada tahun 2016. Namun begitu keluasannya merosot menjadi 0.09 juta hektar pada
tahun 2020. Hutan paya laut adalah hutan yang paling kecil keluasannya berbanding hutan
yang lain.
Ladang hutan mencatatkan peningkatan keluasan sepanjang 8 tahun. Pada tahun 2012
keluasannya adalah sebanyak 0.33 juta hektar. Keluasannya meningkat sebanyak 0.07 juta
hektar menjadi 0.40 juta hektar pada tahun 2016. Jumlah keluasannya terus meningkat
menjadi 0.42 juta hektar pada tahun 2020. Dasar kerajaan berjaya menambahkan keluasan
hutan tersebut.
Kepelbagaian hutan perlu dipelihara kerana hutan penting dalam memastikan
kelangsungan rantaian hidupan.

(Sumber: Disesuaikan daripada Jabatan Perhutanan


Semenanjung Malaysia, 2022)

PAGE \* MERGEFORMAT 1
Modul Sentuhan Akhir - MUAR S2 2022

Bahagian C [25 markah]

Jawab satu daripada tajuk di bawah ini dan tulis karangan yang panjangnya antara 300 hingga
350 patah perkataan. Calon hendaklah mengemukakan lima isi atau idea sahaja bagi karangan
yang dihasilkan.

7. Rukun Negara yang menjadi ideologi negara perlu dihayati dan diamalkan oleh rakyat
Malaysia. Jelaskan.

8. Penggunaan tenaga laser dapat memberikan banyak sumbangan dalam pelbagai


bidang. Bincangkan.

PAGE \* MERGEFORMAT 1

You might also like