Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Sekolah Menengah Kebangsaan Aminuddin Baki


Jalan Sekolah,
31200 Chemor, Perak Darul Ridzuan
Tel : 05-2011395
Fax : 05-2015142
KOD SEKOLAH : AEE2071
Email: aee2071@1bestarinet.yes.my

“PENDIDIKAN BERKUALITI,SEKOLAH UNGGUL,MURID HOLISTIK”


Ruj. Kami : SMKABC. 03/04 /4( )

Tarikh : 22 Jun 2023

Pengarah,
Suruhanjaya Syarikat Malaysia,
Menara Ssm Perak,
Jalan Basco Kepayang 1,
Basco Avenue @ Kepayang,
31400 Ipoh, Perak.

Tel: 05-241 6900 / 254 7913 / 253 3071

Tuan,
MEMOHON SUMBANGAN PENYAMAN UDARA DAN KOMPUTER KEPADA PUSAT
SUMBER SEKOLAH (PSS) SMK AMINUDDIN BAKI, CHEMOR
Perkara di atas adalah dirujuk.

PSS SMK Aminuddin Baki, Chemor dengan ini ingin memohon ehsan daripada Bank Rakyat
Cawangan Kuala Kangsar/ RXC Sungai Siput bagi mendapatkan 4 unit komputer terpakai.

2. Permohonan ini diperlukan bagi menggantikan komputer sedia ada yang terdapat di PSS yang
sudah tidak boleh digunakan lagi. Untuk makluman tuan, komputer-komputer tersebut
diperlukan untuk tujuan pengoperasian PSS khusus dalam aspek e-library, pendedahan mengenai
pencarian bahan dalam komputer kepada murid dan untuk pembelajaran.

3. Pihak sekolah sangat berbesar hati dan amat menghargai keprihatinan pihak bank atas
pertimbangan dan kerjasama kepada pihak sekolah.

4. Kami mengharapkan agar kerjasama ini dapat menjadi titik tolak kepada hubungan perniagaan
dan khidmat sosial yang memberi manfaat kepada kedua-dua pihak pada masa akan datang.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”


Saya yang menjalankan amanah,

(MARDZIYYAH BINTI HASSIM )


Pengetua

You might also like