Minit Mesy 1 P.moral2013

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN GEMBIRA

MINIT MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN MORAL BIL 1/ 2013

Tarikh : 16 Januari 2013

Hari : Rabu

Tempat : Bilik Kualiti

Masa : 1.30 petang

Kehadiran : . Cik Nur Ismalawati binti Ramli (KP Pendidikan Moral)

: Pn Lim Yoke Lian

: En Mohd Hafiz bin Ahmad

: En En Sahruddin bi Halil

: En Ngapan bin Hj Alias

:En Mohd Yusoff bin Jaafar

Turut Hadir : Pn Norkhatimah binti Mohd Sidek

: En Azman bin Ali

Tidak Hadir : Tiada

AGENDA MESYUARAT

1.0 KATA ALU-ALUAN PENGERUSI

Pengerusi Cik Nur Ismalawati binti Ramli mengucapkan terima kasih atas kehadiran semua guru
Pendidikan Moral dan meminta semua bekerjasama menjayakan aktiviti panitia sepanjang tahun 2013.

2.0 MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT BIL 2/2012

Minit mesyuarat disahkan oleh En Ngapan Alias dan disokong oleh En Mohd Hafiz.

3.0 BANGKITKAN MINIT MESYUARAT YANG LALU

Tiada

4.0 PERKARA YANG DIBINCANGKAN

4.1. Dasar Panitia

4.1.1. Cik Nur Ismalawati memberitahu bahawa semua guru yang mengajar Pendidikan
Moral mesti mengikut dasar yang telah ditetapkan. Antara dasar yang telahditetapkan ialah:

Setiap murid wajib mempunyai 1 buku latihan. Manakala guru perlu beri latihan kepada murid
mengikut dasar yang telah dipersetujui iaitu 10 soalan objektif dan 15 soalan struktur bagi setiap
bab yang diajar. Manakala bagi murid Tahun 1 hingga Tahun 3 pula, guru-guru wajib
memberikan penilaian berdasarkan standard prestasi yang telah ditetapkan.

Tindakan: Guru Pendidikan Moral

4.1.2 Cik Nur Ismalawati juga mengedarkan contoh Rancangan Pengajaran Harian bagi
silibus KBSR dan KSSR. Semua guru Pendidikan Moral diminta menggunakan format RPH yang
sama.

Tindakan: Guru Pendidikan Moral

4.2. Perancangan Aktiviti Panitia 2013

4.2.1 Pengerusi memaklumkan bahawa terdapat beberapa program yang akan di


kendalikan oleh panitia pendidikan Moral iaitu Program semasa Program Agama.

4.2.2 Selain itu, pengerusi juga memaklumkan bahawa terdapat beberapa program
Pendidikan Moral akan dilaksanakan semasa program agama berlangsung sepanjang bulan
Februari hingga November.Cadangan program adalah seperti berikut:

a)Pertandingan Mewarnakan Poster

b)Gotong-royong menceriakan bilik Pendidikan Moral

c) Tayangan Video Bertemakan Nilai Murni

d)Ceramah Keselamatan Jalan Raya

d)Ceramah Pendidikan Kesihatan

e)Ceramah Pengaruh Internet

Tindakan :Guru Pendidikan Moral

5.0 Hal-hal lain

5.1 Cik Nur Ismalawati binti Ramli memberitahu bahawa jadual penggubal soalan peperiksaan
telah disediakan dan guru-guru dikehendaki menyediakan soalan mengikut giliran yang telah ditetapkan.

5.2 Mesyuarat ditangguhkan pada 2.30 petang.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

………………………………………. ……………………………………..
(Cik Nur Ismalawati binti Ramli) (Pn Lim Yoke Lian)
Ketua Panitia Pendidikan Moral Guru Pendidikan Moral

You might also like