Set Kertas Ujian Pertengahan Sesi Akademik Bahasa Melayu Tahun 5 01

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 17

UJIAN PERTENGAHAN SESI AKADEMIK (UPSA)

2023
(TAHUN 5)

BAHASA MELAYU – PEMAHAMAN DAN PENULISAN (Set 1)

1¼ jam Satu jam lima belas minit

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI Untuk Kegunaan Pemeriksa

SEHINGGA DIBERITAHU
Nama Pemeriksa:
1. Kertas soalan ini mengandungi empat bahagian BAHAGIAN Markah Markah
utama: Bahagian A, Bahagian B, Bahagian C dan Nombor Soalan Penuh Diperoleh
Bahagian D.
A 1-10 10
2. Kamu dikehendaki menjawab semua soalan yang
disediakan dalam keempat-empat bahagian ini. 1 (a) 1

3. Bagi soalan objektif, setiap soalan diikuti oleh 1 (b) 2

empat pilihan jawaban, iaitu: A, B, C, D. Pilih
B 1 (c) 1
satu jawapan sahaja. Hitamkan petak jawapan
kamu pada kertas soalan tersebut. 1 (d) 1
4. Bagi soalan subjektif pula, jawab semua soalan 2 5
dalam ruang jawapan yang telah disediakan.
C 1 soalan 10
5. Serahkan kertas ujian yang sudah kamu tanda
dan jawab itu kepada guru yang bertugas pada
D 1 soalan 20
akhir ujian tersebut.
JUMLAH 50

Kertas peperiksaan ini mengandungi 11 halaman bercetak

SULIT 2

Bahagian A
[10 markah]

Soalan 1 hingga 3

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1. Batrisyia tersenyum puas kerana ________________ untuk bersekolah di sekolah ternama

iaitu Sekolah Seri Puteri akhirnya tercapai.

A igauan
B impian
C idaman
D kenangan

2. “Wahai, Hang Jebat! Sultan Mansor Syah mahu __________masuk mengadap baginda
sekarang juga,” kata Hang Tuah.

A beta
B patik
C hamba
D tuan hamba

3. Tujuan pertandingan bercerita itu diadakan ______ untuk mencungkil bakat murid-murid.

A ialah
B tidak
C bukan
D adalah

Cgu Hana © Modul Kertas [Lihat halaman sebelah

Ujian Peperiksaan Pertengahan Tahun 2023 (UPSA) SULIT
SULIT 3

Soalan 4 hingga 6

Baca petikan di bawah. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Gotong-royong ialah amalan tolong-menolong atau kerja bersama-sama tanpa mengira perbezaan
kaum, bangsa dan agama. Amalan bergotong-royong merupakan amalan yang mulia dan harus
dipupuk sejak kecil kerana ia banyak membawa kebaikan kepada kita.

Antaranya, amalan gotong royong dapat mengeratkan perpaduan dalam kalangan

masyarakat yang terdiri daripada berbilang kaum dan latar belakang. Melalui aktiviti gotong-
royong, kita dapat memahami dan menghormati adat dan budaya kaum lain tanpa menimbulkan
rasa syak wasangka dan curiga.

Selain itu, aktiviti gotong-royong juga dapat mempercepatkan dan mempermudahkan

kerja. Jika semua orang bersatu padu, maka kerja yang sukar atau berat akan menjadi senang dan
ringan. Di samping itu, aktiviti gotong-royong juga dapat mewujudkan pesekitaran yang bersih
dan ceria. Kawasan yang bersih dan ceria dapat mewujudkan kehidupan yang sihat dan sejahtera
untuk semua.

4. Amalan gotong-royong boleh mengeratkan perpaduan kerana ____________________.

A wujudnya pesekitaran yang bersih dan ceria.

B masyarakat hidup dalam keadaan sihat dan sejahtera.
C kerja-kerja dapat dijalankan dengan mudah dan cepat.
D masyarakat bekerjasama tanpa rasa prejudis terhadap perbezaan kaum dan bangsa.

5. “Jika semua orang bersatu padu, maka kerja yang sukar atau berat akan menjadi senang dan
ringan”

Peribahasa yang sesuai dengan pernyataan di atas ialah _________________________.

A bukit sama didaki, lurah sama dituruni

B ikut resmi padi, makin berisi makin menunduk
C berat mata memandang, berat lagi bahu memikul
D orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa

6. Pilih pernyataan yang tidak benar tentang amalan gotong-royong dalam petikan di atas.

A Mempercepatkan sesuatu kerja.

B Merapatkan hubungan masyarakat.
C Mendorong masyarakat menghormati antara satu sama.
D Menjadikan jurang perbezaan masyarakat menjadi lebih besar.

Cgu Hana © Modul Kertas [Lihat halaman sebelah

Ujian Peperiksaan Pertengahan Tahun 2023 (UPSA) SULIT
SULIT 4

Soalan 7 hingga 10

Baca maklumat dalam Bahan 1 dan Bahan 2 dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan
yang berikut.

Amira : Airin, cuba kamu lihat poster ini. Banyak sungguh tip bermanfaat yang boleh
kita praktikkan sebagai persediaan menghadapi banjir pada tahun ini.

Airin : Ya, Amira. Para penduduk taman perumahan kita juga dengarnya sudah mula
bersiap sedia sekiranya kawasan ini dinaiki banjir sekali lagi seperti tahun lalu.

Amira : Banyak peralatan elektrik dan kenderaan terjejas teruk akibat banjir yang
berlaku pada tahun lalu. Kita semua bernasib baik kerana tiada kemalangan
jiwa berlaku kerana ada sebahagian penduduk yang enggan berpindah ke Pusat
Perpindahan Sementara walaupun diarahkan oleh pihak berkuasa.

Airin : Saya setuju, Amira. Amaran pihak berkuasa kepada mereka seolah-olah seperti
mencurah garam ke laut. Saya harap mereka sedar yang sikap mereka telah
menyusahkan banyak pihak.

Cgu Hana © Modul Kertas [Lihat halaman sebelah

Ujian Peperiksaan Pertengahan Tahun 2023 (UPSA) SULIT
SULIT 5

7. “Tutup semua suis utama elektrik, injap utama bekalan air dan tong gas sebelum
meninggalkan rumah”

Penjodoh bilangan yang sesuai untuk perkataan bergaris di atas ialah ______________.

A sebidang
B sebuah
C seketul
D sekaki

8. Peribahasa “mencurah garam ke laut” dalam perbualan di atas mempunyai maksud yang
sama dengan peribahasa berikut kecuali ________________.

A bagai garam jatuh ke air

B bagai mencurah air ke pasir
C bagai menghitung bulu kambing
D bagai mencurah air ke daun keladi

9. Perkataan “terjejas” di dalam Bahan 1 dan Bahan 2 boleh digantikan dengan perkataan
berikut kecuali _________________.

A baik
B binasa
C terkesan
D terganggu

10. Pilih pernyataan yang benar tentang Bahan 1 dan Bahan 2 diatas.

A Kanak-kanak dilarang bermain air banjir atau longkang untuk mengelakkan daripada
lemas.
B Mangsa banjir tidak perlu risau untuk menghidupkan peralatan elektrik mereka yang
terendam di dalam banjir.
C Terdapat beberapa mangsa banjir yang terkorban semasa kejadian banjir di kawasan
perumahan Amira dan Airin pada tahun lalu.
D Para penduduk perlu berpindah ke Pusat Perpindahan Sementara sekiranya mendapat
persetujuan dari semua penduduk kawasan perumahan.

Cgu Hana © Modul Kertas [Lihat halaman sebelah

Ujian Peperiksaan Pertengahan Tahun 2023 (UPSA) SULIT
SULIT 6

Bahagian B
[10 markah]

Baca berita di bawah dengan teliti, kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya.

KANAK-KANAK SEKOLAH NYARIS MENJADI MANGSA PENCULIKAN

TUMPAT, 20 Mac - Penduduk di sini gempar dengan kejadian dipercayai cubaan menculik
seorang kanak-kanak lelaki sebuah sekolah kebangsaan di kawasan berkenaan selepas
rakaman video kejadian itu tular di laman media sosial. Dalam video itu, seorang lelaki
dilihat berjalan laju sambil mendukung kanak-kanak yang sedang menangis sambil
meronta-ronta.

Orang ramai yang menyaksikan perbuatan lelaki itu menghalangnya sebelum

memerangkap suspek serta menghubungi polis bagi tindakan lanjut. Difahamkan mangsa
kejadian ialah seorang kanak-kanak Sekolah Kebangsaan Kota Putera. Apabila lelaki
berkenaan dihampiri orang ramai, dia mendakwa kanak-kanak itu ialah anak yatim.
Tindakannya yang mencurigakan itu telah menyebabkan salah seorang pengguna jalan raya
memintanya untuk ke balai polis berdekatan. Bagaimanapun, lelaki itu tidak
mengendahkan permintaan berkenaan hingga menyebabkan orang ramai melaporkan
insiden tersebut kepada pihak polis.

Lelaki terbabit akhirnya ditahan oleh pihak polis. Seorang saksi yang mendakwa
mengenali lelaki tersebut memaklumkan lelaki itu pernah terbabit dalam beberapa kes
kecurian kecil di kampungnya tetapi berjaya meloloskan diri daripada ditangkap.

1 (a) Video yang dirakamkan menunjukkan seorang lelaki dilihat ______________________

_______________________________________________________________________

[1 markah]

Cgu Hana © Modul Kertas [Lihat halaman sebelah

Ujian Peperiksaan Pertengahan Tahun 2023 (UPSA) SULIT
SULIT 7

(b) Apakah yang dilakukan oleh orang ramai apabila melihat aksi lelaki yang mencurigakan
itu?
_______________________________________________________________________

_______________________________________________________________________

_______________________________________________________________________

[2 markah]

(c) Tuliskan peribahasa yang sesuai dengan situasi ayat di bawah.

Seorang saksi yang mendakwa mengenali lelaki tersebut memaklumkan lelaki itu pernah
terbabit dalam beberapa kes kecurian kecil di kampungnya tetapi berjaya meloloskan diri
daripada ditangkap.

_______________________________________________________________________

_______________________________________________________________________

[1 markah]

Soalan (d) adalah berdasarkan ayat di bawah.

(d) Dalam video itu, seorang lelaki dilihat berjalan laju sambil mendukung kanak-kanak
yang sedang menangis sambil meronta-ronta.

Pilih dan tandakan ( √ ) bagi ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberi.

Dalam video itu, lelaki yang berjalan laju sambil menangis dilihat
didukung oleh seorang kanak-kanak yang sedang meronta-ronta.
Dalam video itu, kanak-kanak yang sedang menangis sambil meronta-
ronta dilihat didukung seorang lelaki yang berjalan laju.
Dalam video itu, kanak-kanak yang sedang menangis sambil meronta-
ronta dilihat didukung oleh seorang lelaki yang berjalan laju.
[1 markah]

Cgu Hana © Modul Kertas [Lihat halaman sebelah

Ujian Peperiksaan Pertengahan Tahun 2023 (UPSA) SULIT
SULIT 8

Baca dan fahami situasi di bawah. Kemudian, berikan pendapat kamu berdasarkan situasi dan
maklumat tersebut.

Jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 30 patah perkataan.

2.

Rakan sekelas kamu sedang mengalami selsema teruk dan bersin tanpa henti di dalam
kelas. Dia tidak memakai pelitup muka dan membiarkan tisu yang digunakan ketika
bersin bersepah-sepah di atas mejanya.

Sebagai seorang rakan yang prihatin, apakah tindakan yang harus kamu lakukan?

______________________________________________________________________

[5 markah]

Cgu Hana © Modul Kertas [Lihat halaman sebelah

Ujian Peperiksaan Pertengahan Tahun 2023 (UPSA) SULIT
SULIT 9

Bahagian C
[10 markah]

Grafik menunjukkan adab-adab hidup berjiran.

Tuliskan pendapat kamu tentang cara-cara yang boleh dilakukan untuk mengamalkan adab-
adab hidup berjiran.

Jawapan kamu hendaklah ditulis dalam satu perenggan.

Panjangnya jawapan kamu hendaklah tidak melebihi daripada 50 patah perkataan.

Adab-Adab Hidup Berjiran

_____________________________________________________________________________

_____________________________________________________________________________

_____________________________________________________________________________

_____________________________________________________________________________

_____________________________________________________________________________

_____________________________________________________________________________

_____________________________________________________________________________

_____________________________________________________________________________

_____________________________________________________________________________

_____________________________________________________________________________

[10 markah]

Cgu Hana © Modul Kertas [Lihat halaman sebelah

Ujian Peperiksaan Pertengahan Tahun 2023 (UPSA) SULIT
SULIT 10

Bahagian D
[20 markah]

Teliti bahan grafik di bawah. Kemudian tulis sebuah karangan dalam bentuk karangan
berformat atau tidak berformat.

Panjang karangan kamu itu hendaklah antara 50 hingga 80 patah perkataan.

GAYA HIDUP SIHAT DENGAN SENAMAN

Cgu Hana © Modul Kertas [Lihat halaman sebelah

Ujian Peperiksaan Pertengahan Tahun 2023 (UPSA) SULIT
SULIT 11

KERTAS PEPERIKSAAN TAMAT

Cgu Hana © Modul Kertas [Lihat halaman sebelah

Ujian Peperiksaan Pertengahan Tahun 2023 (UPSA) SULIT
SULIT 12

JAWAPAN

BAHAGIAN A
(10 markah)

Nombor Jawapan Topik soalan Unit dalam Markah

Soalan buku teks
1 B Kata nama am Unit 1 1
2 D Kata ganti nama diri Unit 2 1

3 D Kata pemeri Unit 7 1

4 D Petikan Tema 1: 1
5 A Petikan Kemasyarakatan 1
6 D Petikan 1
7 B Petikan 1
8 A Petikan Tema 3: 1
9 A Petikan Keselamatan 1
10 A Petikan 1

BAHAGIAN B
(10 markah)

1. a. Video yang dirakamkan menunjukkan seorang lelaki dilihat cuba 1

menculik seorang kanak-kanak lelaki di sebuah sekolah kebangsaan di
Tumpat.

b. Apabila melihat aksi lelaki yang mencurigakan itu, orang ramai 2

menghalangnya dan memerangkap suspek serta menghubungi pihak polis
untuk tindakan seterusnya.

c. Peribahasa: 1

Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga.

d. Dalam video itu, lelaki yang berjalan laju sambil menangis dilihat 1
didukung oleh seorang kanak-kanak yang sedang meronta-ronta. [X]

Dalam video itu, kanak-kanak yang sedang menangis sambil meronta-

ronta dilihat didukung seorang lelaki yang berjalan laju. [X]

Dalam video itu, kanak-kanak yang sedang menangis sambil meronta-

ronta dilihat didukung oleh seorang lelaki yang berjalan laju. [√] – Ayat
pasif kata ganti diri ketiga

Cgu Hana © Modul Kertas [Lihat halaman sebelah

Ujian Peperiksaan Pertengahan Tahun 2023 (UPSA) SULIT
SULIT 13

2. Sebagai seorang rakan yang prihatin, Salin ayat soalan 1 markah

saya akan memberikan sekeping pelitup muka Tindakan 1 1 markah

yang baharu kepadanya dan memintanya
untuk memakai dengan segera. 5
Hal ini kerana dia berisiko untuk Kenapa? 1 markah
menyebarkan kuman selsema kepada orang
lain ketika bersin.

Saya juga akan menasihatinya agar tidak Tindakan 2 1 markah

membuang tisu yang telah digunakannya
merata-rata

kerana perbuatan tersebut mengotorkan kelas. Kenapa? 1 markah

Sebagai seorang rakan yang prihatin, saya akan memberikan

sekeping pelitup muka yang baharu kepadanya dan memintanya
5 markah
untuk memakai dengan segera. Hal ini kerana dia berisiko untuk
menyebarkan kuman selsema kepada orang lain ketika bersin. Saya
juga akan menasihatinya agar tidak membuang tisu yang telah
digunakannya merata-rata kerana perbuatan tersebut mengotorkan
kelas.

* Tulis dalam satu perenggan sahaja.

* Lihat cara bagaimana untuk mendapatkan 5 markah penuh di atas.
* Jawapan lain yang munasabah diterima.

Cgu Hana © Modul Kertas [Lihat halaman sebelah

Ujian Peperiksaan Pertengahan Tahun 2023 (UPSA) SULIT
SULIT 14

BAHAGIAN C
(10 markah)
(Tema 1: Kemasyarakatan)

Jiran ialah orang yang tinggal berdekatan dengan rumah atau kawasan setempat kita. Terdapat
pelbagai cara yang boleh kita lakukan untuk mengamalkan adab-adab hidup berjiran. Antaranya,
kita boleh menegur sapa ketika bertemu dengan jiran kita dengan memberi salam atau ucap
selamat. Selain itu, kita juga boleh menziarahi jiran yang sakit untuk bertanya khabar dan
menawarkan bantuan. Seterusnya, kita juga boleh menghulurkan bantuan kepada jiran yang baru
berpindah ke kawasan setempat dengan membantu mengangkat barang-barang mereka ke dalam
rumah mereka dan mempelawa mereka untuk minum dan berehat seketika di rumah kita.

Pendahuluan
Isi tersurat
Isi tersirat

*Nota: Pastikan jawapan anda mempunyai yang berikut:

 Pendahuluan
 3 isi tersurat
 3 isi tersirat

Cgu Hana © Modul Kertas [Lihat halaman sebelah

Ujian Peperiksaan Pertengahan Tahun 2023 (UPSA) SULIT
SULIT 15

BAHAGIAN D
(20 markah)
(Tema 2: Kesihatan dan Kebersihan)

Bentuk karangan 1: Karangan perbualan/dialog (karangan berformat)

Hana : Apakah yang kamu sedang lakukan itu, Hayfa?

Hayfa : Oh, Hana! Saya sedang membaca artikel berkenaan dengan gaya hidup sihat
dengan bersenam dalam suratkhabar ini. Menarik sungguh fakta tentang
kepentingan senaman untuk kita amalkan dalam gaya hidup sihat.

Hana : Wah, menarik! Boleh awak kongsikan dapatan bacaan awak itu, Hayfa?

Hayfa : Sudah tentu, Hana. Sebenarnya, terdapat banyak manfaat senaman sekiranya
kita praktikkan setiap hari. Antaranya, badan kita akan berpeluh apabila kita
bersenam dan yang demikian menjadikan badan kita rasa lebih sihat dan segar.

Hana : Tepat sekali, Hayfa. Benarkah senaman juga dapat membantu kita untuk
mengurangkan tekanan stress?

Hayfa : Benar, Hana. Kehidupan yang serba pantas dan sibuk menjadikan seseorang itu
mudah rasa tertekan dan terbeban. Oleh yang demikian, senaman dapat
membantu mengurangkan bebanan tekanan.

Hana : Ayah saya pernah memberitahu saya yang senaman dapat membantu kita untuk
mengurangkan risiko daripada mendapat penyakit-penyakit kronik merbahaya
seperti sakit jantung, darah tinggi dan obesiti.

Hayfa : Saya setuju, Hana. Hal ini kerana aktiviti senaman dapat mengurangkan lemak
badan, melancarkan peraliran darah dan menjadikan jantung berfungsi dengan
lebih baik.

Kehendak soalan: Manfaat atau kebaikan bersenam

Isi penting
Huraian isi penting

Cgu Hana © Modul Kertas [Lihat halaman sebelah

Ujian Peperiksaan Pertengahan Tahun 2023 (UPSA) SULIT
SULIT 16

Bentuk karangan 2: Karangan fakta (Karangan tidak berformat)

Terdapat pelbagai kebaikan yang boleh diperolehi apabila kita melakukan senaman. Antaranya,
badan kita akan berpeluh apabila kita melakukan senaman. Hal ini menjadikan badan kita rasa
lebih sihat dan segar.

Selain itu, senaman juga boleh membantu kita untuk mengurangkan tekanan stres.
Kehidupan yang serba pantas dan sibuk menjadikan seseorang itu mudah rasa tertekan dan
terbeban. Oleh yang demikian, senaman dapat membantu mengurangkan tekanan hidup.

Di samping itu, senaman juga dapat membantu kita untuk mengurangkan risiko
daripada mendapat penyakit-penyakit kronik merbahaya seperti sakit jantung, darah tinggi dan
obesiti. Hal ini kerana aktiviti senaman dapat mengurangkan lemak badan, melancarkan peraliran
darah dan menjadikan jantung berfungsi dengan lebih baik.

Kehendak soalan: Manfaat atau kebaikan bersenam

Isi penting
Huraian isi penting

*Nota: Bentuk karangan lain yang boleh digunakan:

 Berita (berformat)
 Syarahan (berformat)

Cgu Hana © Modul Kertas [Lihat halaman sebelah

Ujian Peperiksaan Pertengahan Tahun 2023 (UPSA) SULIT

You might also like