Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 6

RANCANGAN PELAKSANAAN AKTIVITI (RPA)

SIRI KAP ONLINE __/20__

NAMA AGENSI LATIHAN : ASIA UBS TRAINING AND


CONSULTANCY

Perkembangan : AWAL MATEMATIK & PEMIKIRAN LOGIK


Nama Peserta
No. K/P
Hari dan Tarikh
Masa 30 Minit
Umur 2 Tahun Bil Kanak-kanak: 2 Orang

Markah:………………………./2
Tema Kenderaan
Tajuk Mari padankan kereta dengan kotak.
Bidang Perkembangan: Awal Matematik & Pemikiran Logik
Pembelajaran
Focus
Pengetahuan / Kanak-kanak sudah boleh mengenal kereta.
Kemahiran
Sedia Ada
(PSA)
Objektif 1. Kanak-kanak boleh mamadankan kereta dengan kotak yang
Pembelajaran sama warnanya.
(AMPL)
2. Kanak-kanak boleh menyebut dua patah perkataan mudah
seperti “kereta merah” dan “kereta biru”.
(BKLA)
3. Kanak-kanak boleh menggerakkan kereta ke depan dan
belakang dengan satu tangan.
(FIZIKAL)
Markah:…………………………./5
Senarai Bahan / Kereta warna merah – 1
Alat (Aktiviti dan Kereta warna biru – 1
Kontigensi Kotak warna merah – 1
Kotak warna – biru – 1
Kad imbas kereta - 1

Lirik https://www.youtube.com/watch?v=2s6RcKnIFH8
LAGU PAPAKU PULANG DARI KOTA
Bahan Kontingensi :
Kereta warna kuning - 1
Kotak warna kuning - 1
Markah:…………………………./2
Tempat / Ruang aktiviti di dalam taska
Ruang Aktiviti
Markah:…………………………./1
Langkah- 1. Pendidik meletakkah bahan dan peralatan aktiviti.
langkah
Pelaksanaan dan 2. Pendidik meminta izin kepada pendidik taska kanak-kanak
induksi untuk membawa kanak kanak ke ruang aktiviti.
Permulaan
Pengajaran 3. Pendidik membawa kanak kanak ke ruang aktiviti kelas.

4. Pendidik berbual mesra dengan kanak kanak.

5. Pendidik memperkenalkan diri serta menanyakan nama


kanak kanak.

“Assalammualaikum adik-adik.”
“Nama kakak …..”.
“Apa nama adik adik”
“Hari ini adik dating ke taska naik apa?”
“Oh, naik kereta ya. Siapa pandu kereta?”
“Ayah,”
”Apa warna kereta adik”
“Biru”
“Baiklah hari ini kita akan buat aktivitii berkaitan dengan
kereta”

6. Sebelum kita buat aktiviti, kita nyanyi sebuah lagu.

7. Pendidik menyanyikan lagu papaku pulang dari kota


bersama kanak kanak.

Lagu: Papaku Pulang Dari Kota

Papaku pulang dari kota


Papaku belikan kereta
Kereta kecil warna merah
Bolehku bawa ke sekolah
Pon pon, Pon pon Pon pon

Kereta kecilku berbunyi


Marilah adik mari naik
Bolehku bawa jumpa nenek
Papaku pulang dari kota
Papaku belikan kereta
Kereta kecil warna merah
Bolehku bawa ke sekolah

Pon pon Pon pon Pon p


Kereta kecilku berbunyi
Marilah adik mari naik
Bolehku bawa JUMPA nenek

8. Pendidik memberi pujian kepada kanak kanak kerana ikut


menyanyi.
Markah:…………………………./5
Langkah – • Kanak kanak sudah mengenal kereta. (PSA)
Langkah
Perlaksanaan 1. Pendidik menunjukkan kad imbas kereta dan galakkan kanak
Untuk kanak menyebut gambar apa.
mencapai 3
2. Pendidik memberikan pujian kepada kanak yang memberikan
Objektif
jawapan betul.

3. Pendidik menjelaskan kepada kanak kanak tentang aktiviti


yang akan dijalankan iaitu memasukkan kereta ke dalam
kotak yang sama warna.

4. Pendidik menunjukkan kereta maujud berwarna merah dan


bersoal jawab dengan kanak kanak :-

“Siapa tahu ini apa ?”


“Angkat tangan siapa pernah main kereta?”
“Kereta ini warna merah”

5. Pendidik mengulangi langkah nombor 4 dengan menukarkan


kereta maujud berwarna biru.

6. Pendidik menunjukkan kotak berwarna merah dan bersoal


jawab dengan kanak kanak :-

“Siapa tahu ini apa ?”


“Ini kotak.”
“Kotak ini berwarna merah.”

7. Pendidik mengulangi langkah nombor 6 dengan menukarkan


kotak berwarna biru.

• Kanak-kanak boleh mamadankan kereta dengan kotak


yang sama warnanya.
(AMPL)Obj Focus

8. Pendidik menerangkan dan menunjukkan cara permainan


pada kanak kanak supaya memasukkan kereta berwarna
merah ke dalam kotak merah.

9. Pendidik memberi kanak kanak kereta berlainan warna.

10. Pendidik meletakkan kotak berlainan warna dihadapan kanak


kanak.

11. Pendidik meminta kanak kanak untuk memasukkan kereta


berwarna ke dalam kotak yang sama warna.

12. Pendidik memberi pujian kepada kanak kanak yang berjaya.

• Kanak-kanak boleh menyebut dua patah perkataan mudah


seperti “kereta merah” dan “kereta biru”.
(BKLA) Obj. Gabungjalin 1

13. Pendidik memegang kereta berwarna merah dan berbual


bersama kanak kanak :-

“Kereta ini warna apa ?”


“Kereta ini warna merah.”
“Okay ikut kakak sebut, kereta… merah…”

14. Pendidik memberi pujian kepada kanak kanak yang berjaya


sebut.

15. Pendidik memberi bimbingan kepada kanak kanak yang


mengalami kesukaran untuk menyebut “kereta merah” dan
meminta kanak kanak menyebut perkataan kereta sahaja.

16. Pendidik mengulangi langkah 13 hingga 15 dengan


menukarkan kereta berwarna biru.
• Kanak-kanak boleh menggerakkan kereta ke depan dan
belakang dengan satu tangan.
(FIZIKAL) Obj Gabungjalin 2

17. Pendidik menerangkan kepada kanak kanak permainan


terakhir yang akan dilakukan iaitu menggerakkan kereta.

18. Pendidik menunjukkan cara menggerakkan kereta kepada


kanak kanak beberapa kali.

19. Pendidik memberi kereta berwarna kepada kanak kanak.

20. Pendidik menggalakkan kanak kanak untuk menggerakkan


kereta tersebut.

21. Pendidik memberikan pujian kepada kanak kanak yang


berjaya menggerakkan kereta.

22. Pendidik memberi bimbingan kepada kanak kanak yang


mengalami kesukaran untuk menggerakkan kereta.

23. Pendidik memberi pujian kepada kanak kanak kerana berjaya


melakukan aktiviti ini.

Markah:…………………./8
Kontingensi 1. Jika kanak kanak dapat memadankan kereta dengan kotak
yang sama warna, pendidik akan tambah kereta dan kotak
berwarna kuning.
2. Jika kanak kanak kanak tidak dapat memadankan kereta
dengan kotak warna sama, pendidik akan mengajak kanak
kanak untuk memadankan sehingga berjaya.
Markah:…………………./2
Penutup 1. Pendidik mengimbas kembali aktiviti yang dilakukan.

2. Pendidik memuji kanak kanak yang berjaya memadankan


warna kereta dengan kotak yang.

3. Pendidik bertanya beberapa soalan kepada pendidik :-

“Sebutkan warna kereta?”


“Apa adik buat dengan kereta tadi ? (masukkan ke dalam
kotak sama warna
“Apa warna kereta?”
“Seronok tak main kereta ?”
4. Pendidik memberi pujian kepada kanak kanak yang boleh
menyebut dua patah perkataan mudah seperti “kereta
merah” dan “kereta biru”

5. Pendidik memberi pujian kepada kanak kanak yang dapat


memasukkan kereta ke dalam kotak.

6. Pendidik mengajak kanak kanak untuk menyanyikan lagu


“papaku pulang dari kota” bersama.

7. Pendidik memberi pujian kepada kanak kanak kerana ikut


menyanyi.

8. Pendidik menggalakkkan kanak kanak untuk mengemas


bersama sama.

9. Pendidik menghantar semula kanak kanak kepada pendidik


TASKA.

10. Pendidik mengucapkan terima kasih kepada pendidik


TASKA dan kanak kanak.
Markah:………………………./3
Perhatian ❖ Keselamatan
1. Pendidik memastikan ruang aktiviti adalah selamat, tidak
licin,tiada benda tajam dan perabot yang rosak.
2. Pendidik memastikan bahan aktiviti adalah selamat.
3. Pendidik memastikan kanak kanak tidak membaling
kereta kepada kawan kawan mereka.
❖ Kebersihan
1. Pendidik memastikan ruang aktiviti dan bahan yang
disediakan adalah bersih sebelum, semasa dan selepas
aktiviti dijalankan.
2. Pendidik memastikan kanak kanak mencuci tangan
sebelum dan selepas aktiviti dijalankan
❖ Kesihatan
1. Pendidik memastikan kanak-kanak dalam keadaan yang
sihat sebelum, semasa dan selepas aktiviti.
2. Pendidik memastikan aktiviti tidak dijalankan terlalu
lama
Markah:………………………./2
MARKAH RPA……………………../30

You might also like