Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

1) PENGGUNAAN CCTV MAMPU MENGATASI MASALAH JENAYAH

YAB PERDANA MENTERI (KERAJAAN)

Bismillahirrahmannirrahim.
Terima Kasih diucapkan kepada Yang DiPertua Dewan, Rakan-rakan Kabinet
Kerajaan, Barisan Perwakilan Pembangkang dan seterusnya wakil sidang dewan
yang saya muliakan.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Selamat sejahtera dan selamat


bersidang.

Bertindak selaku Perdana Menteri pada hari ini, mohon izin tuan Yang Dipertua
untuk saya bentangkan satu usul yang amat penting demi keharmonian rakyat
semua. Usul berbunyi “PENGGUNAAN CCTV MAMPU MENGATASI MASALAH
JENAYAH”. Selaku kerajaan yang prihatin, kami menyokong penuh usul pada hari
ini.

Tuan Yang Dipertua,


Pada hari ini saya akan melaksanakan dua gerak kerja yang utama. Pertama, saya
akan membentangkan pendefinisian usul secara konseptual dan yang kedua saya
akan mengutarakan satu hujah. Tanpa membuang masa, ayuh kita mulakan sesi
pendefinisian secara konseptual.

Tuan Yang Dipertua,


Penggunaan CCTV adalah merujuk kepada sistem pengawasan video yang
menggunakan kamera-kamera video untuk merakam gambar dan video di lokasi
tertentu. CCTV merupakan singkatan dengan izin Yang Dipertua, "Closed-Circuit
Television".
Mampu mengatasi masalah jenayah pula, adalah merujuk pada keupayaan untuk
mengurang dan mencegah jenayah dalam sesuatu komuniti atau kawasan.
Takrifan ini termasuk pelbagai tindakan yang diambil untuk menangani,
mengurangkan atau menghapuskan punca dan peluang untuk jenayah berlaku.

1
Dapatlah disimpulkan bahawa dengan adanya penggunaan CCTV, ianya dapat
meningkatkan keamanan dan keselamatan sesuatu tempat. Rasionalnya,
“Peggunaan CCTV dapat membantu mencegah jenayah, memberikan bukti dalam
penyiasatan jenayah, dan mengurangkan peluang jenayah berlaku”.

Tuan Yang DiPertua,


Selesai sudah pentakrifan usul kita hari ini.

Selaku Perdana Menteri, saya akan menyampaikan hujah pertama kami di bawah
kata kunci “Kewujudan CCTV Membantu Mengurangkan Kadar Jenayah.”
Rakan saya, Menteri kedua pula akan bangkit sekaligus menyampaikan hujah
kedua dibawah kata kunci “CCTV dapat mengesan Wajah dan Perilaku
Penjenayah”;
Hujah ketiga kami dibawah lembayung kata “CCTV sebagai bukti dalam
Mahkamah”
Manakala Menteri ketiga pula akan membidas segala penghujahan daripada pihak
pembangkang.

Tuan Yang Dipertua,


Ayuh kita telusuri hujah pertama kami iaitu “Kewujudan CCTV Membantu
Mengurangkan Kadar Jenayah”.

Tujuan utama penggunaan CCTV adalah untuk meningkatkan keamanan dan


keselamatan. Ia boleh digunakan dalam pelbagai konteks, termasuk keselamatan
rumah, pejabat, kawasan perumahan, tempat awam, pusat beli-belah, lapangan
terbang, stesen kereta api dan sebagainya.
CCTV boleh dikatakan sebagai “Pengesanan Awal Jenayah” di mana CCTV
boleh mengesan awal aktiviti yang mencurigakan atau tingkah laku luar biasa.
Apabila terdapat aktiviti yang mencurigakan, seperti orang ramai yang cuba
memasuki kawasan larangan atau berjalan di sekitar hartanah dengan niat yang
tidak baik, sistem CCTV akan memberitahu anggota keselamatan untuk mengambil
tindakan sewajarnya bagi mencegah jenayah selanjutnya.

2
Kewujudan CCTV dapat memberikan bantuan penting kepada polis dan
pasukan keselamatan dalam melaksanakan tugas mereka. CCTV menyediakan
bukti visual yang kukuh, yang boleh digunakan dalam penyiasatan jenayah.
Rakaman video daripada kamera pengawasan juga boleh menjadi sumber
maklumat yang berharga untuk mengenal pasti pelaku, menjelaskan insiden dan
mendapatkan petunjuk tentang jenayah yang sedang disiasat.

CCTV yang disambungkan secara nyata; dengan izin Yang Dipertua “Real-
time” akan membolehkan Pegawai Keselamatan atau Kakitangan Pengawasan
dapat memantau keadaan semasa. Mereka boleh mengenal pasti situasi
berbahaya atau aktiviti yang mencurigakan dalam masa tersebut dan segera
mengambil langkah untuk mencegah jenayah atau menghantar bantuan jika perlu.

Kewujudan CCTV atau kamera pengawasan juga memberikan kesan yang


ketara kepada penjenayah. Dengan adanya CCTV, penjenayah akan menjadi lebih
berwaspada dan berfikir dua kali sebelum melakukan jenayah jika mereka
menyedari bahawa mereka sedang diperhatikan dan akan tertangkap oleh kamera.

Hanya dengan mengetahui bahawa terdapat CCTV yang memantau


sesuatu kawasan, orang yang berpotensi untuk melakukan perbuatan jenayah
cenderung untuk lebih berhati-hati malah mengelak daripada melakukan jenayah.
Kehadiran CCTV secara berkesan boleh mewujudkan halangan psikologi kepada
bakal penjenayah.

Kehadiran CCTV juga memberi kesedaran kepada orang ramai apabila


menyedari bahawa tingkah-laku mereka sedang diperhatikan. Mereka akan
cenderung untuk mematuhi undang-undang dan peraturan yang sedia ada. Ini
membantu mewujudkan persekitaran yang lebih selamat dan bertanggungjawab.

3
Tuan Yang DiPertua,
Akhir kata, saya tegakkan kembali pendirian kami di barisan kerajaan untuk
menyokong penuh usul yang kami utarakan hari ini iaitu “PENGGUNAAN CCTV
MAMPU MENGATASI MASALAH JENAYAH” dan wajar DITERIMA atas dasar
rasional, Peggunaan CCTV dapat membantu mencegah jenayah, memberikan
bukti dalam penyiasatan jenayah, dan mengurangkan peluang jenayah berlaku”.

Dengan itu Yang DiPertua,


Saya mohon untuk mencadang. Terima kasih.

You might also like