Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 2

Model Big Four

Knight (2207), turut menekankan amalan instructional coaching menggunakan kerangka Big
Four (4) iaitu: i) pengurusan bilik darjah, ii) kandungan mata pelajaran, iii) pengajaran dan iv)
penilaian untuk pembelajaran. Instructional coaching dalam pengurusan bilik darjah melibatkan
kolaborasi guru-guru yang menghadapi pelbagai isu berkaitan pembelajaran murid.

Keempat-empat domain Big Four ini selari dengan elemen dalam program TS25 dan
standard 4 dalam SKPMg2. Oleh yang demikian, sekiranya sekolah mengamalkan instructional
coaching, iaitu sangat bertepatan dengan instrumen kebangsaan dan instructional coaching
juga dilihat sebagai satu kaedah sebagai pemangkin kepada guru-guru untuk sentiasa membuat
penambahbaikan dalam PdP.

OPIC yang digunakan menekankan empat elemen Big Four iaitu pengurusan bilik
darjah, kandungan mata pelajaran, kaedah PdP dan pentaksiran PdP. Keempat-empat elemen
ini selari dengan Standard 4 SKPM g2 iaitu bagi Pengurusan bilik darjah selari dengan
kandungan Standard 4.2.2 iaiu guru sebagai pengawal suasana pembelajaran secara
professional dan terancang. Bagi kandungan mata pelajaran selari dengan Standard 4.1.1
iaitu guru sebagai perancang pelaksanaan PdPc secara professional dan sistematik serta
Standard 4.2.1 iaitu guru sebagai pengawal proses pembelajaran secara terancang. Bagi
kaedah PdPc pula selari dengan Standard 4.3 iaitu guru sebagai pembimbing unutk
membolehkan murid menguasai pengetahuan, kemahiran dan mengamalkan nilai berdasarkan
objektif pelajaran; Standard 4.4 iaitu guru bertindak sebagai pendorong untuk meningkatkan
motivasi murid dalam pembelajaran dan Standard 4.6 iaitu murid bertindak sebagai pembelajar
aktif untuk menguasai pengetahuan dan kemahiran serta mengamalkan nilai positif. Bagi

1
pentaksiran PdPc pula selari dengan Standard 4.5 iaitu guru berperanan sebagai penilai untuk
mengesan tahap penguasaan murid. Kesimpulan konsep Big four dalam konteks PdP di
Malaysia adalah seperti berikut:

You might also like