Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 5

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PERIMBUN

KM 16, JALAN CHERAS 43200 CHERAS


SELANGOR DARUL EHSAN

KERTAS KERJA
PROGRAM TRANSFORMASI DIRI MURID
TINGKATAN 1

TARIKH PELAKSANAAN :
12-15 MAC 2024

ANJURAN :
UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING
SMK PERIMBUN
1. RASIONAL

1.1. Murid-murid Tingkatan Satu yang baru sahaja memulakan sesi persekolahan di Sekolah
Menengah Kebangsaan Perimbun ini perlu didedahkan dengan maklumat- maklumat
asas tentang budaya di sekolah ini sejak awal lagi supaya mereka dapat menyesuaikan
diri dengan suasana baharu di sekolah ini.
1.2. Penerapan dan penghayatan budaya sekolah akan memudahkan pelajar
mengasimilasikan diri mereka dan proses pengajaran dan pembelajaran akan dapat
berjalan dengan baik dan berkesan. Oleh yang demikian,program orientasi ini perlu
dijalankan.

2. TUJUAN

2.1. Para pelajar dapat menyesuaikan diri dengan guru,sekolah dan kawan baharu dalam
masa yang lebih singkat.
2.2. Dapat mewujudkan suasana harmoni antara murid serta mempertingkatkan disiplin
pelajar
2.3. Memotivasikan para pelajar untuk hadir ke sekolah serta melibatkan diri dalam pelbagai
aktiviti di sekolah
2.4. Memupuk budaya belajar yang efektif dalam kalangan pelajar

3. OBJEKTIF

3.1. Kerjasama antara murid dalam kumpulan dapat diterapkan.


3.2. Mendidik setiap murid untuk mematuhi peraturan sekolah.
3.3. Murid-murid dapat menyesuaikan diri dengan budaya sekolah
3.4. Melahirkan rasa tanggungjawab dalam diri setiap murid dalam pelbagai aspek

4. JANGKA MASA PROGRAM

4.1. Program ini dijalankan pada tarikh berikut:


4.1.1. 12-15 Mac 2024
5. TEMPAT
5.1. Dewan Seri Angsana

6. KUMPULAN SASARAN
6.1. Semua pelajar tingkatan 1

7. TENTATIF PROGRAM

TENTATIF PROGRAM TRANSFORMASI DIRI MURID TINGKATAN 1


SMK PERIMBUN SESI 2024/2025

TEMPAT DEWAN SERI ANGSANA


MASA 1.15 PETANG – 5.30 PETANG
TARIKH/HARI KELAS TERLIBAT
12 MAC 2024 (SELASA) 1 ADIL, 1 AKTIF, 1 AMAL, 1 BAKTI
13 MAC 2024 (RABU) 1 BUDI, 1 CEKAL, 1 GIGIH
14 MAC 2024 (KHAMIS) 1 IKHLAS, 1 JUJUR, 1 MAJU
15 MAC 2024 (JUMAAT) SEMUA MURID TINGKATAN 1

MASA PERKARA TINDAKAN


Pn. Loo Sai Ooi
1.30 petang Murid berkumpul di Dewan Seri Angsana
Penyelaras Tingkatan 1
Pengenalan SMK Perimbun
Pn. Siti Rohayu bt Ahmadan
Menyampaikan taklimat dan
1.40 petang Guru Bimbingan & Kaunseling dan
memperkenalkan para pentadbir kepada
PRS SMK Perimbun
murid tingkatan 1
2.45 petang REHAT DAN SOLAT ZUHUR
Taklimat Psikometrik dan
Pengenalan Lagu Rasmi SMK Perimbun
(Meniti Wawasan)
Menyampaikan informasi tentang
Pn. Siti Rohayu bt Ahmadan
pengenalan psikometrik tingkatan 1
3.10 petang Guru Bimbingan & Kaunseling
dan PRS SMK Perimbun
Memperkenalkan lagu rasmi sekolah, sorak
juara dan tepuk perimbun kepada murid
tingkatan 1

Taklimat Unit Bimbingan & Kaunseling


En. Syed Abu Bakar bin Syed Mahaza
4.30 petang Memberi penerangan tentang perkhidmatan
Guru Bimbingan & Kaunseling
Unit Bimbingan & Kaunseling

5.30 petang BERSURAI


TAKLIMAT DISIPLIN
14 MAC 2024 ( TINGKATAN 2)
15 MAC 2024 (TINGKATAN 1)

MASA PERKARA TINDAKAN

1.15 petang Murid berkumpul di Dataran Muhibah Guru Bertugas

Pn. Azeanifaizal bt Kamaruzaman


TAKLIMAT DISIPLIN
Ketua Guru Disiplin Sesi Petang
1.30 petang Menyampaikan taklimat disiplin kepada
murid tingkatan 1
Guru Disiplin bertugas
2.45 petang REHAT DAN SOLAT ZUHUR

3.10 petang PDPC di kelas

8. JAWATANKUASA

Pengerusi : Pn Hajah Norehan bt Abdul Sani, Pengetua


Timbalan Pengerusi 1 : Pn. Norhayati bt Zakaria , Penolong Kanan HEM
Timbalan Pengerusi 2 : Pn. Rosaslinah bt Kamis, PK Petang
Naib Pengerusi : Pn. Siti Noriza bt Samean, Penolong Kanan Pentadbiran
Pn. Salasiah bt Ismail, Penolong Kanan Kokurikulum
Setiausaha : En. Mohd Hasim bin Nasehah, GGBKSM
Penolong Setiausaha : Pn Siti Rohayu bt Ahmadan, GBKSM
Bendahari : Pn. Nur Syahidah bt Hussain GBKSM
Penyelaras Program : Pn Siti Rohayu bt Ahmadan, GBKSM
Penolong Penyelaras: En. Syed Abu Bakar bin Syed Mahaza, GBKSM

Ahli Jawatankuasa : Puan Azeanifaizal bt Kamaruzaman, Ketua Guru Disiplin


Pn. Loo Sai Oii, Penyelaras Tingkatan 1
En. Mohd Hanafi , Guru Disiplin
En. Ahmad Razin, Guru Disiplin
9. KEWANGAN

A : PENDAPATAN
PERKARA AMAUN JUMLAH
RM RM
PCG UBK SMK Perimbun 100 100.00

Jumlah 100.00

B : PERBELANJAAN
PERKARA AMAUN JUMLAH
RM RM
1. Cenderahati Fasilitator RM 20 x 5 100.00

Jumlah 100.00

KELULUSAN DIPOHON
Kelulusan dipohon daripada Pengurusan SMK Perimbun untuk meluluskan perbelanjaan
sebanyak RM 100.00 untuk melaksanakan Program Transformasi Diri Murid Tingkatan 1

10. PENUTUP

Adalah diharapkan setiap murid yang telah mengikuti Program Transformasi Diri ini akan
mendapat mengaplikasikan pembelajaran dan pengalaman yang diperoleh dalam kehidupan
seharian.

Disediakan oleh Disahkan oleh

SITI ROHAYU BINTI AHMADAN NORHAYATI BINTI ZAKARIA


Guru Bimbingan & Kaunseling Penolong Kanan HEM,
SMK PERIMBUN SMK PERIMBUN

Diluluskan oleh

NOREHAN BINTI ABDUL SANI


Pengetua
SMK PERIMBUN

You might also like