Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 1

SEKOLAH KEBANGSAAN KUALA PERAI

BAGAN DALAM,
12100 BUTTERWORTH

Telefon / Faks: 04-3231884


Rujukan Kami : SKKP 700-4/2/1( )
Tarikh : 23 hb Jan 2024

Waris /Ibubapa/Penjaga murid


SK KUALA PERAI BAGAN DALAM, 12100 BUTTERWORTH

Tuan/Puan

KUTIPAN BUKU TEKS 2023/24 DAN AGIHAN BUKU TEKS KEGUNAAN 2024/25

Dengan segala hormatnya, perkara di atas dirujuk.

2. Adalah dimaklumkan bahawa kutipan buku teks kegunaan 2023/24 dan agihan buku teks kegunaan
2024/25 akan dilaksanakan seperti ketetapan berikut:

HARI TARIKH KELAS TERLIBAT


ISNIN 29/01/2024 TAHUN 5 DAN 6
SELASA 30/01/2024 TAHUN 3 DAN 4
RABU 31/01/2024 TAHUN 1 DAN 2

3. Buku-buku yang rosak atau hilang perlulah diganti dengan buku.Kegagalan memulangkan buku
atau menggantikan buku yang rosak atau hilang akan menyebabkan pemberian buku teks kegunaan
2024/25 anak jagaan tuan/puan akan ditahan.

4. Sehubungan dengan itu,tuan/puan diminta memastikan anak jagaan tuan/puan hadir pada tarikh
yang ditetapkan bagi tujuan memulang dan menerima buku teks seperti yang dinyatakan.
Kerjasama daripada pihak tuan/puan amatlah perlu bagi melancarkan kutipan dan agihan buku teks.

5. Bersama ini disertakan senarai buku teks 2023/24 untuk rujukan.

Sekian, terima kasih.

“ MALAYSIA MADANI ”

“ PULAU PINANG PENERAJU TRANFORMASI PENDIDIKAN NEGARA ”

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

You might also like