Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

COVID-19 (Terkini) di PERAK

Kumulatif kes positif : 286


Kes aktif/sedang dirawat : 16
Kes pulih : 264
Kematian: 6

Kesemua kes berpunca daripada jangkitan luar PERAK.


(6) kes disyaki berpunca daripada jangkitan dari SABAH
(8) kes disyaki berpunca jangkitan dari KEDAH (Kuster Tembok).
(2) kes disyaki jangkitan dari KEDAH

29 OKT 2020 - 1 Kes


Kes (1) : Perempuan (M), Pemangku Ketua Puteri UMNO Bahagian BAGAN DATUK yang baru
kembali dari penugasan PRN SABAH pada 27 SEP 2020. Beliau tiba dari SABAH pada 27 SEP
2020 melalui Lapangan Terbang TUDM SUBANG, telah menjalani pemeriksan kesihatan di
Lapangan Terbang TUDM SUBANG dan dibenarkan pulang ke BAGAN DATUK untuk menjalani
kuarantin di rumah sebelum keputusan diperolehi. Keputusan pengesahan ujian RT-PCR beliau
pada 28 SEP 2020 adalah positif dan diklasifikasikan sebagai kes import bukan jangkitan
tempatan COVID-19.

30 SEP 2020 - 1 kes


Kes (1) : Lelaki (M) - Pelajar Universiti Teknologi Petronas (UTP) SERI ISKANDAR yang pulang
dari SABAH pada 18 SEP 2020. Pelajar tersebut telah dikuarantin di asrama V5K, UTP dan
keputusan saringan ujian pengesahan RT-PCR beliau pada 29 SEP 2020 didapati positif. Kes
diklasifikasikan sebagai kes import dan bukan jangkitan tempatan (transmisi jangkitan berlaku
di luar PERAK). Beliau tidak mengalami gejala.

2 OKT 2020 - 3 Kes


Kes (1) : Lelaki (M) 26 tahun di daerah PERAK TENGAH. Mempunyai sejarah lawatan ke SABAH
selama 4 hari (22 - 26 SEP 2020). Ujian PCR pertama pada 28 SEP 2020 didapati negatif dan
pesakit diletak di bawah Perintah Pengasingan di Rumah (HSO). Pada 30 SEP 2020 beliau
mengalami gejala sakit tekak dan cirit-birit. Ujian ulangan PCR dijalankan pada 1 OKT 2020
didapati positif.
Kes (2) : Lelaki (M) 25 tahun merupakan anggota Polis Marin Wilayah 4, Semporna, SABAH.
Pulang ke Kubu Gajah, SELAMA untuk melawat bapanya yang sakit. Kes tiada bergejala. Ujian
saringan di KLIA pada 28 SEP 2020 didapati positif.
Kes (3) : Lelaki (M) tahanan di Pusat Koreksional KAMUNTING (sebelum ini dikenali sebagai Kem
Tahanan KAMUNTING - KEMTA). Kes telah dikesan melalui saringan kontak rapat kepada
Kluster Tembok di KEDAH.

4 OKT 2020 - 2 Kes


Kes (1) : Seorang lelaki berusia 22 tahun, pelajar kolej di KINTA. Beliau berasal dari Penampang,
SABAH, pulang bercuti dari SABAH pada 24 SEP 2020. Mempunyai gejala batuk pada 29 SEP
2020 dan mendapatkan rawatan pada 1 OKT 2020. Ujian PCR pertama adalah negatif tetapi
ujian ke-2 PCR pada 3 OKT 2020 adalah Positif.
Kes (2) : Merupakan seorang perempuan (M) berusia 56 tahun di PERAK TENGAH yang pulang
dari SABAH pada 27 SEP 2020. Swab RT-PCR pertama pada 28 SEP 2020 di KLIA adalah negatif,
namun sampel ulangan pada 2 OKT di sebuah Hospital Swasta di IPOH setelah mengetahui
rakan yang bersama di SABAH didapati positif COVID-19. Keputusan sampel RT- PCR kedua pada
3 OKT 2020 disahkan positif.

5 OKT 2020 - 2 Kes


Kes (1) : Seorang lelaki berusia 40 tahun merupakan Setiausaha Kerja BERSATU Bahagian LARUT
dipercayai mendapat jangkitan dari SABAH berikutan membantu kempen PRN SABAH pada 24 -
27 SEP 2020. Tinggal di daerah Larut Matang Selama. Ada sejarah perjalanan ke Sabah selama
4 hari ( 24 - 27 SEP 2020). Keputusan ujian PCR pertama pada 29 SEP 2020 di Lapangan Terbang
Pulau Pinang adalah negatif. Kes tidak bergejala. Pada 3 OKT 2020, beliau mula bergejala
demam dan sakit tekak. Keputusan ujian ke-2 PCR (pada 4 OKT 2020) adalah Positif.
Kes (2) : Seorang wanita 58 tahun (warganegara). Ada sejarah perjalanan ke Baling, KEDAH bagi
urusan perbincangan perkahwinan anak pada 3 OKT 2020. Kes dan ahli keluarga telah terlibat
dengan kemalangan kecil pada petang 3 OKT 2020 di mana kes mengadu sakit belakang. Beliau
dimasukkan ke hospital. Keputusan ujian saringan pra-pembedahan (pre-op) menggunakan
kaedah RT-PCR pada 4 OKT 2020 disahkan positif.

- Kesemua kes telah diasingkan dan dimasukkan ke HRPB, IPOH untuk rawatan lanjut.
Pengesanan kontak sedang dijalankan.
6 OKT 2020 – 8 kes

Kes 1 hingga kes 7

Terdapat 7 kes baru COVID-19 dilaporkan di daerah Larut Matang Selama (LMS). Tujuh kes ini
dikesan melalui saringan kontak kepada kes positif di sebuah kem tahanan di daerah LMS dan
keputusan ujian PCR didapati positif pada 5 Oktober 2020. Kesemua mereka tidak
mempunyai apa-apa gejala. Kes-kes ini telah dimasukkan ke hospital untuk rawatan lanjut.

Punca Jangkitan : Jangkitan Tempatan

Kes 8

Kes adalah seorang lelaki 20 tahun (warganegara) yang tinggal di daerah Kinta.

Kes berada di Sabah (Lahad Datu) selama sebulan pada bulan September 2020. Pada 2 Oktober
2020, kes telah tiba di KLIA dari Tawau bersama ahli keluarga. Pada 4 Oktober 2020, kes mula
bergejala demam dan sakit tekak. Keputusan ujian PCR pada 5 Oktober 2020 adalah Positif.

You might also like