Pengenalan Kepada Format BM Ting 4

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 17

KERTAS 1

KERTAS 2

BAHAGIAN A: SISTEM DAN APLIKASI BAHASA (35 MARKAH)

Soalan 1: Morfologi

Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan satu kata kerja transitif dan satu kata adjektif serta
satu kata bilangan. Kemudian anda dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada setiap
perkataan yang dipilih untuk menunjukkan bahawa anda faham aka maksud dan penggunaannya. Anda
tidak boleh menambah imbuhan, menukarkan imbuhan dan menggunakan perkataan itu sebagai
peribahasa dan kata nama khas

Kita sering mempunyai satu stigma, makanan yang berlemak tinggi pasti akan menyebabkan kegemukan.
Malah, disebabkan kepercayaan ini, kita cenderung memilih makanan yang dinyatakan sebagai ‘rendah
lemak’ kerana merasakan makanan tersebut pasti lebih sihat dan lebih baik berbanding makanan yang
tinggi kandungan bahan ini. Namun adakah tindakan anda itu benar? Atau anda perlu mengubah
kefahaman tentang lemak. Individu yang cuba membuang lemak daripada diet mereka didapati
cenderung untuk menukar makanan berlemak dengan makanan penuh gula dan karbohidrat.

[6 markah]

ULASAN:
Soalan 2: Sintaksis

Baca petikan di bawah dengan teliti, kenal pasti subjek dan predikat yang lengkap bagi tiga ayat yang
anda pilih seperti yang berikut.

Makanan seperti kentang goreng dan ayam goreng pastinya merupakan antara makanan segera
kegemaran ramai. Sebarang makanan yang digoreng di dalam minyak boleh menambahkan keradangan
pada keseluruhan badan. Pengambilan makanan bergoreng mampu meningkatkan kandungan kolesterol
tidak sihat. Makanan bergoreng juga dapat mengurangkan kandungan kolesterol baik sekali gus
meningkatkan risiko penyakit jantung.

[6 markah]

ULASAN:
Soalan 3: Penyuntingan

Dalam bahan 1, terdapat enam kesalahan bahasa manakala bahan 2 terdapat lima kesalahan bahasa.
Senaraikan dan betulkan kesalahan – kesalahan itu. Bagi setiap petikan anda tidak boleh menyenaraikan
lebih daripada jumlah kesalahan yang dinyatakan dalam arahan soalan. Anda tidak perlu menyalin
petikan – petikan tersebut.

Bahan 1

a. Jiran yang baik ialah jiran yang berjaya memupuk semangat muhibah, saling dipercayai dan
mengamalkan sikap toleransi sesama mereka.
b. Beberapa batang senapang berjaya dirampas daripada penjenayah yang ditangkap oleh polis semalam.
c. Penerbitan jernal oleh Dewan Bahasa dan Pustaka yang berkaitan dengan pengurusan bencana alam
mendapat sambutan pembaca.
d. Minit mesyuarat itu sudah diserahkan kepada pengerusi untuk disemak dan akan disebarkan kepada
semua ahli persatuan.
e. Pihak sekolah mengadakan kolaborasi dengan Pejabat Pendidikan Daerah Pendang untuk
meningkatkan kualiti pengajaran guru di daerah itu.
f. "Amboi, sudah pukul 12.00 tengah hari baru bangun tidur,'' kata emak kepada adik.
[6 markah]

Bahan 2

Pada masa ini, banyak forum, artikel dan pihak tertentu yang membincangkan peranan institusi
pendidikan tinggi yang boleh bertindak sebagai medan kepada melahirkan pelajar yang boleh
menyumbang kepada kemajuan sesebuah negara. Walaubagaimanapun, ketika pemerhatian diberikan
kepada peranan universiti dalam usaha melahirkan insan bermodal yang berkualiti, peratusan
pengangguran dalam kalangan siswazah di Malaysia terus menjadi isu yang hangat diperkatakan.

[5 markah]

ULASAN:
Soalan 4: Bahasa Melayu Standard

Baca petikan bahasa Melayu Klasik di bawah dengan teliti. Kemudian, tulis semula petikan tersebut dalam
bahasa Melayu Standard tanpa mengubah bentuk dan maksud asalnya.

Setelah sudah ibunya mendengar kata anaknya demikian itu, makai bunya pun menangis, seraya berkata,
“Hai anakku, yang bapamu itu sudah mati dibunuh oleh seorang Melayu bernama Laksamana Hulubalang
Ratu Melaka.”

Setelah Kertala Sari mendengar kata ibunya demikian itu, maka Kertala Sari pun terlalu marah,
katanya, “Siapa menyuruh membunuh bapaku itu supaya negeri Majapahit ini habis kubinasakan?”

[6 markah]

ULASAN:
Soalan 5: Peribahasa

Baca setiap ayat dengan teliti, kemudian nyatakan tiga peribahasa yang sesuai berdasarkan tersebut.

(i) Ayah tidak akan meminta Rahmat membaiki motosikalnya lagi kerana dia selalu menambahkan
kerosakan pada barang yang dibaikinya.
(ii) Sakinah tidak mahu membantu mak ciknya yang telah banyak berjasa kepada keluarganya setelah
dia menjadi seorang ahli perniagaan terkenal.
(iii) Walaupun Tuan Malik telah meninggal dunia enam tahun yang lalu, namun setiap jasa dan
sumbangannya kepada penduduk kampung masih menjadi sebutan ramai.
[6 markah]

ULASAN:

You might also like