SINOPSIS

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

SINOPSIS : PELARI MUDA (GHAZALI NGAH AZIA)

Cerita ini mengisahkan pengalaman watak utama iaitu ________________ seorang pelajar
tingkatan 5 yang berjaya dalam acara sukan _____________________. Beliau pernah terpilih mewakili
negara dalam kejohanan sukan SEA di ________________. Kamarul terpilih untuk mewakili negara dalam
kejohanan sukan SEA di Bangkok dua bulan lagi. Dia dilatih oleh ___________________. Kejayaan ini telah
menjadikan Kamarul dikenali ramai, disanjung dan popular. Walau bagaimanapun, di sebalik kejayaan ini
sikap Kamarul pada pandangan kawan-kawannya sudah berubah. Kamarul bersikap __________, ego,
menjauhkan diri daripada kawan-kawan, malah tidak berdisiplin menjalani latihan di bawah bimbingan
Encik Kadir. Akibat sikapnya yang rendah moral itu, Kamarul ditegur oleh kawan baiknya ____________.
Teguran Saridah menjadi punca dia menyepikan diri daripada Saridah. Kamarul juga menunjukkan sikap
tidak menghormati jurulatihnya. Teguran-teguran yang diberikan oleh ______________ dibalas dengan
jawapan dan tindakan yang tidak bermoral.

Suatu hari, dalam perjalanan balik daripada latihan Kamarul dilanggar _________________. Dia
dimasukkan ke ___________________. Sepanjang berada di hospital, Encik Kadir dan Saridah tetap
menziarahi Kamarul. Sikap bertanggungjawab Encik Kadir dan keprihatinan Saridah menjadikan titik mula
Kamarul _________ dan berubah sikap. Setelah sembuh daripada _________________, Kamarul
menjalani semula latihan di bawah bimbingan Encik Kadir. Hubungan Kamarul dengan Encik Kadir
bertambah baik. Hasrat Kamarul untuk mewakili nergara telah direstui pihak sekolah. Kamarul dan
delegasi Malaysia berlepas ke ___________ untuk menyertai kejohanan sukan SEA _______ di
___________.

Di Bangkok, Kamarul mengambil kesempatan bertemu ____________, atlit sukan lari


______________ yang terkenal. Berita tentang Kamarul sebagai atlit Malaysia tersiar dalam media massa
di Bangkok. Dalam acara lari _________ dan _________ kejohanan tersebut Kamarul berjaya meraih
pingat ___________. Kejayaan Kamarul mendapat pujian dan ucapan daripada Encik Kadir dan rakan-
rakan, termasuk rakan-rakan sekelasnya di Malaysia. Kamarul mengucapkan terima kasih atas bimbingan
yang diberikan oleh Encik Kadir dan menjadi pendorong kejayaan. Kamarul terkejut dan terharu apabila
Encik Kadir menyatakan hasrat untuk ___________. Setelah kejohanan Sukan SEA tamat, Kamarul dan
delegasi Malaysia berangkat pulang ke Malaysia membawa kejayaan cemerlang untuk negara, sekolah dan
untuk dirinya sendiri. Di lapangan terbang Kamarul telah disambut __________ dengan ucapan tahniah
daripada ibu bapa dan rakan-rakannya.
SINOPSIS : PELARI MUDA (GHAZALI NGAH AZIA)

Cerita ini mengisahkan pengalaman watak utama iaitu Kamarul seorang pelajar tingkatan 5 yang
berjaya dalam acara sukan olahraga. Beliau pernah terpilih mewakili negara dalam kejohanan sukan SEA di
Brunei. Kamarul terpilih untuk mewakili negara dalam kejohanan sukan SEA di Bangkok dua bulan lagi. Dia
dilatih oleh Encik Kadir. Kejayaan ini telah menjadikan Kamarul dikenali ramai, disanjung dan popular.
Walau bagaimanapun, di sebalik kejayaan ini sikap Kamarul pada pandangan kawan-kawannya sudah
berubah. Kamarul bersikap sombong, ego, menjauhkan diri daripada kawan-kawan, malah tidak
berdisiplin menjalani latihan di bawah bimbingan Encik Kadir. Akibat sikapnya yang rendah moral itu,
Kamarul ditegur oleh kawan baiknya Saridah. Teguran Saridah menjadi punca dia menyepikan diri
daripada Saridah. Kamarul juga menunjukkan sikap tidak menghormati jurulatihnya. Teguran-teguran yang
diberikan oleh Encik Kadir dibalas dengan jawapan dan tindakan yang tidak bermoral.

Suatu hari, dalam perjalanan balik daripada latihan Kamarul dilanggar kereta. Dia dimasukkan ke
hospital. Sepanjang berada di hospital, Encik Kadir dan Saridah tetap menziarahi Kamarul. Sikap
bertanggungjawab Encik Kadir dan keprihatinan Saridah menjadikan titik mula Kamarul insaf dan berubah
sikap. Setelah sembuh daripada kecederaan, Kamarul menjalani semula latihan di bawah bimbingan Encik
Kadir. Hubungan Kamarul dengan Encik Kadir bertambah baik. Hasrat Kamarul untuk mewakili nergara
telah direstui pihak sekolah. Kamarul dan delegasi Malaysia berlepas ke Bangkok untuk menyertai
kejohanan sukan SEA ke-14 di Bangkok.

Di Bangkok, Kamarul mengambil kesempatan bertemu De Wega, atlit sukan lari Filipina yang
terkenal. Berita tentang Kamarul sebagai atlit Malaysia tersiar dalam media massa di Bangkok. Dalam
acara lari 100m dan 400m kejohanan tersebut Kamarul berjaya meraih pingat emas. Kejayaan Kamarul
mendapat pujian dan ucapan daripada Encik Kadir dan rakan-rakan, termasuk rakan-rakan sekelasnya di
Malaysia. Kamarul mengucapkan terima kasih atas bimbingan yang diberikan oleh Encik Kadir dan menjadi
pendorong kejayaan. Kamarul terkejut dan terharu apabila Encik Kadir menyatakan hasrat untuk bersara.
Setelah kejohanan Sukan SEA tamat, Kamarul dan delegasi Malaysia berangkat pulang ke Malaysia
membawa kejayaan cemerlang untuk negara, sekolah dan untuk dirinya sendiri. Di lapangan terbang
Kamarul telah disambut meriah dengan ucapan tahniah daripada ibu bapa dan rakan-rakannya.

You might also like