Bab 3 Projek Brief

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 9

BAB 3: PROSES REKA BENTUK

3.1 .1 PROJEK BRIEF

1. Definisi Projek Brief


Projek brief ialah satu proses perbincangan awal antara dua pihak iaitu pengurus projek dengan
pelanggan.

2. Tujuan utama perbincangan untuk mendapatkan maklumat secara terus daripada pelanggan
mengenai produk yang ingin dibangunkan bersandarkan ciri-ciri projek brief.

3.1.2 CIRI-CIRI PROJEK BRIEF

i. Tajuk projek
 Merujuk kepada produk yang ingin dihasilkan. Tajuk projek seharusnya spesifik dan bukan
dinyatakan secara umum.
 Tajuk projek akan memberikan gambaran awal bentuk dan fungsi produk yang akan
dihasilkan.
 Contoh tajuk projek ialah Bakul Serba Guna

ii. Gambaran keseluruhan projek


 Pengurus projek mestilah memahami gambaran keseluruhan projek.
 Gambaran keseluruhan projek terbahagi kepada 2 bahagian:
1. Pengurusan projek
2. Gambaran awal produk
 Gambaran awal perlu dibincangkan bersama-sama pelanggan, pengurus projek dan
pereka bentuk.
 Gambaran ini boleh ditunjukkan melalui foto, bahan kontrit atau tayangan video.

iii. Kriteria produk


 Kriteria produk melibatkan elemen dan prinsip dalam reka bentuk yang akan diaplikasikan
pada produk.
 Jenis kriteria akan dibincangkan semasa mendapatkan maklumat daripada pelanggan.

iv. Perancangan dalam pengurusan projek


 Perancangan dalam pengurusan projek merangkumi :
1. Skop projek
2. Kos pengeluaran masa
3. Perancangan jadual kerja
4. Pembentukan kumpulan kerja
 Skop kerja merujuk kepada skala pengeluaran produk sama-sama ada secara besar-besaran,
sederhana dan kecil.
 Kertas kerja perlu dibuat terlebih dahulu untuk membuat perancangan masa, jadual kerja,
kos pengeluaran, dan pembentukan kumpulan kerja.
 Kertas kerja yang dihasilkan perlu mendapatkan kelulusan dari segi punca kewangan dan
Struktur Pecahan Kerja (SPK)

v. Analisis kajian reka bentuk produk dan pasaran

 Analisis kajian mengandungi dua perkara penting yang mesti dilakukan iaitu:
1. Kajian reka bentuk produk
2. Kajian pasaran
 Kajian reka bentuk produk merujuk kepada perbandingan produk sedia ada dalam pasaran.
Perbandingan dibuat dari segi reka bentuk, fungsi dan ciri-ciri moden.
 Kajian pasaran merangkumi kajian terhadap kehendak kumpulan sasaran dan persaingan
sedia ada. Kajian dilakukan dengan membuat soal selidik dan pemerhatian.

vi. Lakaran Idea


 Lakaran idea produk dilukis oleh pereka bentuk untuk dipersembahkan kepada pengurus
projek dan pelanggan.
 Lakaran idea biasanya dalam bentuk visual yang menarik untuk memenuhi kehendak
pelanggan.

vii. Penghasilan mock-up atau model


 Setelah lakaran persembahan idea mendapat persetujuan daripada pelanggan, barulah
mock-up atau model dihasilkan.
 Mock-up ialah model olokan yang diperbuat daripada bahan yang mudah didapati,bahan
kitar semula dan mudah dibentuk seperti polistirena,gabus,span dan kayu jelutung.
 Model boleh dihasilkan sama ada bentuk model berfungsi sepenuhnya atau separa
berfungsi.
3.1.3 PERANCANGAN PROJEK BRIEF

1. Perancangan projek brief terdiri daripada 2 kriteria penting iaitu.

i. Kriteria pertimbangan utama

i. Catatan penerangannya.

 Senarai semak ciri-ciri pertimbangan utama

- Penyataan masalah yang disenaraikan ialah persoalan yang perlu diambil perhatian oleh
pengurus projek.

- Penyataan masalah memberi fokus dari aspek perancangan keseluruhan projek dan reka bentuk
produk.

*rujuk buku teks m/s 53

 Borang projek brief


- Borang projek brief ialah jawapan kepada semua penyataan masalah yang disenaraikan di dalam jadual
senarai semak kriteria pertimbangan utama.

- Maklumat ini diperoleh daripada sesi komunikasi antara pereka bentuk, pengurus projek atau
pelanggan.

*rujuk buku teks m/s 54

3.1.4 MENYARING MAKLUMAT DALAM PROJEK BRIEF


 Setelah brojek projek brief lengkap, maklumat yang diperoleh perlu disaring untuk memudahkan
pengurus projek dan pereka bentuk melaksanakan tugas masing-masing.

*rujuk buku teks m/s 55

3.1.5 APLIKASI PROJEK BRIEF DALAM BENTUK JADUAL DAN LAKARAN

 Aplikasi projek brief melibatkan semua ciri -ciri projek brief.


 Aplikasi projek brief pada lakaran melibatkan lakaran produk menggunakan prinsip, elemen dan
idea inovasi.
*rujuk buku teks m/s 56 dan 57

*Lukis ya rujuk buku teks m/s 57


3.1.5 PEMBINAAN MOCK-UP ATAU MODEL

 Mock-up
- Mock-up ialah model olokan yang dibuat sebelum menghasilkan model sebenar.
- Mock-up dibina untuk memberikan gambaran awal produk dari segi keseimbangan rupa bentuk,
warna dan ergonomik.
- Mock-up boleh dibina mengikut saiz atau tanpa ukuran sebenar.
- Jenis-jenis bahan mock-up :
 Dawai kasar
 Polisterin
 Plastisin
 Kadbod
 Foam
 kayu

 Model ( gambar boleh rujuk m/s 59)


Dihasilkan secara berskala
- Model terbahagi kepada dua iaitu,

1. Model separa berfungsi (dikenali model blok) Dihasilkan secara saiz sebenar

2. Model berfungsi sepenuhnya

 Alatan dan bahan untuk cantuman mock-up atau model ( gambar boleh rujuk m/66)

1. Pistol perekat panas


 Menggunakan bekalan elektrik untuk beroperasi.
 Bahan yang sesuai untuk menggunakan alat ini ialah plastik,mounting broard dan kadbod.

2. Perekat kayu
 Perekat kayu biasanya digunakan untuk mencantumkan dua atau lebih permukaan bahan
berunsur kayu.

3. Super glue
 Perekat super glue digunakan untuk mencantumkan permukaan pelbagai jenis bahan mock-up
seperti plastik, fabrik, mounting broard dan kayu.

4. Gam paip PVC


 Gam paip PVC atau simen pelarut berfungsi untuk menyambung mock-up atau model yang
menggunakan paip PVC tidak berulir.

5. Benang dan jarum


 Benang dan jarum akan digunakan jika mock-up yang akan dihasilkan menggunakan bahan
fabrik.
 Benang digunakan untuk mencantum serta menghasilkan corak yang menarik.

You might also like