Kertas Kerja Post Covid19 Back To School

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 6

SEKOLAH KEBANGSAAN SAHABAT 4

PETI SURAT 141, CENDERAWASIH, 91150 LAHAD DATU, SABAH

KERTAS KERJA

POST COVID-19 : BACK TO SCHOOL

TARIKH

29 JULAI 2020

ANJURAN

PANITIA PENDIDIKAN SENI VISUAL

dengan kerjasama

PANITIA BAHASA INGGERIS (HIP)


POST COVID-19 : BACK TO SCHOOL
SEKOLAH KEBANGSAAN SAHABAT 4, LAHAD DATU

1.0 PENDAHULUAN

Garis panduan pembukaan semula sekolah semasa fasa Perintah Kawalan Pergerakan
Pemulihan (PKPP) yang telah dikeluarkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM),
semua sekolah dikehendaki untuk mematuhi garis panduan tersebut untuk mengawal penularan
penyakit berjangkit Coronavirus 2019 (COVID-19).

Dalam usaha untuk mengawal penularan penyakit berjangkit ini, pihak sekolah
bertanggungjawab untuk mendedahkan murid-murid dengan Prosedur Kendalian Standard (SOP)
yang perlu dipatuhi. Signifikan dengan itu, panitia Pendidikan Seni Visual (PSV) dengan kerjasama
panitia Bahasa Inggeris (HIP) telah merangka satu program yang dikenali sebagai Post Covid19 :
Back to School untuk dilaksanakan.

Menerusi program ini, murid-murid akan diberikan tugasan mengikut tahap. Bagi murid pra
sekolah dan tahap 1, tugasan yang diberikan ialah mewarna poster manakala murid tahap 2 pula
menghasilkan poster. Kedua-dua aktiviti ini tidak lain bertujuan untuk membantu murid-murid
supaya lebih cakna mengenai SOP yang perlu dipatuhi sepanjang berada di sekolah.

2.0 OBJEKTIF

2.1 Menambah pengetahuan murid mengenai SOP yang perlu dipatuhi di sekolah bagi
mengawal penularan Covid-19.

2.2Melahirkan murid yang kreatif dalam berkarya.


2.3 Membina suasana persekolahan yang kurang tegang dan lebih seronok kepada murid-
murid.

3.0 SASARAN

Semua murid SK Sahabat 4.

4.0 TARIKH PELAKSANAAN PROGRAM

29 Julai 2020.

5.0 ANJURAN
Panitia Pendidikan Seni Visual dengan kerjasama Panitia Bahasa Inggeris (HIP)
6.0 AHLI JAWATANKUASA

Rujuk lampiran 1

7.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

Rujuk lampiran 2

8.0 PENUTUP

Diharapkan program Post Covid19 : Back to School ini dapat dilaksanakan dengan baik agar
murid-murid lebih dapat memahami dan seterusnya mengamalkan SOP yang perlu dipatuhi
sepanjang berada di sekolah. Pematuhan SOP sepanjang berada di sekolah sangat penting
dititikberatkan oleh semua pihak terutama sekali murid-murid bagi memastikan rantaian Covid-19
benar-benar dapat diputuskan.

Disediakan oleh,

MOHAMMAD NAJWAN BIN ANSIT


Ketua Panitia PSV,
SK Sahabat 4,
Lahad Datu.

Disemak dan diluluskan oleh,

ISHAK BIN KAMPAK


Guru Besar,
SK Sahabat 4,
Lahad Datu.

s. k : PANITIA PSV
: PANITIA BI
Lampiran 1

AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA

Pengerusi : En. Ishak bin Kampak


Guru Besar, SK Sahabat 4

Timbalan Pengerusi 1 : Pn. Adina binti Intang


Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

Timbalan Pengerusi 2 : En. Mohamad Ostad bin Ulang


Penolong Kanan Kurikulum

Timbalan Pengerusi 3 : Pn. Najerah binti Lamundo


Penolong Kanan Kokurikulum

Penyelaras Program : En. Mohammad Najwan bin Ansit

Timbalan Penyelaras Program : Cik Felisca Farah binti Rubert

Setiausaha : Cik Nor Atiqah binti Ali Akbar

Bendahari : Cik Siti Fatimah bt Abdul Rahim

AJK Pelaksana Program : Semua guru SK Sahabat 4


Lampiran 2

ANGGARAN PERBELANJAAN

Bil. Aktiviti Bilangan hadiah Anggaran Kos Anggaran Catatan


Perbelanjaan

1 Pertandingan Set alat tulis


Mewarna  Prasekolah (6) RM 3.80 X 6 = RM 102.60
 Tahap 1 (21) RM 22.80

RM 3.80 X 21 =
RM 79.80

2 Pertandingan Set alat tulis


Melukis Poster  Tahap 2 (18) RM 3.80 X 18 = RM 68.40
RM 68.40

3 Kertas A4 (Putih) 2 rim RM 15 X 2 = RM 15 RM 30.00

JUMLAH KESELURUHAN RM 201.00

You might also like