Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 20

KERTAS KERJA PENGELOLAAN

PERTANDINGAN BAHAS BAHASA MELAYU


ALA PARLIMEN SEKOLAH RENDAH
PERINGKAT NEGERI SABAH
TAHUN 2022

Anjuran
Jabatan Pendidikan Negeri Sabah

Kelolaan
Pejabat Pendidikan Daerah Beaufort

Tarikh
5 – 8 September 2022
KERTAS KERJA
PERTANDINGAN BAHAS BAHASA MELAYU ALA PARLIMEN SEKOLAH
RENDAH PERINGKAT NEGERI SABAH TAHUN 2022

BAHAGIAN A : KONSEP

1.0 PENDAHULUAN

Bahas ala parlimen merujuk kepada bentuk perbahasan sesuatu usul atau cadangan seperti di
Parlimen Malaysia. Dalam membahaskan sesuatu usul, pihak kerajaan yang diketuai oleh Yang
Amat Berhormat (YAB) Perdana Menteri dan dibantu oleh dua (2) menteri lain hendaklah membawa
usul tersebut dan menterjemahkannya kepada beberapa isu untuk dibahaskan. Seterusnya mereka
mengemukakan hujah, fakta dan contoh perihal sebab usul tersebut dikemukakan dan seterusnya
dilaksanakan di dalam negara sekiranya mendapat mandat dua per tiga (2/3) Ahli Dewan. Pihak
pembangkang yang diketuai oleh Ketua Pembangkang pula akan menterjemahkan usul (melalui
persepsi berlainan) dan cuba menghujah, memberi fakta dan contoh bantahan secara bersopan
serta menjawab sebab usul tersebut harus ditolak.

Setelah sesuatu usul tersebut selesai diperdebatkan barulah Yang Dipertua Dewan (YDP)
mendapatkan pengundian. Dalam pertandingan bahas ala parlimen ini pengundian sebenarnya
tidak berlaku tetapi keputusannya ditentukan oleh hakim bahas. Keputusan hendaklah diumumkan
oleh YDP seperti pengumuman yang dibuat oleh YDP Rakyat.

Pertandingan peringkat negeri dijalankan secara sistem Power Match (kaedah Swiss
Bracket). Sistem Power Match merupakah satu sistem yang menentukan jadual perlawanan secara
automatik yang berdasarkan margin, juri dan markah. Pusingan awal dilaksanakan sebanyak tiga (3)
perlawanan. Selepas pusingan awal, lapan (8) pasukan yang mendapat kedudukan tertinggi layak
untuk ke peringkat suku akhir, seterusnya separuh akhir dan akhir.

2.0 OBJEKTIF

2.1 Memperkenalkan satu (1) format perbahasan yang menarik dan mencabar
kepada murid-murid sesuai dengan institusi persekolahan sebagai pusat kecemerlangan.

2.2 Melahirkan murid-murid yang bakal menjadi pemimpin yang berani dan berfikiran tajam
serta mempunyai kemahiran hujah secara sopan dan spontan.

2.3 Melahirkan murid-murid yang berkemahiran mengutarakan hujah-hujah yang bernas dan
teratur.

1
3.0 PELAKSANAAN

3.1 Pertandingan peringkat negeri akan dikendalikan oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN)
dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah (PPD). Hanya pemenang (johan) peringkat
negeri akan bertanding ke peringkat kebangsaan.

4.0 SYARAT-SYARAT

4.1 Pertandingan ini terbuka kepada semua murid warganegara Malaysia di sekolah bantuan
kerajaan yang berdaftar dengan KPM sahaja. Penyertaan berbilang kaum amat digalakkan.

4.2 Permohonan untuk menyertai pertandingan ini perlu melalui pihak sekolah dan mendapat
kebenaran daripada ibu bapa.

4.3 Pakaian peserta hendaklah sopan dan sesuai dengan pertandingan. Pakaian seragam
sekolah dibenarkan.

4.4 Jumlah murid yang terlibat hendaklah lima (5) orang peserta iaitu tiga (3) orang pembahas
utama dan dua (2) orang pembahas simpanan daripada sekolah rendah yang sama.
Manakala dua (2) orang guru pembimbing atau jurulatih hendaklah dilantik dalam
kalangan guru.

4.5 Isu sensitif yang berkaitan dengan agama, perkauman dan menyentuh peribadi seseorang
adalah dilarang. Penggunaan ayat-ayat Al-Quran dan hadis berserta terjemahan untuk
mengukuhkan hujah adalah dilarang sama sekali.

4.6 Permohonan untuk menyertai pertandingan ini perlu menggunakan borang penyertaan
yang disediakan dan dihantar kepada PPD Pengelola mengikut tarikh yang ditetapkan.

5.0 FORMAT

5.1 Usul perbahasan akan diberikan kepada pasukan yang bertanding tiga (3) minggu sebelum
pertandingan. Pasukan yang akan mengemukakan usul dikenali sebagai Pasukan
Kerajaan akan bertanding dengan Pasukan Pembangkang.

5.2 Pembahas pertama daripada pihak kerajaan akan disebut sebagai Yang Amat Berhormat
(YAB) Perdana Menteri, manakala empat (4) orang pembahas dalam pasukan tersebut
dikenali sebagai Yang Berhormat (YB) Menteri Kedua, YB Menteri Ketiga, YB Menteri
Keempat dan YB Menteri Kelima. Pembahas pertama daripada pihak pembangkang akan
disebut sebagai YB Ketua Pembangkang, manakala empat (4) lagi pembahas dalam
pasukan tersebut akan disebut sebagai YB Pembangkang Kedua, YB Pembangkang
Ketiga, YB Pembangkang Keempat dan YB Pembangkang Kelima.

2
5.3 Peruntukan masa dan giliran berbahas bagi kedua-dua pasukan adalah seperti yang
berikut:

Giliran Kerajaan Giliran Pembangkang Masa


1 Pertama 2 Pertama 7 minit
3 Kedua 4 Kedua 7 minit
5 Ketiga 6 Ketiga 7 minit
Persediaan Persediaan
3 minit
Ucapan penggulungan Ucapan penggulungan
8 7
(Pertama/Kedua) (Pertama/Kedua) 4 minit

5.4 Pembahas pertama daripada kedua-dua pasukan hanya mengutarakan satu (1) hujah
manakala pembahas kedua daripada kedua-dua pasukan akan mengutarakan dua (2)
hujah. Pembahas ketiga daripada kedua-dua pasukan tidak mengutarakan hujah baharu.
Tugas mereka adalah untuk membidas hujah-hujah pasukan lawan.

5.5 Semasa satu (1) pihak berhujah, ahli pasukan lawan boleh memohon izin laluan.
Pembahas boleh menerima atau menolak izin laluan daripada pihak lawan. Pembahas
boleh menerima dua (2) izin laluan.

5.6 Selepas semua pembahas berhujah, pembahas pertama atau pembahas kedua daripada
kedua-dua pasukan akan memberi ucapan penggulungan dimulai oleh pasukan
pembangkang dan diikuti oleh pasukan kerajaan.

6.0 TATACARA PERBAHASAN

6.1 Pengendalian

6.1.1 Cabutan undi peranan akan dijalankan di bilik urus setia untuk menentukan pihak
kerajaan dan pembangkang sebelum pertandingan.

6.1.2 Pasukan yang terlibat akan dikuarantin di bilik persediaan masing-masing selama
tiga puluh (30) minit.

6.1.3 Hanya peserta dibenarkan berada di dalam bilik persediaan.

6.1.4 Bahan cetak sahaja dibenarkan dibawa masuk ke dalam bilik persediaan.

6.1.5 Bilik persediaan yang digunakan oleh peserta untuk sesi kuarantin juga menjadi
bilik persidangan.

3
6.2 Peranan YDP

6.2.1 YDP akan membaca ringkasan peraturan perbahasan dan memperkenalkan


penjaga masa, panel hakim dan pembahas.

6.2.2 YDP tidak dibenarkan membuat apa-apa komen dan ulasan tentang usul
perbahasan ataupun pembahas yang sedang bertanding.

6.2.3 YDP akan memastikan bahawa hakim telah bersedia sebelum menjemput
pembahas untuk berucap.

6.2.4 YDP akan mengumumkan keputusan pertandingan.

6.3 Peranan Penjaga Masa

6.3.1 Penjaga masa hendaklah memastikan bahawa tujuh (7) minit diperuntukkan untuk
pembahas berhujah dan empat (4) minit untuk ucapan penggulungan. Masa akan
diambil kira dari permulaan pembahas berhujah.

6.3.2 Penjaga masa akan membunyikan loceng sekali pada minit kedua menandakan
bahawa ruang terbuka kepada pasukan lawan membuat izin laluan. Pada minit
keenam loceng akan dibunyikan sekali menandakan masa untuk izin laluan telah
tamat. Loceng akan dibunyikan dua (2) kali pada minit ketujuh sebagai tanda
bahawa masa untuk pembahas berhujah telah tamat.

6.3.3 Bagi ucapan penggulungan, penjaga masa hendaklah memastikan bahawa


kedua-dua pasukan diberi masa tiga (3) minit sebagai masa persediaan sebelum
pasukan-pasukan tersebut membuat penggulungan.

6.3.4 Pada minit ketiga masa penggulungan, penjaga masa akan membunyikan loceng
amaran dan pada minit empat (4) loceng dibunyikan dua (2) kali menandakan
masa telah tamat untuk pembahas.

6.3.5 Penunjuk masa digital akan dipaparkan pada skrin komputer sebagai panduan
masa pembahas untuk menyampaikan hujah dan bidasan.

6.3.6 Masa kecederaan (masa tambahan) sebanyak dua (2) minit akan diberikan
sekiranya berlaku sebarang gangguan teknikal semasa pertandingan dijalankan.

4
6.4 Peranan Pembahas

Kerajaan Peranan
YAB Perdana Menteri i.
Memberi definisi atau pentakrifan terhadap usul
ii.
Menyatakan pendirian
iii.
Menyatakan strategi dan peranan menteri
iv.Mengemukakan satu (1) hujah dan memberi
huraian/fakta untuk menyokong usul
v. Menegaskan pendirian bagi menyokong usul
YB Menteri Kedua i. Menyatakan pendirian sama ada bersetuju menerima
atau menolak definisi baharu yang telah diberikan oleh
pihak pembangkang
ii. Sekiranya ditolak, penegasan tentang definisi yang telah
dikemukakan oleh Perdana Menteri perlu diberikan
iii. Membidas hujah yang telah dikemukakan oleh Ketua
Pembangkang.
iv. Mengemukakan dua (2) hujah dan memberi
huraian/fakta untuk menyokong usul
v. Menegaskan pendirian bagi menyokong usul
YB Menteri Ketiga i. Membidas hujah yang telah dikemukakan oleh
pembangkang kedua.
ii. Membidas hujah yang telah dikemukakan oleh Ketua
Pembangkang.
iii. Memperkukuh usul yang telah dibawa dan
menegaskan pendirian bagi menyokong usul
Ucapan penggulungan i. Membidas hujah/usul dan fakta-fakta pihak
(Pertama/Kedua) pembangkang dalam membahaskan usul
iii. Menggulung perbahasan dan membuat
penegasan untuk menyokong usul

5
Pembangkang Peranan
YB Ketua Pembangkang i. Menyatakan pendirian sama ada bersetuju menerima
atau menolak definisi usul yang telah diberikan oleh
pihak kerajaan.
ii. Sekiranya ditolak, definisi mengikut takrifan perlu
diberikan
iii. Membidas hujah yang telah dikemukakan oleh YAB
Perdana Menteri.
iv. Menyatakan pendirian berhubung dengan usul
v. Menyatakan strategi dan peranan pembangkang
vi. Mengemukakan satu (1) hujah dan memberi
huraian/fakta
vii. Menegaskan pendirian
YB Pembangkang Kedua i. Membidas hujah yang telah dikemukakan oleh YB
Menteri Kedua.
ii. Membidas hujah yang telah dikemukakan oleh YAB
Perdana Menteri.
iii. Mengemukakan dua (2) hujah dan memberi
huraian/fakta
iv. Menegaskan pendirian
YB Pembangkang Ketiga i. Membidas hujah yang telah dikemukakan oleh YB
Menteri Ketiga.
ii. Membidas hujah yang telah dikemukakan oleh YB
Menteri Kedua.
iii. Membidas hujah-hujah yang telah dikemukakan
oleh YAB Perdana Menteri.
iv. Memperkukuh usul berdasarkan fakta-fakta dan
menegaskan pendirian
Ucapan penggulungan i. Membidas hujah/usul dan fakta-fakta serta
(Pertama/Kedua) menyatakan kelemahan/kesilapan yang telah
dilakukan oleh pihak kerajaan
ii. Menggulung perbahasan dan membuat penegasan

6
6.5 Izin Laluan

6.5.1 Izin laluan ialah celahan formal yang ditujukan kepada pembahas yang berhujah.
Izin laluan boleh dilakukan dalam bentuk soalan, kenyataan, fakta atau ayat-ayat
pendek yang berkaitan dengan isi yang sedang diutarakan oleh pembahas.

6.5.2 Tujuan utama izin laluan adalah untuk memberi atau meminta maklumat tentang
sesuatu isi yang sedang dibahaskan. Pihak lawan boleh membetulkan fakta yang
dianggap telah terpesong. Izin laluan juga boleh digunakan untuk meminta
penjelasan dan menyoal pihak lawan.

6.5.3 Masa selama 15 saat sahaja diperuntukkan bagi setiap izin laluan. Izin laluan
haruslah padat dan bernas. YDP hendaklah memberi teguran kepada pembahas
yang tidak mematuhi perkara ini.

6.5.4 Izin laluan tidak boleh disalahgunakan untuk sengaja mengganggu pihak lawan
kerana terdapat etika yang wajib dipatuhi. Markah akan dikurangkan jika
melanggar etika ini.

6.5.5 Pasukan lawan hanya dibenarkan memohon izin laluan antara minit ketiga hingga
minit ketujuh hujahan pembahas. Izin laluan tidak boleh dilakukan pada dua (2)
minit pertama dan minit ketujuh semasa pembahas sedang berhujah. Loceng
akan dibunyikan untuk menandakan permulaan dan penutup masa yang ditetap
untuk izin laluan.

6.5.6 Tiada izin laluan semasa ucapan penggulungan.

6.5.7 Isyarat-isyarat yang sopan dan hormat seperti mengangkat tangan atau berdiri
tegak hendaklah dilakukan semasa memohon izin laluan. Perlakuan yang kasar
dan biadap seperti menepuk-nepuk meja atau tangan, memetik jari, melambai-
lambai, bersiul, menjerit atau apa-apa sahaja yang sengaja dilakukan untuk
mengganggu pihak lawan akan menyebabkan pengurangan markah.

6.5.8 Kata-kata yang diucapkan semasa izin laluan hendaklah halus dan berbudi
bahasa serta mencerminkan tatasusila, adab dan budaya yang tinggi. Tingkahlaku
seperti menjerit, marah-marah dan mengejek pihak lawan adalah dilarang.

6.5.9 Izin laluan dimohon dengan cara seseorang pembahas berdiri dan menyebut “Izin
Laluan”. Pembahas yang sedang berucap tidak dimestikan menerima setiap izin
laluan yang ditujukan kepadanya.

6.5.10 Pembahas yang sedang berucap boleh meminta pihak lawannya untuk duduk
dengan cara yang hormat, menghabiskan ayatnya dan menerima izin laluan
tersebut atau menolak izin laluan.

6.5.11 Pembahas yang memohon izin laluan tetapi tidak diterima oleh pihak lawan tetap
akan diberi markah izin laluan. Manakala pemohon yang mohon izin laluan kali
ketiga untuk pembahas yang sedang berhujah, perlu bertanya. Jika tidak bertanya
dianggap tidak memohon izin laluan.

7
7.0 ASPEK PEMARKAHAN

7.1 Pembahas Pertama, Kedua dan Ketiga


7.1.1 Isi 30 markah
7.1.2 Strategi 30 markah
7.1.3 Gaya 20 markah
7.1.4 Bahasa 20 markah
Jumlah 100 markah x 3

7.2 Penggulungan
7.2.1 Isi 15 markah
7.2.2 Strategi 15 markah
7.2.3 Gaya 10 markah
7.2.4 Bahasa 10 markah
Jumlah 50 markah

8.0 PENGHAKIMAN

8.1 Peringkat negeri akan dinilai oleh tiga (3) orang hakim termasuk ketua hakim. Manakala
peringkat kebangsaan akan dinilai oleh lima (5) orang hakim termasuk ketua hakim.

8.2 Setiap hakim akan menilai pertandingan secara keseluruhan.

8.3 Keputusan rasmi dibuat secara sistem juri.

8.4 Hakim mesti mematuhi peraturan pertandingan yang terdapat dalam kertas konsep KPM.

8.5 Keputusan panel hakim adalah muktamad.

9.0 HADIAH PERINGKAT NEGERI

Pemenang akan mendapat pengiktirafan seperti berikut:

Johan : Trofi pasukan, trofi individu, sijil pencapaian dan sijil penyertaan
Naib Johan : Trofi pasukan, trofi individu, sijil pencapaian dan sijil penyertaan
Tempat Ketiga Bersama : Trofi pasukan, trofi individu, sijil pencapaian dan sijil penyertaan

Peserta pula akan mendapat sijil penyertaan.

8
10.0 TINDAKAN

Pihak KPM berhak membatalkan penyertaan yang melanggar syarat-syarat yang telah
ditetapkan dalam kertas konsep.

11.0 HAK MILIK VIDEO

Pihak KPM berhak menyiarkan rakaman video pertandingan dalam sebarang pelantar bagi
tujuan hebahan atau pendidikan.

12.0 HAL-HAL YANG TIDAK DINYATAKAN

Semua hal yang tidak dinyatakan dalam kertas konsep ini atau sebarang pengecualian
mengenai pematuhan syarat-syarat pertandingan atau semua perkara di luar jangka atau
mengenai tafsiran akan diputuskan oleh pihak Jawatankuasa Pengelola Pertandingan.

Kertas konsep ini sah untuk tahun 2022 sehingga makluman atau semakan lanjut
daripada pihak KPM dan boleh digunakan di semua peringkat untuk pertandingan yang
dianjurkan oleh KPM. Pertandingan ini tertakluk pada peraturan di atas sahaja. Penggunaan
atau penyesuaian oleh mana-mana entiti di luar kementerian memerlukan kebenaran terlebih
dahulu. Hak cipta terpelihara KPM.

9
BAHAGIAN B : PENGURUSAN PROGRAM

13.0 ANJURAN DAN KELOLAAN

Pertandingan Bahas Bahasa Melayu Ala Parlimen Sekolah Rendah Peringkat Negeri Sabah
Tahun 2021 dianjurkan oleh Jabatan Pendidikan Negeri Sabah di bawah kelolaan Pejabat
Pendidikan Daerah Beaufort dengan menjadikan SK Saga-Saga, Membakut sebagai tuan
rumah.

13.1 Tarikh : 5 – 8 September 2022

13.2 Bil. Hari : Isnin - Khamis (4 hari)

13.3 Tempat : Secara dalam talian

14.0 SIJIL DAN HADIAH

14.1 Sijil adalah seperti berikut:

SEKOLAH RENDAH

Bil Perkara Butiran Jumlah


Sijil Penyertaan
1 PPD yang menyertai 24
24 PPD
Sijil Penghargaan
2 Guru Pembimbing 48
24 pasukan x 2 guru
Sijil Penyertaan
2 Peserta 120
24 pasukan x 5 pembahas
Sijil Pencapaian
Johan 5
3 Pemenang
Naib Johan 5 20
Ketiga Bersama 10
Sijil Pencapaian
4 Pembahas Terbaik 1
Pusingan Akhir 1
5 Hakim Sijil Penghargaan 36
Sijil Penghargaan
6 Pegawai Teknikal Pegawai Teknikal Daerah 1 2
Pegawai Teknikal Negeri 1
7 Yang Dipertua Dewan Sijil Penghargaan 13

8 AJK Sijil Penghargaan 50


JUMLAH 314

14.2 Hadiah bagi para pemenang adalah seperti berikut:

10
SEKOLAH RENDAH

Bil Perkara Butiran Jumlah


Piala Johan Pasukan 1
1 Johan
Piala Iringan bagi setiap pembahas 5
Piala Naib Johan Pasukan 1
2 Naib Johan
Piala Iringan bagi setiap pembahas 5
Ketiga Piala Tempat Ketiga Pasukan 2
(Kedua-dua pasukan
3
yang tewas di pusingan
separuh akhir) Piala Iringan bagi setiap pembahas 10

4 Pembahas Terbaik Piala Pembahas Terbaik Peringkat Akhir 1

15.0 DOKUMEN, PENDAFTARAN DAN PENGESAHAN PENYERTAAN

15.1 Pengesahan Penyertaan (Rujuk Lampiran 4 dan 5):

Tarikh Akhir : 12 Ogos 2022 (Jumaat)

Masa : 5.00 petang

15.2 Urusetia Program:

EN. XXXXXXX
Penolong Pegawai Unit Pengurusan Bakat Murid
Sektor Pembangunan Murid
Pejabat Pendidikan Daerah Beaufort
E-mel: xxxxxxx Tel: 088-xxxxxxx

EN. XXXXXXX
Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah
Unit Pengurusan Bakat Murid
Sektor Pembangunan Murid
Pejabat Pendidikan Daerah Beaufort Tel: 01x-xxx xxxx
E-mel: xxxxxxx

PN. JAMILAH BINTI AHMAD


Pegawai Teknikal Negeri
Pertandingan Bahas Bahasa Melayu Ala Parlimen
Sekolah Rendah dan Menengah Negeri Sabah
E-mel: jamilahahmad99@gmail.com Tel: 010-655 7927

PN. RUSTA DULLAH


Pegawai Teknikal
Pertandingan Bahas Bahasa Melayu Ala Parlimen
Sekolah Rendah dan Menengah Daerah Beaufort
Emel: xxxxxxx Tel: 01x-xxx xxxx

11
16.0 TENTATIF PROGRAM
(Rujuk Lampiran 1)

17.0 JAWATANKUASA INDUK / PENGELOLA / KERJA


(Rujuk Lampiran 2)

18.0 IMPLIKASI KEWANGAN (ANGGARAN PERUNTUKAN / BAJET)

18.1 Jumlah Keperluan ABM : RM 6,684.00


(Rujuk Lampiran 3)

18.2 Sumber Peruntukan : OS42000


Jabatan Pendidikan Negeri Sabah

19.0 CADANGAN TETAMU KEHORMAT / PERASMI

YBhg. Pn. Tah Nia binti Haji Jaman


Pengarah
Jabatan Pendidikan Negeri Sabah

20.0 PENUTUP

Konklusinya, diharapkan agar agar Pertandingan Bahas Bahasa Melayu Ala Parlimen
Sekolah Rendah Peringkat Negeri Sabah Tahun 2022 ini akan dapat melahirkan murid-
murid yang bakal menjadi pemimpin yang berani dan berfikiran tajam, mempunyai
kemahiran hujah secara spontan dan mampu mengutarakan hujah-hujah yang bernas dan
teratur.

Disediakan oleh : …………………..........…............


EN. XXXXXX
Timb. Pegawai Pendidikan
Sektor Pembangunan Murid
Pejabat Pendidikan Daerah Beaufort

Disemak oleh : …………………..........…............


EN. XXXXXX
Pegawai Pendidikan
Pejabat Pendidikan Daerah Beaufort

Disahkan oleh : …………………..........…............


MUDDIN BIN BETING
Timbalan Pengarah
Sektor Pembangunan Murid

12
Jabatan Pendidikan Negeri Sabah

13
LAMPIRAN 1

TENTATIF PROGRAM
PERTANDINGAN BAHAS BAHASA MELAYU ALA PARLIMEN SEKOLAH RENDAH PERINGKAT NEGERI SABAH
TAHUN 2022

MASA 08.00 pg 08.30 pg 11.30 pg 02.00 pg 02.30 ptg 05.30 ptg 8.00 mlm
TARIKH 08.30 pg 11.30 pg 02.00 ptg 02.30 ptg 05.30 ptg 8.00 mlm 10.00 mlm

Kuarantin
TAKLIMAT HAKIM PERTANDINGAN /
19 SEPT (30 minit) dan Pertandingan PERBINCANGAN
SPEAKER DEWAN /
(ISNIN) Pusingan Pertama PASUKAN
PENJAGA MASA

Kuarantin
Kuarantin
Rollcall Rollcall (30 minit) dan
20 SEPT (30 minit) dan PERBINCANGAN
pasukan dan REHAT pasukan dan Pertandingan REHAT
(SELASA) Pertandingan PASUKAN
Cabutan undi Cabutan undi Pusingan Ketiga
Pusingan Kedua
Kuarantin Kuarantin
Rollcall (30 minit) dan Rollcall (30 minit) dan
21 SEPT PERBINCANGAN
pasukan dan Pertandingan REHAT pasukan dan Pertandingan REHAT
(RABU) PASUKAN
Cabutan undi Pusingan Suku Cabutan undiPusingan Separuh
Akhir Akhir
MAJLIS PERASMIAN PENUTUP
Kuarantin
Rollcall BAHAS BAHASA MELAYU ALA
22 SEPT (30 minit) dan
pasukan dan REHAT PARLIMEN SEKOLAH RENDAH
(KHAMIS) Pertandingan
Cabutan undi PERINGKAT NEGERI SABAH
Pusingan Akhir
TAHUN 2022

14
LAMPIRAN 2

JAWATANKUASA INDUK
PERTANDINGAN BAHAS BAHASA MELAYU ALA PARLIMEN
SEKOLAH RENDAH PERINGKAT NEGERI SABAH TAHUN 2022

PENAUNG YBRS. DR. HABIBAH BINTI ABDUL RAHIM


Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
Kementerian Pendidikan Malaysia

PENASIHAT ENCIK ZAINAL BIN ABAS


Pengarah Bahagian Sukan, Kokurikulum dan
Kesenian,
Kementerian Pendidikan Malaysia

PENGERUSI XXXXXXX
Pengarah
Jabatan Pendidikan Negeri Sabah

NAIB PENGERUSI 1 ENCIK MUDDIN BIN BETING


Timbalan Pengarah
Sektor Pembangunan Murid
Jabatan Pendidikan Negeri Sabah

NAIB PENGERUSI 2 XXXXXXX


Timbalan Pengarah
Sektor Perancangan dan Pengurusan PPD
Jabatan Pendidikan Negeri Sabah

NAIB PENGERUSI 3 ENCIK MOHD ZAINI BIN YANIN


Timbalan Pengarah
Sektor Pengurusan Sekolah
Jabatan Pendidikan Negeri Sabah

NAIB PENGERUSI 4 TUAN HAJI ABIDIN BIN MARJAN


Timbalan Pengarah
Sektor Pembelajaran
Jabatan Pendidikan Negeri Sabah

SETIAUSAHA XXXXXXX
Ketua Penolong Pengarah Kanan
Unit Pengurusan Bakat Murid
Sektor Pembangunan Murid

PENOLONG SETIAUSAHA CIK KASMANI BINTI HJ. KUMIT


Ketua Penolong Pengarah
Unit Pengurusan Bakat Murid
Sektor Pembangunan Murid

BENDAHARI ENCIK VINSON BIN EMBARAN


Ketua Penolong Pengarah Kanan
Sektor Pengurusan
Jabatan Pendidikan Negeri Sabah

15
AHLI JAWATANKUASA Semua Ketua Penolong Pengarah Kanan
Semua Ketua Penolong Pengarah
Ketua Kaunselor Pendidikan Negeri
Pegawai Teknologi Maklumat
Semua Pegawai Pendidikan Daerah

AHLI JAWATANKUASA KERJA


PERTANDINGAN BAHAS BAHASA MELAYU ALA PARLIMEN
SEKOLAH RENDAH PERINGKAT NEGERI SABAH TAHUN 2022

PENASIHAT YBHG. XXXXXXX


Pengarah
Jabatan Pendidikan Negeri Sabah

PENGERUSI ENCIK MUDDIN BIN BETING


Timbalan Pengarah
Sektor Pembangunan Murid
Jabatan Pendidikan Negeri Sabah

NAIB PENGERUSI XXXXXXX


Ketua Penolong Pengarah Kanan
Unit Pengurusan Bakat Murid
Sektor Pembangunan Murid

SETIAUSAHA CIK KASMANI BINTI HJ. KUMIT


Ketua Penolong Pengarah
Unit Pengurusan Bakat Murid
Sektor Pembangunan Murid

PENOLONG SETIAUSAHA PUAN VALERIE SINTI


Penolong Pengarah
Unit Pengurusan Bakat Murid
Sektor Pembangunan Murid

KETUA TEKNIKAL PUAN JAMILAH BINTI AHMAD


Pegawai Teknikal Negeri Sabah
Pertandingan Bahas Bahasa Melayu Ala Parlimen
Sekolah Rendah dan Menengah
SK Bahagia Tawau, Sabah

AJK PENGELOLA PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH BEAUFORT


Sektor Pembangunan Murid
SK Saga-Saga Membakut

16
LAMPIRAN 3

IMPLIKASI KEWANGAN
(ANGGARAN PERUNTUKAN / BAJET)
PERTANDINGAN BAHAS BAHASA MELAYU ALA PARLIMEN
SEKOLAH RENDAH PERINGKAT NEGERI SABAH TAHUN 2022

ANGGARAN BELANJA MENGURUS PROGRAM 2022

UNIT KOKURIKULUM : MBMMBI


PERTANDINGAN BAHAS BAHASA MELAYU ALA
NAMA AKTIVITI : PARLIMEN SEKOLAH RENDAH

TARIKH : 5 - 8 SEPTEMBER 2022

PPD PENGELOLA : BEAUFORT

Bil Perkara

1 Makan-Minum AJK

AJK : 30 orang X 4 hari X RM20.00 = RM2,400.00

YDP, Hakim : 48 orang X 4 hari X RM20.00 = RM2,400.00

2 Hadiah/Sijil
Piala Pasukan Johan
: 1 pasukan X 1 hadiah X RM80.00 = RM 80.00

Piala Pasukan Naib Johan : 1 pasukan X 1 hadiah X RM60.00 = RM 60.00


Piala Pasukan Ketiga : 2 pasukan X 1 hadiah X RM40.00 = RM 80.00
Piala Iringan Johan : 1 pasukan X 5 hadiah X RM30.00 = RM 150.00
Piala Iringan Naib Johan : 1 pasukan X 5 hadiah X RM20.00 = RM 100.00
Piala Iringan Ketiga : 2 pasukan X 10 hadiah X RM10.00 = RM 200.00
Piala Pembahas Terbaik : 1 orang X 1 hadiah X RM40.00 = RM 40.00
Sijil : 314 orang X 1 sijil X RM 1.00 = RM 314.00

3 Pengurusan

PA System : RM 500.00

Headphone YDP : 12 orang X 1 unit X RM 30.00 = RM 360.00

JUMLAH RM6684.00

17
LAMPIRAN 4

BORANG PENYERTAAN
PERTANDINGAN BAHAS BAHASA MELAYU
ALA PARLIMEN SEKOLAH RENDAH
PERINGKAT NEGERI SABAH TAHUN 2022

A. MAKLUMAT PESERTA
Nama peserta : Gambar

No. kad pengenalan : peserta

Tarikh lahir : Umur:


Jantina : Bangsa:
No. telefon bimbit :
E-mel :

Alamat surat-menyurat :

Nama dan alamat sekolah :

Tahap :
Tajuk :
Pautan video :

B. MAKLUMAT GURU PEMBIMBING

Nama guru pembimbing :


No. telefon bimbit :
E-mel :
C. PENGESAHAN GURU BESAR / PENGETUA
Dengan ini disahkan bahawa maklumat di atas adalah benar.

Tandatangan pengetua :

Cap sekolah :

No. telefon :

18
LAMPIRAN 5

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


Jabatan Pendidikan Negeri Sabah
Sektor Pembangunan Murid, Aras 4
Wisma Pendidikan Negeri Sabah
Jalan Punai Tanah, Likas
88450 Kota Kinabalu, Sabah.

SURAT KEBENARAN IBUBAPA / PENJAGA

MAKLUMAT MURID

Nama : ………………………………….....….. Tarikh Lahir : ……….……………….....


No. Sijil Lahir / K / P : ……..………..……….…... No. Daftar Sekolah : …………………….…
Tahun / Tingkatan : ……….…… Nama Sekolah : …………………………………………

MAKLUMAT IBU BAPA / PENJAGA

Nama :……………………………......…………… No. K / P: …………………………….……...


Alamat Rumah : ……………………..……………..…..…………………………………………….
Telefon Rumah : ……………………… No. Telefon Bimbit : …………………..….……..…...

MAKLUMAT AKTIVITI / PROGRAM

Nama Aktiviti : PERTANDINGAN BAHAS BAHASA MELAYU ALA


PARLIMEN SEKOLAH RENDAH PERINGKAT NEGERI
SABAH TAHUN 2022
Pengelola : PPD BEAUFORT
Tarikh : 5 – 8 SEPTEMBER 2022

Saya ibu bapa / penjaga kepada pelajar tersebut di atas dengan ini mengesahkan butiran
yang diberikan adalah benar dan saya juga membenarkan anak / anak jagaan saya
menyertai aktiviti tersebut. Saya sedar bahawa guru pengiring bagi pihak sekolah atau
pihak pengelola program akan mengambil segala langkah keselamatan.

Sehubungan dengan itu, saya tidak akan mengambil apa-apa tindakan undang-undang
atau mahkamah terhadap pihak berkenaan sekiranya berlaku sebarang kemalangan atau
kejadian yang tidak diingini berlaku tanpa disengajakan terhadap anak / anak jagaan saya
semasa dalam perjalanan pergi balik atau sewaktu mengikuti program.

Saya juga dengan sepenuh hati membenarkan pihak berkenaan memberikan rawatan
perubatan kepada anak / anak jagaan saya sekiranya perlu.

……………………………………….. Disahkan oleh pihak sekolah:


Tandatangan ibubapa / penjaga
Tandatangan : …………………………..
……………………………….……… Nama :
Nama Penuh (Huruf Besar) Jawatan :
Tarikh : ……………………………. Tarikh :

(Borang ini hendaklah diisi dalam 2 salinan : 1 Salinan diserahkan kepada pihak pengelola dan 1 salinan untuk
simpanan pejabat)
19

You might also like