Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

KARANGAN SPM BAHAGIAN A & B (PENDEKATAN TUNJANG/BISSTT)

Contoh Soalan:

Berdasarkan kajian Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia, sebanyak 60 peratus hingga 65 peratus kemalangan maut di Malaysia melibatkan
penunggang motosikal. Oleh itu, sebagai penunggang motosikal, patuhilah tanda-tanda jalan raya dan had laju yang ditetapkan. Jadilah penunggang
motosikal yang berawas-awas di jalan raya.
Sumber: Buku Teks Bahasa Melayu KSSM Tingkatan 5

Petikan di atas menjelaskan nasihat kepada penunggang motosikal. Huraikan faktor-faktor yang menyebabkan kemalangan di jalan raya semakin meningkat.
BI S S T T

Bi Situasi terkini mengenai Kemalangan di jalan raya dikatkan dnegan malapetaka yang berlaku di jalan raya. Kajian pihak berautoriti
(Binaan isu/tajuk/tema menunjukkan bahawa penunggang motosikal paling banyak terlibat dalam kemalangan ini.
Ayat) (2-3 ayat)
S Perkara pada masa lalu Sejak dulu lagi, ketika proses bagi mendapatkan lesen pemanduan, penunggang motosikal telah diingatkan supaya
(Sejarah) yang berkaitan dengan berhati-hati bagi mengelakkan malang tidak berbau.
isu/tajuk/tema
S Perubahan pada masa Bukan itu sahaja, sejak akhir-akhir ini pengguna jalan raya yang lain juga diminta supaya mengawasi penunggang
(Semasa) kini yang berkaitan motosikal bagi mengelakkan tragedi.
dengan isu/tajuk/tema
T Kaitkan dengan tokoh Menteri Pengangkutan, Loke Siew Fook pernah menasihati penunggang motosikal supaya mematuhi tanda-
(Tokoh) yang berkaitan dengan tanda jalan raya dan had laju bagi mengelakkan di kemalangan jalan raya.
isu/tajuk/tema
T Fokus kepada kehendak Hakikatnya, terdapat banyak faktor yang menyebabkan kemalangan di jalan raya semakin meningkat.
(Tanya) soalan

1
Ja Nyatakan isi yang Faktor penyebab kemalangan di jalan raya semakin meningkat ialah penunggang motosikal tidak
(Jawapan/Isi pertama mematuhi tanda-tanda-tanda jalan raya.
)
Hu 2-3 ayat huraian Penunggang motosikal yang tidak mematuhi tanda-tanda jalan raya sebenarnya berpunca daripada sikap
(Huraian) (Mengapa/Bagaimana/Di bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing iaitu mereka terlalu mementingkan diri
mana/Siapa) sehingga tidak menghiraukan keselamatan orang lain. Demi cepat sampai ke destinasi, mereka mengambil
jalan pintas yang berbahaya dengan menggunakan laluan yang dilarang kepada penunggang motosikal.
Con Nyatakan 1 contoh yang Contoh ketidakpatuhan penunggang motosikal termasuklah melanggar peraturan larangan masuk di sesuatu
(Contoh) berkaitan kawasan.
S (Simpul/ Tegaskan/simpulkan Oleh hal yang demikian, ternyatalah bahawa sikap penunggang motosikal yang tidak mematuhi tanda-
Penegasan) semula isi tanda jalan rayalah menjadi punca kemalangan di jalan raya semakin meningkat.
JA HU CON S

Ja Nyatakan isi yang kedua Selain itu, penunggang motosikal yang tidak mematuhi had laju yang ditetapkan menjadi penyebab
(Jawapan/Isi meningkatnya kemalangan di jalan raya.
)
Hu 2-3 ayat huraian Penunggang yang tidak mematuhi had laju yang ditetapkan ini berpunca daripada sikap bodoh sombong
(Huraian) (Mengapa/Bagaimana/Di mereka sendiri. Sikap mereka ini boleh menyebabkan berlakunya kemalangan di kawasan sekolah kerana di
mana/Siapa) situ terdapat banyak budak mentah yang melintas. Tidak mematuhi had laju yang ditetapkan juga
menyebabkan penunggang sukar mengawal jentera seterusnya mengakibatkan kemalangan.
Con Nyatakan 1 contoh yang Antara contoh ketidakpatuhan tersebut adalah seperti menunggang motosikal secara laju di kawasan sekolah.
(Contoh) berkaitan
S (Simpul/ Tegaskan/simpulkan Maka itu, terbuktilah bahawa meningkatnya kemalangan di jalan raya disebabkan oleh kegagalan
Penegasan) semula isi penunggang motosikal mematuhi had laju yang ditetapkan.

2
Ja Nyatakan isi yang ketiga Bukan itu sahaja, peningkatan jumlah kemalangan di jalan raya juga disebabkan oleh sikap penunggang
(Jawapan/Isi motosikal yang tidak berawas-awas ketika di jalan raya.
)
Hu 2-3 ayat huraian Penunggang motosikal yang tidak peka keadaan sekeliling ini telah mengabaikan pesanan orang tua-tua
(Huraian) (Mengapa/Bagaimana/Di supaya berjalan pelihara kaki, bercakap pelihara lidah. Walaupun peringatan telah diberikan supaya
mana/Siapa) mengutamakan pejalan kaki, namun penunggang motosikal bersikap endah tak endah bagaikan peribahasa
masuk telinga kanan keluar telinga kiri.
Con Nyatakan 1 contoh yang Tidak memikirkan kepentingan pejalan kaki merupakan contoh sikap penunggang motosikal yang tidak
(Contoh) berkaitan berhati-hati ketika di jalan raya.
S (Simpul/ Tegaskan/simpulkan Oleh hal yang demikian, jelaslah bahawa sikap tidak berawas-awas penunggang motosikal menjadi penyebab
Penegasan) semula isi meningkatnya kemalangan di jalan raya.

TE SE HA SIM

Te Tegaskan semula Bertitik tolak daripada diskusi tentang faktor-faktor peningkatan kemalangan di jalan raya, terbuktilah
(Tegas) tajuk/kehendak soalan bahawa sikap pengguna menjadi penentu segala-galanya seperti kata peribahasa asal ayam pulang ke
lumbung, asal itik pulang ke pelimbahan.

Se Ayat mengajak/menyeru Pengguna seharusnya tidak menyerahkan soal keselamatan dan kemalangan di jalan raya sebagai takdir
(Seru) berkaitan denga tajuk/isu semata-mata seperti pepatah bagai aur bergantung ke tebing, bagai tebing bergantung ke aur.
(Marilah, Ayuh! Jom!)
Ha Ayat harapan Pengguna jalan raya secara keseluruhannya mengharapkan supaya kemalangan di jalan raya semakin
(Harapan) menurun berkat sama-sama berhati baja, berurat kawat untuk berdisiplin.

Sim Kesimpulan keseluruhan Kesimpulannya, meningkat atau menurunnya kes kemalangan di jalan raya terletak pada diri kita kerana
(Simpul) padang perahu di lautan, padang hati di fikiran.

3
4

You might also like